Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
80Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
falsafah, etika dan hak asasi dalam kerja sosial

falsafah, etika dan hak asasi dalam kerja sosial

Ratings: (0)|Views: 12,645|Likes:
Published by azmanamanb

More info:

Published by: azmanamanb on Sep 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/06/2013

pdf

text

original

 
amansmile_psychology1.0 PENGENALANKerja sosial merupakan satu bidang yang mempunyai keistimewaannya tersendiri darisegi tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pelbagai pihak yang memerlukan. Kerjasosial boleh di definisikan sebagai satu seni (art), sains, dan sebagai satuprofesion yang menolong manusia untuk menyelesaikan masalah mereka sama ada secarapersonal, kumpulan (terutamanya keluarga) dan juga masalah-masalah komuniti(Farley & Etc. all, 2006). Ianya bukan sesuatu yang baru dan tidak mungkin pupusoleh kerana profesion ini berteraskan prinsip dan falsafah kemanusiaan sejagatyang diperkukuhkan dengan ikatan ilmu hasil daripada penyelidikan dan pemerhatianyang saintifik dan empirikal dan seterusnya wujud dalam kerangka amalan kerja yangmantap.Umumnya, kerja sosial adalah satu profesion yang ingin membawa perubahan sosialkepada masyarakat secara umum pada peringkat pembentukan perkembangan individu.Dengan menggunakan pelbagai teori perlakuan manusia dan sistem sosial, kerjasosial terlibat pada pelbagai tahap interaksi manusia dengan persekitarankehidupan. Permulaan praktis kerja sosial berfokus untuk mencapai keperluanmanusia dan mengembangkan potensi dan sumber-sumbernya. Kerja sosial menjalankanpraktis dalam 5 konteks, iaitu politik, geografi, sosioekonomi, budaya danspiritual. Kelima-lima konteks ini mampu memberikan matlamat yang terarah dalampraktis kerja sosial. Prinsip asas kerja sosial adalah prinsip kemanusiaan dankeadilan sejagat (definisi yang diterima pakai IFSW General Meeting in MontrealCanada, July 2000).Profesion kerja sosial mempunyai falsafah yang tersendiri yang merangkumi pelbagaipengertian ilmu. Ia juga berlandaskan etika kerja sosial yang menjadi garispanduan dalam melaksanakan profesion ini. Di samping itu, bidang inimenitikberatkan hak asasi yang dimiliki oleh setiap individu yang patut dijaga dandipertahankan tanpa mengira status, usia, darjat, pangkat dan warna kulit. Prinsipetika kerja sosial juga adalah sesuatu yang begitu penting yang perlu diamalkanoleh pekerja sosial dalam menjamin kejayaan terhadap praktis serta profesionkerja sosial itu sendiri.2.0 FALSAFAH, ETIKA DAN HAK ASASI MANUSIA DI DALAM KERJA SOSIAL2.1 FALSAFAH KERJA SOSIALBerdasarkan Kamus Dewan, falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian yangdianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Falsafahmerangkumi gugusan kepercayaan, sikap, nilai, prinsip etika dan praktis yangdipegang oleh profesion tersebut. Persoalan falsafah ataupun masalah falsafahialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagaiisi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasa disifatkan sebagai soalan yangsangat rumit, dan ia memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh. Sesuatu soalanitu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselesaikanmelalui kaedah saintifik. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalantentang konsep, ideologi serta perkara-perkara yang abstrak. Contoh-contohpersoalan falsafah adalah seperti, "Apakah kebenaran?”, “Apakah Pemikiran?","Apakah ilmu pengetahuan?", "Apakah Kehidupan?" dan sebagainya.Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada persoalan yang baik, iaitusoalan yang mempunyai nilai falsafah. Ini adalah kerana soalan yang baikmenjanjikan penghuraian yang baik. Sebagai contoh, persoalan epistemologi yangditanyakan pada zaman dahulu seperti "apakah kebenaran?”, “apakah ilmupengetahuan?" sebenarnya telah memajukan sains dan teknologi manusia pada hariini. Bidang falsafah boleh dikategorikan kepada 5 cabang yang berlainanberdasarkan persoalan-persoalan tertentu iaitu:a)Metafizik – Bidang falsafah yang memikirkan tentang sesuatu kewujudan didunia ini meliputi aspek semula jadi, manusia dan ketuhanan.
 
