You are on page 1of 4

(Kosongkan)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

PANDANGAN GURU DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH .

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan, Terima kasih diucapkan kerana sudi menjadi responden saya. Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pandangan guru dalam pengurusan kokurikulum sekolah. Motif utama soal selidik ini adalah untuk tujuan akademik semata-mata bagi memenuhi keperluan Kursus Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Semua data yang diperolehi akan dirahsiakan, sementara analisis data dibuat dengan menggunakan triangulasi data dengan data yang telah diperolehi sebelum ini. Soal selidik ini mengandungi 6 soalan. Sila jawab semua soalan. Diharapkan tuan/puan dapat membaca dengan teliti setiap pernyataan dan menjawab dengan JUJUR DAN TELUS setepat mungkin. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan kesabaran tuan/puan menjawab soal selidik ini. Sekian, terima kasih.

NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH KASSIM Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

2 Jawab SEMUA soalan. 1. Pada pandangan anda, bagaimanakah pelaksanaan pengurusan kokurikulum di sekolah?

2. Pada pengamatan anda, bagaimanakah penglibatan guru-guru di sekolah: a) sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan?

b) ketika aktiviti kokurikulum dijalankan?

c) selepas aktiviti kokurikulum dijalankan?

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah tahap kemahiran guru-guru di sekolah SK St Joseph ketika mengendalikan aktiviti: a) badan beruniform?

b) sukan dan permainan?

3 c) kelab dan persatuan?

4. Pada pengamatan anda, apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru ketika mengendalikan: a) sukan dan permainan?

b) kelab dan persatuan?

c) unit beruniform?

5. Pada pendapat anda, apakah kemahiran yang diperlukan oleh guru-guru di sekolah ini supaya dapat mengendalikan aktiviti a, b, dan c di bawah dengan berkesan? a) sukan dan permainan

b) kelab dan persatuan

c) unit beruniform

4 6. Pada pendapat anda, apakah perlu sekolah menyediakan modul pengurusan kokurikulum di sekolah sebagai panduan guru-guru? Jika perlu, mengapa?

Terima kasih....:)

You might also like