You are on page 1of 19

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 1

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan

Muka Surat

3 3 4 4 5 7 7 9 12 14 14 15 17 18

1.1 Objektif Kajian 1.2 Batasan Kajian 1.3 Definisi 2. Latarbelakang pengajaran Bahasa Komunikatif 3. Pendekatan Pengajaran.. 3.1 Ciri-ciri pendekatan pengajaran BMK 3.2 Komponen BMK 4. Komponen Komunikasi 5. Bentuk Komunikasi.. 6. Kesantunan bahasa sebagai pendekatan pengajaran BMK 7. Sepuluh andaian pendekatan BMK.. 8. Kesimpulan 9. Bibliografi.

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 2

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF


1.0

PENGENALAN

Tajuk yang akan penulis bincangkan pada kajian kali ini ialah Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif. Perbincangan ini akan dimulai dengan objektif, batasan kajian dan definisi tajuk. Secara amnya, tujuan penulisan adalah untuk mengkaji dan memahami apakah itu Bahasa Komunikatif (BK). Kajian yang dimaksudkan di sini ialah hasil penulisan yang akan dibentangkan. Mula-mula, pembaca akan dibawa menelusuri latar belakang pendekatan pengajaran BK. Selepas itu penulis akan menggariskan beberapa ciri dan teori pendekatan pengajaran berdasarkan kecekapan berkomunikasi (communicative competence). Seterusnya, kita akan mengkaji beberapa komponen komunikasi dan juga bentuk komunikasi. Akhirnya, selari dengan pendekatan pengajaran BMK tersebut di sekolah, kita akan dibentangkan dengan satu contoh pendekatan yang diambil penulis dalam pengajaran BMK sebagai menutup perbincangan.

1.1 Objektif Kajian 1.1.1 Objektif utama kajian adalah untuk memahami takrif Bahasa Melayu Komunikatif (BMK). Pembaca kemudiannya, akan dibawa mengembara ke alam seterusnya untuk mengintai ciri-ciri BMK serta sedikit contoh terkini.

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 3

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

1.1.2 Kemudian pembaca akan diperkenalkan dengan pendekatan komunikatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) BMK termasuk komponen dan bentuk komunikasi. Untuk tujuan kelancaran, beberapa singkatan abjad kata akan digunakan sebagai pemudahcara penulisan.

1.2 Batasan Kajian 1.2.1 Penulis telah membataskan perbincangan kepada pengajaran bahasa komunikatif dalam Bahasa Melayu (BM) sahaja. Namun begitu, bagi memahami konsep BMK, pendekatan yang diambil dari rujukan bahasa lain (Inggeris) akan disebutkan sebagai perbandingan bagi mengukuhkan dapatan kajian. 1.2.2 Penulis juga akan mendefinasikan kata kunci (key word) yang berkenaan sahaja di dalam tajuk perbincangan. Rincian definasi lain akan dihuraikan secara selari di dalam tajuk perbahasan.

1.3 Definisi Sebelum kita memahami apakah Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif (BMK) kita akan meninjau dahulu takrif Komunikatif. Komunikatif adalah perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris communicative. Komunikatif adalah perkataan yang telah dimelayukan. Manakala communicative pula berasal daripada perkataan communication yang bermaksud komunikasi (Merriam-Webster, 2013). Secara tidak langsung, Bahasa

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 4

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Komunikatif (BK) telah digunapakai pemahamannya sebagai bahasa perhubungan atau bahasa untuk berkomunikasi. Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif telah diadaptasi daripada

Cummunicative Language Teaching (CLT) yang mula diperkenalkan semenjak tahun 1960an (Richards, 2006). Evolusi daripada CLT ini telah melahirkan pengajaran BMK. Mengambil pemahaman daripada Longman Dictionary of Language Teaching and Applied Linguistic, pengajaran BMK boleh ditakrif sebagai satu pendekatan yang menekankan objektif kebolehkemampuan berkomunikasi sebagai tujuan yang harus dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Komunikatif (Richard & Schmidt, 2010).

