You are on page 1of 12

NAMA AHLI :

:
:

NAMA KURSUS : BAHASA DAN KOMUNIKASI

MASA DAN WAKTU:SELASA,11a.m – 1.00p.m

NAMA PENSYARAH :DR. SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALI

BAHASA GENDER
Kebanyakan tokoh seperti Labov, Trudgill, Tanen dan Cameron
mengatakan bahawa , bahasa wanita lebih lembut dan bersopan berbanding
dengan bahasa atau pengucapan lelaki yang lebih tegas dan langsung. Menurut
ahli –ahli sosiolinguistik, struktur bahasa dan kosa kata yang digunakan oloeh
lelaki dan wanita berbeza. Mereka bependapat bahawa peranan social lelaki dan
wanita membawa kepada perbezaan tersebut. Perbezaan antara lelaki dan
wanita dapat dilihat melalui ciri – ciri fizikal,suara, dan kemahiran bertutur.
Demikian juga nwujud perbezaan bahasa yang digunakan oleh lelaki dan wanita.
Lelaki dan wanita akan berhubung dengan bebas antara satu samalain dan
jarang terdapat sekatan – sekatan social yang mungkin mempengaruhi
kebebasan komunikasi antara kedua – dua jantina ini. Lambang bagi perbezaan
itu adalah penggunaan bahasa yang khusus bagi wanita sebagai satu cara
mengidenfikasikan diri seseorang itu sebagai seorang wanita dan berkelakuan
sebagai wanita atau sebaliknya.

Perbezaan antara manusia dengan haiwan dapat dilihat melalui perbezaan


perkataan bagi mengungkapkan sesuatu konsep gender seperti laki – laki atau
jantan dan wanita atau betina. Perkataan jantan dirujuk sebagai satu istilah yang
menbanggakan kerana ia membawa maksud keberanian dan kekuatan seorang
lelaki. Manakala, betina lebih membawa maksud yang tidak baik dan
mengandungi unsur – unsur penghinaan terhadap wanita. Para mubaligh ketika
pelayaran pada abad ke – 17 telah memerhatikan terdapat penggunaan bahasa
khusus yang digunakan oleh lelaki dan wanita . antara contoh penggunaan
bahasa yang jelas menunjukan perbezaan gender antara wanita dan lelaki ialah
mahasiswa – mahasiswi, pramugara – paramugari, saudara – saudari, putera –
puteri, tuan – puan dan sebagainya. Terdapat juga bahasa gender yang
membawa makna yang tidak elok terhadap wanita seperti, anak dara tua,
gundik, pelacur dan sebagainya. Namun jarang dapat didengari mengenai
bahasa gender yang membawa makna yang tidak elok kepada lelaki. Dalam
peribahasa juga ada menggunakan bahasa gender untuk melambangkan lelaki
dan wanita, seperti bapa ayam, cina buta, bidadari,sang putera, dukun beranak
dan sebagainya.
Bahasa gender yang digunakan terhadap lelaki ialah bahasa lelaki atau
maskulin. Maskulin berasal dari bahasa latin yang membawa makna lelaki yang
mempunyai kualiti yang tertentu. Lelaki pula disifatkan sebagai orang yang
mempunyai kejantanan, merupakan pasangan kepada wanita, ada keberanian
dalam diri dan sebagainya lagi. salah satu ciri bahasa maskulin ialah perkataan
yang merujuk kepada golongan lelaki dalam bahasa, misalnya dalam bahasa
melayu terdapat istilah khusus untuk mengambarkan lelaki. Misalnya, duda,
kacak, wira, samseng, suami dan sebagainya. Lelaki juga dikatakan lebih
mempunyai kestabilan, ketegasan dan kematangan. Dikatakan juga lelaki
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dan berat berbanding
dengan feminism atau wanita. Bahasa maskulin mesti merangkumi ciri – ciri
utama seperti kekuatan, kegagahan, dan sebagainya yang membezakan kaum
adam dengan kaum hawa ini. Antara ciri ciri lain dalam bahasa maskulin yang
digunakan pada lelaki ialah seorang lelaki tulen tidak boleh langsung mempunyai
sifat seperti wanita, berupaya menjadi seseorang yang berjaya dan dikagumi
ramai, mempunyai kekutan tertentu serta mampu menyahut sebarang cabaran
atau persaingan dengan yakin dan bersungguh – sungguh.
Kepentingan bahasa maskulin terhadap lelaki ialah, lelaki berupaya
menjadi seorang insan yang mampu mencari nafkah berdasarkan beberapa
criteria seperti bercita – cita tinggi, mempu berdaya saing dan amanah. Lelaki
yang maskulin lebih mudah mendapat pekerjayaan kerana mempunyai
perwatakan yang berkeyakinan dan kelihatan seperti mampu melaksanakan
tugas dalam ketika bekerja. Hal ini kerana lelaki berfungsi untuk mencari nafkar
bagi perempuan atau isterinya. Ini disebabkan, lelaki maskulin mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang berat berbanding dengan perempuan dan
mereka mempunyai sifat yang kelakian seperti mempunyai kekuatan,
kegagahan, semangat kewiraan berbanding dengan feminine. Lelaki yang
menggunakan bahasa maskulin turut disukai ramai dan dipandang tinggi oleh
wanita. Ini kerana, lelaki yang meggunakan bahasa makulin mampu menarik
perhatian wanita yang sememangnya feminism dengan cara mereka
berkomunikasi, penampilan diri dan sebagainya. Lelaki ini dipandang tinggi dan
dihormati kerana mempunyai sikap yang berdaya saing dan mempunyai
penampilan yang kemas dan segak dan ini menunjukkan lelaki ini mempunyai
keyakinan dalam melakukan kerja atau tugasan yang diberikannya kepadanya.
Selain itu,lelaki yang maskulin juga menjadi harapan keluarga untuk memjadikan
keluarga lebih senang dan hidup dengan selesa. Ini kerana ahli keluarga percaya
dengan kebolehan yang ditonjolkan serta cara lelaki maskulin ini membawa diri
atau hidup berdikari. Berbanding dengan lelaki yang lembut, lelaki maskulin
tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergaul dengan lelaki lain serta tidak
akan menghadapi masalah yang dihadapi oleh lelaki yang lembut misalnya,
dihina, dikutuk atau dipinggirkan. Hal ini tidak akan berlaku dengan lelaki yang
menggunakan bahasa maskulin asalkan mereka memjaga adab berkomunikasi,
dan menunjukkan sikap yang baik serta elok. Lelaki maskulin juga mempunyai
keyakinan dalam menonjolkan diri kerana mereka mempunyai keberanian untuk
tampil di khalayak ramai, mampu bersuara dengan lantang, mempunyai idea
atau buah fikiran yang mantap serta pandai memanipulasikan keadaan sekeliling
untuk menyokong segala perbuatannya. Lelaki maskulin lebih peka dengan
keadaan sekeliling seperti isu – isu semasa dalam Negara, politik, ekonomi dan
pelaburan dan minatnya ke arah sesuatu yang lasak seperti bersukan dan
mempunyai sesetengah lelaki ini pekerjaan yang berisiko tinggi seperti
juruterbang. Namun terdapat juga lelaki yang menggunakan bahasa maskulin
terlibat dalam peragaandan broadcasting. Ini kerana maskulin atau tidak
seseorang lelaki bukan bergandung sepenuhnya dengan kerjaya mereka. Tidak
semestinya, mempunyai kerjaya yang bagus dan susah ialah lelaki maskulin dan
melibatkan diri dalam kerjaya yang dimonopoli oleh wanita seperti pereka
fesyen, tukang jahit, peragaan, jurusolek dan sebagainya disertai oleh lelaki
lembut sahaja. Kerjaya ini tetap dipenuhi dengan lelaki yang berbahasa
maskulin. Hal ini berlaku kerana minat yang mendalam dan bukan kerana
mengikut naluri yang ingin merasai perasaan menjadi wanita. Bahkan, dalam
ungkapan dan madah dalam kalangan orang melayu, terakam penekanan
tentang kekuatan,keberanian, peranan dan tanggungjawab maskulin dalam
Seribu Tuah oleh Tenas Effendy.
TUAH LAKI- LAKI,PERTAMA GAGAH
KEDUA BERANI
TUAH LAKI – LAKI IMAN TEGUH
KEPALA BERISI
TUAH LAKI – LAKI DARIPADA MENYERAH KALAH RELALAH MATI
TUAH LAKI – LAKI TUNGGANGYA MENJEMPUT MATI
TUAH LAKI – LAKI TEGAKNYA TAK MENGANJAK BARANG SEINCI
TUAH LAKI- LAKI TEGAKNYA DIA ATAS KAKI SENDIRI
TUAH LAKI – LAKI DIATAS YANG HAK IA BERDIRI
TUAH LAKI – LAKI SEMPURNA HIDUP BERJAYA MATI.

