• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Sesi dialog yang memalukan
Khalid SamadTue | Sep 08, 09 | 2:53:14 pm MYT-PANDANGAN-Semua melihat apa yang berlaku dalam sesidialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwayang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yangberlaku bila tidak menghayati ajaran agama dantidak juga menerima asuhan yang baik daripemimpin.Hishamuddin memberi sokongan dan dorongansecara terbuka dan selepas itu menyedari tidakboleh secara terbuka, mesti secara tertutup.Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksiawal adalah apa yang sebenar tersemat di hati.Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkantindakan mereka jelas melampaui batas. Iniadalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si NohOmar, “hero Melayu” gelar mereka.Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadapcadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses limalangkah seperti berikut :-1. Tapak cadangan dari PKNS ? Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akanmenggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapakdi Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajarmemandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancanganbandar Shah Alam.3. Persetujuan AJK Kuil ? ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujungbulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka keranatidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja olehorang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PRialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasarUmno ? rujuk pengakuan bangga KT).4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yangdicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktivitipembinaan dan perobohan kuil.
 
Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ?cadangan rasmi? dan barulah bolehdibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan.Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagimerupakan cadangan rasmi.5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telahdipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalahkerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalahpenting untuk menjamin keharmonian.Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidakmewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalahuntuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akanmemberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan ituboleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebihbaik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadanganini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidaksopan.Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun ? iaitu tanpa sebarang aksiyang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk.Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukanmaka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan. Yang dipertikaikanadalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggapkerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telahdiluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebutmelihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikanmelalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog Umno yang tidak mahumenyiarkannya kerana tahu ianya hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yangberperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun,rakyat tahu ini perangai Umno.Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuatkacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar,maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga disiplin parti, dipecat dansekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yangsama, saya juga berharap jika ada ahli Umno yang terlibat sama, maka mereka jugadikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranyabenar-benar yakin?ImageTeringat saya kisah Haji Bakhil. Dia tanam duit di sesuatu tempat dan meletakkanpapan tanda
Tiada Duit Di Sini
. Datang pula Haji Bahalol menggali dan mengambil duitberkenaan. Seterusnya dia meletak papan tanda yang menyatakan
Bukan Hj Bahlol yangambil duit di sini
. Bagi saya, begitulah penafian mereka terhadap keterlibatan Umno dalamsoal ini.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...