2.0

LATAR BELAKANG PENGAJARAN BAHASA KOMUNIKATIF

Jack C. Richards (2006) telah membahagikan evolusi pengajaran BK kepada 3 peringkat masa iaitu:1. Pendekatan Tradisi (sebelum 1960an) 2. Pendekatan Klasik (1970-1990an) 3. Pendekatan Semasa (1990an sehingga masa kini) Pendekatan tradisi mementingkan aspek ketatabahasaan (Canale & Swain, 1980). Pendekatan Tatabahasa (grammatical-base approach) mementingkan aspek linguistik (seperti fonologi, morfologi dan sintaksis) (Canale & Swain, 1980). Pendekatan pengajaran sebegini adalah berbentuk deduktif. Pendekatan deduktif berasaskan set peraturan bahasa

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 5

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

yang perlu dipatuhi murid. Murid diberikan ayat yang betul (set of grammatical instruction) dan diarah belajar menggunakan ayat sedemikian. Teknik yang diajarkan memerlukan proses mengingat. Ini termasuk menyebut perkataan dengan betul. Pendekatan deduktif berpaksikan guru (teacher-centred) (Bilash, 2009). Pendekatan berpaksikan guru akhirnya berubah kepada pendekatan berlandaskan murid. Ini melahirkan pendekatan induktif. Dalam pendekatan induktif, guru memberikan beberapa contoh ayat yang betul dan yang salah tatabahasanya kepada murid. Murid adalah diharapkan untuk memastikan (notice) ayat yang betul berdasarkan panduan yang telah diberikan guru. Ini membolehkan murid itu membezakan secara sendirinya dan belajar untuk mengenali tatabahasa yang selalu digunakan secara formal. Pendekatan klasik adalah zaman peralihan daripada pendekatan berasaskan guru kepada pendekatan berasaskan murid. Pada masa peralihan tersebut, P&P bukan sahaja dilihat dari segi input, malah turut dilihat dari sudut proses serta sudut output. Hasil dari murid atau output menjadi matlamat P&P. Dengan sebab ini, maka lahirlah tujuan pembelajaran sebagai objektif P&P kerana keberkesanan komunikasi hanya boleh dinilai sekiranya murid dapat berkomunikasi secara efektif. Berkomunikasi memerlukan bahasa dan tujuan mempelajari bahasa adalah untuk berkomunikasi. Oleh itu kebolehbahasaan telah menjadi tajuk perdebatan terkini. Kebolehbahasaan ini akhirnya telah dibahaskan dari segi kecekapan (competency), keupayaan (ability) dan juga prestasi (performance) berkomunikasi (Canale & Swain, 1980). Dalam erti kata lain kebolehbahasaan adalah kebolehmampuan berkomunikasi.

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 6

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pendekatan semasa pengajaran BMK dipengaruhi oleh dasar-dasar yang telah diterapkan oleh pihak kerajaan. Output sebenar yang diharapkan oleh pihak kementerian adalah untuk menghasilkan murid yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Inteleknya (J.E.R.I.) baik dari segi pembelajaran bahasa atau yang lainnya (JPS, 2013). Selaras dengan akta dan perlembagaan fasal 152, maka Bahasa Melayu telah wujud dalam pelbagai bentuk kegunaan seperti bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perantara, bahasa penyampaian dan juga bahasa komunikasi kepada P&P (Wikipedia, 2010). Di antara tujuan lain berkomunikasi adalah untuk saling faham memahami di antara satu dengan yang lain. Ini adalah untuk melahirkan asas perpaduan seperti yang telah diharapkan pihak kerajaan. Proses integrasi kaum dianjurkan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berwawasan tinggi. Hanya dengan menggunakan bahasa, semua ini boleh berlaku. Oleh itu, secara tidak langsungnya, tujuan mengajar Bahasa Melayu jatuh ke bahu para guru dan juga pendidik. Dengan melihat P&P secara keseluruhannya dari sudut input, proses dan output, maka terbitlah beberapa pendekatan kepada pengajaran BMK di sekolah aliran perdana.

