You are on page 1of 51

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pentaksiran dalam pengajaran bahasa


Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah: Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching 019-5492525) Dr. Aswati Hamzah (Pulau Pinang 018-4056787)

Pengenalan
Kuliah ini akan membincangkan: - Konsep pentaksiran - Tujuan pentaksiran - Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) - Menguji kemahiran bahasa

Konsep pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

LPM, KPM
3

Pengetahuan Kemahiran Nilai

Operasi Dapat

Produk

Proses

Hasil

Pentaksiran
Penghakiman
Pertimbangan Pencapaian Pendidikan Topik
4

Maklumat
Bukti Prestasi

Tujuan pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua / sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti susulan yang berkesan.
5

Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid.

Pentaksiran

Objektif pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti pengajaran

Aktiviti pembelajaran

Pentaksiran berasaskan sekolah

Jaminan kualiti
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui: Pementoran Penyelarasa Pemantauan Pengesanan

Evidens
Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

Ciri-ciri evidens
a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan. b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri. c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid. d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa. e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

Jenis-jenis evidens
Penulisan Bahan cetakan Persembahan Foto Grafik Artifak Laporan Model Rakaman Bahan ICT Gerak kerja / manual

Penggunaan standard prestasi

Instrumen pentaksiran
Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah : a. Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. b. Soal Jawab c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif d. Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

Instrumen pentaksiran
e. Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. f. Produk Tugasan yang memerlukan murid membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan. g. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori. h. Lembaran Kerja i. Tugasan bertulis / Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi. j. Kuiz k. Senarai semak l. Tugasan rumah

Menguji kemahiran bahasa

Kemahiran lisan
Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur
Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi.

Kemahiran paling asas.

Berlaku pada peringkat penerimaan.

Pada peringkat penglahiran, kemahiran perlu ditiru & diajuk.

Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir perkara yang didengar.

Model bahasa lemah hasil ajukan yang lemah, tetapi model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yang baik.
21

Tujuan Kemahiran Lisan


Menyebut perkataan/ayat dengan betul. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan orang lain. Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak). Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.
22

Tujuan penilaian lisan


Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. Mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. Mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. Mengesan kelancaran dalam sebutan. Mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respons murid dalam bentuk lisan.
23

Peringkat kemahiran mendengar


Mendengar deretan bunyi. Memahami bunyi-bunyi yang didengar. Menilai bunyi-bunyi yang didengar. Bertindak terhadap bunyi.
24

Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif Mendengar secara bertelautelau
Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yang diujarkan. Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

Berlaku pada murid bahasa kedua. Lemah dalam bahasa yang dipelajari & tidak didedahkan kepada suasana bahasa tersebut.
25

Mendengar tanpa tindak balas Mendengar secara menebuk-nebuk Mendengar secara beremosi

Mendengar tetapi tidak bertindak balas. Tidak beremosi dan tidak memahami.

Berlaku pada murid bahasa ibunda. Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut tetapi sebenarnya tidak.

Mendengar & mampu merangsang emosi. Berasa sesuatu dan bertindak balas.
26

Mendengar secara berhatihati Mendengar secara kritikal Mendengar secara pengamatan Mendengar secara kreatif

Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat) Memahami ujaran dengan tepat.

Mampu membezakan yang benar & palsu (berfikir kritis dan analitis).

Murid sudah mampu berfikir kritikal. Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yang didengar lebih bermakna)

Mengulas, mengritik, menilai. Mencapai penguasaan bahasa yang baik.


27

Teknik menguji kemahiran mendengar

Ujian Mendengar Petikan

Ujian Mendengar Perenggan

Ujian Imlak

28

1. Ujian mendengar petikan


Dipetik daripada buku, majalah, ucapan, cerita, akhbar, syarahan, dan seumpamanya. Petikan diperdengarkan kepada murid melalui bacaan nyaring. Petikan hendaklah sesuai dengan tahap murid dari segi tema, perbendaraan kata & kompleksiti ayat.
29

Murid hendaklah memberi tumpuan kepada guru & mendengar dengan teliti. Petikan dibacakan dua kali. Bacaan dengan kelajuan biasa, selesa, natural dan senang bagi murid mendengar. Soalan kefahaman mendengar berbentuk aneka pilihan biasanya digunakan untuk menguji kefahaman mendengar.
30

2. Ujian mendengar perenggan


Perengan pendek yang berlainan cerita, tema, dan tidak berkaitan antara satu sama lain diperdengarkan. Soalan kefahaman mendengar diberikan dalam bentuk aneka pilihan. Cara pentadbiran sama seperti ujian mendengar petikan tetapi berbeza dari sudut pemberian jawapan daripada murid (mengikut turutan).
31

3. Ujian imlak

Ujian imlak menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa.

