Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
24Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengaruh Raja Thai Dlm ran

Pengaruh Raja Thai Dlm ran

Ratings: (0)|Views: 2,451|Likes:
Published by patriot_man57

More info:

Published by: patriot_man57 on Sep 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/03/2012

pdf

text

original

 
1.0 Pendahuluan
Thailand merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah Institusi Perajaan yang berjaya meneruskan legasi pemerintahannya sehingga zaman moden ini. Beberapa dinastitelah berjaya mendapat mandat daripada masyarakat Thai yang bermula dengan DinastiPhraruang (1238M-1368M) sehingga kemunculan Dinasti Chakri (1782M-sekarang)yang diketuai oleh Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX).
1
Thailand telah menjalankan pemerintahan secara monarki mutlak dari tahun 1782 sehingga bertukar kepada pemerintahan monarki berperlembagaan pada tahun 1932.Peranan dan pengaruh institusi perajaan Thai dapat dilihat dengan jelas diThailand selepas tahun 1960an ketika tahkta diraja diduduki oleh Raja BhumibolAdulyadey.
2
Raja Bhumibol Adulyadey menaiki tahkta selepas kematian abangnya padatahun 1946 secara misteri.
3
Baginda menduduki tahkta secara rasminya selepas pertabalannya pada tahun 1950 sebaik sahaja kembali dari Switzerland setelahmenamatkan pelajarannya di sana. Setelah kembali baginda mahu menunaikan janjinyakepada rakyat yang menyokongnya selama ini. Kekurangan kuasa dan hak institusidiraja telah menghadkan peranan baginda dalam pentadbiran negara terutama ketika
1
 http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Kings_of_Thailand
2
Ooi Keat Gin, “Southeast Asia : A Historical Encylopedia From Angkor Wat to East Timor”,
 Encyclopedia,
Volume One A-G, hlm. 232. Raja Bhumibol dilahirkan pada 5 Disember 1927 di Cambridge,Massachusetts. Ketika itu bapanya sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di UniversitiHarvard. Beliau merupakan cucu kepada Raja Siam yang terkenal dengan permodenan iaitu RajaChulalongkorn. Ketika belajar di Switzerland , Raja Bhumibol telah menukar jurusan yang diambilnya darikejuruteraan kepada sains politik dan undang-undang sesuai dengan peranannya sebagai bakal raja diThailand serta boleh bercakap sekurang-kurangnya tiga bahasa Eropah. . Raja Bhumibol telah mengahwinisepupunya iaitu M.R. Sirikit, seterusnya memperolehi empat orang cahaya mata iaitu Ubolrat,Vajiralongkorn, sirindhorn dan Chulabron.
3
Russell F. Moore, 1975.
Thailand , Malaysia, Singapura : People. Place
. History. New York, Thai-Ameican Publishers, hlm.36. Kematian Raja Ananda berlaku secara tragis dan penuh mesteri, baginda telahditemui mati di atas katil dengan kesan tembakan di kepala dan pistol berada di sisinya. Ini menjadi mesterikerana beliau seorang yang suka kepada sukan tembak dan semestinya mahir dengan senjata api, ditambah pula kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum beliau bersama adik lelaki dan ibunya berangkat keSwitzerland untuk menyambung kembali pelajarannya.
1
 
dibawah pemerintahan Perdana menteri, Phibun Songgram
4
. Sistem pemerintahanmonarki berperlembagan di bawah Phibun, raja dan istitusi diraja hanyalah berperanandalam aktiviti perayaan sahaja dan bertindak mengikut telunjuk ketua badan eksekutif iaitu Perdana Menteri. Peranan dan pengaruhnya telah berubah setelah Thailand ditadbir oleh Sarit bermula pada tahun 1958 selepas Phibun digulingkan.
2.0 Biografi Raja Bhumibol Adulyadej
Raja Bhumibol Adulyadej merupakan seorang raja yang paling lama bertakhta dalamkerajaan Thailand berbanding raja-raja lain diseluruh dunia. Secara signifikannya, nama beliau membawa maksud ’Strength of The Land with Incomparable Power’ (lebihkurang tenaga bumi dengan kekuasaan yang tiada bandingan). Beliau telah dilahirkan pada 5 Disember 1927 di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat sewaktu bapanya,Putera Mahidol sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Havard, Amerika Syarikatdalam bidang perubatan.
5
Beliau merupakan cucu kepada seorang pemerintah Thailandyang terkenal iaitu Raja Chulalongkorn (1853-1910M). Bahkan beliau telah menurut jejak langkah datuknya dengan menerapkan unsur-unsur pemikiran moden dalam projek  pembangunan di Thailand. Tambahan pula, beliau mempunyai kelayakan akademik yangtinggi kerana telah menyambung pengajiannya di Universiti Lausanne, Swirtzelanddalam bidang sains politik dan undang-undang.
6
4
Niels Mulder, 2000.
 Inside Thai Society : Religion. Everday life. Change
. Thailand, SilkwormBook,Chiang Mai, hlm.110. Sewaktu pemerintahan Phibun Songkhram dikenali sebagai republicdemokrasi, yang memeberi kuasa mutlak kepada Phibun dalam pentadbirannya. Institusi diraja hanyanominal kuasa.
5
Ooi Keat Gin (edt.), (2004).
Southeast Asia: A Historical Encyclopedia From Angkor Wat to East Timor 
.California: Santa Barbara, hlm. 232.
6
 http://www.thaimain.org/eng/monarchy/bhumi2.html
2
 
Beliau telah berkahwin dengan Permaisuri Mom Rajawangse Sirikit di IstanaPathumwan, Bangkok, Thailand. Baginda dikurniakan empat orang anak iaitu PuteraVajiralongkorn (1952), Puteri Ubol Ratana (1951), Puteri Sirindhorn (1955) dan PuteriChulabhorn (1957). Pasangan diraja ini sering mendapat tumpuan masyarakat apabilamereka sama-sama mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan penempatan penduduuntuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Baginda dianggapseorang raja yang bekerja memandangkan kerajinannya mengadakan lawatan kekawasan-kawasan penempatan penduduk sebagai satu tanggungjawab sebagai seorangraja yang berdaulat.
7
Selain itu, baginda juga mempunyai bakat sebagai ahli muzik dan penggubah lagu terutamanya irama jazz. Bahkan baginda seorang yang cekap dan berbakat sebagai pelukis, jurugambar, jurutera dan berkemahiran juga dalam bidangkesusasteraan dan kebudayaan.
3.0 Kedudukan Raja Monarki Berpelembagaan di Thailand
Mengikut institusi pentadbiran Thailand, seseorang raja yang ditabalkan akan secaralangsung menjadi ketua negara dan ketua tentera. Monarki Berpelembagaan telahdiwujudkan pada tahun 1932 yang telah membenarkan kewujudan sistem demokrasi dan pembentukan parlimen yang membincangkan sebarang dasar dalam pemerintahanKerajaan Thailand. Walaupun Raja Bhumibol merupakan kuasa tertinggi dalam kerajaanThai, namun beliau tidak pernah menggunakan kuasa vetonya untuk menggubal sebarangundang-undang mahupun membatalkan sebarang rang undang-undang yang dicadangkan
7
Russell F. Moore (1975). Thailand, Malaysia, Singapore: People, Places, History. New York: Thai-American Publishers, hlm. 36.
3

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nvaraby liked this
Mohamad Norainor liked this
Azele Sunsenery liked this
Maryana Othman liked this
Hana Kimi liked this
Rafealyne Mhg liked this
kharupsi liked this
lynna_kk liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->