You are on page 1of 13

Laporan Perjumpaan Persatuan Sains Kali 5/2012

Perjumpaan Tarikh Masa Tempat Kehadiran Pensyarah Pembimbing

:5 : 5 Julai 2012 : 2.30 - 4.30 petang : Blok Sains, Bilik B3 (Makmal Biologi) : 17/18 : Dr Yeoh Poh Choo

Aktiviti:

1.0 Teguran penambahbaikkan format laporan

1.1 Penambahbaikkan laporan perlu dilaksanakan kerana tidak mengikut arahan yang telah diberikan 1.2 Dalam setiap laporan yang dibina perlu adanya prosedur tentang pembinaan bahan hasil kerja yang telah dihasilkan. 1.3 Cara penulisan prosedur boleh ditulis mengikut kreativiti masing-masing. 1.4 Laporan dan refleksi yang lepas perlu dihantar pada minggu hadapan bersama laporan dan refleksi pada minggu ini

2.0 Aktiviti Fun with Papers II 2.1 Membina gasing Tiga keping kertas segi empat sama diperlukan untuk membina gasing. Tiga keping kertas warna yang berbeza digunakan seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 Langkah 2: Bagi membina tapak gasing, setiap bucu kertas tersebut dilipat ketengah seperti Rajah 2.

Rajah 2

Langkah 3: Seterusnya, lipatan yang dibuat dalam Rajah 2 dikembangkan dan segi empat tepat dibentuk seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3 Langkah 4: Kemudian setiap segi empat tepat tersebut perlu dilipat seperti dalam Rajah 4.

Rajah 4 Langkah 5: Setiap bucu perlulah dilipat menghala ke arah luar. Sebanyak empat bucu dihalakan keluar seperti dalam Rajah 5. Hasil terakhir tapak gasing adalah seperti dalam Rajah 6

Rajah 5

Rajah 6 Langkah 6: Bagi pembinaan bahagian gasing yang seterusnya, kertas segi empat sama yang berwarna merah telah digunakan. Setiap bucu kertas tersebut dilipat ketengah seperti dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 7

Langkah 8: Bagi bahagian gasing yang kedua, segi empat sama perlu dibentuk dengan melipat bucu kertas ke arah belakang seperti dalam Rajah 8.

Rajah 8 Langkah 9: Seterusnya, segi tiga yang terbentuk perlu dilipat dan menjadi separuh seperti dalam Rajah 9.

Rajah 9

Langkah 10: Langkah yang seterusnya adalah pembinaan bahagian gasing yang ketiga. Cara yang hampir sama untuk membina bahagian gasing yang kedua. Pertamanya, setiap bucu kertas tersebut dilipat ketengah seperti dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 10 Langkah 11: Kemudian, bentukkan segi empat sama perlu dibentuk dengan melipat bucu ke arah hadapan berulang kali sehingga membentuk seperti dalam Rajah 11.

Rajah 11

Langkah 12: Bentukkan segi empat sama tersebut seperti dalam Rajah 12

Rajah 12 Langkah 13: Bagi membentuk gasing yang lengkap bahagian gasing yang kedua akan dimasukkan ke dalam tapak gasing seterusnya bahagian gasing yang ketiga turut di masukkan.Hasilnya terbentuklah gasing seperti dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 13

2.2 Membina flexigram Langkah 1: Untuk membina flexigram sebanyak 8 keping kertas segi empat sama diperlukan Langkah 2: Kertas segi empat sama dilipat menjadi segi tiga dan dilipat dua seperti Rajah 2.

Rajah 2 Langkah 3: Bukaan segi tiga tadi dibuka semula dan kertas segi empat sama dilipat menjadi segi tiga pada satu bahagian sahaja.

Rajah 2

Langkah 3: Seterusnya, kertas dilipat dua seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3 Langkah 4: Bahagian sebelah kanan kertas perlu dilipat untuk membentuk seperti Rajah 4.

Rajah 4 Langkah 5: Untuk membina flexigram sebanyak 8 keping kertas dibentukkan seperti Rajah 5.

Rajah 5

Langkah 6: Seterusnya, cantumkan dua keping kertas yang berbentuk parallelogram seperti gambar rajah di bawah. Cantumkan kelapan-kelapan kertas sehingga

membentuk flexigram.

Rajah 6

2.3 Membina Puppet Finger Langkah 1: Untuk membina Puppet Finger sekeping kertas segi empat sama diperlukan.

Rajah 1

Langkah 2: Segi tiga dibentuk. Seterusnya segi tiga dilipat seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2

Langkah 3: Lipatkan segi tiga ke sebelah atas seperti dalam rajah di bawah. Lipatkan lapisan atas segi tiga ke atas.

Rajah 3 Langkah 4: Bahagian tepi dilipat mengikut sudut muka haiwan yang sesuai. Bahagian yang berada di bawah turut dilipat ke atas seperti dalam Rajah 4.

Rajah 4 Langkah 5: Pen digunakan untuk membentuk mata, hidung serta mulut.

3.0 Kegunaan hasil kerja yang dibina 3.1 Gasing Gasing boleh digunakan sewaktu proses P&P sebagai satu alat untuk menentukan giliran murid untuk menjawab soalan Boleh juga digunakan sebagai cenderahati kepada murid Alat bantu mengajar sewaktu P&P dijalankan Gasing dapat dijadikan sebagai alat permainan kepada murid di waktu senggang 3.2 Flexigram Dapat digunakan sebagai alat hiasan di dalam kelas Alat bantu mengajar untuk mengajar tentang topik warna Salah satu permainan seperti boomerang dapat dilaksanakan. Alas cawan atau gelas

3.3 Finger Puppet Cenderahati kepada murid Alat bantu mengajar sewaktu sesi bercerita dijalankan Hiasan pada pensel atau pen

You might also like