3.0

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran bermaksud mendekati (to come closer to or with) atau menghampiri pengajaran. Pendekatan tidak menunjukkan cara atau kaedah. Memotong sayur menggunakan pisau. Menggunakan pisau adalah pendekatan. Pisau hanyalah alat. Cara untuk

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 7

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

memotong sayur akan ditentukan sendiri oleh pemotongnya. Memotong secara menegak atau menyenget adalah kaedah. Laju atau perlahannya memotong adalah teknik. 3.1 Ciri-ciri pendekatan komunikatif P&P memerlukan cara, kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang bersesuaian. Penulis telah memilih untuk membicarakan tajuk pendekatan pengajaran. Walau apapun bahasa yang digunakan, sebenarnya cara, kaedah, pendekatan, teknik ataupun strategi mempunyai 1 matlamat utama iaitu hasilnya, output ataupun keberkesanan P&P. Dr Ghazali (2013) telah menggariskan beberapa ciri pendekatan komunikatif. Di antaranya ialah: 1. Makna merupakan aspek terpenting dalam P&P Bahasa Komunikatif. Guru menggalakkan murid untuk mencari, meneroka dan menghubungkan makna. Maksud sebenar (real meaning) hanya dapat difahami dengan menggunakan pendekatan pengajaran di dalam situasi yang benar-benar berlaku (real life situation). Mempelajari tatabahasa (grammar) atau memperbetulkan sebutan bunyi bahasa (pronounciation) adalah aspek yang sekunder kerana tujuan mempelajari bahasa adalah untuk berkomunikasi. 2. Percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif secara natural dan tidak dihafal secara formal. Komunikasi perlu difahami sebagai aktiviti untuk mengeluarkan idea dan perasaan atau menyampaikan maklumat, melalui penggunaan bahasa. Bahasa pula ialah sistem berkomunikasi secara lisan dan penulisan yang digunakan secara majmuk.

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 8

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3. Kontekstualiti merupakan aspek penerokaan utama dalam mencerap ilmu. Penerokaan akan menjana pemikiran yang kritis dan pemikiran kreatif. Kontekstualiti akan menyebabkan murid belajar untuk berfikir, juga menimbulkan minat. 4. Belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi. Berkomunikasi adalah untuk menyampai dan menerima idea dan maklumat. Murid akan belajar berkomunikasi secara berinteraksi menggunakan BM samada secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil dan kumpulan yang lebih besar (bilik darjah). 5. Komunikasi efektif adalah dianjurkan. Keberkesanan komunikasi berlaku sekiranya komunikasi itu dapat dilakukan secara efektif. Kefasihan berbahasa menjadi fokus utama kepada komunikasi efektif. Kelancaran berbahasa secara formal menjadi tujuan berikutnya. Seterusnya Dr Ghazali (2013) juga telah menggariskan 3 prinsip utama kepada pendekatan komunikatif iaitu: 1. Murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan. 2. Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wacana 3. Pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar

3.2 Komponen Bahasa Melayu Komunikatif Berkomunikasi adalah satu proses penyampaian idea dan maklumat. Proses ini akan melibatkan input dan juga output. Dalam pendekatan pengajaran BMK, Bahasa Melayu digunakan di dalam proses P&P. Untuk kemudahan, proses komunikasi ini telah digambarkan di dalam Rajah 1 berikutnya sebagai pemudahcara kepada pemahaman
[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 9

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

pengajaran BMK. Proses ini adalah elemen-elemen yang membentuk komponen Bahasa Melayu Komunikatif.

Rajah 1: Komponen berkomunikasi Secara mudahnya, ada 4 komponen utama terlibat iaitu idea, penyampai, penerima dan saluran atau medium yang digunakan. Contohnya, sumber akan menyampaikan maklumat yang berupa idea atau fakta kepada penerima. Sumber akan disampaikan dalam bentuk lisan. Pertuturan lisan akan menggunakan mulut sebagai saluran sumber. Sumber boleh juga disampaikan dalam bentuk tulisan atau cetakan, Surat khabar misalnya menyampaikan maklumat dalam bentuk cetakan. Di dalam teknologi maklumat, sumber ini dipanggil data input. Apabila seorang murid berkomunikasi dengan rakan, rakannya akan menerima maklumat tersebut. Proses enkod dan dekod berlaku di antara penyampai maklumat dan penerima

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 10

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

maklumat. Rakannya akan menggunakan deria pendengaran telinga sebagai saluran untuk menerima maklumat. Sekiranya guru memberi latihan bertulis di papan hitam, mata akan digunakan sebagai saluran penerima maklumat. Dari saluran ini ia akan sampai kepada saluran seterusnya iaitu otak. Sekiranya guru memberi latihan dengan memaparkan video, deria pendengaran akan digunakan sebagai saluran komunikasi. Otak akan memproses dan menterjemahkan sumber maklumat. Pemahaman ini akan mencetuskan beberapa perasaan yang tertentu seperti faham, kabur atau tidak faham, suka atau tidak gembira, bosan dan berbagai lagi perasaan yang boleh terbentuk semasa menerima maklumat. Proses inilah yang dipanggil proses dekod. Penerima akan cuba memahami maksud dan makna yang cuba disampaikan oleh penyampai maklumat dalam minda. Hasil dari pemahaman ini maka akan terbit maklum balas. Maklum balas ini boleh jadi dengan menjawab soalan guru dengan betul, memberikan jawapan yang salah, atau pun diam. Diam tidak semestinya tidak faham, dan diam juga bukan semestinya murid itu faham. Mengganggukkan kepala tidak semestinya menyatakan murid itu faham kerana kefahaman minda tidak boleh diukur dari sudut lakuan fizikal sahaja. Semasa proses komunikasi, gangguan boleh berlaku. Bunyi bising dari luar bilik darjah misalnya, boleh mengganggu penerimaan maklumat. Suasana, tempat, masa dan keadaan adalah faktor yang boleh mempengaruhi komunikasi. Ketahanan fizikal individu juga penting dalam penerimaan maklumat. Sebagai contoh, murid yang sudah letih tidak akan dapat lagi berkomunikasi secara efektif. Kefahaman akan proses komunikasi adalah penting di dalam pendekatan pengajaran BMK. Dengan sebab ini, ianya telah dihuraikan untuk maklumat guru sebagai tenaga pengajar kepada BMK.

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 11

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4. KOMPONEN KOMUNIKASI

Bagi memahami pendekatan komunikatif secara lebih mendalam, komponen lain yang membentuk komunikasi juga perlu difahami secara menyeluruh. Berkomunikasi melibatkan anggota fizikal iaitu mulut untuk bertutur , bercakap atau berbicara. Bertutur menggunakan unsur bunyi. Diam juga sebenarnya adalah satu tanda komunikasi. Perlu di fahami selain unsur bunyi dan bahasa, komunikasi juga mempunyai unsur-unsur yang lain seperti warna, cahaya, isyarat dan objek. Objek pula wujud dalam beberapa dimensi seperti objek 1D, 2D, 3D dan 4D. Objek yang nampak wujud dalam bentuk yang boleh dilihat. Objek tampak ialah objek yang boleh disentuh, dirasa dan dipegang. Objek yang tidak nampak (tidak nyata) wujud dalam dimensi yang ke-5 iaitu objek yang berada di dalam fikiran kita. Belajar melibatkan aspek dalaman serta luaran. Sebagai contoh, menyebut perkataan dengan betul boleh dilihat sebagai aspek luaran pembelajaran. Ciri Luaran (Aspek Fizikal) Membaca (mata) Menutur (mulut) Menulis (tangan) Mendengar (telinga) Ciri Dalaman (Aspek Minda/Emosi) Merasa (emosi) Mengingati (otak) Menilai/menaakul (otak) Memahami (otak)

Lazimnya, berkomunikasi adalah aktiviti fizikal dan luaran. Selain deria luaran seperti pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata), deria dalaman juga turut terlibat dalam komunikasi. Kebolehmampuan berkomunikasi melibatkan pemahaman minda dan juga sentuhan perasaan. Ini adalah aspek yang kadangkala dipinggirkan dalam pendekatan pengajaran komunikatif BM.
[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 12

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menutur (speaking) Menaakul/


Menilai, dll.

Mengingati
(remembering)

Membaca (reading)

Memahami
(understanding)

Menulis (writing)

Mendengar (listening)

Rajah 2: Komponen komunikasi - Aspek dalaman dan aspek luaran berkomunikasi Menilai dan menaakul adalah proses (dalaman) minda dalam mencari makna untuk mengungkap maksud bagi menghubungkan pengajaran dan pembelajaran. Apabila berlaku perhubungan dalaman minda ini maka bermulalah proses komunikasi yang sebenar. Lebih besar tindanan komponen komunikasi tersebut, maka lebih berkesanlah komunikasi itu kepada individu terbabit, menjadikannya sebagai komunikasi yang efektif.

