You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PANGKOR,

32300 PANGKOR
PERAK DARUL RIDZUAN.
Kod sekolah : ABA 1023
No.Tel : 05-6851193
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan
Tarikh:12 NOVEMBER 2013

Kepada,
--------------------------------------------------Tuan/Puan,
PELANTIKAN RASMI PENGAWAS ICTSEKOLAH 2014
Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan yang bernama
dari kelas telah dipilh
sebagai Pengawas ICT Sekolah bagi tahun 2014. Pelantikan ini adalah berdasarkan prestasi dan
sahsiahnya yang boleh dijadikan teladan.
2.

Sehubungan itu, pihak tuan/puan perlu menyediakan pakaian seragam seperti berikut:
a) Pengawas Lelaki
- Baju kemeja berwarna putih berlengan panjang atau pendek
- Seluar panjang berwarna biru gelap.
- Tali leher warna hitam
- Kasut hitam
b) Pengawas Perempuan
- Baju kurung berwarna putih
- Kain bersusun tepi berwarna biru gelap
- Tudung putih
- Kasut hitam

3.
Namun demikian, sekiranya pengawas ICT yang sudah mempunyai uniform lama (baju
berwarna oren cair , seluar berwarna hitam -lelaki /baju kurung berwarna oren cair , kain berwarna
hitam, tudung berwarna oren cair -perempuan ) masih boleh memakai uniform tersebut bagi sesi
2014.
4.
Sekiranya anak tuan/puan gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan dan melanggar
mana-mana peraturan Makmal Komputer, maka anak tuan/puan akan dilucutkan jawatan sebagai
pengawas ICT sekolah.
Sekian terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menurut perintah,

(MUHAMAD ANWR BIN MUHAMAD IRFAN)


Guru Besar
SK Seri Pangkor,
Perak

You might also like