You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan Psikologi dan Kepentingannya

Setiap hari manusia berdepan dengan bermacam jenis situasi. Ada situasi yang

sama dialami oleh segelintir individu tetapi dihadapi dengan suasana yang berbeza-beza.

Ia telah dialami dari sejak kelahiran dan akan diteruskan hingga ke akhir hayat, dari

dahulu hinggalah zaman seterusnya. Pebezaan situasi tersebut akan menimbulkan

pelbagai suasana yang dipengaruhi dari perhubungan manusia sesama manusia,

perhubungan dengan alam dan situasi sekitar atau dari keadaan batin seseorang individu

tersebut. Pelbagai peristiwa akan berlaku, berkembang dan berubah.

Peristiwa yang dialami akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam perasaan dan

jiwa manusia. Akibat daripada reaksi tersebut akan melahirkan tingkah laku yang berbeza

terhadap manusia. Contohnya ada manusia yang menerima berita kematian dengan

menangis tetapi ada manusia yang boleh menerimanya dengan sabar walaupun pada

ketika itu mereka mengalami perasaan yang sama iaitu perasaaan sedih.

Justeru itu konsep psikologi dapat difahami terhadap tingkah laku pada manusia

yang cenderung untuk mengikuti suatu arah atau cara tertentu yang umum.

Walaubagaimanapun mereka akan cenderung untuk melakukan tindak balas yang berbeza

semasa berdepan dengan situasi yang tertentu.

1
1.1 Pengertian Psikologi

‘Psikologi berasal dari dua perkataan, iaitu psyche yang bermaksud ‘jiwa’ dengan

gabungan perkataan logos yang bermaksud ‘kajian tentang sesuatu’.

Mengikut kajian Fantinc pada tahun 1974, psikologi didefinasikan sebagai kajian

saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran dan tekanan.

C.M. Cales, mendefinisikan psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku. Menurut

beliau juga dapatan-dapatan daripada kajian-kajian tersebut akan dapat digunakan untuk

meningkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran.

Manakala Crow dan crow telah mentakrifkan psikologi tentang tingkah laku dan

perhubungan manusia. Menurut beliau lagi, psikologi berkaitan dengan cara individu atau

sekelompok manusia bertindak balas terhadap rangsangan dari alam sekitar.

Davidoff telah mentakrifkan bahawa psikologi sebagai kajian saintifik tentang tingkah

laku manusia atau haiwan secara nyata. Terdapat dua komponen dalam kajian tersebut

iaitu kajian secara nyata atau overt dan kajian secara selindung iaitu covert. Overt ialah

kajian mengenai tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai dan seterusnya diukur.

Contohnya mengapa kanak-kanak mengisap jari atau bagaimana kanak-kanak belajar

merangkak kemudian berjalan seterunya berlari. Manakala convert pula merujuk kepada

kajian berkaitan keperluan, emosi, naluri, kecerdasan atau motivasi dan sebagainya.

2
Justeru itu, Psikologi adalah satu kaedah yang secara saintifiknya berkait tentang

pengkajian tingkah laku terhadap manusia dan haiwan. Tentang cara pemikirannya,

keadaan sikap, perasaan atau nalurinya, potensi dirinya, kecerdasan, tingkah laku

terhadap keadaan sekitar atau tahap keperluannya.

1.2 Konsep pendidikan

Bidang pendidikan berkembang sejak awal sama ada secara formal atau tidak

formal. Pendidikan adalah satu bidang meningkatkan potensi diri dari sesuatu yang tidak

tahu kepada tahu atau keingginan untuk mempelajari sesuatu yang bermula dalam fikiran

yang kemudiannya dilahirkan secara latihan atau praktikal.

Konsep Pendidikan oleh pakar falsafah bidang pendidikan

Dewey:

Education is a process for improving the man condition. The school was seen as a

specialized environment that conceded with the social environment.

Langford:

Pendidikan ialah satu aktiviti yang mempunyai matlamat yang praktikal dan berbeza dari

aktiviti yang mempunyai matlamat berdasarkan teori.

Manakala di bawah adalah beberapa aspek pendidikan yang dikemukakan oleh para

pendidik secara umum.

1. Pendidikan dilihat sebagai satu bentuk persekolahan formal ketika kanak-kanak

pergi ke sekolah untuk memperolehi pengetahuan. Ia menjadi formal kerana

pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan untuk

mencapai matlamat dan objektif.

3
2. Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan iaitu kanak-kanak yang

berkembang secara fizikal, mental, sosial, dan emosinya sepanjang hayat.

3. Pendidikan adalah suatu proses yang berterusan. Ia merupasan satu proses

sepanjang hidup kerana setiap individu diberi peluang untuk belajar sepanjang

hayat, sistem pendidikan ini memberi peluang kepada setiap individu untuk

menambah baik diri, berketebukaan dalam mengasimilasi dan mengakomodasi

ide baru serta dapat mengemuka dan mempersoal isu-isu serta menjadi seseorang

yang peka terhadap alam sekitarnya.

4. Pendidikan juga adalah satu proses yang bersepadu demi mencapai matlamat-

matlamat.

Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan adalah satu proses

mencari ilmu yang pada amnya banyak diperolehi secara formal di sekolah atau instituisi

pendidikan kerana ia dikelola secara terancang dan teratur oleh pihak tertentu untuk

mencapai matlamat dan objektif yang mempunyai hala tuju tertentu. Proses pendidikan

ini adalah keperluan bagi setiap inidvidu untuk meningkatkan kehidupan mereka yang

boleh dipelajari sepanjang hayat dan bermula sejak kanak-kanak.

4
1.3 Pengertian psikologi pendidikan

Psikologi Pendidikan adalah satu bidang kajian saintifik yang dilakukan terhadap

tingkah laku manusia dalam suasana pendidikan. Ia mengabungkan bidang psikologi dan

bidang kajian pendidikan yang melihat perkaitan tingkah laku murid terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian terhadap kedua-dua bidang ini akan

membolehkan pembelajaran lebih meningkat.

Konsep Pendidikan oleh pakar falsafah bidang pendidikan

Atan Long telah menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji

tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah

Manakala Smit telah menjelaskan bahawa psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik

terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan.

Slavin pula telah menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid,

pengajaran dan pembelajararan yang memfokuskan proses-proses pengetahuan,

kemahiran, nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah,

termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran.

5
Oleh itu, konsep psikologi pendidikan boleh difahami daripada rajah di bawah.

Rajah ini memberi gambaran bagaimana psikologi pendidikan mengabungkan elemen-

elemen tertentu untuk meningkatkan pembelajaran.

psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan

Prinsip-prinsip Teori-teori Teknik-teknik

Pengajaran dan pembelajaran


yang berkesan dapat
diadaptasikan di bilik darjah

6
1.4 Kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru

Seseorang guru yang telah memahami konsep psikologi dan pendidikan akan

memperolehi ilmu tertentu untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran pembelajaran yang

boleh diguna pakai semasa pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan pendidikan

psikologi kepada seorang guru ialah:

1. Guru-guru akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengetahui

sikap-sikap yang berguna dalam proses pendidikan. Adanya elemen-elemen

tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan cara pengajarannya dan menambah

mutu pembelajaran pelajar-pelajar.

2. Ilmu psikologi pendidikan akan membekalkan pengetahuan tentang

perkembangan yang dialami oleh manusia. Justeru itu, ketika pelajar-pelajar

sedang meningkat umurnya ia akan turut merubah proses pembelajarannya.

Keupayaan pelajar-pelajar ini untuk memahami sesuatu yang abstrak dan rumit

mula meningkat. Apabila seseorang guru memahami situasi tersebut seharusnya

dia akan dapat menentukan strategi yang sesuai terhadap pengajarannya.

3. Guru-guru juga akan bersedia untuk memahami keperluan seseorang pelajar.

Justeru itu selain daripada guru ia juga akan menyedarkan pihak sekolah tentang

keperluan untuk memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar.

4. Seseorang guru yang peka juga akan dapat mengesan bakat dan minat seseorang

pelajar. Oleh yang demikian, seseorang guru akan dapat membantu pelajar dalam

membuat perancangan kerjaya yang diimpikan.

5. Setelah menerima maklumbalas daripada pelajar, seseorang guru akan dapat

memikirkan satu cara baru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

7
6. Kajian perbezaan terhadap individu akan membantu seseorang guru

membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang sesuai agar dapat menjalani

aktiviti pemulihan dan pengayaan.

7. Kajian terhadap perubahan tingkahlaku pelajar akan dapat menolong seseorang

guru mengawal disiplin pelajar dengan lebih berkesan.

8. Selain daripada itu, psikologi pendidikan juga akan dapat meningkatkan

pemahaman seseorang guru terhadap perubahan personaliti dan konsep kendiri

muridnya. Dengan itu, seseorang guru akan dapat meningkatkan keberkesanan

terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya.

2. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah

Mengajar kelas terakhir daripada 5 kelas tahun lima memberikan pelbagai cabaran

kepada saya sebagai seorang guru baru. Secara umumnya kelas tersebut menempatkan

pelajar-pelajar yang memiliki pelbagai masalah, dari masalah disiplin hinggalah soal

tahap penguasaan terhadap pelajaran.

Pada mulanya, bertugas sebagai seorang guru yang tidak memiliki pengetahuan

asas dalam bidang pendidikan telah menimbulkan pebagai tekanan. Pernah saya rasakan

seolah-olah telah berputus asa, walaupun kerjaya seorang pendidik adalah cita-cita sejak

di bangku sekolah. Sehingga timbul persoalan dalam diri adakah pilihan kerjaya yang

diceburi itu tepat dan layak untuk diceburi?

8
Dilema tersebut menyebabkan kelemahan diri dicari, sehinggalah saya mulai jelas

tentang keadaan yang telah dialami pada waktu itu. Pengetahuan tentang ilmu psikologi

yang perlu diterapkan dalam pendidikan sememangnya amat penting. Guru-guru terlatih

yang lebih berpengalaman di sekolah telah menjadi sumber rujukan. Maka pemahaman

tentang psikologi pelajar telah menolong dan memberi kekuatan untuk meneruskan

perjuangan sebagai seorang pendidik, yang perlu bersedia untuk berhadapan dengan

pelbagai karenah murid.

Antara contoh-contoh terbaik yang pernah saya hadapi ketika mengaplikasikan

psikologi di bilik darjah ialah ketika saya mengajar matapelajaran Matematik. Seperti

yang dimaklumi, pelajar kelas akhir kebanyakkannya dari kalangan yang amat sukar

untuk memahami dan menguasai pelajaran. Pada suatu hari seawal jam 7.40 pagi, saya

memulakan kelas seperti biasa dengan sedikit set induksi yang agak mudah untuk

difahami oleh pelajar. Walaubagaimanapun, murid-murid telah mula menunjukkan sikap

yang tidak memuaskan iaitu dahi yang berkerut seolah-olah sedang berdepan dengan

sesuatu yang amat asing dan memandang dengan penuh kecelaruan. Walhal, mereka telah

mempelajarinya ketika di tahun empat. Tiba sahaja waktu pelajaran Matematik, anggapan

sesuatu yang susah mula menghantui fikiran murid-murid tersebut.

Daripada reaksi murid-murid, saya mengandaikan mereka tidak faham atau tidak

dapat menguasai pelajaran tersebut. Saya mula menyoal beberapa orang pelajar. Mereka

teragak-agak untuk mengatakan faham atau tidak. Apabila disoal kepada pelajar yang

mengangguk faham mereka memberikan jawapan yang salah. Maka saya mula berfikir

adakah penerangan yang telah diberikan terlalu sukar untuk difahami? Atau adakah cara

kerja yang telah ditunjukkan terlalu cepat? Saya telah mengambil keputsan untuk berfikir

sejenak mencari kaedah baru untuk memudahkan pemahaman pelajar tersebut.

