You are on page 1of 1

PENGENALAN Makro bermaksud awalan yang banyak.

Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata lain, pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut, iaitu dilakukan di kelas yang besar, memerlukan murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tertumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari. Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai seorang guru profesional, kemahiran merancang dan menulis rancangan pengajaran harian amat penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah. Rancangan pengajaran harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah bagi sesuatu tempoh waktu sahaja misalnya untuk satu waktu pengajaran. Apabila seseorang guru dapat membina rancangan pengajaran hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isi kandungan, kemahiran, kaedah dan teknik pengajaran serta dapat meramalkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang akan dihadapinya. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran.

You might also like