You are on page 1of 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“ AKU JANJI BERAKHLAK MULIA ”


(26 JUN 2009 / 03 REJAB 1430)

‫ﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭺﭻﭼﭽﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂ‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang
jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup
serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan
membincangkan tajuk: “ Aku Janji Berakhlak Mulia ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Soal pembinaan kualiti insan adalah satu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Pada asasnya, manusia dan kualiti tidak boleh dipisahkan kerana
tanpa insan yang berkualiti, sudah tentu tidak akan wujud kelangsungan hidup
masyarakat yang bertamadun. Oleh sebab itu, maka pada hari ini kita menyaksikan
program-program pembangunan modal insan diberi keutamaan di peringkat institusi
keluarga, sosial, pendidikan, dan perkhidmatan sama ada di sektor swasta mahu pun
awam.
Perbincangan tentang modal insan ini telah bermula lebih awal iaitu sebelum
kelahiran manusia itu sendiri. Pengutusan Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabi di muka
1
bumi ini adalah untuk membentuk manusia berakhlak mulia atau membina kualiti
modal insan. Ini dapat difahami melalui ikrar dan Aku janji yang dibuat oleh manusia
dengan Allah SWT sewaktu di alam ruh untuk menjadi manusia yang soleh
berteraskan akidah tauhid yang satu. Firman Allah SWT:

‫ﭦﭧﭨﭩﭪﭫﭬﭭﭮﭯﭰﭱﭺﭻﭼﭽﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂ‬
Maksudnya: “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab:
Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari
Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini.”
(Surah al-A’raf:172)

Hakikatnya, Aku janji ini mengandungi kefahaman mengenai kualiti seseorang


insan dan hubungan mereka dengan agama iaitu setiap insan dilahirkan dalam
keadaan telah mengikat janji dengan Tuhan. Selain daripada itu, ketika kita membaca
doa iftitah dipermulaan solat, sebenarnya juga kita sentiasa bermuhasabah diri
dengan berAku janji untuk berakhlak mulia selari dengan standard piawaian yang
dikehendaki Allah SWT. Oleh itu, pematuhan kepada Aku janji ini akan menentukan
integriti dan hala tuju pembinaan kualiti modal insan.

Namun persoalan besar timbul ialah sejauh manakah kita menghayati tuntutan
Aku janji atau ikrar berakhlak mulia, menjadi insan soleh, dan mentaati perintah
Allah.?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam hal ini, perkara utama dalam membina modal insan adalah penentuan
matlamat yang tepat dan jelas selari dengan fitrah kewujudan manusia. Firman Allah
SWT:

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭶ ﭷ ﭸ‬::
Maksudnya: “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah-Ku ”.
(Surah az-Zariyat:56)

2
Berdasarkan ayat tadi, matlamat utama pembangunan modal insan adalah
untuk membangun dan menjadikan manusia itu bertanggungjawab, amanah dalam
melaksanakan fungsinya untuk tekun beribadat kepada Allah SWT. Dalam hubungan
ini, segala gerak kerja manusia dihitung sebagai ibadat sekiranya didahului dengan
niat yang ikhlas kepada Allah SWT bagi mendapatkan keredhaan-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Selain daripada tekun beribadat, ciri-ciri yang penting untuk mengukur


kecemerlangan insan itu ialah melalui kemuliaan dan ketinggian akhlaknya. Dalam
sejarah ketamadunan manusia, akhlak merupakan faktor utama yang menentukan
jatuh bangunnya tamadun sesuatu bangsa. Contohnya umat Nabi Lut a.s telah
dihancurkan oleh Allah SWT kerana terlibat dalam gejala sosial seperti melakukan
perbuatan homoseksual. Sebagai umat Islam, kecemerlangan insan boleh dicontohi
melalui keperibadian unggul Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah
SWT:

‫ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯ ﯯﯯ ﯯ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ‬
Maksudnya: “ Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah ”
(Surah al-Ahzab:21)

Apa yang jelas, manusia yang berakhlak adalah insan yang insaf akan
tanggungjawab dirinya terhadap tuhannya yang hak, berakhlak mulia dengan
manusia dan berlaku adil terhadap dirinya dan individu lain dalam masyarakatnya.

Rasulullah s.a.w. adalah ketua pemimbing pembinaan akhlak mulia. Justeru,


setiap muslim hendaklah menghayati nilai dan akhlak yang dijelmakan dalam
keperibadian Rasulullah s.a.w. kerana akhlak baginda telah diiktiraf oleh Allah SWT
sebagai contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredhaan-
Nya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

3
Islam menjelaskan bahawa manusia itu terdiri daripada dua unsur yang membentuk
satu kesatuan iaitu diri rohani dan diri jasmani. Dengan demikian kita perlu ingat
bahawa hakikat manusia itu bukanlah semata-mata diri jasmaninya yang sentiasa
berubah-ubah tetapi adalah rohaninya yang kekal abadi yang perlu dipelihara dan
dibangunkan agar akhlak tidak tercemar atau rosak.

Justeru pendekatan utama dalam proses pembangunan modal insan adalah


memenuhi tuntutan diri rohani manusia yang selari dengan Aku janji antara manusia
dengan tuhannya. Oleh yang demikian, apabila manusia dapat mematuhi Aku janji
itu, maka manusia akan menjadi insan yang sungguh mulia lagi berhikmah.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, usaha untuk melahirkan insan soleh dan


modal insan yang berkualiti bukan perkara yang mudah, malah menghadapi cabaran
yang sangat besar. Cabaran-cabaran itu ialah mengabaikan sikap pendidikan akhlak,
menganggap kelemahan moral suatu hak individu, mengamalkan prinsip ’matlamat
menghalalkan cara’ untuk kepentingan peribadi dan mengagungkan nilai-nilai barat
yang jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Bagi mewujudkan insan soleh dan modal insan berkualiti, maka mimbar
menyeru sidang jemaah dan semua pihak, marilah sama-sama kita:

Pertama: Berpegang teguh kepada Aku janji dalam mentaati titah perintah Allah
SWT,
Kedua: Membudayakan membaca al-Qur’an supaya hati kita terdidik cenderung
berakhlak mulia,
Ketiga: Ibu bapa, pemimpin masyarakat, pemimpin politik, pembuat dasar, pendidik,
dan umat Islam hendaklah menjadi contoh berakhlak mulia yang tidak dipertikaikan
oleh masyarakat,
Keempat: Bermuhasabah dan membuat penilaian prestasi akhlak diri sendiri dari
masa ke masa supaya kita kekal berakhlak sebagai seorang muslim, dan
Kelima: Mereka yang mempersendakan-sendakan dan melanggar Aku janji Allah
akan menerima azab seksa sama ada di dunia atau di akhirat.

4
‫ﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯛﯜﯙﯚﯝﯞﯝﯞﯟ‬
Maksudnya: ” Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang
percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta
mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka
itulah orang yang benar”.
(Surah al-hujurat:15)

You might also like