b)Epistemologi - Bidang falsafah yang memikirkan tentang ilmu pengetahuan.c)Etika – Bidang falsafah yang memikirkan tentang persoalan moral pada manusiaseperti tindakan yang dilakukan, perbezaan tindakan moral dan tidak bermoral,serta tindakan yang betul dan salah.d)Logik – Bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.e)Estetika Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan.Falsafah kerja sosial amat berkait rapat dengan pegangan nilai. Terdapat 8 nilaifalsafah yang menjadi prinsip utama. Pegangan nilai pertama ialah menghormatiindividu. Pekerja sosial seharusnya menghormati klien dari segi pandangan danperasaan klien tanpa mengira sebarang aspek dengan menunjukkan bagaimana kitamenerimanya. Tanpa prinsip ini, klien mungkin berasa dirinya tidak diterima, tidakbernilai dan membuatkan dia sukar untuk mencapai kefungsian sosial mereka. Setiapklien ada hak dan keperluan, pekerja sosial tidak seharusnya melabelkan klienmahupun memandang prejudis kerana rasa hormat ini mampu memberi implikasi terhadapkhidmat kerja sosial yang diberikan.Pegangan nilai kedua ialah mempercayai setiap individu mempunyai keunikannyatersendiri. Dalam hal ini, pekerja sosial perlu membantu klien mengenali danmenerima kebolehan yang ada pada diri klien itu sendiri agar keunikan klien dapatdijadikan sebagai panduan untuk memberikannya sumber-sumber yang bersesuaian.Pekerja sosial perlu mengetahui bahawa setiap orang adalah unik dan mempunyaikeupayaan yang berbeza. Hal ini memerlukan klien mengetahui kualiti yang uniktentang klien yang boleh dimanfaatkan dalam proses intervensi.Pegangan nilai ketiga ialah individu mempunyai keupayaan. Setiap klien mampu untukberubah ke arah positif. Pekerja sosial seharusnya mengetahui potensi-potensi yangdimiliki oleh klien, ia boleh digunakan untuk perkembangan dan perubahan diriklien itu sendiri. Semua individu cuba untuk memajukan diri dan melakukan dalamdunianya hasil dari penglihatannya sebagai kelakuan yang mulia. (Capuzzi & Gross,2003).Pegangan nilai keempat merupakan aspek berkaitan perubahan adalah ditentukan olehdiri individu. Pekerja sosial perlu menanamkan kepercayaan bahawa klien mempunyaikeupayaan untuk berkembang dan berubah dan membuat penyelesaian terhadappermasalahan yang dihadapi. Klien ada hak untuk menentukan perubahan, oleh itu,ruang kepada klien untuk berubah perlu diberikan.Pegangan nilai kelima berkaitan prinsip hak kemanusiaan. Setiap individu mempunyaihak dan maruah tanpa mengira darjat, status mahupun warna kulit. Hak kemanusiaanini adalah berasaskan kepada tuntutan manusia untuk berkembang dan hidupseterusnya menggunakan kualiti yang ada pada diri mereka.Pegangan nilai keenam menekankan kepada keadilan sosial. Keadilan sosial perludilakukan dan diterima oleh masyarakat. Sekiranya berlaku ketidakadilan, pekerjasosial perlu memperjuangkan keadilan tersebut melalui sumber-sumber dari pelbagaipihak.2.2 ETIKA KERJA SOSIALEtika merupakan satu disiplin ilmu dan sains yang membicarakan apakah baik danburuk, salah dan benar serta apa yang dikehendaki dengan tanggungjawab dankewajipan. Bidang etika berperanan membahaskan secara sistematik, seterusnyamenyarankan dan dalam keadaan tertentu mempertahankan konsep-konsep yang dibinatentang perlakuan baik dan buruk. Etika merujuk kepada apa yang dilihat olehmanusia sama ada betul mahupun salah. Ia boleh ditakrifkan sebagai suatu tatacaraatau garis panduan yang telah ditetapkan pada sesuatu unit. Etika begitudiutamakan dalam sesebuah profesion seperti kerja sosial, kaunseling, guru,doktor, peguam, polis dan sebagainya. Melalui prinsip etika yang ditekankan, tugasdan tanggungjawab akan lebih mudah dipikul dan dilaksanakan. Etika amat berkaitrapat dengan falsafah kerja sosial dan nilai. Etika juga merujuk kepada apa yangdilihat sebagai satu tindakan yang betul atau salah. Etika boleh diketengahkansebagai garis panduan yang perlu diikuti bagi setiap individu dalam melakukansesuatu tugasan.Di dalam profesion kerja sosial, etika sentiasa dititikberatkan. Ia penting agartidak berlaku sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa atau kepentingan
 
