Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sekolah agama

sekolah agama

Ratings: (0)|Views: 1,946 |Likes:
Published by mohd_iqbalkl

More info:

Published by: mohd_iqbalkl on Sep 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/11/2013

pdf

text

original

 
Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan Sekolah Agama:
Satu Kajian awal di Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor Hairunnizam Wahid
1
 Dr Jaffary Awang
2
 Dr Rozmi Ismail
3
 Kamaruddin Salleh
2
 Dr Mohamad Alinor Abdul Kadir 
4
 
Kumpulan Kajian Dunia Melayu & Islam
5
 ATMA, UKM
Pembangunan sumber manusia merupakan satu proses yang berterusanmempertingkatkan modal manusia. Ia amat penting kerana manusia adalah modal yangdapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. Banyak kajian menunjukkan pendidikan mempunyai hubungan yang positif dengan pertumbuhan ekonomi melalui pembangunan modal manusia. Persoalannya bagaimana pula dengan pembangunanmodal manusia yang diperkenalkan dengan satu perspektif yang baru di Malaysia iaitu pembangunan modal insan. Walaupun perkataan manusia dan insan mempunyai maknayang hampir sama daripada segi bahasa, namun ia mempunyai makna yang berbeza darisegi istilah. Pembangunan insan adalah bukan sahaja melihat dari sudut pembangunanfizikal manusia tetapi ia lebih luas daripada itu iaitu melihat dari sudut rohani iaitu roh,
qalb
serta aqal. Pembangunan modal insan boleh dipupuk melalui pendidikan formalantaranya melalui pendidikan sekolah agama yang dapat mengimbangi persoalankehidupan manusia. Persoalannya sejauhmanakah pihak kerajaan mengambil pendekatanyang serius dalam pembangunan sekolah agama di Malaysia? Kajian ini akan menjawab persoalan sama ada pendidikan di sekolah agama dapat melahirkan manusia yangseimbang bukan sahaja dalam aspek modal ekonomi tetapi juga aspek rohani yang dapatdikaitkan dengan modal sosial yang dikatakan penting mempengaruhi pertumbuhanekonomi sesebuah negara. Kajian awal telah dijalankan di Sekolah Menengah AgamaBandar Baru salak Tinggi, Sepang, Selangor yang melibatkan seramai 15 orang gurusekolah tersebut. Hasil kajian awal ini menunjukkan pendidikan di sekolah agamatersebut telah berjaya melahirkan modal insan yang diharapkan oleh kerajaan dandiharapkan dapat mendokong pertumbuhan ekonomi negara. Beberapa implikasi dasar  juga dicadangkan dalam kajian ini kepada pihak kerajaan untuk terus membangunkan pendidikan sekolah agama di Malaysia.
1
Pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM
2
Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM
3
Pensyarah di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM
4
Pensyarah di Fakulti Sains & Teknologi, UKM
5
Penyelidikan di bawah Program Malim Sarjana iaitu DAMAI di ATMA, UKM
1
 
PENGENALAN
Pembangunan sumber manusia merupakan satu aspek yang penting untuk pembangunanekonomi sesebuah negara. Ini adalah kerana daya saing, daya pengeluaran, daya cipta dankeupayaan dalam teknologi baru di sesebuah negara akan ditentukan oleh kualiti sumber manusianya. Namun begitu pembangunan sumber manusia yang menekankan penghasilan output yang bersifat ekonomi semata-mata tidak lagi memadai. Contohnya jenayah komersial yang dilakukan oleh golongan intelek seperti menipu, pecah amanahdan jenayah komputer adalah agak besar dan jika tidak dibendung akan membantutkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara . (lihat Jadual 1)Jadual 1: Statistik Jenayah Komersial di Malaysia:Januari hingga September 2006Jenayah Komersil Bilangan Kes Nisbah daripadakeseluruhan jenayah(%)Tipu 3,684 2.16Pecah Amanah 1,4980.88Jenayah Komputer 245 0.14JumlahJumlah Jenayah Keseluruhan5,427170,4813.18Sumber: atas talianhttp://www.rmp.gov.my/rmp03/statindeks2006.htm Daripada Jadual 1, daripada statistik tahun 2006 didapati jenayah yang paling banyak dilakukan adalah menipu dengan 3,684 kes dan menyumbangkan 2.16% daripadakeseluruhan jenayah di Malaysia. Ini diikuti dengan jenayah pecah amanah sebanyak 1,498 kes (0.88%) dan jenayah komputer sebanyak 245 kes (0.14%). Kes jenayah inisebenarnya melibatkan jenayah komersial yang dilakukan oleh sebahagian besarnyaadalah golongan yang berpendidikan.Walaupun ia lebih bersifat sosial, namun kesan negatif yang timbul akhirnya bolehmenyebabkan daya produktiviti, pengeluaran dan sebagainya akan menurun. Oleh ituaspek pembangunan nilai-nilai murni atau sosial perlu dititikberatkan seiring dengan pembangunan manusia yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Jalan penyelesaian yang baik adalah kembali kepada Islam dan ini adalah sejajar dengan proseskematangan fikiran umat Islam sendiri setelah mengharungi cabaran hidup yang semakinmencabar oleh kecanggihan sains dan teknologi (Abdullah Ishak, 1995)Pengenalan konsep modal insan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9)adalah bertepatan dengan langkah membendung jenayah komersial yang berlaku sebelumini. Modal insan yang diketengahkan adalah modal insan yang berkualiti yang menjaditerus utama kejayaan RMK9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secaraholistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) sertamemiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan2
 
 pembelajaran sepanjang hayat. (RMK9 hlm. 249). Ini adalah selaras dengan konsep IslamHadhari yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.Apa yang menariknya dalam RMK9 adalah penggunaan konsep modal insan yangmenggantikan modal manusia dan ia melibatkan pembangunan secara holistik. Maksud perkataan insan itu sendiri adalah berbeza dengan manusia. Insan membawa maksudmanusia yg sempurna– 
kamil 
(baik, bersih drpd noda, dll) (Kamus Dewan Edisi Ketiga &Kamus Pelajar) manakala istilah manusia membawa maksud makhluk yg mempunyaiakal budi, insan, orang:
ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~utama
manusia yg terbaik (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Kedua-dua istilah ini jelasmenunjukkan insan adalah subset kepada manusia iaitu manusia yang sempurna dan baik.Dalam konteks Islam, persoalan pembangunan modal insan ternyata difokuskan kepadadua aspek utama iaitu aspek rohani dan jasmani. Ini jelas jika diteliti kepada pernyataandalam al-Quran yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia itu daripada pati tanah(saripati yang berasal daripada tanah), kemudian Kami jadikan saripati itu airmani(yang disimpan) di tempat yang kukuh (rahim), kemuadian air mani itu Kami jadikan seketul darah dan segumpal daging, kemudian Kami jadikan segumpaldaging itu tulang, kemudian Kami jadikan dia satu kejadian yang lain (manusiayang sempurna), maka Maha Besar Allah dan Dia adalah sebaik-baik Pencipta.(al-Quran, al-Baqarah: 12-14)
Petikan ayat Al-Quran ini menegaskan kejadian manusia daripada tanah yang asalkejadiannya daripada air mani yang hina. Dan justeru manusia merupakan komponenkejadian daripada tanah, maka keperluan manusia untuk memenuhi tuntutan jasmaniseperti makanan, pakaian dan tempat perlindungan.Persoalannya bagaimanakah pembangunan insan ini dapat dilaksanakan agar dapatmelahirkan modal insan yang diingini oleh pihak kerajaan? Abdullah Ishak (1995)menyatakan untuk melahirkan generasi Islam yang unggul, perlu satu perancangan yangteliti melalui pendidikan yang utuh dan ia perlu bermula dengan sistem pendidikan yangdiredai Allah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan erti kata lain, pembangunan sumber manusia untuk melahirkan modal insan yang mengikut acuanIslam adalah melalui pendidikan Islam. Pendidikan Islam mempunyai falsafah danmatlamat murninya yang tersendiri yang lebih menekankan pembangunan individu bukansahaja dari aspek fizikal, tetapi juga aspek rohani dan akhlak yang bertujuan untuk membangunkan potensi dan kecenderungan ke arah kebaikan dalam diri seseorang yangakhirnya dapat merealisasikan kebaikan kepada orang lain.Ini jelas menunjukkan pendidikan Islam adalah amat penting dalam melahirkan modalinsan. Persoalan lain yang wujud iaitu sejauhmanakah pendidikan Islam di Malaysia telahdiberi penekanan oleh pihak kerajaan. Sejauhmanakah kebenaran sistem pendidikanIslam akan memberi kesan kepada pembentukan modal insan yang baik dan sempurna.Kesemua ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.3

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Al-haura Jannah liked this
Zulhusni Razali liked this
Junaiti Suamin liked this
601109095079 liked this
Ahmad Zahid liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->