You are on page 1of 16

TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU3105) Soalan Aneka pilihan 1.

Bagi memastikan teknologi pendidikan dapat diaplikasikan dengan berkesan di bilik darjah, apakah ASAS utama yang perlu ada kepada seseorang guru? (A) Sumber dan amalan (B) Amalan dan proses (C) Teori dan sumber (D) Teori dan amalan 2. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani Cikgu Rohani ingin menerangkan teknik menghantar dan menyambut bola hoki dengan berkesan. Untuk mencapai tujuan tersebut, media pengajaran yang paling sesuai digunakan ialah (A) Carta (B) Video (C) Gambar foto (D) Transperansi 3. Manakah di antara berikut bukan merupakan fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran? (A) Pendidikan jarak jauh (B) Pelaksanaan pembelajaran kendiri (C) Pelaksanaan pengajaran secara langsung (D) Menyediakan pendidikan bagi pelajar istimewa sahaja 4. Berdasarkan Model Edgar Dale (1946) dalam Kon Pengalaman Dale media pengajaran berikut dapat digolongkan dalam Pengalaman Ikonik kecuali (A) Bahan pameran (B) Gambar bergerak (C) Lakonan / drama (D) Rakaman audio

5. Dalam Model ASSURE, apakah langkah yang ke-5, yang dicadangkan oleh penggubalnya? (A) Memilih kaedah, media dan bahan (B) Menentukan objektif (C) Mendorong penglibatan pelajar (D) Menilai keseluruhan sistem 6. Prinsip grafik yang menerangkan cara menyusunatur elemen visual ialah (A) Prinsip mudah (B) Prinsip harmoni (C) Prinsip imbangan (D) Prinsip Domain 7. Cikgu Ahmad telah melakar bentuk piramid di atas sekeping kadbod sebagai alat bantu mengajar. Bentuk piramid yang dilakar itu mempunyai dimensi panjang, tinggi dan lebar. Apakah kategori bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh cikgu Ahmad. (A) Realia (B) Spesimen (C) Bahan 2 dimensi (D) Bahan 3 dimensi

8, Berikut adalah fungsi yang terdapat pada bahagian kamera SLR kecuali Komponen Apacer Shutter Kanta Lampu imbas Fungsi Mengawal kejelasan objek yang difokus Mengawal kelajuaan bukaan pengatup Membentuk imej atas filem supaya jelas Menambah cahaya pada objek

(A) (B) (C) (D)

9. Bagaimanakah caranya untuk memegunkan aksi ahli sukan yang sedang melempar cakera di padang? (A) Melaraskan apertur kepada f5.6 (B) Melaraskan kelajuan shutter kepada 1/500 (C) Menggunakanlampu imbas kelajuan tinggi (D) Menggunakan tripod bagi menstabilkan kamera

10. Cikgu Rohana hendak menunjukkan arah aliran cecair di dalam batang paip dengan menggunakan transperansi. Yang manakah di antara berikut merupakan teknik penyediaan transperansi yang paling sesuai disediakan oleh cikgu Rohana (A) Animasi (B) Bertindih (C) Pusingan (D) Bertingkap 11. Mengapakah skrip perlu dimantapkan sebelum sesuatu rakaman audio untuk pengajaran dan pembelajaran dimulakan? (A) Kualiti audio yang dirakam bergantung pada skrip (B) Keperluan peralatan rakaman bergantung pada skrip (C) Kandungan pelajaran bergantung pada kandungan skrip (D) Supaya penyampai boleh menggunakan gaya bahasa yang betul. 12. Dalam sebuah lakonan cikgu Zelkepli telah menggunakan tripod untuk merakam aksi seorang pelakon yang sedang berdiri dari bahagian kakinya dan kemudian kamera tersebut digerakkan secara perlahan ke bahagian muka pelakon tersebut. Apakah jenis pergerakan kamera yang digunakan oleh cikgu Zelkepli? (A) Dolly (B) Tilting (C) Truck (D) Panning 13. Manakah antara berikut merupakan tindakan paling sesuai dilakukan oleh Cikgu Shaifol apabila menggunakan sesuatu jenis perisian (A) Menggunakan Microsoft Power Point untuk mengedit video (B) Menggunakan perisian Microsoft Word untuk menerbitkan buletin (C) Menggunakan perisian Microsoft Excel untuk membuat pengkalan data (D) Menggunakan perisian Micrisoft Access untuk menganalisis ujian 14. Di antara perisian berikut yang manakah paling sesuai untuk membina persembahan multimedia interaktif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (A) Authorware (B) Toolbook (C) Movie Maker (D) Soundforge

15. Cikgu Ismail telah menyiapkan persembahan multimedia menggunakan persembahan elektronik. Namun beliau mendapati multimedia yang dihasilkan tidak menepati ciri mesra pengguna. Apakah tindakan yang perlu diambil Cikgu Ismail untuk mengatasi masalah ini? (A) Menambah bilangan slaid (B) Menambah animasi teks dan grafik (C) Menyelitkan video dan audio yang lebih menarik (D) Menambah butang navigasi atau ikon untuk pautan 16. Akta Hak Cipta digubal bagi melindungi pemilik hak cipta daripada kes cetak rompak. Kementerian manakah yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut? (A) Kementerian Dalam Negeri (B) Kementerian Perdagangan dan Industri (C) Kementerian Penerangan, Komunikasi , Kesenian dan Kebudayaan. (D) Kementerian Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia 17. Mengapakah maklumat-maklumat rahsia di dalam sesebuah organisasi perlu diurus dan dipelihara dengan efektif dan sistematik. (A) Supaya maklumat boleh dimanipulasi (B) Supaya maklumat bolehdicapai dengan mudah (C) Supaya organisasi dapat meningkatkan daya saing (D) Kerana kebocoran rahsia boleh menjejaskan organisasi

18. Matlamat utama Teknologi Pendidikan adalah untuk (A) Memperbaiki kemahiran guru berkomunikasi di bilik darjah (B) Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (C) Mengesan kelemahan pelajar dalam pembelajaran (D) Memperkenal peralatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

19. Menurut Duck dan Reiser (1989), "Reka Bentuk Pengajaran" adalah suatu proses sistematik agar pengajaran dapat dirancang dan dilaksanakan dengan cemerlang. Berikut yang manakah bukan termasuk proses sistematik yang dimaksudkan? (A) Tentukan matlamat (B) Menyemak masalah (C) Melaksana (C) Membina ujian 20. Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan media yang dapat mengatasi batasan ruang masa? (A) Pembelajaran kendiri mengikut kemampuan dan keselesaan pelajar. (B) Interaksi dan kefahaman tentang realiti ditingkatkan dengan variasi penggunaan media. (C) Kejadian yang berlaku pada masa lalu ditampilkan dalam bentuk filem, foto. (D) Menggunakan perisian pembelajaran berulang kali untuk memberikan ransangan pengalaman dan persepsi yang sama. 21. Sekiranya objektif pembelajaran ialah mengenai belajar peraturan, jenis media yang paling sesuai digunakan ialah (A) penerangan (B) Gambar pegun (C) Objek 3 dimensi (D) rakaman video

22. Multimedia merupakan media yang kaya dengan pelbagai elemen dan menyokong banyak jenis strategi pengajaran dan pembelajaran. Antara berikut yang manakah menyokong penyataan di atas? I. Pelajar boleh mengawal pembelajaran dan menggalakkan pembelajaran kendiri. II. Multimedia mengalakkan interaktiviti dan latihan. III. Multimedia menggalakkan minat pelajar terhadap pelajaran. IV. Sumber multimedia mudah diperolehi dan senang dihasilkan.

(A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV (C) I,III dan IV (D) I,II,III dan IV 23. Elemen grafik yang merujuk kepada peralihan ton daripada yang gelap kepada yang terang ialah (A) Tekstur (B) Warna (C) Nilai (D) Bentuk

24.

Gambar 1

Gambar 2 Apakah prinsip susun letak subjek yang sama dalam kedua-dua buah potrait di atas? (A) Prinsip dominan (Dominan)

(B) Prinsip mudah ( Simplicity) (C) Prinsip satu pertiga (Rule of thirds) (D) Prinsip penyatuan (Uniformity) 25. Bahan 3D adalah bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan sebenar. Antara berikut adalah kelebihan bahan 3D sekiranya digunakan di dalam kelas kecuali (A) Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi di antara satu sama lain (B) Pelajar dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik (C) Menggalakkan guru membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan (D) Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana pelajar dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. 26. Jenis shot yang manakah kurang sesuai digunakan dalam situasi temuramah bagi menunjukkan tetamu yang ditemuramah? (A) Extreme Long Shot (B) High angle shot (C) Medium shot (D) Medium Long shot 27.

Cara mengurangkan kesan herotan (key stone effect) di atas dalam tayangan Overhead Projector ialah (A) Menempatkan projektor ke sebelan kiri skrin (B) Menempatkan projektor ke sebalah kanan skrin (C) Menempatkan projektor lebih dekat dengan skrin (D) Menempatkan projektor berdepan dengan tengah skrin

28. Yang manakah teknik penyediaan transperansi yang paling sesuai untuk pengajaran carta aliran? (A) Tulis terus (B) Bertingkap (C) Berjalur (D) Bertindih 29. Penggunaann bahan audio serta gabungan media lain dapat menunjukkan kepada pelajar keadaan sebenar dalam situasi tertentu. Ini adalah kerana kebanyakan bahan audio adalah lebih efektif dan boleh menarik minat pelajar. Berikut adalah antara kebaikan penyampaian bahan pengajaran melalui pita audio. I. Sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang cekap membaca II. Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui proses penyuntingan III. Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan kefahaman pelajar IV. Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar masa. Kadar masa yang telah digunakan tidak boleh diubah. (A) I dan II sahaja (B) I dan IV sahaja (C) I, II dan III sahaja (D) I, II dan IV sahaja

30. Di dalam penggambaran video terdapat tiga jenis arah penggambaran yang biasa digunakan kecuali (A) Gambar sudut rendah (B) Gambar sudut tinggi (C) Gambar sudut kanta (D) Gambar sudut paras mata 31. Papan cerita (story board) adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin paparan dalam aplikasi persembahan elektronik. Antara berikut merupakan kelebihan papan cerita kecuali

(A) Menzahirkan idea sebelum dipindahkan ke paparan komputer (B) Menjimatkan masa dan kos pembinaan persembahan (C) Mengubahsuai dan menambahbaik semasa pembangunan (D) Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting 32. Antara berikut yang manakah merupakan perisian alat pengarangan multimedia (A) Adobe Photoshop (B) Flash (C) Microsoft Publisher (D) Authorware 33. Berikut merupakan antara fungsi utama perisian hamparan elektronik. (A) Menyusun dan menyisih data serta menghimpunkan di pengkalan data (B) Membuat pengiraan matematik berdasarkan formula dan fungsi (C) Membuat cantuman mel dan mengedarkan kepada populasi yang ramai (D) Mencipta buku elektronik dan menggunakan hyperlink 34. Apakah tujuan utama penggubalan undang-undang hakcipta di negara kita? (A) Memastikan promosi produk dapat dibuat dengan baik (B) Memastikan kreativiti individu dalam penghasilan bahan atau produk dilindungi (C) Mengelakkan orang lain menumpang nama bagi produk yang dihasilkan (D) Mengelakkan produk diperbanyakkan 35. Di antara berikut perisian TMK manakah merupakan dari kategori sumber terbuka (open source)? (A) Linux (B) MS Office (C) Windows Movie Maker (D) Adobe Photoshop

36. Model-model Reka Bentuk Pengajaran ada berskala besar dan kecil. Sehubungan itu Model ASSURE tergolong dalam model apa? (A) Berorientasikan bilik darjah (B) Berorientasikan sumber (C) Berorientasikan produk (D) Berorientasikan sistem 37. Dalam Model ASSURE, apakah langkah ke-5 yang dicadangkan oleh penggubalnya? (A) Memilih kaedah, media dan bahan (B) Menentukan objektif (C) Mendorong pengelibatan pelajar (D) Menilai keseluruhan sistem 38.Foto biasanya merangkumi bahan yang dibuat oleh pelajar sendiri. Pembelajaran jenis ini akan menghasilkan pelajar yang (A) membantu pengajar melaksanakan pengajaran secara langsung (B) dibimbing oleh media tersebut dalam mempelajari perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu (C) saling bekerjasama untuk mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan sesama pelajar lain (D) menitikberatkan soal ketepatan, berupaya untuk akses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas 39. Kebijaksanaan guru menyusun bahan-bahan pengajaran akan dapat mementukan kejayaan sesuatu pelajaran. Penyampaian pelajaran yang harus dimulakan ialah (A) Tunjukcara (B) Simbol verbal (C) Simbol visual (D) Pengalaman sebenar

40. Di antara berikut yang manakah merupakan pertimbangan penting dalam pemilihan media pengajaran? I. Objektif pengajaran media II. Harga media III. Keberkesanan penggunaannya IV. Media terkini (A) I dan II sahaja (B) II dan III sahaja (C) II dan IV sahaja (D) III dan IV sahaja 41. Berikut adalah contoh bahan yang dikategorikan sebagai bahan 2D (A) Poster (B) Realia (C) Diorama (D) Topeng 42. Bagaimana caranya untuk mempegunkan aksi atelit yang sedang berlari pecut? (A) Mengurangkan saiz aperture kepada f5.6 (B) Meningkatkan kepantasan shutter kepada 1/250 (C) Menetapkan "self-timer" untuk melambatkan penutupan bukaan aperture (D) Menggunakan tripod bagi menstabilkan kamera 43. Fail audio biasanya disimpan dalam pelbagai format tertentu. Antaranya adalah seperti berikut kecuali (A) wave (.wav) (B) sound (.snd) (C) Audio file format (.aif) (D) Real media player (.rmp) 44. Bahagian utama sebuah kamera video adalah seperti berikut kecuali (B) Badan bingkai (B) Dolly (C) Lensa (D) Viewfinder

45. Cikgu Zelkepli telah menyiapkan sebuah persembahan multimedia menggunakan persembahan elektronik. Namun beliau mendapati multimedia yang dihasilkan tidak menepati ciri-ciri mesra pengguna. Antara tindakan yang perlu diambil oleh cikgu Zelkepli untuk mengatasi masalah ini ialah, kecuali (A) Membiarkan sahaja hal tersebut (B) Menambah animasi teks dan grafik (C) Menambah butang atau ikon untuk pautan slaid (D) Menyelit video atau audio yang lebih menarik 46. Dalam MS Word toolbar mana yang dipaparkan apabila memasukkan gambar/grafik? (A) Picture (B) Drawing (C) Movies and sound (D) Tiada toolbar yang dipaparkan 47. Berikut ialah ciri-ciri pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) kecuali (A) Belajar ikut ketetapan yang telah ditentukan (B) Memperolehi sikap positif terhadap komputer (C) Fleksibiliti dalam pembelajaran (D) Mempelajari sesuatu dengan cepat 48. Antara perisian berikut manakah yang paling sesuai untuk membina persembahan multimedia interaktif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran? (A) Flash (B) Authorware (C) Movie maker (D) Soundforge 49. Keselamatan data dan maklumat menjadi salah satu aspek penting dalam sistem maklumat rangkaian contohnya maklumat yang dimuatkan dalam internet. Manakah yang menjadi ancaman terbesar kepada keselamatan data dan maklumat pada masa kini?

(A) Virus (B) Adware (C) Spyware (D) Hacking 50. Konsep teknologi pendidikan adalah merujuk kepada frasa Teknologi dalam pengajaran. (A) adalah sebahagian dalam teknologi dari pendidikan (B) adalah sebahagian dari teknologi pendidikan (C) dan teknologi dari pendidikan adalah entiti yang sama (D) dan teknologi dari pendidikan tidak mempunyai apa-apa kaitan. 51. Mengapakah bidang Teknologi Pendidikan diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan guru? (A) Meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan. (B) Memberi kesedaran bahawa teknologi pendidikan penting kepada guru. (C) Membiasakan guru-guru pelatih menggunakan alat-alat bantu mengajar. (D) Meningkatkan kepakaran guru dalam mata pelajaran. 52. Pemilihan sesuatu media pengajaran berdasarkan faktor-faktor berikutkecuali, (A) gaya pembelajaran pelajar (B)kaedah pengajaran yang dipilih (C) harga media yang akan digunakan (D) objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan 53. Merujuk kepada bahan sumber pengajaran dan pembelajaran . Gabungan pelbagai model, dan pelbagai objek dengan lukisan sebagai latar belakang yang diletakkan di dalam satu bekas dikategorikan sebagai (A) realia (B) diorama (C) bahan 3 dimensi (D) media pengajaran

54. Model ASSURE mengandungi enam langkah . Dalam langkah "Aanalyse Learners" pelajar dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut kecuali (A) Gaya belajar (B) Ciri-ciri umum pelajar (C) Tanggapan pelajar terhadap TMK (D) Pengetahuan/pengalaman sedia ada 55. Sebagai seorang guru, penggunaan warna dalam menyediakan bahan sumber, memainkan peranan yang penting. Warna primer ialah (A) Biru, merah, hijau (B) Biru, merah, kuning (C) Merah, ungu, biru (D)Kuning, biru, coklat 56. Antara ciri-ciri berikut, manakah merupakan Elemen asas reka letak grafik? I. Titik II. Ruang III. Bentuk IV. Domain (A) I,II dan III (B) II,III dan IV (C) I, II dan IV (D) I, II, III dan IV 57. Anda ditugaskan menjelaskan kepada murid mengenai sistem jalan raya, taburan penduduk, kawasan pertanian , sempadan negeri dan nama ibu negeri dengan menggunakan transperansi dan OHP. Antara teknik transperansi yang paling sesuai digunakan untuk tujuan tersebut (A) Sehelai (B) Tetingkap (C) Tindan tindih (D) Beranimasi/Bergerak

58. Perkara yang paling penting yang perlu diutamakan semasa membuat rakaman audio ialah level (A) output yang tidak terlalu tinggi (B) input yang tidak terlalu rendah (C) output yang menyakitkan telinga (D) input yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah 59. Penggunaan kamera video untuk merakam gambar boleh dilakukan dengan pelbagai jenis shot. Berikut adalah jenis-jenis shot kecuali (A) Shot Jauh (Long Shot) (B)Shot Rapat (Medium shot) (C) Shot Sederhana (Medium Shot) (D) Shot Jauh Extreme (Extreme Long Shot)

60. Antivirus adalah perisian yang dinamik mengikut perkembangan perisian komputer. Berikut adalah ciri-ciri anti virus yang baik kecuali (A) scanning yang cepat (B) update virus pattern (C) defrag dengan cepat (D) mengesan semua jenis virus 61. Pengurusan markah pelajar menjadi lebih efisien dengan menggunakan pelbagai perisian. Perisian terbaik untuk mengurus markah pelajar (A) MS Word (B)Ms Excell (C) MS Access (D) MS Power Point 62. Apakah fitur dalam MS Power Point yang patut digunakan untuk membuat animasi ringkas (A) Slide show (B) Animated GIF

(C) Slide transition (D) Insert picture 63. Hak cipta adalah sangat penting untuk melindungi sesuatu produk. Berdasarkan pernyataan di atas hak cipta merujuk kepada (A) hak untuk mereka cipta dan mencipta sesuatu yang baru (B) satu set untuk memiliki sesuatu atau mengawal sesuatu untuk selamalamanya (C) set-set untuk memiliki sesuatu atau mengawal sesuatu untuk tempoh yang terhad (D)satu set hak eklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat

64. Dalam era TMK sekarang pelbagai perisian boleh didapati di pasaran. Ciriciri perisian yang dikategorikan sebagai Freeware adalah (A) percuma dan boleh diguna oleh orang ramai (B) merupakan perisian yang boleh dibaiki dan ditingkatkan kualiti oleh sesiapa sahaja (C) tertakluk juga kepada Akta Hak Cipta dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemegang hakcipta (D)boleh diguna untuk menjadi satu sumber pendapatan tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik hakcipta

You might also like