Menurut Trugill(1984) penggunaan bahasa ada kaitan dengan identity


seseorang. Wanita menggunakan jenis bahasa yang khusus bagi
memperkenalkan diri mereka sebagai seorang wanita dan berkelakuan seperti
wanita. Berbanding dengan lelaki perlakuan wanita lebih lembut iaitu
bersesuaian dengan sifat lemah – lembut seotang wanita itu. Ada golongan yang
mengatakan golongan ini hanya tahu mengumpat dan membicarakan mengenai
hal – hal berpakaian dan alat solek semata – mata. Padahal, begitu banyak hal
yang akan dibincangkan oleh kaum wanita. Bermula dari topic social sehinggalah
ke topic yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan segala yang berkaitan
dengan dunia. Hal ini terbukti apabila ada wanita yang berupaya memengang
jawatan yang tinggi dalam kerajaan mahupun bergiat aktif dalam kerja social. Ini
menunjukkan wanita bukan sahaja perhiasan semata – mata tetapi mampu
untuk berkejaya dan maju dalam hidup. Cara wanita menggunakan bahasa dan
berbahasa adalah bergantung kepada situasi atau konteks perbualan. Bahasa
wanita mempunyai ciri – ciri bahasa hormat yang berlebihan, berlapik – lapik
atau berkias – kias dan bertele – tele. Bahasa wanita juga banyak penggunaan
perkataan berdasarkan emosi, kata penguat dan persoalan. Misalnya,tak?;
bukan?; kan?; . tujuannya ialah untuk mendapatkan lebih perhatian,tumpuan,
simpati serta untuk melahirkan kemesraan. Kebanyakan wanita menggunakan
bahasa halus dan sopan dan kesemua wanita di dunia ini mempunyai sikap yang
hampir sama. Ini menyebabkan wanita digolongkan sebagai lemah, tidak
berwibawa, dan tidak mempunyai pendirian yang tetap. Namun,jika wanita lebih
berterus terang diakatakn tidak feminism dan kasar. Oleh itu,wanita sering
berasa serba salah apabila untuk bertutur.
Kepentingan bahasa gender terhadap wanita ialah menunjukkan
personality yang sopan dan lemah – lembut. Ini kerana,wanita memang semula
jadi atau natural dengan sifat lemah – lembut ini. Namun,terpulang pada wanita
itu untuk mempraktikkannya dalam kehidupan sehari – harian atau tidak. Selain
itu ialah, wanita yang mengguanakan bahasa feminism akan dipandang dengan
pandangan yang baik dan tidak akan ada tanggapan yang serong terhadap
wanita ini. Berbeza dengan wanita yang tidak mengamalkan bahasa yang
feminism, mereka akan dianggap tidak sopan dan dipandang serong oleh
sesetengah pihak kerana bersikap kasardan tidak menonjolkan ciri – ciri yang
sepatutnya ada dalam diri setiap wanita seperti menjaga suara ketika bercakap
agar tidak terlalu kuat serta tidak gelak terbahak – bahak sehingga menimbulkan
ketidakselesaan orang sekeliling. Seterusnya ialah,wanita yang menggunakan
bahasa feminism akan dikatakan mempunyai didikan yang lebih baik menerima
dan asuhan ibu bapa, seperti didikan agama,moral dan akhlak yang diajar dan
diterapkan dalam diri seseorang wanita sejak kecil lagi. selain itu, wanita yang
menggunakan bahasa feminine akan dipandang tinggi dan dihormati oleh orang
lain kerana masih lagi mengamalkan sifat – sifat yang sepatutnya diamalkan oleh
seseorang wanita dalam zaman yang serba moden ini yang semakin kehilangan
nilai – nilai yang murni seperti menghormati orang yang lebih tua, berakhlak
mulia, sayang – menyayangi antara satu sama lain dan sebagainya. Sikap seperti
harus dipelihara kerana sikap inilah yang membuatkan orang lain
memandangnya dengan pandangan yang bermakna dan menghormati diri
wanita ini.

