You are on page 1of 18

Modul 4 : PENEBITAN VIDEO PENDIDIKAN

Sinopsis:

Modul ini menjelaskan tentang kamera video serta bahagian-bahagian asas dan fungsifungsi kamera video. Selain dari itu, modul ini juga memberi penjelasan tentang proses penerbitan video dan penyuntingan rakaman video. Beberapa teknik penggambaran dan amalan seperti jenis-jenis syot dan pergerakan kamera video telah diperkenalkan untuk menghasilkan video yang menarik dan berkesan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Akhirnya, anda dikehendaki membuat penilaian terhadap penggunaan video klip tersebut.

Hasil Pembelajaran:

Pelajar akan dapat menghasilkan video untuk kegunaan proses P&P dengan teknik pengambaran dan proses penerbitan video yang betul.

1.0

Pengenalan

1.1

Kamera Video

Kamera Video

merupakan salah satu produk teknologi digital yang memiliki

kemampuan mengambil input data analog berupa frekuensi sinar dan mengubah ke mod digital elektronik di mana ia mampu menyimpan gambar digital dari mod gambar analog. Video pula merupakan salah satu daripada media bergerak yang boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, video pendidikan mempunyai beberapa keistimewaan seperti berikut:

Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seorang atlit yang sedang berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan atlit. Pergerakkan atlit yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah seperti pengembaraan ke angkasa lepas atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Di samping itu,video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid.

1.2

ALAT PERAKAM VIDEO

Rajah dibawah menunjukkan contoh sebuah kamera video dengan komponenkomponen utamanya.

Secara umumnya, terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera video digital.

Kamera video analog Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.

Contoh sebuah Kamera Video analog

Kamera video digital Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Contoh sebuah Kamera Video Digital (DVC)

Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan Pita Video format VHS. Pita Video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan

peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital.

Sedangkan kamera digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera keras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu.

Fungsi Bahagian-bahagian Utama Kamera Video

Bahagian Utama Kamera Video Lensa

Fungsinya membawa cahaya kepada sensor dan juga memberi focus kepada imej butang yang digunakan untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal Butang untuk mengawal keseimbangan warna imej Digunakan untuk melakukan focus secara manual Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensity cahaya yang diperlukan Menentukan cahaya yang masuk ke kamera video Mikrofon dan system suara yang dibina untuk merakam bunyi

Butang zoom

Butang white balance

Gelang fokus

Sensor dedahan

Shutter

Alat rakam suara

1.3

Jenis-jenis Syot

Semasa merakam video, kita boleh menggunakan pelbagai jenis syot. Jenis-jenis shot ini akan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran.

Jenis Syot BCU (Big close up)

Kegunaannya memaparkan objek secara mikro

Contoh

CU (close up)

memaparkan objek secara dekat

BS (Bust shot)

memapar objek setakat dada

WS (Waist shot)

Memaparkan objek setakat pinggang

LS (Long Shot)

Memaparkan keseluruhan objek

KS (Knee Shot)

Memaparkan objek setakat lutut

Contoh jenis-jenis syot

1.4

Pergerakan Kamera Video

Untuk mendapat shot- shot yang tertentu, ianya dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada kamera. Kamera juga dapat digerakkan ke kiri atau ke kanan ( pan right, pan left) atau ke atas atau ke bawah (tilt up, tilt down).

Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video. Jenis-jenis pergerakan kamera video boleh disimpulkan seperti dalam jadual di bawah: Jenis Pergerakan Panning Pan right Pan left Tilting Tilt up Tilt down Dolly Dolly in Pergerakan dolly melibatkan kamera yang dipasang pada tripod ditolak ( dolly in) Pergerakan dolly melibatkan kamera yang dipasang pada tripod diundur (dolly out ) Trucking Truck right Truck left Pergerakan kamera video ke kanan Pergerakan kamera video ke kiri Pergerakan kamera video ke atas Pergerakan kamera video ke bawah Pergerakan kamera video ke kanan Pergerakan kamera video ke kiri Penerangan

Dolly out

Contoh jenis pergerakan kamera video

1.5

Proses Penerbitan Video

Merancang Penerbitan Bahan Video untuk Pengajaran

Berikut adalah proses penerbitan bahan video untuk pengajaran :

10

Langkah-langkah merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran: 1. Tetapkan tujuan dan objektif dalam pengajaran 2. Buat penyelidikan 3. Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan (fakta), bahan grafik dan bahan audio yang sesuai 4. Menulis skrip melalui format papan cerita (story board) 5. Bersedia membuat penggambaran 6. Sediakan bahan dan peralatan 7. Mulakan penggambaran 8. Proses menukar video dari DV ke bentuk klip 9. Membuat rakaman audio 10. Proses penyuntingan dan pengadunan audio dan video 11. Prebiu hasil rakaman 12. Pengubahsuaian / penyuntingan 13. Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage) 14. Gunakan dalam pengajaran 15. Maklum balas dan penilaian

1.6

Pernerbitan video pendidikan

Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dari yang mudah seperti Windows movie maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead media studio, Ulead video studio, Penicles, Edius, Lets Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaannya masing-masing terutama dalam menghasilkan

11

pelbagai bentuk kesan khas (special effect) audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton.

