You are on page 1of 20

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 4


STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o o

Instrumen o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

TAFSIRAN BAND
BAND 1 2 3 4 PERNYATAAN BAND TAHU TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

MATLAMAT KURIKULUM

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid: 1 Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. 2 Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik. 3 Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian. 4 Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. 5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. 6 Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian. 7 Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. 8 Menghargai dan menghayati keindahan matematik. 9 Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND
1 Tahu pengetahuan asas matematik

PERNYATAAN STANDARD

Tahu dan faham pengetahuan asas matematik

Tahu dan faham pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan

Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif masalah

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND 1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD B1 Tahu pengetahuan matematik

DESKRIPTOR

EVIDENS B1D1E1 Menyatakan sebarang hingga 100 000 B1D2E1 Menunjukkan hingga 100 000

B1D1 asas Menamakan nombor bulat

nombor

bulat

B1D2 Memahami nilai nombor B1D3 Memahami wang

kuantiti

bagi

nombor

B1D3E1 Menamakan mata wang negara-negara ASEAN dan mata wang utama dunia B1D4E1 Menamakan unit ukuran panjang B1D5E1 Mengenal perbendaharaan kata bagi maksud paksi mengufuk dan mencancang

B1D4 Memahami unit ukuran B1D5 Memahami Koordinat

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

2 Tahu dan Faham

B2 B2D1 Tahu dan faham pengetahuan Menulis nombor bulat asas matematik B2D2 Menentukan nilai tempat nilai digit

B2D1E1 Menulis nombor dalam perkataan dan angka hingga 100 000 dan B2D2E1 Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor bulat hingga 100 000 B2D2E2 Menyusun nombor mengikut tertib menaik dan menurun B2D2E3 Mencerakinkan 100 000

sebarang

nombor

hingga

B2D3 Memahami konsep pecahan

B2D3E1 Menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 B2D4E1 Menamakan dan menulis sebarang nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan B2D5E1 Menyatakan gabungan wang yang memberi nilai yang tertentu hingga RM100 000 B2D5E2 Menyatakan pelbagai instrumen pembayaran

B2D4 Memahami konsep perpuluhan B2D5 Memahami perkaitan nilai wang

10

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

B2D6 Memahami perkaitan unit ukuran B2D7 Mengenal pasti sudut dan garisan B2D8 Memahami koordinat B2D9 Mengenal pasti data

B2D6E1 Menyatakan perkaitan antara melibatkan masa dan panjang

unit

ukuran

B2D7E1 Menyatakan jenis sudut dan garisan B2D8E1 Menyatakan objek dan kedudukan berdasarkan paksi mengufuk dan mencancang B2D9E1 Menyatakan maklumat daripada piktograf, carta palang dan carta pai

11

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS B3D1E1 Menambah sebarang dua hingga empat nombor hingga lima digit dan hasil tambahnya hingga 100 000 B3D1E2 Menolak sebarang dua nombor dan menolak berturut-turut dan hasil tolaknya hingga 100 000 B3D1E3 Mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan satu digit, sebarang nombor tiga digit dengan dua digit dan sebarang nombor hingga empat digit dengan 100 dan 1000 hasil darabnya hingga 100 000 B3D1E4 Membahagi sebarang nombor hingga 100 000 dengan nombor satu digit, dua digit, 100 dan 1000 B3D1E5 Menambah pecahan hingga tiga pecahan wajar dan operasi tolak pecahan hingga dua pecahan wajar, penyebutnya yang sama dan tak sama hingga 10 B3D1E6 Menambah dan menolak dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan

B3 B3D1 Tahu dan faham Melakukan operasi asas matematik pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan

12

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

B3D1E7 Mendarab dan membahagi nombor perpuluhan dengan nombor satu digit dan hasil bahaginya hingga tiga tempat perpuluhan B3D1E8 Mendarab dan membahagi nombor perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000 hingga tiga tempat perpuluhan B3D1E9 Menambah hingga tiga nilai wang dan menolak hingga dua nilai wang yang jumlahnya tidak melebihi RM100 000 B3D1E10 Mendarab dan membahagi nilai wang dengan nombor hingga dua digit, 100 dan 1000 dalam lingkungan RM100 000 B3D1E11 Menambah hingga tiga unit masa dan menolak hingga dua unit masa melibatkan unit yang sama dan berbeza tanpa dan dengan penukaran unit B3D1E12 Mendarab dan membahagi unit masa dengan nombor satu digit tanpa dan dengan penukaran unit B3D1E13 Menambah hingga tiga unit ukuran panjang dan menolak hingga dua unit ukuran panjang melibatkan unit yang sama dan berbeza serta tanpa dan dengan penukaran unit