Rumusan daripada bahasa gender ialah melalui kajian sosiolinguistik yang


dilakukan menunjukkan bukti factor gender merupakan faktor social yang kuat
mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komunity di samping factor – factor
lain. Hal ini kerana terdapat perbezaan dalam penggunaan bahasa antara lelaki
dan wanita. Selain itu, penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita juga boleh
dilihat dari sudut sebutan seperti wanita adalah lebih cenderung menggunakan
bahasa baku atau bentuk bentuk prestij berbanding dengan lelaki. Manakala dari
segi keyakinan ,lelaki lebih menunjukkan keyakinan berbanding dengan wanita
yang kerap kali atau gemar mengakhiri sesuatu ayat dengan menggunakan
tanda tanya kerana tidak yakin dengan kenyataan yang diberikan serta terhadap
diri sendiri.
BAHASA BOHONG
DEFINISI
Menurut kamus dewan (1997:168) menjelaskan definisi bohong sebagai
perkara yang berlainan daridada yang sebenarnya iaitu cerita, keadaan dan lain-
lain yang membawa maksud palsu, dusta, dan karut .(kamus dewan :(
1997:168).
Manakala bagi Simpson (1992:625) maksud bohong ialah satu bentuk atau
jenis penipuan yang disengajakan dan diikuti dengan niat si penutur untuk
berbohong. Apabila seseorang itu berbohong dia cuba menunjukkan bahawa apa
yang diperkatakannya itu benar dan cuba menyakinkan orang lain supaya
percaya dengan apa yang diperkatakan. Simpson mengaitkan bohong dengan
sifat tidak jujur dan ikhlas.
Bohong adalah ungkapan samaada lisan mahupun tulisan berbentuk
pernyataan yang tidak mempunyai nilai kebenaran dan tidak mempunyai fakta
yang boleh dipertanggungjawabkan .(Dr.Saidatul Nornis.2007:14).
Walaupun bahasa bohong mempunyai pandangan negatif tetapi ia
mempunyai kepentinganya dalam interaksi pada masa kini. Kepentingan ialah
untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Bohong jenis ini dikategorikan
sebagai bohong untuk orang lain. Hal ini kerana untuk tidak mengecewakan
orang lain akibat sesuatu pernyataan yang benar. Oleh itu, pembohongan
terpaksa dilakukan untuk mengembirakan hati seseorang.Sebagai contoh,
duasahabat Nani dan Ramlah yang membuat persiapan untuk pergi ke jamuan
makan malam yang diadakan di sebuah Hotel.

Nani : Padan tak baju dengan kasut aku?. Baru hari ini aku dapat
merasa memakai kasut yang aku impikan ini.
Ramlah : Em.. Padan, kau nak pakai kasut ni ke Majlis makan malam ni?.
Nani : sudah semestinya ,bagilah aku peluang untuk melawa malam ni
dengan kasut impianku.
Ramlah : suka hati Kaulah yang penting kau gembira malam ni.

Berdasarkan pernyataan di atas, Nani menyatakan dia telah lama mengimpikan


memakai kasut yang dibelinya pada Jamuan malam makan. Oleh itu, dia ingin
mendapatkan pandangan daripada kawan karibnya iaitu Ramlah tentang
kesesuaian kasut yang dipakai dengan baju yang dipakai untuk ke majlis itu.
Walaupun dalam hati Ramlah menyatakan baju dan kasut tidak sesuai langsung,
dia terpaksa berbohong dengan menyatakan ya dengan padanan baju tersebut.
Hal ini kerana Ramlah ingin menjaga hati Nani yang telah lama membuat
persediaan pakaian untuk pergi ke Majlis malam ini.
Selain itu, bahasa bohong digunakan dalam interaksi antara satu pihak
dengan pihak yang lain untuk memperoleh manfaat sosial. Keadaan ini dilakukan
adalah untuk dipandang tinggi dalam sebuah masyarakat, dihormati dan
disegani. Pembohongan dilakukan melalui perbuatan iaitu berpura- pura.
Keadaan ini dilakukan dengan menjaga kesopanaan diri dalam pergaulan dengan
orang lain. Hal ini kerana dalam budaya masyarakat melayu amat
mementingkan kesopanaan dalam percakapan dan perbuatan. Sekiranya
mereka tidak mematuhi trait, ini dianggap sebagai seorang yang tidak tahu
berbahasa ataupun kurang ajar. Dalam budaya masyarakat melayu mereka
sering bersikap berselindung dari apa yang sebenarnya. Fenomena bohong
dalam masyarakat melayu dikaitkan dengan konsep budi bahasa masyarakat
melayu. Bagi mereka cara sebegini dianggap lebih sopan dan berbudi mulia.
Kesannya, tanggapan baik sesorang individu terhadap individu lain akan berlaku
disebabkan oleh tingkah laku yang bersopan santun.
Penggunaan bahasa bohong dapat menyembunyikan kesalahan yang
dilakukan oleh diri sendiri dan orang lain. Namun, bohong juga dapat digunakan
untuk melindungi orang lain dan diri sendiri daripada dimarahi dan dibenci oleh
orang lain. Bohong jenis ini dikenali sebagai bohong untuk diri sendiri sendiri dan
bohong untuk orang lain. Membohong untuk mengelakkan keaiban diri diketahui
dan juga untuk menarik perhatian sekeliling. Contohnya.”Ali telah memecahkan
pasu milik ibunya,namun dia telah menuduh adiknya yang telah memecahkan
pasu tersebut untuk mengelakkan dirinya dimarahi dan dihukum”. Selain itu
bohong untuk orang lain juga dilakukan dengan cara menutupi kesalahan orang
lain. Contohnya,:
Seorang pembantu rumah telah mengotori langsir milik majikannya yang
baru dibeli luar Negara.

Majikan : awak ke yang tumpahkan kuah kari atas langsir ini?


Pembantu rumah: bukan,bukan saya yang buat.
Suami Majikan : saya ada kat sini sepanjang majlis tadi. Saya tahu bukan
pembantu rumah yang menumpahkan kuah sate di atas langsir.
Majikan: habis tu, siapa?
Suami majikan: anak salah seorang tetamu kita. Sudahla tu,lebih baik
dibersihkan langsir ini cepat daripada sibuk cari siapa yang menumpahkan kuah
kari.

Berdasarkan pernyataan diatas terdapat dua jenis pembohongan yang berlaku


iaitu bohong untuk diri sendiri dan bohong untuk orang lain. Jenis bohong untuk
diri sendiri dilakukan oleh pembantu rumah yang telah dengan tidak sengaja
menumpahkan kuah kari pada langsir yang baru dipasang. Pembantu rumah
tersebut menipu dengan berbohong kepada majikannya bahawa bukan dia yang
menumpahkan kuah kari itu untuk mengelakkan beliau dipecat. Namun begitu,
pembantu rumah tersebut telah oleh suami majikannya itu dengan berbohong
kepada isterinya bahawa seorang anak daripada tetamu yang datang telah
menumpahkan kuah kari . Jenis pembohongan yang dilakukan dibela oleh suami
majikan itu ialah bohong untuk orang lain,kerana suaminya tidak tahan dengan
karena isterinya yang sering menukar orang gaji.
Kepentingan untuk diri sendiri diaplikasikan dalam penggunaan bahasa
bohong dalam kehidupan zaman kini. Pembohongan dilakukan terhadap
terhadap orang lain untuk mendapatkan wang, atau sesuatu benda daripada
orang yang ditipu .Pembohongan jenis ini dikenali bohong untuk diri sendiri
kerana untuk kepentingan diri. Hal ini banyak berlaku pada zaman kini yang
hanya mementingkan material semata- mata untuk mengejar lkehidupan selesa
tanpa memikirkan orang lain. Pembohongan seperti “skim Cepat Kaya”, yang
menipu ramai orang dengan memberi keyakinaan wang yang dilaburkan akan
berlipat kali ganda. Namun setelah beberapa bulan duit yang dilaburkan hilang
dan agen pelaburan turut lesap. Kesanya ramai orang menjadi magsa kepada
penipuan jenis ini dan ramai telah kehilangan harta benda. Rasuah juga
merupakan jenis penipuan dalam bidang koprat ,perkhidmatan dan pentadbiran.
Rasuah diberi untuk mengaburi mata pihak berkuasa agar tidak mengenakan
tidakan yang berat. Secara umumnya rasuah juga diberi untuk mendapatkan
jalan singkat dalam perebutan tender dalam bidang perniagaan.
Selain itu, penggunaan bahasa bohong dalam interaksi zaman kini penting
untuk mendapatkan kepercayaan atau keyakinaan daripada orang lain.
Kepercayaan dan keyakinaan ini penting untuk menjaga perhubungan dengan
pihak lain. Oleh itu, salah satu cara untuk mendapatkan perhatian daripada
orang lain adalah dengan mereka - reka cerita tentang kehebatan diri sendiri. Si
pembohong akan berusaha menggunakan kata –kata yang boleh menyakinkan
orang agar mendengar cerita yang direka.walaubagaimanapun masyarakat barat
memandang rendah orang yang berbohong. Kerana orang yang berbohong
sekali, tidak akan dipercayai buat selama- lamanya. Seperti cerita seorang budak
yang mengembala kambing yang menipu penduduk tentang kedatangan
musang. Oleh itu, penduduk kampung bergegas terkejut lantas bergegas ke arah
teriakanya itu. Namun , tiada apa- apa yang berlaku. Akibatnya pembohongan
yang dibuat memakan dirinya sendiri. Hal ini ditegaskan oleh Simpson (1992)
yang menyatakan apabila seseorang itu berbohong, dia tidak jujur kerana dia
secara palsu atau berpura- pura menampilkan dirinya seolah –olah percaya
dengan apa yang diperkatakannya terhadap orang lain, sedangkan hakikatnya,
perkara yang diperkatakan langsung tidak benar.
Bahasa bohong digunakkan untuk sapaan iaitu untuk usikan atau gurauan
dalam interaksi kita dengan pihak lain. Pembohongan jenis ini adalah dilakukan
untuk semata –mata untuk bersuka- suka dan tidak membawa maksud dan
pengertian yang seiring di dalam percakapanya. Pembohongan jenis ini adalah
untuk menghiburkan pihak lain dan tidak membawa kesan yang menyakitkan.
Pembohongan ini juga dibuat untuk menjalin ikatan siraturahim antara sesama
pihak bagi menimbulakan suasana gembira. Sebagai contoh Azman yang
mengenakan kawan karibnya ,Rizal pada April Fool.