Contoh: Menggunakan Perisian Windows Movie Maker untuk merakam dan menyunting video .

Selain dari itu, Video Pad juga boleh digunakan untuk mengedit video.

VideoPad Tutorial
Sila klik pautan ini untuk mengikuti tutorial VideoPad http://www.nchsoftware.com/videopad/tutorial.html

VideoPad Video Editor makes editing videos easy. This full featured video editor lets you create professional looking videos with transitions, music and narration in minutes, helping you make the most of your captured memories and create movies you will be proud to share with family and friends.

12

Part 1: Getting Started with Sequence Editing and Effects


This video includes importing media files, setting In and Out (I/O) points, sequence editing, changing the speed of video clips, and adding transitions and effects.

13

Part 2: Working with Text and Audio and Exporting This video includes working with text to make title screens, credits and captions, and adjusting audio and recording narration. Part 2 also covers saving and exporting videos and projects.

Note: For versions 2.40 and higher, the overlay tab does not exist. To access the same features as on the overlay tab, click the green plus button on the Overlay track to the left of the sequence. This will open a window where you will create a text overlay, add a video or image overlay, or access the chroma-key feature. To edit an existing overlay, select the overlay on the sequence and click the Media List tab so the overlay editing tools appear in the Selected Clip Preview window.

14

Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada Video-CD (fail format .dat) atau DVD (fail format .vob) melalui perisian seperti VCD cutter atau Chopper XP dan disimpan semula dalam fail format .mpeg (mpeg 1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Format Factory, Any file converter, Total video converter atau seumpama dengannya. Contoh: Menggunakan Format Factory untuk penyesuaian format fail

15

Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows movie maker, DVD movie maker (terdapat pada Windows Vista), Ulead

movie factory, Roxio creater DE, Nero burner atau mana-mana perisian yang seumpama dengannya.

Penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik , dalam jangka masa yang besesuaian dengan tujuan pengajaran.

Aktiviti Modul: Fikirkan dan rancangakan satu sesi P&P yang akan menggunakan video klip sebagai media P&P anda. Untuk itu hasilkan satu klip video digital yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Klip video yang dihasilkan adalah dalam lingkungan masa 3 hingga 5 minit sahaja. Anda juga dikehendaki melakukan perkara berikut :i. Merancang proses penerbitan video.

ii. Buat rakaman berdasarkan perancangan yang telah anda buat. iii. Menyunting dan mengadun audio pada video (sisipkan kesan) dengan menggunakan video editor yang anda selesa guna. iv. Kemudian uploadkan video tersebut di Youtube.com. v. Dengan menggunakan power point berserta iSpringFree (kena install) sisipkan video youtube anda dalam power point (dengan menggunakan iSpringFree). vi. Gunakan video klip anda dalam proses pengajaran dan pembelaaran anda.

Dokumenkan perkara (i) di atas, dan muat naik bersama dan perkara (v) melalui LMS yang disediakan.

Aktriviti Refleksi:

16

Cuba terangkan bagaimana anda menghasilkan video tersebut dan apakah jenis-jenis shot dan pergerakan video yang anda gunakan dan cuba jelaskan mengapa anda menggunakan keadah tersebut. Semasa anda mengaplikasikan klip video dalam proses P&P, apakah kelemahan dan kekangan yang anda hadapi. Cuba fikirkan bagaimana anda boleh mengatasi kelemahan tersebut. Dokumenkan aktiviti di atas dan muat naik melalui LMS yang disediakan.

Tutorial

Pilih mana-mana klip video yang dirasakan sesuai (sama ada yang anda rakamkan sendiri atau yang dihasilkan oleh rakan anda atau yang anda dapatkan dari internet) untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buat penilaian dan

kritikan terhadap klip video tersebut dari sudut teknikal dan juga dari sudut pedagogikal.

Dokumenkan penilaian dan kritikan anda. Muat naik dokumen tersebut dan video tersebut (gunakan cara yang sama dalam aktiviti utama) melalui LMS. Cetak dokumen tersebut dan bawa semasa sesi tutorial.

Rujukan

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media and technologies for learning 5 th ed. New Jersey : Printice-Hall. Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rasali Nor (1995). Teknologi pendidikan : media unjuran dan media elektronik. Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber : Kompenan teknologi pendidikan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

17

http://www.childcentre.info/child-safety-internet-

http://www.youtube.com/playlist?list=PLA9979F16EED36506

http://learningthroughdigitalmedia.net/teaching-and-learning-with-video-annotations

http://www.usma.edu/cfe/Literature/Pennola_09.pdf

http://www.megameeting.com/news/advantages-of-distance-education-through-videoconferencing-800731675.html

http://www.streamingwizard.com/educational-streaming.asp

18

You might also like