You are on page 1of 7

PRABACAAN

Merupakan kesediaan murid untuk membaca Kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

AKTIVITI PRABCAAN
Pengamatan Penglihatan Pengamatan Pendengaran Koordinasi Pergerakan tangan dan mata

Contoh Aktiviti Pengamatan Penglihatan


Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Menggunting dan menampal pelbagai gambar mengikut tajuk. (buku skrap)

Contoh Aktiviti Pengamatan Pendengaran


Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam pelbagai bunyi. Mendengar rakaman dan menyatakan bunyibunyi alam seperti bunyi air mengalir, angin kencang, petir, hujan dan ombak

Contoh Aktiviti Koordinasi Pergerakan Tangan dan Mata


Membentuk benda daripada plastisin @ tanah liat. Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan pembentukan huruf.

Berikut adalah aktiviti pengamatan penglihatan kecuali (A) mendiskriminasi benda yang ganjil. (B) membulatkan gambar yang sama besar. (C) memadankan gambar yang sama bentuk. (D) menyambungkan titik-titik bagi membentuk gambar.

Antara aktiviti prabacaan yang boleh dilaksanakan pada peringkat kesediaan membaca ialah aktiviti pengamatan penglihatan. Aktiviti yang manakah paling sesuai untuk dilaksanakan? (A) Tunjuk bentuk yang sama. (B) Padankan bentuk dengan acuannya. (C) Warnakan bola dengan pelbagai warna. (D) Mengikut arah pergerakan anak kucing dengan jari.

You might also like