You are on page 1of 20

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Pertama: 20 Julai 2013 Waktu & Tempat: 8 pagi 12 tengah hari (tepi gymnasium) Pada 26 November 2011, kelas pertama bagi krusus olahraga telah diadakan. Aktiviti yang telah dijalankan adalah mesyuarat induk atau mesyuarat untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa dalam kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan D; Pengerusi: o Mohd Amirul Anuar Bin Mohd Tarmizi (E20111001815) Naib Pengerusi: o Camelia Binti Syofian (E20111001866) Bendahari: o Muhammad Amirul Amsyar Bin Ab Razak (E20111002603) Penolong Bendahari: o Erica Chung Fui Ying (E20111002605) Ahli Jawatan Kuasa Kecil: o Priscilla anak Nari (E20111002676) o Nurasma Binti Asaat (E20111002645) o Mohd Akhimullah Bin Mohd Razi (E20111001803)

Selepas selesai pemilihan Ahli Jawatan Kuasa, En. Rushdan selaku pensyarah krusus olahraga telah memberi penjelasan tentang krusus olahraga yang kami ambil ini. Kelas yang sepatutnya dari pukul 8 pagi hingga ke 10 pagi telah dianjak dari pukul 8 pagi ke 12 tengah hari. Hal ini supaya tidak berlaku nya kekurangan tenaga instruktur (yang terdiri daripada pelajar degree) apabila tiba musim cuti penggal mereka nanti. Lebih-lebih lagi, hanya En. Rushdan sahaja yang mengambil setiap kelas dari kumpulan A, B, C, D dan E.

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Kedua: 3 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8 pagi 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada 3 Desember 2011 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, kelas olahraga yang kedua telah dijalankan. Seperti kelas pada minggu yang pertama, kami menunggu tenaga pengajar di tepi gymnasium. Setiap kumpulan telah diberi acara yang akan dijalankan. Bagi kumpulan kami iaitu kumpulan D, kami mempelajari dan juga mempraktikkan tentang Lompat Jauh. Sebelum acara olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara Lompat Jauh. Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan, teknik lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan asas yang perlu ada dalam acara Lompat Jauh ini. Lompat Jauh Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua. Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat (standing long jump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat jauh sambil berlari telah dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat. i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi mendarat. ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan. iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu tidak akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut. Kaki Pasir Kaki Pasir

Lompatan sah dari papan lonjak.

Lompatan batal kerana tersnetuh pasir.

Laporan Mingguan Olahraga

PAPAN LONJAK PLASTISIN 30 darjah

10 cm 12 cm Papan Lonjakan Tiga gaya lompatan Lompat Jauh. i.

15 cm

Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Gaya gantung digunakan oleh novis dan juga pakar. Gaya tending kayuh gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

ii. iii.

Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa. i. Fasa penujuan terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. ii. Fasa lonjakan setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. iii. Fasa penerbangan/layangan dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.
3

Laporan Mingguan Olahraga

iv.

Fasa pendaratan apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

Teknik-teknik untuk acara lompat jauh. i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak. ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara berada dalam keadaan selari dengan bahu. iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.

Laporan Mingguan Olahraga

iv.

Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala.

v.

Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.

Ansur Maju. Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.

Pengalaman saya. Bagi saya, acara olahraga adalah menyeronokkan. Lebih-lebih lagi, saya sememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya mempratikkan sahaja sukan lompat jauh ini di sekolah menengah semasa sukan tahunan tanpa mengetahui sejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa lompat jauh. Dengan krusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan saya tentang lompat jauh, malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh dengan betul.

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Ketiga: 10 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8 pagi 12 tengah hari (di padang UPSI) Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti; berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing. Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahraga iaitu Lompat Tinggi. Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami membuat senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan semasa melakukan acara. Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dan sebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dari instruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gaya Fosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi. Lompat Tinggi Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Pesertapeserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut. Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan dan lonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan lompat galah. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi. i. Gaya Gunting (Scissors) Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaaan duduk berlunjur. ii. Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

Laporan Mingguan Olahraga

iii.

Gaya guling barat penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan. Gaya pelana gaya ini hamper sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. Gaya Fosbury Flop gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.

iv.

v.

Lompat Tinggi dibahagi kepada beberapa fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

Gaya Lompatan Fosbury Flop

i.

Fasa penujuan biasanya pelompat mengambil 7 hingga 9 langkah larian di mana 3 langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan belakangnya dahulu. Fasa lonjakan ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang. Fasa layangan semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memandang palang) sambil melentikan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaaan untuk pendaratan.
7

ii.

iii.