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 13

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

5.0 BENTUK KOMUNIKASI

Selain pertuturan lisan, komunikasi juga berlaku secara sentuhan fizikal, (misalannya, bersalaman) dan tanpa sentuhan fizikal. Sebagai contoh, komunikasi tanpa sentuhan fizikal ialah seperti lakuan mimik muka, kerutan di dahi, geleng dan angguk kepala, mengangkat ibu jari, menuding jari, mengangkat tangan atau kaki, mengenyitkan mata, melompat-lompat, menangis, sign-language yang digunakan orang bisu dan pelbagai lagi contoh lain. Penggunaan bahasa lisan (BM Komunikatif) adalah bentuk komunikasi tanpa sentuhan fizikal, tetapi ia boleh menyentuh minda dan perasaan pendengar. Komunikasi juga wujud dalam bentuk sehala (one-way), dua hala (two-way communication), dan komunikasi bersilang (criss-cross communication). Komunikasi wujud dalam bentuk yang mudah (simple) dan komunikasi kompleks. Komunikasi silang adalah contoh bentuk komunikasi kompleks. Komunikasi juga wujud secara menegak (vertical), meluas (horizontal) dan selari (parallel). Komunikasi wujud dalam kepelbagaian jenis dan bentuk yang unik dan tersendiri. Kesemua ini perlu difahami sebelum mendekatkan diri kepada pengajaran BMK.

6.0 KESANTUNAN BAHASA SEBAGAI PENDEKATAN PENGAJARAN BMK

Penulis telah memilih kesantunan berbahasa sebagai langkah pendekatan utama kepada pengajaran BMK. Bagi tujuan ini, penulis berpendapat pihak guru seharusnya menghampiri murid dengan menggunakan kesantunan berbahasa. Bahasa sopan ini juga disebut sebagai

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 14

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

bahasa eufamisme (PRPM, 2008). Cara ini dapat menyentuh hati dan perasaan murid secara lebih halus dan berhemah. A child will always fail to listen but he will never fail to copy. Ungkapan ini adalah berkaitan dengan hubungan di antara guru dan murid. Dalam pendekatan pengajaran BMK, guru bertindak sebagai fasilitator, mediator dan juga pemangkin kepada perubahan murid. Guru membimbing dan mengeluarkan potensi berkomunikasi murid dengan contoh perlakuan dan bahasa yang baik-baik. Contoh lakuan dan bahasa yang baik akan

menghasilkan murid yang baik dan begitu juga sebaliknya. Use word that helps not word that hurts. Ini adalah intipati kepada kesantunan berbahasa. Kebolehbahasaan seperti menggunakan bahasa yang sopan perlu diterapkan lebih awal lagi, supaya ianya menjadi ikutan murid. Ini adalah pendekatan penulis dalam pengajaran BMK. Penggunaan bahasa sopan boleh menerapkan lebih banyak nilai positif kepada murid.

7.0

SEPULUH ANDAIAN PENDEKATAN PENGAJARAN BMK

Jack C. Richard (2010) telah menggariskan 10 andaian kepada teori pendekatan komunikatif masa kini. Andaian pengajaran bahasa komunikatif tersebut ialah:1. Pengajaran bahasa komunikatif akan menjadi lebih bermakna apabila murid berhubung dan berinteraksi 2. Pembelajaran yang efektif membuka peluang kepada murid untuk meneroka makna, mencari maksud, memperkayakan sumber pengetahuan, mengenalpasti bahasa yang digunakan dan melakukan pertukaran idea yang bermakna
[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 15

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

3. Komunikasi yang bermakna berlaku daripada murid dalam memproses isi kandungan yang melibatkan pembelajaran yang relevan, bertujuan dan menarik 4. Komunikasi adalah proses holistik yang menyebabkan penggunaan beberapa bahasa lain secara tidak langsung 5. Pembelajaran bahasa dicadangkan dengan melakukan aktiviti yang diperoleh secara induktif atau dengan meneroka prinsip bahasa, kegunaan, susunan, analisa dan secara refleksi (spontan) 6. Pembelajaran bahasa adalah proses berkala yang mana melibatkan pemikiran kritis dan kreatif, cuba dan jaya. Matlamat utama komunikasi adalah kefasihan berkomunikasi dan bukan ketepatan berbahasa 7. Murid membina cara pembelajaran kendiri, berkembang pada tahap masing-masing dan mempunyai kelainan kehendak dan motivasi dalam pembelajaran bahasa 8. Kejayaan P&P bahasa komunikatif melibatkan pengajaran yang efektif dan strategi berkomunikasi 9. Guru bertindak sebagai pemandu arah dan pengubah cara kepada pengajaran BMK dan membuka peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat dalam

kebolehmampuan berkomunikasi 10. Bilik darjah adalah komuniti bahasa di mana murid belajar silap dan salah dengan bekerjasama dan berkongsi maklumat

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 16

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

8.0 KESIMPULAN

Kemahiran berkomunikasi adalah suatu kebolehan berbahasa. Ianya mencakupi aspek kebolehan, keupayaan dan prestasi berkomunikasi. Pendekatan pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif (BMK) mementingkan aspek kefasihan berkomunikasi. Manakala kebolehan berbahasa pula selalunya diukur dari sudut ketatabahasaan berkomunikasi. Kebolehbahasaan juga menekankan aspek ketepatan sebutan. kesefahaman maksud dan makna secara bersama. Pendekatan pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif berlandaskan kepada murid sebagai fokus utama. Ia menggalakkan murid untuk berfikiran lebih kritis dan kreatif. Pendekatan pengajaran BMK mementingkan aspek penerokaan oleh murid. Ini akan menimbulkan minat murid untuk belajar mencari makna sebenar dalam situasi yang benar-benar berlaku dalam kehidupan. Sejauh mana minat meneroka itu timbul bergantung kepada beberapa faktor yang lain. Kesediaan murid dari aspek jasmaniah, emosi, rohaniah dan juga intelek adalah penting dalam P&P BMK. Keberkesanan pendekatan pengajaran BMK juga bergantung kepada guru sebagai pendorong dan juga murid sebagai penerima maklumat. Komunikasi yang berkesan hanya terjadi sekiranya pendekatan pengajaran BMK dilakukan secara efektif. Tangan yang memotong pisau harus sempurna dari sudut yang berbagai untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu kepada murid. Jika tangan yang memotong itu kekok, hasilnya akan kelok jua seadanya. Komunikasi sebenar adalah spontan. Kesempurnaan hanyalah suatu penambahbaikan yang harus diusahakan secara berterusan. Berkomunikasi mementingkan aspek

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 17

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

9.0 BIBLIOGRAFI

Bilash, Olenka (2009). Best of Bilash: Improving second language education: Inductive and deductive instruction. Dipetik pada 26hb September 2013 daripada http://www.educ.ualberta.ca/staff/olenka.bilash/best%20of%20bilash/inductivedeductive.htm l Canale, Michael and Swain, Merrill (1980). Theoretical bases of communicative approaches to second language teaching and testing. (copyright) Oxford University Press. Communication (2013). Merriam-Webster: An Encyclopedia Bitannica Company. Dipetik pada 26hb September 2013 daripada http://www.merriamwebster.com/dictionary/communication Eufamisme (2008). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dipetik pada 28hb Ogos 2013 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=eufemisme&d=10 Ghazali Lateh (2013). Nota Kuliah: LHE3113: Kemahiran berkomunikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu. UPM Serdang Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) (2013). Portal Rasmi: Jabatan Pendidikan Selangor: Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dipetik pada 28hb Ogos 2013 daripada http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=8 6&Itemid=80

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 18

LHE3113: Kemahiran Berkomunikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Richards, Jack C. (2006). Communicative Language Teaching Today. Dipetik pada 26hb September 2013 daripada http://www.cambridge.org/other_files/downloads/esl/booklets/Richards-CommunicativeLanguage.pdf Richard, Jack C. & Schmidt, Richard W. (2010) Longman Dictionary of Language Teaching and Applied Linguistics(4thed.). Longman Group: UK Wikipedia (2010). Wikipedia: Ensiklopedia Bebas: Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Dipetik pada 28hb Ogos 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_152_Perlembagaan_Malaysia

[ Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikatif ] 19

You might also like