You are on page 1of 24

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

(MBMMBI)
1 Apakah itu Dasar MBMMBI? Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. 2 Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI? Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

3 Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

4 Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan? Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolahsekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.

5 Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. 6 Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI? KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut: a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 5 Bahagian Pendidikan Guru juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI: Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia: i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) ii. KDP 4 Minggu iii. Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

(MBMMBI)
2

Latihan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris: i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris 7 Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM) Institut Pendidikan Guru a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan di sekolah.

b. Teacher Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.


DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid. d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen Amalan Professional , Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian. Praktikum 3 kali praktikum : a. Semester 5 4 minggu b. Semester 6 8 minggu c. Semester 7 12 minggu Semester 8 pelajar akan menjalani internship dengan menjalankan kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris. Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.

8 Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut: i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara

9 Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?

Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu: a. b. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(MBMMBI)
3

c. d. e.

IPG Kampus Dato Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi. Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris; b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru sekolah

10 Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI? English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru: a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka. Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan p & p untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. CD Audio-Video (Teachers CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif. OPS-ENGLISH Students Handbook untuk murid.

b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)

(MBMMBI)
4

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

11 Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa. 12 Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah? Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu; Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning) Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran Formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran Sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. 13 Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa. Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

14 Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(MBMMBI)
5

Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)
1 2

Mengapakah KSSR diperkenalkan? KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Apakah maksud Kurikulum Standard? KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? KSSR KBSR Keterampilan Diri Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu Bahan Kurikulum: Sukatan Pelajaran Reka bentuk kurikulum: Linear Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: Komunikasi Kerohanian, Sikap & Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal & Estetika Sains dan Teknologi Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Modular Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema &

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras & Elektif Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit Fokus: 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) 4

Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Fokus: 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan. Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains. Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu. Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR? KSSR tidak mengalakkan penjurusan. Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?

8 9

Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

10 Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi? Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains .
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(KSSR)
7

11

Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

12 Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam p&p? Elemen Merentas Kurikulum (EMK) tidak perlu digunakan tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian. dalam setiap kali sesi p&p

13 Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

14 Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu? Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris? Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

16 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan? Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.

17 Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1? Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini. Walau

18 Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?

(KSSR)
8

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid sekiranya semua guru hendak

19 Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan menggunakan makmal dalam satu masa?

Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.

20 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer? Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.

21 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283

22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p? KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.

23 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR? KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.

24 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(KSSR)
9

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

(TPV)
1 2 3 4

Bagaimana kaedah memohon. 1. Isi borang atas talian. www.moe.gov.my 2. Isi borang hantar ke SMV/T yang dipohon. Bilakah keputusan permohonan diketahui? 10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.(on line) Bagaimana nak semak keputusan permohonan? Secara online. www.moe.gov.my , atau Hubungi sekolah yang dipohon. Ada 2 borang dalam talian. Isi kedua-dua atau salah satu? Isi satu sahaja secara online.(Jika ada capaian) Jika gagal boleh guna borang, lengkapkan dan hantar ke sekolah yang dipohon untuk diproses. Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran? Kolej Vokasional. - Pengajian selama 4 tahun.(Sijil Kolej Vokasional dari Tahap 1 hingga tahap 4) - Guna system semester. - 15 SMV rintis untuk tahun 2012. (rujuk lampiran) Bidang Teknikal. - Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM) Bidang Vokasional. - Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM) Latihan Kemahiran. - Pengajian selama 2 tahun - Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3) - Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1) Dalam 4 Kategori sekolah, apakah kursus yang ditawarkan oleh KV, Teknik, Vokasional dan Kemahiran? Sekolah yang telah dirintiskan sebagai KV akan menawarkan kursus KV sahaja.

