SOLAT BERJEMAAH
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat danrukuklah (sembahyang) bersama-sama orang yang rukuk”.(surah Al-Baqarah: 43)
SOLAT JEMAAH
Solat jemaah adalah solat yang dilakukan tidak kurang daripada 2 orang atauberamai-ramai yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil imam dan yangmengikut ma’mum.
Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan secara jemaah antaranya ialah:
➢
Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak)
➢
Solat Jumaat
➢
Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.
Illustrasi Solat Berjemaah
Bagaimana untuk melakukannya?
Berniat di dalam hati untuk melakukan solat kemudian diikuti ingin menjadimakmum atau imam.
Ma’mum hendaklah mengikuti imam dan tidak dibenarkan mendahului imam.
Imam dan ma’mum harus berada dalam satu jarak yang tidak terputus olehsungai atau tembok.
Imam hanyalah seorang dan mempunyai syarat-syarat untuk menjadinya.Hadis Riwayat Imam Ahmad dan MuslimDari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:”menjadi imamdari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanyasama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalausemuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalaumereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya”.Syarat-syarat berimam
Ada persamaan sembahyang antara dua pihak.
Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat.