You are on page 1of 10

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim diiringi

oleh dif-dif kehormat ke majlis. Para hadirin diminta berdiri Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri bagi menghormati nyanyian. ************ (Nyanyian). Terima kasih atas nyanyian yang bersemangat itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam sejahtera, salam perak di puncak kecemerlangan Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tanjung Malim Yang Berbahagia Encik Fauzi bin Sirun Penyelia Cemerlang Sekolah Rendah PPD Batang Padang Yang Berusaha Encik Bah Kanah bin Bah Ngah Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Senta Yang Berusaha Encik Othman bin Md Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Senta Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kampung Senta bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SKKS pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Cantik dilihat Si burung kenari Nampak di dahan Si burung Murai Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan pembuka tirai Hadirin yang dihormati sekalian, Sekarang marilah sama-sama kita saksikan persembahan pembuka tirai iaitu Tarian Sewang yang terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Senta. Dipersilakan ************ (Persembahan). Terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan tarian sewang ini dibawah bimbingan puan nor, cik ajyah lousiana dan puan mariana. Tak elok, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Yang Berusaha Encik Bah Kanah bin Bah Ngah selaku Yang Dipertuan PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Senta. Dipersilakan. ***********************(ucapan Bah Kanah) Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Encik Bah Kanah a/l Bah Ngah menyampaikan ucapan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Senta. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Othman bin Md Ali, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ***********************(ucapan GB) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Othman bin Md Ali, atas ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah kebangsaan Kampung Senta bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ********************* (ucapan YB) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan Guru Besar SKKS, Encik Othman bin Md Ali untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan , Ahli Parlimen Tanjung Malim. ******************** (sampaikan cenderamata) Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan atas kesudian merasmikan majlis kita pada petang ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah akademik kepada para pelajar Tahap 1 yang mencapai kecemerlangan sepanjang tahun ini. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Bah Kanah bin Bah Ngah selaku YDP PIBG sekolah kebangsaan kampung senta diiringi oleh Guru Kanan Kokurikulum Encik Mohd Mahadhir bin Mohd Shafie untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar

Bagi Anugerah akademik Tahun satu, Tempat ke-3 disandang oleh adik Wak Ana a/p Bah Romesi Tempat ke-2 disandang oleh adik Fazila a/p Bah Kelipot Dan Tempat Pertama disandang oleh adik Rozanawati a/p Bah Lem Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik Tahun 1 Dipersilakan adik Bah Durhan a/l Chedo terbaik Bahasa Inggeris, Dan adik Rozanawati, terbaik Bahasa Melayu pemahaman, B. Melayu Penulisan, Matematik dan Sains Bagi Anugerah akademik Tahun dua, Tempat ke-3 disandang oleh adik Asapirah a/p Bah Mama Tempat ke-2 disandang oleh adik Bah Arol a/l Bah Uda Dan Tempat Pertama disandang oleh adik Zaril a/l Azelan Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik Tahun 2 Dipersilakan adik Rodi Izzat a/l Rosli terbaik Bahasa Melayu Pemahaman adik Bah Bah Arol a/l Bah Uda terbaik Matematik Dan adik Zaril a/l Azelan terbaik B. Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris dan Sains Bagi Anugerah akademik Tahun Tiga, Tempat ke-3 disandang oleh adik Roslina a/p Bah Rani Tempat ke-2 disandang oleh adik Zudaidah a/p Muhaja Dan Tempat Pertama disandang oleh adik Justina a/p Bah Lem Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik Tahun 3 Dipersilakan adik Roslina a/p Bah Rani terbaik Sains adik Wak Amisa a/p Bah Romesi terbaik Matematik adik Wak See a/p Dahari terbaik Bahasa Inggeris adik Zudaidah a/p Muhaja terbaik Bahasa Melayu Penulisan Dan adik Justina a/p Bah Lem terbaik B. Melayu Pemahaman Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Bah Kanah bin Bah Ngah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada persembahan murid. Persembahan pertama merupakan tarian melayu terdiri daripada adik adik Tahun 1 dan 2. Mari kita sama-sama saksikan. ******************************* (tarian Melayu) Terima kasih diucapkan. Untuk makluman semua, tarian sebentar tadi telah dibimbing oleh Puan Norizan dan Puan Alina. Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian anugerah akademik bagi Tahap 2. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Norizan a/p Johari Guru kanan Pentadbiran .SK Kampung Senta mengiringi _____________________________________, __________________________________ ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan. Bagi Anugerah akademik Tahun 4, Tempat ke-3 disandang oleh adik Adila Azie a/p San Tempat ke-2 disandang oleh adik Etola a/l Bah Uda Dan Tempat Pertama disandang oleh adik Wak Ita a/p azelan Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik Tahun 4 Dipersilakan adik Bah Izzat a/l Kong Chee Wai terbaik Sains, Adik Etola a/l Bah Uda terbaik Matematik Dan adik Wak Ita, terbaik Bahasa Melayu pemahaman, B. Melayu Penulisan, dan Bahasa Inggeris

