You are on page 1of 3

Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

TAJUK 2:
PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

2.0 Pendahuluan
Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti
dan masyarakat pluralistik (plural society).
Asia Tenggara semasa pra-Eropah merupakan satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan
pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang didorong oleh serampang tiga mata iaitu
Ketuhanan, Kekayaan dan Kemenangan (God, Gold and Glory).

2.1 Sejarah Masyarakat Plural dan Pluraliti di Malaysia

Ciri-Ciri Pluraliti Dan Masyarakat Plural (Prulalistik):

PLURALITI : Bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel.


MASYARAKAT PLURAL/ PLURALISTIK : Bercirikan pemaksaan dan perbezaan.

Persamaan: Wujudnya sejenis masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, China, India, Eropah, Jepun
dan lain-lain.

Perbezaan:
PLURALITI PLURALISTIK
Melalui proses semulajadi tanpa paksaan. Berlaku secara paksaan.
Datang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan Demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.
kekayaan.
Disertai oleh kaum keluarga. Tidak disertai oleh kaum keluarga.
Keadaan ini menjamin ketenangan fikiran dan Akibatnya hasrat untuk kembali ke tanah air
perasaan para pendatang. masing-masing tidak pernah padam
Hasilnya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang Hasilnya mereka gagal berasimilasi dengan
harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem: penduduk, alam sekitar serta sistem:
Sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan
(Cina Baba). Wujudkan kelompok masyarakat beserta
Mengamalkan budaya kehidupan seharian orang sistem mereka sendiri.
Melayu. Terasing daripada kelompok yang lain
Amalan dan adat resam pendatang diterima pakai walaupun di tempat sama.
oleh penduduk tempatan. Gagal mengenali antara satu sama lain.

Penjajahan: Titik Pemisah Antara Pluraliti Dan Masyarakat Plural

Titik pemisah di antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dengan ketibaan penjajah Inggeris ke Asia
Tenggara khususnya Tanah Melayu.
Walaupun sebelum kedatangan Inggeris, Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasa Eropah seperti
Portugis, Belanda dan Sepanyol namun kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza.
Kuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme di dalam misi-misi kedatangan
mereka.
Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu
imperialisme dan kolonialisme.
Ini bermakna mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah:
Imperialisme dan Kolonialisme:

4
Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

IMPERIALISME: KOLONIALISME:
Mereka menjajah secara fizikal iaitu segala Mereka memperkenalkan sistem sosial,
kekayaan muka bumi seperti bijih timah & politik dan agama mereka kepada
emas diambil demi kepentingan ekonomi penduduk tempatan. Hasilnya mereka
negara mereka. Oleh itu buruh dr China & berjaya menjajah dan mengawal
India dibawa masuk utk mengusahakan kehidupan masyarakat peribumi yang
lombong-lombong & ladang getah. ramai dengan jumlah mereka yang
sedikit.

2.1.1 Pluraliti Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.

PEMERINTAHAN
Sultan/ pembesar mempunyai misi & visi yg hebat.
Pemerintahan diplomasi & terbuka.
Perlembagaan: berdasarkan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka).

PERDAGANGAN
Tmpt pertemuan pedagang (The Venice of The East)
Pentadbiran pelabuhan sangat cekap
Selamat dari ancaman perompak & lanun
Kepulauan Melayu terkenal dgn hasil rempah ratus yg dianggap brg mewah

KEBUDAYAAN
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka & keselamatan perairan Selat Melaka menjadikan Melaka
sebagai pelabuhan dan kota metropolitan serta kota multi budaya.

KEPENDUDUKAN
Proses penghijrahan berlaku scr semulajadi tanpa paksaan.
Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sbg pengenalan diri.
Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

2.1.2 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah.

PRINSIP:
Pemisahan negara dr agama (sekularisme)
Pentadbiran negara dikawal oleh mereka, hal ehwal agama Islam & adat istiadat Melayu di bawah
sultan.

PEMERINTAHAN:
Pengagihan kuasa: kehakiman, eksekutif & perundangan

EKONOMI:
berubah dari hanya berasaskan pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan
perdagangan (sistem ekonomi kapitalis)

PENDIDIKAN:
Dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular

5
Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

2.1.3 Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka.

POLITIK:
Rancangan pembangunan ekonomi negara digiatkan bagi mengatasi masalah sosioekonomi dan
sosiopolitik.
Dasar-dasar pembangunan negara dirangka bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi.

PERLEMBAGAAN:
Perlembagaan = Sumber segala perundangan dan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik.
Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial antara kaum.

PENDIDIKAN:
Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan
orientasi.
Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) bermatlamat menyatukan etnik-etnik.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

EKONOMI:
Rancangan pembangunan ekonomi negara digiatkan bagi mengatasi masalah sosioekonomi dan
sosiopolitik.
Dasar-dasar pembangunan negara dirangka bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi.

You might also like