10

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

SMT akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja, SMV (selain KV rintis) akan menawarkan kursus bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran. Bila dapat keputusan PMR sebenar, bagaimanakah pemilihan kemasukan? Bagi kemasukan ke KV, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan. Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga Peperiksaan Malaysia). Adakah Sijil dan Diploma KV diiktiraf oleh MQA atau tidak? Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA. Lepasan KV tiada SPM, bolehkah sambung pengajian ke IPTA/S? Boleh. Sambungan Pengajian mestilah berkaitan dengan sijil/Diploma KV yang diperolehi. Pencapaian yang memenuhi syarat kemasukan IPTA/S yang dipohon. (Mou antara KPM dengan mana-mana ILKA/S dan IPTA/S terlibat sedang dipergiatkan untuk menyambut pelajar lepasan KV kelak) Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui maklumat lanjut tentang KV/SMV. Layari laman web www.moe.gov.my atau Hubungi sekolah yang berkenaan. Apa perlu dibuat apabila tidak dapat meneruskan akses permohonan secara online kerana kombinasi No. KP dan Angka Giliran tidak sama? Hubungi BPTV dengan memberi butiran berikut; Nama, No. Kad Pengenalan, Angka Giliran, Nama dan nombor telefon penjaga. Saya merupakan guru di sekolah menengah harian. Bagaimanakah caranya untuk saya lakukan bagi membolehkan saya berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional? Pemohonan pertukaran guru-guru yang berjawatan dan GC mestilah melalui Sistem Pertukaran Guru di eGTukar. Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan yang ada di sekolah yang dimohon atau atas keperluan perkhidmatan. Bagaimana caranya untuk saya lakukan agar saya dapat berpindah kerana pengetua di sekolah saya tidak meluluskan pemohonan saya ini? Pemohonan pertukaran mestilah mendapat sokongan Pengetua sekolah terlebih dahulu. Jika pengetua tidak menyokong bermakna perkhidmatan masih diperlukan di sekolah itu berdasarkan opsyen guru berkenaan. Saya merupakan guru yang baru dilantik dan masih belum sah jawatan. Bolehkah pemohonan saya diluluskan kerana saya mempunyai masalah keluarga? Segala kelulusan pemohonan adalah atas keperluan penjawatan dan perkhidmatan. Semasa saya mengisi pertukaran secara online. Saya dapati maklumat peribadi saya salah. Kepada siapa perlu saya maklumkan perkara ini? Pada kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran ada membuat surat siaran supaya guruguru mengemaskini data-data melalui eGTukar yang dilakukan oleh Guru Penolong Kanan atau guru data. Rujuk kepada Guru Penolong Kanan atau guru data bagi tujuan pembetulan.
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

8 9

10 11

12

13

14 15

(TPV)
11

16

Bolehkah sesuatu pertukaran itu dilakukan dalam tempoh 24 jam? Kelulusan pertukaran akan di bawa mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran. Tempoh kelulusan bergantung kepada kes kes tertentu untuk diluluskan dalam mesyuarat. Bolehkah saya menukar lokasi penempatan saya walaupun semasa pemohonan saya telah ditempatkan di lokasi yang berlainan? Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah. Saya telah membuat pemohonan ke sekolah di negeri Johor. Bolehkah sekiranya saya memohon untuk menukar lokasi ke negeri Melaka walaupun pemohonan pertukaran ke negeri Johor itu belum diluluskan? Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah. Pemohonan pertukaran saya telah diluluskan. Terima kasih saya ucapkan. Namun begitu, saya ingin mengubah lokasi pertukaran saya itu ke tempat lain. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini? Keputusan pertukaran adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau proses hendaklah dibuat secara bertulis dan diajukan kepada Pengarah. Selama 7 tahun saya telah mencuba memohon untuk bertukar ke negeri Kelantan. Apakah faktor yang menyebabkan pemohonan saya ini tidak diluluskan. Bagaimanakah caranya untuk saya memenuhi hajat saya ini? Segala kelulusan bergantung kepada kekosongan. Rata-rata sekolah di Negeri Kelantan telah cukup kouta guru di situ. Tuan, suami saya bertugas di sebuah syarikat perikanan di Pahang. Dan saya berhajat untuk bertukar di sana. Saya kini mengajar di Kuala Lumpur. Tempat yang ingin saya pohon tidak mempunyai bidang yang saya ajar kini. Apa yang harus saya lakukan bagi membolehkan saya dapat berpindah ke negeri Pahang berdekatan dengan tempat suami saya bertugas? Puan disarankan untuk merujuk bidang yang puan mengajar di sekolah sekolah yang berhampiran pada PPD negeri yang puan mohon. Sekiranya ada, puan boleh terus membuat pemohonan pertukaran.

17

18

19

20

21

(TPV)
12
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

(PBS)
Konsep PBS 1 Apa itu PBS?

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang? Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Bila PBS mula dilaksanakan? PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR 100% PBS pada 2014. Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding dengan pentaksiran sedia ada yang lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

13

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

Apakah standard prestasi? Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk dengan kepada standard yang ditetapkan. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

(PBS)
14

Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan Laporan deskriptif dan formatif dapat dijana melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). 9 Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan kesilapan. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? Setiap guru merupakan guru terlatih yang telah menjalani kursus asas perguruan. walaubagaimanapun mereka akan tetap diberi pendedahan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jawatankuasa PBS 1 Apakah peranan YDP Majlis Pengetua Daerah dan YDP Majlis Guru Besar Daerah sebagai Ahli Jawatankuasa PBS Daerah? YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua Pengetua/Guru Besar dalam daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam mesyuarat JK PBS Daerah Sejauh manakah kuasa JK PBS Sekolah dalam pengoperasian PBS? JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian PBS peringkat sekolah asalkan ianya mematuhi garis panduan dan arahan pelaksanaan yang ditetapkan Bagaimanakah keanggotaan JK PBS Sekolah bagi sekolah kurang murid dalam?

10

11 12

Pelantikan JK PBS Sekolah adalah tertakluk kepada keperluan sekolah bagi sekolah kurang murid, seorang guru mungkin perlu memegang lebih daripada satu folio

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(PBS)
15

Pelaksanaan PBS 1 Adakah LINUS saling melengkapi dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Ya. LINUS boleh digunakan dalam pentaksiran PBS kerana kemahiran yang terdapat dalam LINUS terdapat dalam KSSR Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan? Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya sekolah ingin menjalankannya maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut mestilah diolah/bina mengikut deskriptor standard prestasi Bolehkah sekolah melaksanakan pengoperasian komponen PBS mengikut kekuatan sumber yang ada dan menggunakan pendekatan tertentu? Sekolah boleh melaksanakan pengoperasian PBS menggunakan sumber yang ada dan juga menggunakan pendekatan sesuai seperti yang diputuskan oleh JK PBS sekolah selagi pengubahsuaian tidak bercanggah dengan panduan pelaksanaan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara melaksanakan kohort PBS yang lepas? Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa. Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS? Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing-masing dan pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir Bagaimanakah pengoperasian PBS bagi murid dari golongan OKU dilaksanakan? Adakah mereka akan diberikan pengecualian? Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang dibina khas untuk golongan tersebut. Oleh yang demikian mereka tidak diberi pengecualian

4 5

Pentaksir Sekolah 1 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir? Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan guru yang hanya mengajar boleh mentaksir muridnya Bolehkah seseorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran menjadi pentaksir dan seterusnya membuat pentaksiran? Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran

(PBS)
16

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

Pelaporan 1 Bolehkah ibu bapa mendapatkan laporan prestasi murid bila diperlukan? Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut Siapakah yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid? Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid sekiranya diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) Bilakah guru boleh mula memasukkan data standard prestasi murid ke dalam SPPBS? Pihak sekolah perlu menunggu arahan pelaksanaan yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada awal tahun Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan? Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan daripada guru. Laporan boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system Aplikasi SPPBS Bolehkah pihak-pihak yang berkepentingan seperti wakil rakyat, pertubuhan NGO, pihak swasta dan pihak lain selain ibu bapa mendapatkan rumusan pelaporan prestasi untuk tujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada murid? Pihak-pihak yang berkepentingan boleh mendapatkan rumusan pelaporan prestasi sekolah sekiranya dipersetujui oleh JK PBS Sekolah berkenaan Bolehkah sekolah membuat ranking bagaimana caranya? di kalangan murid-muridnya? Jika boleh,

Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan menggunakan atau merujuk evidens yang dapat disempurnakan oleh murid-murid semasa pentaksiran PBS Adakah pelaporan PBS boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan penerima anugerah kecemerlangan murid di sekolah? Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada pemilihan penerima anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid Adakah ibu bapa diberi kemudahan untuk mencapai sistem yang boleh mengeluarkan pelaporan bagi anak-anak mereka? Pada masa ini ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak- anak mereka daripada guru di sekolah

Penjaminan Kualiti 1 Apakah maksud penyelarasan?

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap


DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(PBS)
17

peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan perlu dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. 2 Siapakah yang melaksanakan penyelarasan? Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Guru Cemerlang mata pelajaran dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, JPN dan PPD. Apakah yang dikatakan pementoran? Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Siapakah yang boleh melaksanakan pementoran? Pementoran boleh dilakukan oleh mentor dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus. Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan? Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Siapakah yang boleh melaksanakan pemantauan? Pemantauan boleh dilakukan oleh pemantau dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama? Sekolah boleh malah digalakkan untuk melakukan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran kerana dengan kerjasama tersebut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pelaksanaan PBS Sejauh manakah intergriti guru boleh dipercayai dalam pelaksanaan PBS? Intergriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini kerana adanya mekanisme penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang pelaksanaan PBS iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. Bolehkah sekiranya guru yang dipantau adalah Guru Besar atau Guru Penolong Kanan? Boleh sekiranya Guru Besar/Pengetua atau Guru Penolong Kanan mata pelajaran berkenaan. Bagaimanakah dengan pelaporan PBS bagi murid yang berpindah? Sekolah perlu memaklumkan perpindahan tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui sistem Apllikasi SPPBS dan pelaporan murid akan dapat diakses oleh sekolah baru.

(PBS)
18

10

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

Pengurusan Evidens Dalam PBS 1 Bolehkah fail showcase disediakan di hujung tahun? Tidak. Fail Showcase (FS) perlu disediakan pada awal tahun iaitu sesi awal persekolahan kerana selain boleh dijadikan rujukan untuk Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) juga boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan pencapaian band murid jika diperlukan. Berapakah bilangan fail yang perlu disediakan untuk menyimpan evidens murid dalam PBS? Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) yang perlu disediakan untuk seorang murid bagi menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran. Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam band tertinggi sahaja yang disimpan? Evidens terbaik pada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM). Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan kembali kepada murid. Bilakah evidens murid boleh dilupuskan? Evidens murid bagi Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada murid tersebut setelah pencapaian standard prestasinya direkodkan dalam SPPBS. Bagaimanakah hendak membuktikan kepada pihak yang memerlukan evidens berbentuk lisan? Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan di dalam SPPBS. Guru juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan evidens tersebut. Jika perlu murid boleh dipanggil untuk membuktikan pencapaiannya.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(PBS)
19

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

SATU MURID SATU SUKAN

(1Murid 1Sukan)
1 Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan? i. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

ii. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. 2 Kenapa Dasar 1Murid 1Ssukan Ini Diwujudkan? i. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;

ii. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan iii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 3 Apakah Objektif Dasar 1Murid 1Sukan Ini? i. Meningkatkan kecergasan jasmani; ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni; iii. Memupuk perpaduan di antara kaum; iv. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid; v. Memastikan murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan learning through play; vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. 4 Apakah Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan Ini? Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan merupakan inisiatif yang akan membolehkan murid mencapai, menggunakan dan menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperolehi mereka bagi kegunaan sepanjang hayat. Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan Ini? Sebelum pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

20

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

i.

Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;

ii. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah; iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1Murid 1Sukan hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. v. Asas kepada Dasar 1Murid 1Sukan adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini; vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan; vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 6 Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan Ini? i. Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

DASAR-DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Soalan-Soalan Lazim

(1Murid 1Sukan)
21

ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1Murid 1Sukan

You might also like