Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apa Punca Anak Derhaka

Apa Punca Anak Derhaka

Ratings: (0)|Views: 151|Likes:
Published by detch105

More info:

Published by: detch105 on Sep 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/04/2009

pdf

text

original

 
 APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satuhingga tujuh tahun
. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atasbelakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkanhubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalausalah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.
.. . itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarangpertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau pelukmereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan
 
. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkanhubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
 
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk  penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka
 
."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripadarasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Sianak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Bolehdisuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumahsuka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidakrapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengahmalam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohanitetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kitatunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepadamereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurangajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walaumenyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosadan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalauberjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anaktidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan janganambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengahorang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun denganekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepadakawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
 
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apacaranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kitaderhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayahkita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baikibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekahke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, mintamaaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatanbuat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cubakita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar keretapecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kitabuat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanyabaik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugimenjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalupanjang untuk bersama kita”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidakdipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibutetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakanibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapunsebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanyatidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya adayang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongannyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kirakata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalaumereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayanganaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu,ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlaluambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
 
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak danemak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isterikena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketigasuami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atasmenantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatuhari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepadamenantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila NabiIsmail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikanpesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebaliksimbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanitayang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua danbapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat danmenantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapaNabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepadayang lain.Adasebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramseyuntuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnyamenempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulisberpendapat apa yang membezakan antara winners dan losersadalah mudah iaitu:-Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diriMereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diriMereka tidak boleh.Tips;
1.
Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yangbaik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak andamalu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilanyang baik adalah digalakkan).
2.
Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkananak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebihkuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabilaberhadapan dengan persekitaran)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->