Azman: Rizal..... cikgu disiplin panggil awak ke biliknya.


Rizal: kenapa?..
Azman : Tak tahu, muka dia macam marah je sambil pegang rotan lagi.
awak ada buat salah ke dengan cikgu tu?.
Rizal : tak de pun, em.... ah awak kenakan saya yek.

Berdasarkan dialog di atas,Azman cuba mengenakan kawan karibnya Rizal yang


sangat takut untuk bersemuka dengan Guru Disiplin sekolahnya kerana muka
guru disiplin yang bengis dan garang. Rizal yang ketakutan cuba mencari punca
mengapa guru disiplin ingin berjumpa dengan dia walaupun dia tidak melakukan
kesalahan .
Bahasa bohong yang seterusnya dilakukan untuk menutup sesuatu rahsia
sama ada rahsia tentang dirinya, rahsia si pendengar mahupun rahsia orang lain.
Jenis pembohongan ini merupakan bohong untuk semua pihak. Contohnya :

K: Eh, betul ke si R bercinta dengan Datuk S?.


Q: Tak tahu.
K: Eh macam manalah kau tak tahu kau kan kawan baiknya.
Q: yalah.. kau pun kawan baiknya juga kau tanyalah dia sendiri.

Peetikan di atas menunjukkan pembohongan yang dilakukan oleh Q untuk


menyimpan rahsia kawan karibnya R yang sememangnya sedang bercinta
dengan Datuk S. Seseorang akan berbohong dengan menyatakan dia tidak
mengetahui tentang perkara yang diajukan kepadanya, kerana dia tidak mahu
membocorkan rahsia atau maklumat peribadi seorang kepada orang yang tidak
dipercayainya iaitu K yang memang dikenali ramai sebagai mulut tempayan.
Kesimpulannya bahasa bohong mempunyai kepentingan yang tersendiri
dalam mewujudkan keberkesanaan sesuatu interaksi atau komunikasi pada
zaman kini.walaupun masyarakat melayu menganggap pembohongan dilakukan
apabila tidak mahu pembohongan mereka membuatkan orang lain tersinggung,
sakit hati, Marah dan sedih.mereka berbohong dengan matlamat ingin
menjalinkan hubungan siraturahim dan dalam masyarakat melayu bohong ini
dikenali sebagai “bohong Sunat”.

BILIOGRAFI

You might also like