yang dimiliki pekerja sosial serta membantu dalam menjamin keberkesanan tugas yangdilaksanakan dalam sebarang situasi yang dihadapi sama ada mudah mahupun sukar.Sebagai contoh, dalam menghadapi sesuatu kes, pekerja sosial tidak akan menentukanapa masalah dan isu yang mereka ingin tumpukan, mereka tetap menghadapi situasitersebut walaupun rumit tetapi cuba untuk menyelesaikannya melalui etika yangterdapat dalam kerja sosial. Pekerja sosial perlu bersedia untuk melaksanakanproses menolong mikro, mezzo dan makro. Sekiranya pekerja sosial sudah memegangsesuatu kes, pekerja sosial perlu melaksanakannya dengan bersungguh dan merekaperlu bertanggungjawab terhadap etika kerja sosial yang dipegang.Terdapat tiga cabang asas dalam perbincangan etika iaitu etika mataetika, etikanormatif dan etika gunaan. Mataetika merujuk kepada dari mana datangnya sumber-sumber dan prinsip etika sebagai rujukan sama ada benar atau salah. Etika normatifpula bersifat normal seperti yang diamalkan dalam norma-norma masyarakat. Sesuatutindakan itu sama ada diterima atau tidak oleh masyarakat. Manakala etika gunaanmerujuk kepada sesuatu keadaan atau perbuatan tertentu yang dilakukan pada waktudan tempat tertentu, namun etika gunaan sering menimbulkan kontroversi ataukonflik dalam membuat sesuatu keputusan.Pelbagai tujuan etika yang terdapat dalam profesion kerja sosial, antaranyapegangan etika memberi perlindungan kepada pekerja sosial sebagai pemberiperkhidmatan dan klien sebagai penerima perkhidmatan. Etika juga memastikanpekerja sosial mengutamakan tanggung jawab moral sekali gus melindungi kliendaripada ketidakfungsian. Etika dalam kerja sosial merangkumi etika terhadapprofesion, diri sendiri, rakan setugas, organisasi serta klien yang meliputiindividu, kumpulan dan komuniti.2.3 HAK ASASI MANUSIAHak asasi merupakan hak-hak yang semula jadi yang ada pada diri setiap individutanpa mengira sebarang perbezaan. Hak asasi manusia ini wujud berasaskan tuntutanmanusia dalam kehidupan mereka untuk membantu manusia berkembang dan terus hidup.Berdasarkan kamus dewan, hak asasi merupakan hak yang dasar seperti hak kebebasandalam menyuarakan pendapat, bergerak, hidup dan sebagainya. penghormatan kepadahak dan maruah manusia merupakan asas kebebasan, adanya kebebasan maka adanya hakasasi manusia. Apabila hak asasi seseorang individu itu dimiliki, ianya bolehmendatangkan kepuasan dan ketenangan dalam dirinya. Sekiranya ianya tidakdipenuhi, ianya boleh mendatangkan kemurungan, kebuntuan dan perasaan meronta-ronta dalam dirinya. Walau bagaimanapun, hak asasi ini mempunyai batas tersendiriyang perlu dipatuhi.Hak asasi manusia dan kebebasan merupakan asas yang membenarkan setiapindividu untuk berkembang dan membangun serta menggunakan kualiti diri sebagaimanusia. Penafian tentang hak asasi manusia bukan sahaja sebagai satu tragedikepada manusia, malah mendatangkan ketidakselesaan terhadap politik, ekonomi dansosial. Sebagai contoh, keganasan mahupun konflik dalam masyarakat yang meliputirusuhan, mogok dan sebagainya. hak asasi manusia bersifat universal dan dimilikioleh semua orang tanpa diskriminasi. Hak asasi manusia boleh difahamkan dari duasegi, iaitu dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Mengikut perundangan,hak asasi manusia merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorangwarganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan.Contohnya, dalam perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak asasimanusia yang terlindung di bawah perlembagaan. Pencabulan hak kemanusiaan yangberkenaan, mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya.Pentakrifan hak asasi manusia dari segi undang-undang adalah berbeza mengikutnegara masing-masing. Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satutanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkaraini, anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmatioleh setiap individu. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cubamengelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.Pelbagai dokumen yang telah menggariskan hak asasi manusia di peringkat

Activity (80)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Atirah liked this
Aie Azreen liked this
Rajeswari Chlvn liked this
Rajeswari Chlvn liked this
Nor Hanny Dalila liked this
MC Na liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->