• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
1.
Kurikulum
 
Kurikulum
berasal dari perkataan
 Latin
yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan
kurikulum
adalah berkait rapatdengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20,
kurikulum
merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang
kurikulum
dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan danstrategi-strategi pengajaran.
Frank Bobbit (1918), dalam buku 'The Curriculum' menghuraikan
kurikulum
sebagai :1.keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau
2.
satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolahuntuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliaumenekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.
John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya 'The Child and The Curriculum'merujuk istilah
kurikulum
sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambilkira kandungan dari masa lampau hingga masa kini'.
Pembentukan
 
kurikulum
menekankan kepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnyamenghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' (1916,halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema
kurikulum
harus mengambilkira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harusmembuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masadepan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemenrekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluanmasyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentinganindividu.Diantara lain definisi
kurikulum
adalah seperti berikut :
urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001)
isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmudan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai danmempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996)
 pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yangdiinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh
kurikulum
sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah
 
kurikulum
seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahaptanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimanadan dimana
kurikulum
dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998)
Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia ,
kurikulum
 boleh didefinisikan sebagai :Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikanadalah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Kurikulum
mengandungi dua aspek :1.sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
2.
kurikulum
seperti sukan, persatuan dan unit beruniform
Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan
 Kurikulum
 Kebangsaan) 1997 mendefinisikan
 Kurikulum
Kebangsaan sebagai :
 
'program pendidikanyang merangkumi aktiviti
kurikulum
dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi sertamemupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan' 
 
2. Konsep Umum Kurikulum
 Konsep
kurikulum
dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaimana sekolahmenjawab sembilan soalan
kurikulum
yang berikut ini :
1.
Apakah yang harus diajar ?
2.
Kepada siapa ia harus diajar ?
3.
Mengapa ia harus diajar ?
4.
Bagaimana ia harus diajar ?
5.
Bila (berapa lama dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar?6.Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku?
7.
Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, bahan, video dll)?
8.
Dalam keadaan bagaimanakah
kurikulum
akan dilaksanakan? Apakah kumpulan(kooperatif, homogenous, individu) yang akan digunakan?
9.
Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi,ekologi bilik darjah) yang akandigambarkan dalam
kurikulum
?
3. Jenis-Jenis Kurikulum
Apakah jenis
kurikulum
yang anda tahu ? Sebenarnya terdapat dua jenis
kurikulum
utamaiaitu
kurikulum
formal dan tersembunyi.
1.
Kurikulum formal ialah
rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supayamatlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen
 
untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apayang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada
kurikulum
terancang iaitu satu setobjektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yangdijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan,lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan gurudidefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)
2.
Kurikulum tersembunyi adalah
sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Iamungkin disebut sebagai
kurikulum
”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal”.
Kurikulum
ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuandan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebutkerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis,konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti statussosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.Jadi apakah peranan anda sebagai guru dalam
kurikulum
tersembunyi? Anda harus berupayauntuk mengenalpasti aspek-aspek 
kurikulum
tersembunyi, terutamanya kemungkinanketidakfungsiaan potensi atau pengalaman pembelajaran negatif dan di mana-manakemungkinanan untuk mengawal dan memperbaiki situasi.Huraian ringkas yang berikut membolehkan anda membezakan antara pelbagai jenis
kurikulum
.
Kurikulum
Bertulis/Yang Dihasratkan
kurikulum
yang dimuatkan dalam panduan
kurikulum
negeri dan daerah seperti
Kurikulum
Kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/
Kurikulum
Pra-Sekolah
Kurikulum
Cadangan
kurikulum
yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional,suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar 
Kurikulum
Masa Depan-
 
merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan merekamemahami kekuatan dan kelamahan masing-masing serta berupaya belajasepanjang hayat-
 
 pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikan bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis-
 
 pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusandan untuk membentuk pmikiran kritikal, kreatif dan futurisitik serta penyelesaianmasalah seperti Kajian Masa Depan-
 
3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini :-kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian denganmenggunakan pelbagai strategi-
kurikulum
akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan-bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dandisepadukan ke dalam struktur teras
kurikulum
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...