9
Daripada situasi tersebut telah menyebabkan saya perlu menukar corak

pengajaran dan menggunakan pendekatan psikologi yang baru. Pada mulanya, saya telah

memikirkan satu cara pengiraan yang mudah dengan meletakkan diri saya di situasi

mereka dan merendahkan tahap kefahaman sendiri. Saya perlu memikirkan sekiranya

saya di tempat mereka apa yang saya ingin fahami dan bagaimana cara saya ingin

memahami perkara tersebut?

Kedua, saya telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Kumpulan

tersebut terbahagi kepada kumpulan murid-murid faham, sederhana faham dan tidak

faham langsung. Kumpulan pertama perlu menerangkan kembali topik pelajaran tersebut

dan menyelesaikan satu soalan untuk dinilai tahap kefahaman mereka. Untuk kumpulan

ini mereka boleh meneruskan latihan yang seterusnya agar tidak membosankan mereka

menunggu guru memberi penerangan kepada kumpulan lain.

Manakala bagi pelajar yang sederhana faham, perlu diberi ulangan pelajaran serta

boleh merujuk kepada kumpulan yang faham sebagai pembimbing. Kebiasaan kumpulan

ini hanya memerlukan sedikit bimbingan dan perhatian serta dorongan untuk mencuba.

Akhir sekali kepada kumpulan pelajar yang tidak faham langsung mereka telah

diajar secara individu. Ini kerana sepanjang pengalaman sebagai guru, kadangkala pelajar

yang menganggap diri mereka tidak tahu atau bodoh ini sebenarnya juga memiliki

kepandaian. Namun kepandaian mereka agak tenggelam akibat keadaan. Contoh yang

paling jelas adalah subjek Matematik. Seseorang perlu menguasai asas Matematik untuk

menguasai topik yang lebih tinggi. Contohnya mereka perlu mahir tentang nombor,

operasi tolak, darab dan bahagi untuk mempelajari tajuk darab unit liter, bahagi unit

isispadu cecair atau sebagainya. Ini kerana sifir yang digunakan adalah sama yang

10
berbeza cuma unit sukatannya sahaja. Malah cara, kaedah dan jalan penyelesaiannya juga

adalah sama. Mereka perlu dibimbing untuk menguasai kembali kemahiran asas tersebut.

Reaksi seterusnya apabila murid-murid dapat menguasai pelajaran tersebut, guru

meminta semua murid menyatakan perasaan apabila berjaya memahami sesuatu pelajaran

dan menyelesaikan masalah yang diberi. Tentunya mereka merasa amat gembira. Justeru

itu mereka telah memperlihatkan kesungguhan untuk menjawab soalan seterusnya

dengan raut wajah yang ceria dan senyuman yang lebih berseri-seri. Suasana yang positif

ini telah memberi keyakinan kepada guru meneruskan pelajaran yang seterusnya. Malah,

seseorang guru juga telah berjaya mengubah suasana pembelajaran pada hari itu untuk

mencapai objektif pembelajaran.

11
Kesimpulan

Kefahaman tentang konsep psikologi akan membantu seseorang guru dalam

pengurusan bilik darjah serta amalan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh membuat

persediaan mengajar berdasarkan tahap perkembangan dan perbezaan murid.

Guru juga dapat menyediakan rancangan pelajaran yang bersesuaian dengan tahap

penerimaan murid. Teknologi pendidikan yang berkembang boleh dimanfaatkan sebaik

mungkin dan merupakan salah satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran.

Pemikiran yang kritis, serius, inovatif dan kreatif dalam mencari jenis pengajaran yang

lebih berkesan dan bersesuaian amat diperlukan.

Penggunaan Sumber Pengajaran Pembelajaran (SPP), contoh-contoh dan kaedah

pembelajaran boleh dipelbagaikan untuk menyampaikan pelajaran bagi menghalang

murid dari merasa bosan. Ia juga dapat mewujudkan penggabungjalinan antara mata

pelajaran.

12

You might also like