You are on page 1of 1

PENILAIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM MATA PELAJARAN SEJARAH BERDASARKAN MODEL PENILAIAN CIPP 1.

0 PENGENALAN Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum perlulah mengandungi segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu, kurikulum yang dirancang memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi pelajar terutama dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi secara menyeluruh dan seimbang ke arah melahirkan masyarakat yang berguna dan memberikan sumbangan kepada Negara. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan akan berkesan sekiranya input pendidikan seperti pengetahuan dan kemahiran guru, kelengkapan peralatan yang mencukupi dan strategi pembelajaran sesuai pada sasaran, Setelah proses pembelajaran dilaksanakan amatlah penting penilaian dilakukan ke atas produk yang dihasilkan. Produk yang baik merupakan satu indicator kepada keberkesanan input dan proses yang dijalankan dengan mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai mereka di akhir pembelajaran. Penilaian adalah satu proses berterusan untuk menentukan kaedah yang disyorkan digunakan dalam pengajaran oleh guru-guru dan di samping itu penyelia boleh memberi bimbingan dan panduan kepada mereka untuk mengatasi kekurangan yang wujud. Penilain berbentuk soal selidik dan temu bual juga harus digunakan supaya maklum balas yang diperoleh memberi gambaran yang sebenar. Hasil maklum balas ini boleh diambil perhatian semasa menjalankan program lain pada masa lain. Bagi melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmoni pelajar harus menghayati serta mempelajari sejarah negara. Justeru kurikulum bagi matapelajaran Sejarah akan dibuat penilaian berdasarkan model penilaian CIPP.

You might also like