Bagi Anugerah akademik Tahun 5, Tempat ke-3 disandang oleh adik Abeni a/p Senuman Tempat ke-2 disandang oleh adik Nabina a/p Bah Sapar Dan Tempat Pertama disandang oleh adik Nor Aliza a/p Bah Ali Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik Tahun 5 Dipersilakan adik Abeni a/p Senuman terbaik Sains adik Nabina a/p Bah Sapar terbaik Matematik ddan bahasa Melayu Pemahaman Dan adik Nor Aliza a/p Bah Ali terbaik B. Melayu Penulisan, dan Bahasa Inggeris Bagi Anugerah akademik Tahun 6 Tempat ke-3 disandang oleh adik Maria a/p Bah Lapis Tempat ke-2 disandang oleh adik Bah Nazri a/l Bah Uda Dan Tempat Pertama disandang oleh adik Dayana a/p Senuman Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik Tahun 6 Dipersilakan adik Bah Nazri a/l Bah Uda terbaik Bahasa melayu Penulisan Dan adik Dayana a/p Senuman terbaik B. Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan _______________________________________________________ anugerah sebentar tadi. Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian, Bagi menceriakan kan lagi majlis kita hari ini, kita akan dihiburkan dengan persembahan tarian kipas daripada adik-adik Tahun 5 di bawah bimbingan Puan Nurhafizah dan Puan Norizan. Dipersilakan *********************** (tarian kipas) Majlis memgucapkan terima kasih atas persembahan yang menarik itu tadi. terima atas kasih kepada penyampaian

Hari Anugerah Cemerlang ini diteruskan lagi dengan penyerahan sijil penghargaan bagi pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah sesi 2011 serta sijil penyertaan Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring dan acara balapan dan padang. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Encik Othman bin Md Ali mengiringi untuk menyampaikan sijil. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan adik Fazley a/l Ramlan selaku wakil kepada badan pengawas sekolah untuk mengambil sijil penghargaan. Seterusnya diminta adik Eren a/p Bah Romesi selaku wakil kepada badan pengawas pusat sumber sekolah Adik Bah Eren selaku wakil pasukan Bola Sepak sekolah yang bertanding di peringkat Zon Adik Wak Rokiah a/p Chedo selaku wakil pasukan Bola Jaring yang bertanding di peringkat Zon Serta adik Ajas a/l Ahan selaku wakil peserta acara Balapan dan Padang yang bertanding di peringkat zon. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ______________________________________________ atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi. Warga dewan sekalian, Majlis kita akan berehat seketika bagi menyaksikan persembahan tarian kolatthem yang terdiri daripada adik-adik Tahun 4 dan 6. Bagi makluman hadirin sekalian, persembahan ini dibimbing oleh Puan Adila dan Cik Hinthumathy. Semoga terhibur.

*************************************** (tarian kolatthem)

Terima kasih kepada adik-adik yang membuat persembahan tarian yang mengasyikkan itu tadi.

Pergi sekolah seawal pagi, Melintas jalan berhati-hati, Penyampaian Anugerah diteruskan lagi, Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Acara seterusnya ialah anugerah bagi pelajar yang menunjukkan kekemasan diri serta memberi kehadiran yang terbaik bagi Tahun 2011 ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Norizan a/p Johari Guru kanan Pentadbiran .SK Kampung Senta mengiringi _____________________________________, __________________________________ ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan. Bagi penerima anugerah kekemasan diri terbaik mengikut tahun: Tahun 1 : adik Fazila a/p Bah Kelipot Tahun 2 : adik Raini a/p Ruslizam Tahun 3 : adik Amizan a/p Lan Tahun4 : adik Sahira a/p Lan Tahun 5 : adik Atira a/p Zamberi Tahun6 : adik Hisyam a/l Ruslizam Seterusnya bagi penerima anugerah kehadiran terbaik mengikut tahun: Tahun 1 : adik Bah Durhan a/l Chedo Tahun 2 : adik Asapirah a/p Bah Mama Tahun 3 : adik Faizal a/l Rozaidi Tahun4 : adik Nordiana a/p Rozaidi Tahun 5 : adik Syakila a/p Chedo Tahun6 : adik Wak Rokiah a/p Chedo Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima atas kasih kepada

_______________________________________________________ anugerah sebentar tadi.

penyampaian

Majlis meneruskan acara dengan penyampaian sijil dan _____________________ bagi peserta Kelas Dewasa Asli dan Penan (KEDAP) 2011. Majlis mempersilakan En. Mohd. Mahadhir bin Mohd Syafie mengiringi En. Bah Kanah bin Bah Ngah, YDP PIBG Sek. Keb. Kampung Seta untuk menyampaikan sijil. 1. Dipersilakan Bah Mama a/l Bah Tata 2. Diikuti Bah Romesi a/l Bah Perangsak 3. Esah a/p Yok Renai 4. Faridah a/p Bah Alon 5. Jamilah a/p Bah Yom 6. Joria a/p Bah Standby 7. Lan a/l Yok Renai 8. Marsitah binti bay yom 9. Minah a/p Semanau 10. Nisu a/p Bah Yom 11. Perawat bin Bah Nuken 12. Ramlan a/l Yee 13. Rasgi a/l Bah Ngah 14. Rohmin a/l Bah Charah 15. Rosli a/l Bah Achek 16. Rosli bin Bah Tersul 17. Rosna a/p Bah Hasan 18. Rasidah a/p Bah Selayat 19. Saadiah a/p Bah Pusing 20. Senuman a/l Bah Manap 21. Usop a/l Bah Pagar 22. Wak Inah a/p Bah Anjang 23. Wak Kan a/p Bah Achek 24. Wak Munah a/p Bah Charah 25. Wak OT a/p Bah Yom 26. Wak Rosnah a/p Selayat 27. Wak Singrak a/p B. Baur 28. Yok Tem bin Yok Hatel 29. Zainun a/p Bah Puchong 30. Zaliza a/p Chedo Terima Kasih diucapkan kepada Encik Bah Kanah bin Bah Ngah atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Kini tibalah kita kepada acara kemucak bagi Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kampung Senta 2011 iaitu Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum dan Akademik 2011. Terlebih dahulu majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Othman bin Md Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Senta mengiringi tetamu kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Bagi Anugerah Tokoh Kokurikulum 2011, disandang oleh adik Bah Nazri a/l Bah Uda. Dan Bagi Anugerah Tokoh Akademik 2011 disandang oleh adik Dayana a/p Senuman Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tg. Malim atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada hari yang berbahagia ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing bagi hari yang mendatang. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Majlis kita berakhir di sini Terima Kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang SKKS bagi Tahun 2011 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dijemput Yang Berhormat serta dif-dif kehormat ke bilik gerakan untuk menikmati jamuan ringkas Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis. Hadirin diminta berdiri Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. *** Pengumuman kepada ibubapa dan murid, makanan telah disediakan di kantin sekolah. Dijemut kepada semua ibuabapa dan murid bergerak ke kantin.

You might also like