13

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

B3D1E14 Mendarab dan membahagi unit ukuran panjang dengan satu digit melibatkan unit yang sama dan berbeza serta tanpa dan dengan penukaran unit B3D2 Membundarkan nombor B3D2E1 Membundarkan sebarang nombor bulat hingga 100 000 kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yang terdekat B3D2E2 Membundarkan wang kepada ringgit yang terdekat B3D3 Menganggar kuantiti B3D3E1 Menganggar bilangan menyatakan kuantiti

objek

dengan

B3D3E2 Menganggar jarak menggunakan unit piawai B3D4 Menentukan pola nombor B3D4E1 Mengelas dan melengkapkan pola nombor bagi sebarang nombor hingga 100 000 B3D5E1 Menambah dan menolak sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 B3D5E2 Mendarab dan membahagi sebarang nombor satu digit dan dua digit dalam lingkungan 100 000

B3D5 Melakukan operasi bergabung

14

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

B3D5E3 Menambah dan menolak pecahan wajar, penyebutnya hingga 10 yang melibatkan penyebut yang sama dan penyebut yang berbeza B3D5E4 Menambah dan menolak sebarang nilai wang yang jumlahnya hingga RM100 000 B3D5E5 Menambah dan menolak unit ukuran jisim tanpa dan dengan penukaran unit B3D5E6 Mendarab dan membahagi unit ukuran jisim tanpa dan dengan penukaran unit B3D5E7 Menambah dan menolak unit ukuran isi padu cecair tanpa dan dengan penukaran unit B3D5E8 Mendarab dan membahagi unit ukuran isi padu cecair tanpa dan dengan penukaran unit B3D6 Menentukan pecahan B3D6E1 Menukarkan pecahan nombor bercampur penyebutnya hingga 10

tak wajar kepada dan sebaliknya,

B3D7 Menentukan nombor perpuluhan

B3D7E1 Menukarkan pecahan perseribu perpuluhan dan sebaliknya

kepada

15

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

B3D7E2 Membanding nilai dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan B3D8 Menentukan peratusan B3D8E1 Menukarkan perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan kepada peratus B3D9E1 Melakukan perkaitan nilai wang RM1 dengan nilai mata wang negara lain B3D10E1 Menghitung perimeter, luas dan isi padu B3D11E1 Membandingkan maklumat daripada piktograf, carta palang dan carta pai

B3D9 Menentukan nilai wang

B3D10 Menentukan perimeter, luas dan isi padu B3D11 Menentukan perwakilan data

16

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

B4 B4D1 Tahu dan faham pengetahuan Menyelesaikan masalah matematik matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah

B4D1E1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dua hingga tiga nombor dan penolakan dua nombor hingga 100 000 B4D1E2 Menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor dan pembahagian dua nombor hingga 100 000 B4D1E3 Menyelesaikan masalah tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan perpuluhan B4D1E4 Menyelesaikan masalah tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan wang hingga RM100 000 B4D1E5 Menyelesaikan masalah tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan unit masa B4D1E6 Menyelesaikan masalah tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan unit ukuran panjang B4D1E7 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan kaedah unitari

17

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

B4D2 B4D2E1 Menyelesaikan masalah matematik Menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bergabung melibatkan operasi bergabung tambah dan tolak serta darab dan bahagi hingga 100 000 B4D2E2 Menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bergabung tambah dan tolak pecahan penyebutnya hingga 10 B4D2E3 Menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bergabung tambah dan tolak serta darab dan bahagi jisim tanpa dan dengan penukaran unit B4D2E4 Menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan operasi bergabung tambah dan tolak serta darab dan bahagi isi padu cecair tanpa dan dengan penukaran unit

18

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi

B5D1 Menyelesaikan masalah matematik yang kompleks menggunakan pelbagai strategi

B5D1E1 Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi asas mengikut prosedur dengan pelbagai strategi B5D1E2 Menyelesaikan projek matematik yang diberi mengikut prosedur dengan menggunakan pelbagai strategi

19

DRAF DSP Matematik Tahun 4 4 8 MAC 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

B6 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif

B6D1 B6D1E1 Mengaplikasikan pengetahuan dan Menjana idea dan dapat menerangkan secara kemahiran matematik bagi inovatif masalah bukan rutin dalam kehidupan menzahirkan idea, kreativiti dan seharian inovasi. ATAU Mencipta kaedah baru menggunakan teknologi multimedia bagi memudah cara urusan harian; ATAU Menggunakan logik matematik untuk berkomunikasi dengan tepat dan jelas dengan rakan sebaya, guru atau komuniti

20

You might also like