hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukaninterpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialahmenetapkan representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik.Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, ataumenyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau pernyataan. (KamusDewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif,memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupayamewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna konseptual ataumakna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et.al., 2005).Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya, maka maknagramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya prosesgramatikal, Contohnya seperti, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan.Misalnya,
ber-
dalam
berjalan
,
rumah-rumah
yang membawa maksud banyak rumahdan penghasilan kata majmuk
surat khabar
daripada gabungan surat dan khabar. Tetapimenurut Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikallebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal.(Kushartanti et.al., 2005)
b)Makna Konotatif
Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, makasifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan
perempuan
dan
wanita
mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan
perempuan
mempunyainilai rasa yang rendah manakala perkataan
wanita
mempunyai nilai rasa yang tinggi.3