Kemahiran mengeja penting

Menulis semula keratan (petikan perenggan) yang diperdengarkan

Lebih praktis berbanding teknik lain kerana mudah ditadbir

32

Kemahiran bertutur

Gabungan bunyibunyi bahasa.

Berlaku pada peringkat penglahiran.

Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan.

Pertuturan dikuasai dengan menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

33

Subkemahiran
Bercakap dengan berani dan yakin.

Bercakap dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik. Bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut Bahasa Melayu standard. Bercakap menurut intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik & menarik. Bercakap & melahirkan idea atau fikiran dengan gaya pertuturan berkesan.

34

Teknik menguji kemahiran bertutur & bacaan lisan


Bacaan secara nyaring Menjawab soalan-soalan pemahaman Perbualan berdasarkan tajuk

35

Aspek-aspek dalam penilaian bacaan lisan


Suara dan sebutan Kelancaran Intonasi Kefahaman

***Aspek bacaan nyaring yang tidak diingin

36

Kemahiran membaca
Proses bagi seseorang melihat dan memahami perkara yang ditulis (Williams, 1984). Proses seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.
37

Tujuan membaca
Memastikan murid dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami.

Mengetahui isi-isi penting.

Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.

38

Tujuan bacaan
Bacaan Nyaring Menyampaikan komunikasi Menerima komunikasi
39

Bacaan Senyap

Teknik menguji kefahaman bacaan senyap


1. Penyoalan Secara Terbuka 3. Pilihan Benar-Salah 2. Aneka Pilihan

4. Teknik Kloz

40

1. Penyoalan secara terbuka


Teknik tertua Murid perlu menjawab soalan kefahaman bacaan dengan menggunakan bahasa sendiri.

Digunakan dalam latihan menjawab kefahaman bacaan, dan dalam ujian bercorak formatif dan diagnostik.

Murid perlu menggubal ayat dan menggunakan bahasa menurut tatabahasa & perbendaharaan kata yang tepat.
41

2. Aneka pilihan
Kelebihan
Senang ditadbir dari segi pemarkahan dan pengukuran.

Kelemahan
Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan bahasa daripada murid. Menggalakkan murid meneka dalam usaha mencari jawapan yang betul.
42

3. Pilihan Benar Salah

Kurang popular kerana mempunyai lebih banyak kelemahan berbanding teknik aneka pilihan.

Mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk murid meneka.

43

4. Teknik Kloz
Teknik mengisi tempat kosong.
A technique based on the human tendency to complete an incomplete pattern or sequence. Thus, if a word is omitted from a sentence, the reader attempts to supply the word to complete the meaning.

Moyle (1972)44

Penilaian kemahiran menulis


Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan, laporan projek, kerja kursus, folio, latihan dan ujian bertulis, huraian atau tafsiran peta, jadual, graf dan carta.
45

Aspek apa yang perlu diuji?


Penggubahan dan penghuraian Penyusunan dan gaya Tatabahasa Tanda bacaan Perenggan Ejaan Penggunaan huruf besar dan kecil
46

Jenis pengujian
Formatif Ujian membina ayat Ujian menyambung ayat Ujian membina/menyusun perenggan Ujian menulis secara terkawal Ujian menulis secara terpimpin
47

Sumatif Ujian mengarang secara bebas

Teknik menguji kemahiran menulis

Teknik Tanggapan

Teknik Analisis

48

1. Teknik tanggapan
Seorang/kumpulan pemeriksa akan mengukur dan menilai mutu sesuatu karangan berdasarkan tanggapan ke atas keseluruhan karangan. Kelemahan:

Heaton (1979) mencadangkan tiga atau empat orang pemeriksa menilai sesuatu karangan dan satu persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan.

Bercorak sangat subjektif. Unsur-unsur nasib dan prasangka boleh wujud.

2. Teknik analisis
Skema pemarkahan disediakan bagi pemeriksa dengan tujuan untuk:
Mengurangkan/mengawal unsur subjektif. Mengawal ketekalan pemarkahan. Menyenarai-semak subkemahiran penting. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah.

Penutup
Terdapat pelbagai kaedah untuk menguji kemahiran bahasa seperti yang dicadangkan dalam PBS. Guru tidak terikat dengan kaedah-kaedah tradisional seperti ujian semata-mata. Beberapa kemahiran bahasa dapat dijalankan serentak. Pelbagaikan aktiviti supaya lebih bermakna.

You might also like