Laporan Mingguan Olahraga

iv.

Fasa pendaratan serentak dengan mengangkat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat)

Peraturan asas acara Lompat Tinggi. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.

Pengalaman saya. Lompat tinggi adalah antara acara olahraga yang paling saya minati dari zaman sekolah menengah lagi. Pada minggu ini juga, secara tidak sengaja saya telah dijadikan role model untuk semua kawan-kawan di dalam kumpulan D dengan menunjukan gaya lompatan Fosbury Flop.

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Keempat: 17 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8 pagi 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada minggu ini, persamaan dengan minggu ke 4, acara olahraga yang akan kami pelajari dan praktikan adalah Larian pecut. Seperti lazimnya, sebelum melakukan acara larian pecut kami membuat senaman untuk memanaskan badan agar tidak berlakunya kecederaan semasa acara larian pecut dilakukan. Larian pecut Larian pecut merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut: i. ii. Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. iii. iv. Tangan digerakkan dengan pantas. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan) Bagi seorng atlik, teknik dan gaya larian merupakan factor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angina permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari mungkin aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pla ianya bergantung kepada panjang kaki,
9

Laporan Mingguan Olahraga

kekuatan dan mobility semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

Fasa-fasa dan Teknik-teknik larian. i. Fasa permulaan terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang ii. iii. Fasa larian Fasa pecutan selepas arahan pelepas ke garisan diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. iv. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter, pecutan berlaku pada awal larian, 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter, apabila atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. v. Fasa larian di selekoh

10

Laporan Mingguan Olahraga

vi.

Fasa penamat faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan terso ke hadapan.

Pengalaman saya. Pada minggu ini saya telah mendapati banyak maklumat tentang tahap kelajuan bagi seseorang atlit larian pecut. Pada mulanya, saya tidak mengetahui akan faktor-faktor atlit larian pecut dapat berlari dengan begitu pantas sekali. Dengan adanya krusus ini, ia telah memberi saya serba sedikit akan maklumat tentang acara larian ini. Disamping itu, saya juga telah mempraktikkan teknik-teknik lari pecut dengan mengunakan teknik yang betul.

Larian Pecut

11

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Kelima: 24 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8 pagi 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada minggu ke 5, acara olahraga yang kami jalani adalah lontar peluru. Acara ini adalah amali yang terakhir kami jalani dan pelajari, sebelum acara merentas desa diadakan. Oleh kerana acara lontar peluru ini agak susah bagi kami kerana ianya jarang-jarang diminati oleh pelajar. Hal ini kerana terpaksa melontar peluru yang tersangat berat. Sebelum mempratikalkan dan markah amali diambil, instuktur kumpulan D telah menjelasakan teknikteknik memegang dan melontar peluru yang betul. Lontar peluru Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan dengan cara balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar dan tegap serta kekuatan otot. Teknik lontaran merupakan faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam kejohanan. Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh: i. ii. iii. Halaju Pelepasan Sudut ketika membuat lontaran Ketinggian peluru ketika melontar Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasan ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan yang baik. Teknik atau gaya melontar peluru: i. ii. iii. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) Gaya melungsur selangkah Gaya Parry OBrien
12

Laporan Mingguan Olahraga

Gaya lontar peluru Parry OBrien. Gaya Parry OBrien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry OBrien sendir. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry OBrien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

Aspek penting dalam Lontar peluru. i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh.

13

Laporan Mingguan Olahraga

iii.

Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Pengalaman saya. Pada pendapat saya acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara alohraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

Teknik acara melontar peluru

14

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Keenam: 7 Januari 2012 Waktu & Tempat: 8 pagi 12 tengah hari (di tepi gimnasium) Pada kelas krusus olahraga yang ke 6, acara padang telah selesai kami laksanakan. Encik Rushdan telah memaklumkan kepada kami mengenai satu aktiviti lagi yang perlu kami laksanakan iaitu kejohanan merentas desa, iaitu aktiviti yang terakhir. Setiap kumpulan perlu berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan pada hari kejohanan tersebut. Kami berkumpul bersama instruktur masing-masing. Instruktur kami memberitahu markah yang diperolehi setiap individu dalam ujian kemahiran yang telah kami jalankan. Perjumpaan pada minggu tersebut telah berakhir lebih kurang dalam pukul 11 pagi.

