Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
0Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis

Ratings: (0)|Views: 43|Likes:
Published by imanzikri09
Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis

More info:

categoriesTopics
Published by: imanzikri09 on Jan 01, 2014
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/01/2014

pdf

text

original

 
GOLONGAN ANTI HADIS
 
Golongan Anti Hadis
 Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
 Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran. Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu: 1 . Al-Quran 2 . Al-Sunnah atau Hadis 3 . Ijmak 4 . Qiyas.
Sejarah Golongan Anti Hadis
 
Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat
 Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang ahli fikah. Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi s.a.w. lakukan." Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan." ********* Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara
 
kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan. Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap  pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti
 – 
 Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij
 – 
 masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan  bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis, tetapi  pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah mengkafirkan beliau. **********
Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i
 
Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:
 
Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang
 bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil  bersifat pasti?"
Imam Syafi’I: "Ada."
 Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"
Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah
saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?" Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"
Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan
 bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu men
genai orang ini?’
 Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya."
Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau
terkeliru?" Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."
Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan
merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti." Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian." **********
Golongan Anti Hadis Abad Modern
 Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang
 
rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah. Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-
Siba’I, beliau menarik balik 
  pandangan berkenaan. Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah. ------------------------
Golongan Anti Hadis Di Malaysia
 Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui  bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak  bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya. Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
 Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut: 1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat. 2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin. 3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
 i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran).

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->