You are on page 1of 12

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran penulisan mengikut kaedah SSDA dalam meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran membuat ulasan. Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula dari semasa ke semasa telah memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan. Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian yang dijalankan, menunjukkan

pengetahuan pembelajaran dalam membina ayat yang gramatis merupakan satu aspek penting bagi murid untuk menguasai kemahiran membuat ulasan dalam penulisan. Pengetahuan asas yang lemah terutamanya dalam aspek tatabahasa seperti penanda wacana dan kata hubung juga akan menyukarkan murid untuk memahami pembelajaran bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi. Akibat kelemahan pengetahuan asas tersebut dikhuatiri akan mengakibatkan murid lemah apabila mereka berada di Tahun 6 nanti.

Beberapa kajian menunjukkan kaedah Pembelajaran Masteri adalah berkesan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu (Johnson & Johnson 1990). Hal ini demikian kerana kaedah pembelajaran masteri merupakan satu proses

pembelajaran yang berlaku secara ansur maju dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin,1990; Cohen,1994). Melalui pendekatan ini, murid boleh mengenali arus kebolehan ke arah pencapaian objektif yang sama. Proses pembelajaran seperti ini dijangka boleh meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Kaedah tradisional adalah satu kaedah yang kerap digunakan oleh guru-guru pada masa yang lepas. Kaedah tradisional tidak menggalakkan murid berfikir dan lebih berpusatkan guru. Kaedah pengajaran tradisional hanya mementingkan murid menurut apa sahaja yang disampaikan oleh guru dan proses pembelajaran adalah berbentuk pasif. Guru menyampaikan pengetahuan manakala murid menerima serta berusaha mengingati apa saja yang disampaikan oleh guru. Peranan guru dalam bilik darjah tidak lebih daripada menyuruh murid-murid menggunakan langkah-langkah yang diajar oleh mereka, dan mengikutinya apabila menjawab peperiksaan nanti. Hasilnya ramai murid mendapat markah yang kurang memuaskan daripada sepatutnya kerana beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah dan tidak perlu bersusah payah untuk mempelajarinya.

Sistem pendidikan yang berpusatkan guru serta mengutamakan pencapaian dalam peperiksaan boleh menimbulkan beberapa gejala kurang sihat dalam kalangan murid seperti bosan, masalah disiplin dan sebagainya. Oleh itu, sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mencuba pelbagai pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi kepelbagaian murid. Menurut Slavin (1990), kepelbagaian dalam aspek prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau pembelajaran etnik, budaya, jantina dan kelas sosial dalam kalangan 2

murid harus dipertimbangkan dalam memastikan kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji keberkesanan kaedah SSDA mengikut model pembelajaran masteri dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

1.2

Penyataan Masalah Kajian

Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang dianggap mudah dan dipandang remeh oleh kebanyakan murid terutamanya murid-murid Melayu. Hal ini berlaku kerana kebanyakan mereka menggunakan bahasa Melayu dalam urusan kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kurangnya tumpuan murid terhadap mata pelajaran ini. Tanpa disedari tindakan ini mengakibatkan murid menjadi lemah dan kurang mahir dalam aspek penulisan khasnya kemahiran membuat ulasan.

Sebagai murid yang telah mengikuti pelajaran Bahasa Melayu pada Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, mereka hanya didedahkan dengan teknik dalam membina ayat yang mudah bagi penulisan karangan tetapi berbeza pula setelah mereka berada di Tahap 2 kerana mereka perlu belajar kemahiran membuat ulasan. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran yang baharu bagi mereka. Oleh itu, kebanyakan murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Juara tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik. Hal ini adalah kerana penulisan bahagian C ini memerlukan murid membuat satu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan berdasarkan petikan teks yang diberi.

Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran, didapati hampir semua murid masih kabur dengan kehendak soalan. Kegagalan memahami kehendak soalan ini 3

menjadikan mereka gagal dalam menghasilkan satu ulasan karangan yang baik dan seterusnya gagal untuk mendapatkan markah yang tinggi. Walaupun sebahagian daripada murid berjaya mendapat markah yang tinggi untuk bahagian A dan B, tetapi mereka gagal pada bahagian C. Hal ini disebabkan mereka tidak boleh mengaitkan nilai-nilai murni dengan isi-isi penting di samping penanda wacana dan kata hubung, apatah lagi membuat ulasan. Tambahan pula, ada sebilangan murid yang langsung tidak dapat mengenal pasti isi penting. Hal ini mengakibatkan murid berasa bosan, tertekan dan kurang berminat terhadap pelajaran. Berdasarkan hakikat inilah satu kajian perlu dilakukan supaya langkah-langkah tertentu dapat diambil untuk memaksimumkan penguasaan kemahiran dan membaiki kelemahan bagi mata pelajaran ini.

Justeru, sekiranya guru dapat mempelbagaikan dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang menarik minat murid, murid akan dapat melibatkan diri secara aktif dan akan dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar dengan lebih baik dan berkesan memandangkan pembelajaran masteri merupakan satu kaedah yang

berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang mengikut kadarnya sendiri. Untuk murid yang telah menguasai kemahiran dengan cepat, maka aktiviti pengayaan diberikan bagi mengukuhkan lagi pengetahuannya manakala murid yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji sejauh mana keberkesanan pelaksanaan kaedah SSDA dengan prestasi, perubahan minat dan motivasi murid dalam mempelajari bahasa Melayu.

1.3

Tujuan Kajian

Kegagalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bukan pada objektifnya tetapi pada praktikalnya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan kaedah SSDA dalam meningkatkan prestasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Kajian ini juga akan meninjau dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid dalam kemahiran mencari isi penting dan membuat ulasan karangan serta mengatasinya dengan menggunakan kaedah SSDA.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini secara terperinci ingin mencapai objektif yang berikut:

1.4.1

Untuk

mengenal

pasti

keberkesanan

kaedah

SSDA

dalam

meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran Bahasa Melayu Penulisan.

1.4.2

Untuk melihat persepsi murid terhadap kaedah SSDA dalam meningkatkan minat serta motivasi mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan.

1.5

Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mencuba mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian yang berikut:

1.5.1

Adakah terdapat peningkatan dalam penulisan membuat ulasan melalui kaedah SSDA?

1.5.2

Apakah persepsi murid terhadap kaedah SSDA dalam meningkatkan minat serta motivasi mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan?

1.6

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru tentang keberkesanan kaedah SSDA dalam meningkatkan kemahiran membuat ulasan kepada murid. Selain itu, hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh guru mata pelajaran lain untuk menggunakan kaedah SSDA dalam pengajaran mereka dengan membuat penyesuaian terhadap topik yang diajar.

Ekoran itu juga, guru-guru bahasa Melayu boleh memilih pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini dapat membantu guru mengkaji kelemahan dan kesalahan murid berdasarkan maklum balas jawapan yang telah diberikan oleh mereka. Guru juga dapat memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan 6

bahasa dan istilah yang mudah difahami serta mengikut kesesuaian dan tahap murid. Hasil kajian ini juga diharapkan akan memberi sumbangan kepada sekolah dalam memantapkan penguasaan asas bahasa Melayu dalam kalangan murid terutama murid Tahun 4.

Selain itu, kajian ini diharapkan mendapat perhatian daripada Kementerian Pelajaran serta sekolah agar menyediakan perkhidmatan guru yang berpengkhususan Bahasa Melayu sahaja yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru yang bukan berpengkhususan Bahasa Melayu pula diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa Melayu sekiranya berminat untuk mengajar Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran juga diharap dapat melatih dan memahirkan guru-guru Bahasa Melayu dengan kaedah SSDA bermula di Institut Pendidikan Guru (IPG) lagi, seterusnya melahirkan guru-guru yang kreatif dan berinovatif.

Justeru, kajian ini juga diharap dapat memberi petunjuk kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam merangka penekanan bagi setiap bahagian penulisan Bahasa Melayu kerana murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Oleh itu, diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu guru mengkaji kelemahan dan kesalahan murid berdasarkan jawapan yang diberikan oleh mereka serta menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih bermakna serta mampu mengaplikasikan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian murid.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini bukanlah satu kajian yang menyeluruh. Ia terhad kepada murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membuat ulasan di Sekolah Kebangsaan Juara, Bukit Mertajam. Bilangan responden ialah seramai empat puluh orang murid yang pilih secara rawak daripada dua kelas yang sama tahap pencapaian mereka. Kajian ini hanya mengkaji kelemahan murid dalam memilih isi-isi penting daripada teks yang diberi serta menggunakan penanda wacana yang bersesuaian bagi membuat ulasan yang baik dalam bahasa Melayu penulisan C sahaja. Oleh itu, segala

keputusan dan generalisasi yang dibuat adalah merujuk kepada batasan ini sahaja.

1.8

Definisi Istilah

Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:

1.8.1

Kaedah SSDA

SSDA

merupakan

rangkaian

penanda

wacana

yang

dicadangkan

penggunaannya dalam membuat ulasan karangan pada Bahagian C kertas Bahasa Melayu Penulisan, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Penanda wacana yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

S: Seterusnya S: Selain itu D: Di samping itu A: Akhir sekali

Dalam konteks ini, empat penanda wacana tersebut dijadikan rangka utama supaya murid-murid dapat membuat ulasan dengan mudah, tepat dan pantas. Penggunaannya dapat menjimatkan masa dan mempercepat proses penulisan. Murid tidak perlu membuang masa memikirkan penanda wacana yang lain ketika menulis ulasan. Mengikut Faridah Doya dalam Azizul Rahaman dan Mohamad Saleeh (2010), menyatakan kelebihan lain pada SSDA terletak pada sifatnya yang dapat menghubungkan mana-mana wacana tanpa mengganggu maksud yang ingin ditekankan.

SSDA merupakan penanda wacana yang ringkas dan mudah diingat oleh murid-murid. Penggunaannya dapat membantu mereka dalam

mengurangkan bilangan perkataan yang ditulis memandangkan Bahagian C mengehendaki murid-murid menulis tidak lebih daripada 50 patah perkataan sahaja.

1.8.2 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran masteri, murid diberi peluang untuk maju mengikut 9

kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkat tahap penguasaan pembelajaran.

Pembelajaran masteri adalah berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir keseluruhan murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968).

Berdasarkan kepada pengertian di atas, pembelajaran masteri adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang diinginkan dalam suatu unit pembelajaran, sebelum meneruskan ke unit pembelajaran seterusnya. Keberkesanan pelaksanaannya ditentukan oleh masa yang mencukupi serta murid menguasai pembelajarannya dan pengajaran yang berkualiti. Murid yang tidak mencapai aras masteri 80% dan telah dikenal pasti tahap kebolehannya tanpa menduduki ujian pra akan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dirancang oleh guru.

1.8.3

Berpusatkan Murid

Pembelajaran berpusatkan murid atau pengajaran berpusatkan murid adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada murid. Bagi model pembelajaran berpusatkan murid, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk 10

asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada guru kepada murid.

1.8.4

Prestasi Murid

Prestasi merupakan pencapaian kebolehan murid dalam kemahiran yang diajar dan ditentukan melalui ujian tertentu seperti ujian bulanan.

1.8.5 Ujian Pra dan Ujian Pos

Penilaian untuk memperoleh maklumat tentang tahap penguasaan dan kelemahan murid terhadap hasil kaedah SSDA yang telah ditentukan. Ujian pra dijalankan sebelum pengajaran dan pembelajaran, manakala ujian pos selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.8.6 Penulisan

Kamaruddin Hussin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling

tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain untuk dikuasai oleh murid-murid dalam pembelajaran bahasa dan juga mata pelajaran lain. 11

1.9

Kesimpulan

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran meletakkan matlamat pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara dan meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai satu institusi perkembangan ilmu. Menurut Wan Mohd Zahid (1993), sehubungan dengan hasrat kerajaan ke arah pendidikan bertaraf dunia ini, para pendidik harus membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran yang dipilih dalam bilik darjah. Justeru itu, para pendidik perlulah sentiasa mengenal pasti kelemahan murid dan menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran yang sesuai dan dapat menarik minat mereka. pengajaran dan

12

You might also like