15

Laporan Mingguan Olahraga

Minggu Ketujuh: 11 Februari 2012 Laporan Olahraga acara Merentas Desa Tarikh Hari Tempat Masa : 11 Februari 2011 : Sabtu : Gimnasium UPSI : 8 pagi 1.00 petang

Ahli Jawatankuasa Induk; Pengarah Pen. Pengarah Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari (L) Bendahari (P) Aktiviti: - Setelah sampai di padang futsal iaitu tepi gimnasium, kami diminat untuk berkumpul. Aktiviti pertama yang kamu lakukan pada pagi tersubut adalah senaman aerobik sebagai senaman untuk memanaskan badan untuk persiapan merentas desa. - Kemudian, kami diberi sedikit penerangan tentang trek perjalanan untuk merentas desa. - Pelajar lelaki memulakan larian terlebih dahulu, manakala pelajar perempuan perlu menunggu giliran mereka di gelanggang futsal, sehingga pelajar lelaki tamat melakukan larian. - Setelah semua pelajar lelaki sampai garisan penamat, nama pemenang-pemenang diambil. Kumudian, giliran pelajar perempuan pula untuk memulakan dan menutup larian merentas desa pada hari tersebut. : Muhammad Hanif bin Yahya : Federick Juggo anak Jugie : Nuradibah binti Jaafar : suraya binti Ashari : Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim : Norasma Ameena binti Mohd Hamzah

16

Laporan Mingguan Olahraga

- Setelah semua pelajar perempuan sampai di garisan penamat, nama pemenang diambil. Kemudian, kami berehat seketika sementara menunggu majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang. - Sebelum majlis penyampaian hadiah dilangsungkan, pensyarah krusus olahraga kami telah memberikan seedikit ucapan dan seterusnya, secara rasminya, beliau menamatkan kursus Olahraga bagi semester ini. - Majlis penyampaian pingat dan sijil pun dijalankan. Sepuluh peserta yang tiba awal di garisan penamat semasa merentas desa telah dijemput ke hadapan untuk menerima pingat dan sijil. Nama-nama pemenang bagi kategori lelaki adalah: 1. Mohammad Syahril bin Taib 2. Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim 3. Ichsan Azhari bin Mohd Aras 4. Mohamad Zulfikri bin Mat Jusoh 5. Muhammad Faiz bin Azeeim 6. Muhammad Hafiz bin Shahidan 7. Muhammad Alim bin Zainaldin 8. Ahmad Zamzuri bin Muhammad 9. Muhammad Fiqry bin Zolkofili 10. Syed Ahmad Wajeeh bin Syed Shiekh Nama-nama pemenang bagi kategori perempuan adalah: 1. Nik Nurhasni binti Awang 2. Nur Abilah Anis binti Mohd. Nasir 3. Nur Aliah Amira binti Affandi 4. Noor Syaheerah Syazwani binti Surya 5. Najwa Syarina binti Mohd. Nasir 6. Siti Nor Farahieda binti Mohd Asri 7. Priscilla anak Nari 8. Ivy Esther See 9. Noraine binti Abgar 10. Wan Nurhamizah binti Abdul Rahman
17

Laporan Mingguan Olahraga

Ini adalah peta laluan merentas desa.

18

Laporan Mingguan Olahraga

RUMUSAN Kursus ini telah memberi banyak ilmu atau pengetahuan tentang acara padang. Saya dapat mengetahui teknik-teknik yang betul semasa menjalankan acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi, larian pecut dan lontar peluru. Saya percaya segala ilmu yang saya perolehi, pasti saya dapat manfaatkan pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, saya juga gembira kerana saya bukan sahaja dapat pelajari teknik-teknik yang betul secara teori, malahan saya juga mendapat peluang untuk melakukan aktiviti olahraga secara praktikal. Selain itu, kursus ini juga dapat membantu mahasiswa atau mahasiswi membuka minda mereka bahawa mereka tidak perlu belajar hanya di dalam bilik kuliah sahaja. Malah mereka juga perlu melakukan aktiviti yang berada di luar bilik kuliah seperti olahraga juga bagi memastikan mereka mempunyai tubuh dan minda yang sihat. Kesimpulannya, pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini patut berasa bertuah kerana mereka bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baru, bahkan tubuh badan mereka juga menjadi lebih sihat dengan bimbingan pensyarah dan jurulatih yang tidak jemu dalam berkongsi ilmu dalam olahraga.

19

Laporan Mingguan Olahraga

BIBLIOGRAFI Astrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill: New York. Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological Testing of the High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL. Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall: Upper Saddle River. Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. Human Kinetics: Canada. Jack H. Wilmore \ David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. Human Kinetics: United States of America. Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.. Human Kinetics: United States of America. Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application to Fitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of America.

20

You might also like