Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
60Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teori Maslow Hairaki Keperluan

Teori Maslow Hairaki Keperluan

Ratings: (0)|Views: 3,291|Likes:
Published by aman ipoh
Bahan Gunasama- Terima kasih kepada rakan Program Master UPSI
Bahan Gunasama- Terima kasih kepada rakan Program Master UPSI

More info:

Published by: aman ipoh on Sep 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/13/2013

pdf

text

original

 
http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.htmlTEORI MASLOW1.0 PENGENALAN
Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untukmelakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh jugadikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan danmengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah prosesmenghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatumatlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telahmemperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalamkehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadipenggerak kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, makawujudlah kerjasama, sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain.Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidangpendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkandirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Disini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yangdilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaanapabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatustatus yang baik. Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebihbaik kerana tiada lagi kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yangterjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jikaseseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak merekatelah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang ituboleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diriseseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepadapelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guruyang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasaberusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyaitenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajarbagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikanperhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan diluar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru.Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapatdalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinyauntuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidupkeseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan disekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi.Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia bolehdipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindakberdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala
 
http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html
dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusiabertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yangpaling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorongmanusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan“motivasinya” Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakanmanusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan. Jadi teoriyang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi “Maslow”.2.0 Teori Motivasi MaslowStruktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yangtertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggimempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 :131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluanmanusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebihtinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendahperingkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asasterdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan inidipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang,seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri danperingkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkatkeperluan bagi penyempurnaan kendiri.Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat sepertirajah di bawah.1. Keperluan Estetik2. Keperluan Mengetahui3. Penyempurnaan Diri4. Penghargaan Kendiri5. Kasih Sayang6. Keselamatan7. FisiologiModel Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilaluioleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individumemerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang,dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepadaperingkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi
 
http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html
keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepadapersekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalamanlampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasibergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dankreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakanfaktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah jugaMaslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluankekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.2.1 Keperluan FisiologiMengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas.Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagimanusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diriatau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minumandan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam kontekspendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapatmenumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Inikerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkankesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara iniberlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil beratkepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikalpelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurangbermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusiaadalah keperluan seks. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabilaseseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan ini, setiapindividu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing. Mereka perluberkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang cubamemenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, bolehmendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangankeperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapatmelakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan keperluanutama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.2.5 Keperluan Keselamatan Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amatpenting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluanini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu yang kurangmempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian,tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehinggamenjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain.Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidakdapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orangdewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasadilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanakamat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan

Activity (60)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Aeiza Munirah liked this
Nurul Khairiani liked this
dhea ct liked this
dhea ct liked this
Mrrazali Manan liked this
Yoo Rean liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->