2PENCEMARAN AIR DAN KATEGORINYA
Sifat dwikutub air membolehkannya melarutkan pelbagai jenis bahan. Maka sungai dananak sungai mampu menjalankan kerja-kerja pemecahan, peresapan, pengoksigenan dihilir sungai pada zaman primitif di mana populasi manusia adalah kecil. Berikutan proses urbanisasi, sungai tidak mampu lagi memecahkan kuantiti pencemar yangdimasukkan ke dalamnya dan efluen daripada setiap pusat populasi bertambah ke dalam bekalan air pusat populasi yang lain. Air mengalir di merata tempat menjadi air kumbahan dan bolehlah kita menyatakan bahawa pencemaran air berpunca daripadamanusia sendiri.Akta Kualiti Alam Sekeliling
mendefinasikan pencemaran sebagai apa-apa perubahanlangsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaanyang merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikanawam, atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air, ataukepada tumbuhan-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apasyarat, atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah aktaini.Pencemaran air dapat dikategorikan seperti berikut :
i.Keracunan atau toksisiti
Logam berat seperti plumbum, merkuri, kuprum, arsenik dan kromium yangdigunakan dalam penyalutan timah, penyaduran dan larutan penyalutan kromium boleh bertindak sebagai penghalang metabolik atau penafasan dalam banyak organisma, dan merencat atau memusnahkan enzim yang diperlu untuk proses- proses kehidupan. Logam-logam berat ini mempengaruhi organism pengurai bersama-sama kehidupan peringkat tinggi, maka penambahannya yang berlebihanke dalam sistem akuatik boleh memusnahkan. Pencemar-pencemar yang beracun
1
Era Hijau, Keluaran 1/2000 JAS, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar