You are on page 1of 30

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan

individu yang lain contohnya seperti seorang guru dengan murid-muridnya ataupun

seorang ibu dengan anaknya. Pendidikan merupakan proses pembelajaran yang

tidak akan pernah berhenti dalam kehidupan seorang manusia kerana ia berlaku

sepanjang hayat.

Melalui pendidikan nilai-nilai murni dan aspek moral diterapkan kepada semua

pelajar. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang

bertanggungjawab, berdisplin, mempunyai jati diri yang kukuh, bersifat patriotik,

berjaya dalam kehidupan serta memahami dan mencintai budaya negara. Selain itu

ia juga penting untuk memupuk semangat setia kawan dan perpaduan diantara

berbilang kaum.

Pendidikan juga merupakan suatu proses berkomunikasi dan berinteraksi diantara

manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, tempat tinggal, tempat kerja dan

pekerjaannya serta institusi masyarakat yang lain. Komunikasi dan interaksi diantara

masyarakat yang baik dapat mengeratkan perpaduan dan sebagai salah satu cara

hidup demokrasi.

1
Dengan adanya pendidikan seseorang itu dipandang mulia dan dihormati oleh

individu yang lain. Individu yang mempunyai pendidikan dapat menaikkan taraf

hidup keluarga dan dijadikan rujukan oleh individu lain. Selain itu bangsa yang

mempunyai ramai individu yang berpendidikan dapat membantu dalam mengisi

keperluan tenaga kerja professional dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara.

Kesimpulannya pendidikan dapat memartabatkan status seorang individu, bangsa

didalam sesebuah negara dan negara secara keseluruhannya.

1.1 Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Dari segi Falsafah, ia juga mempunyai maksud yang meluas. Mengikut kamus

Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005, hal. 406) membawa maksud

pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau

sebagai dasar kepada ilmu yang lain. Pada pandangan Islam, falsafah adalah sama

seperti hikmah, tetapi pada dasarnya hikmah adalah lebih luas daripada falsafah tu

sendiri. Menurut (Abdul Fatah, 2003) kedudukan hikmah dalam Al-Quran

mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah.

Maksud falsafah telah diperkembangkan lagi oleh ramai tokoh falsafah dari barat

dan juga Islam seperti Socrates, Plato, Aristolte, John Hospers, Al-Khindi, Al-Farabi

dan lain-lain lagi. Daripada pengertian yang diberikan oleh tokoh-tokoh ini, secara

keseluruhannya falsafah bermaksud suatu usaha untuk mencari sesuatu kebenaran

2
atau keyakinan berhubung dengan suatu perkara, secara arif dan bijaksana dengan

menggunakan kekuatan minda dan akal fikiran.

Selain itu, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunan iaitu philien yang

bermakna cinta dan Sophia yang bermakna kearifan atau kebijaksanaan, kebenaran

atau keyakinan berhubung dengan suatu perkara, secara arif dan bijaksana dengan

menggunakan kekuatan minda dan akal fikiran.

Falsafah ini telah dibahagi kepada cabang-cabang ilmu yang utama iaitu Metafizik,

Epistomologi, Aksiologi dan Logik. Cabang falsafah metafizik memberikan fokus

kepada fikiran tentang kewujudan sesuatu. Cabang ini boleh dibahagikan kepada

tiga iaitu realiti, kebenaran dan kewujudan. Epistemologi pula merupakan cabang

falsafah yang memberikan penekanan kepada ilmu. Ia juga dikenali sebagai teori

ilmu dan berteraskan kepada kebenaran. Seterusnya ialah cabang falsafah

Aksialogi, dimana cabang ini memberikan perhatian terhadap persoalan nilai dan

sistem nilai. Cabang falsafah Aksiologi ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu etika

dan estetika. Etika berasal daripada perkataan Yunan iaitu Ethos bererti sifat, watak,

kebiasaan atau tempat yang biasa. Estetika pula berasal daripada perkataan Yunani

Aisthesis yang bererti pemahaman dan pengamatan intelektual. Cabang falsafah

yang terakhir ialah Logik dimana logik berkaiatan dengan pemikiran serta hujah

yang betul atau sebaliknya.

3
Dasar digubal dalam sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah

pendidikan. Dalam dasar pendidikan pula, perkataan dasar mempunyai maksud

yang luas. Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama erti dengan

asas iaitu ketetapan yang menjadi pegangan dan tonggak tindakan dan urusan. Dari

segi perkataan Bahasa Inggeris dasar bermaksud policy. Dari segi estimologinya

pula, policy berasal dari perkataan Greek iaitu polis yang bermaksud City-states.

Dalam bahasa Latin pula, ia bermaksud ‘politia ‘ yang merujuk kepada negara

manakala perkataan Policies digunakan dalam Middle English yang membawa erti

merujuk kepada pengendalian urusan awam dan pentadbiran.

Falsafah pendidikan merupakan satu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip

am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang

patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah (Abd Fatah Hassan).

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah

umum ini, terdiri daripada beberapa falsafah seperti Idealisme, Realisme,

Pragmatisme dan Eksistensialisme. Pada umumnya, Falsafah Idealime

memfokuskan kepada akal, jiwa dan kerohanian. Menurut Idealisme kebenaran

hanyalah bergantung kepada tiga perkara ini sahaja. Realisme pula, dikenali

sebagai meterialisme kerana ia hanya fokus pada kebendaan semata-mata.

Pragmatisme pula, adalah golongan dalam falsafah kontemporari dimana alam

semesta bersifat dinamik dan manusia perlu mendapatkan pengalaman. Ia juga

dikenali sebagai fungsionalisme, eksperimentalisme atau falsafah orang Amerika

4
kerana orang Amerika yang membentuk falsafah ini. Akhir sekali falsafah

Eksistensialisme terbentuk selepas perang dunia kedua. Ia juga termasuk dalam

falsafah kontemporari tetapi telah dibentuk oleh orang Eropah. Mengikut falsafah ini,

individu bebas untuk membuat keputusan, pemilihan dan pembelajarannya sendiri.

Ini kerana kehidupan adalah tanggungjawab individu itu sendiri.

Daripada mazhab falsafah umum, seperti yang diterangkan telah wujud pelbagai

falsafah pendidikan yang berasas kepadanya. Falsafah pendidkan ini pula telah

dibahagikan kepada empat iaitu Perenialisme, Esensialisme, Progresivisme dan

Rekonstruksionisme. Merujuk kepada Perenialime falsafah ini adalah suatu

pandangan pendidikan yang sangat konservatif dan tradisional. Falsafah ini

mempunyai prinsip iaitu pendidikan adalah latihan bagi membentuk dan

memperkembangkan mental dan intelektual.

Esensialisme tokohnya ialah William Bagley dan Thomas Briggs. Pegangan

falasafah ini adalah pendidikan melalui pengetahuan teras yang terkumpul dan

berkekalan buat beberapa lama. Prinsip falsafah ini ialah ilmu pengetahuan yang

diperolehi harus diamalkan agar individu menjadi proaktif dalam masyarakat.

Progresivisme berpegang kepada corak individu dimana ia bergantung kepada

persekitaran dan masyarakatnya manakala prinsip falsafah ini adalah minat yang

digalakkan daripada pengalaman langsung adalah rangsangan yang paling baik

untuk pembelajaran. Rekonstruksionisme menekankan kepada pembaharuan dan

5
perubahan. Contohnya guru dan pelajar adalah agen pembaharuan dan agen

penyelesai masalah yang terdapat dalam masyarakat.

1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di

Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan

negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan yang paling hadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk

sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada

peringkat tertinggi. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu

dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,

berakhlak mulia dan bertanggungjawab dimana ia akan menjadi seorang

warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk

6
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung

merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan

cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang

manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat

pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara

harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu

dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang

mulia sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan

warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri

individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan

individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan

negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya

setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk

pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi

7
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

Rajah dibawah menunjukkan Falsafah Pendidikan yang berpaksikan kepada

Ketuhanan

INTELEK ROHANI

Ilmu Pengetahuan Insan Yang Tanggungjawab


dan Seimbang dan Sumbangan
Akhlak Mulia dan Kepada Masyarakat
Harmonis

Kepercayaan
dan Kepatuhan
Kepada Tuhan
JASMANI EMOSI

(Mok Soon Sang. (2008). Bimbingan dan Latihan Persediaan INSAK dan Temu

Duga. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.)

8
2.0 DASAR SISTEM PENDIDIKAN

Di Malaysia, pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam

menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali

sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula

dilaksanakan di negara ini dalan tahun 1957. Terdapat tiga tujuan utama yang

terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan iaitu :

i) Tujuan dasar pendidikan pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan

satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan

menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

ii) Untuk menghasilkan pelajar yang berdisplin serta mematuhi dan

menghormati kedua ibubapa mereka dimana prinsip ini sejajar dengan

dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan

pembelajaran yang cekap dan efisien.

iii) Untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan

khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang

progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa penghantar

yang utama.

Apabila dilihat pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia banyak mengalami

perubahan selepas kita mencapai kemerdekaan terutama pada sekitar tahun 1980-

an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang telah mengkaji Perlaksanaan

9
Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun

1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira. Ia juga turut memberi tumpuan terhadap

perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, rohani,

intelek dan sosial serta emosi.

Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

diperkenalkan disemua sekolah menengah di Malaysia. KBSM dirancang untuk

memperkembangkan potensi individu daripada aspek jasmani, rohani, emosi, intelek

dan sosial secara menyeluruh dan bersepadu didalam usaha untuk melahirkan

pelajar berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberikan sumbangan kepada

kemajuan pembangunan serta kesejahteraan.

10
3.0 KBSR DAN KBSM

Untuk berada setaraf dengan negara-negara lain kualiti pendidikan mestilah

dipertingkatkan, di mana pada awal tahun 1986 sehingga awal tahun 1991 adalah

saat yang sangat penting dalam sejarah kerana pendidikan negara kita telah

mengalami berbagai-bagai perubahan dan perubahan ini telah dilaksanakan dalam

pelbagai aspek. Di samping itu, kita juga sedang berusaha untuk menanggani

cabaran perkembangan semasa dimana kita sudah dapat melihat bahawa nilai

kerohanian dan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu mula

terabai. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR dan KBSM adalah susulan daripada

perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai

perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

3.1 Latar belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Semua sistem dalam Pendidikan Kebangsaan perlu dikaji semula. Ini berlaku

kerana Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya dikenali Falsafah Pendidikan

telah digubal. Berhubung dengan perubahan-perubahan ini maka terbentuklah satu

kurikulum baru iaitu Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) ini telah dilancarkan dengan sepenuhnya pada tahun

1983. Penggubalan kurikulum ini adalah untuk memastikan semua murid

berpeluang untuk mendapatkan semua kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai, sikap

dan juga segala amalan kehidupan yang diperlukan.

11
Dalam Falsafah KBSR ini, ia akan diberikan penekanan dalam kemahiran 3M

iaitu membaca, mengira dan menulis. Ini adalah pendidikan yang paling asas yang

perlu diketahui oleh semua murid. Dalam KBSR ini, ia juga turut diberikan

penekanan dalam perkembangan diri individu secara seimbang dan menyeluruh dari

aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan juga Sosial. Selain itu juga dengan

adanya aspek JERIS ini perkembangan dan pemupukan bakat seseorang individu

dapat ditonjolkan.

3.2 Objektif pembentukkan KBSR

i) Murid dapat menguasai dan menghargai bahasa Malaysia sebagai

Bahasa Kebangsaan dan sebagai alat perpaduan yang baik dan

memuaskan.

ii) Murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur,

membaca dan menulis dalam bahasa penghantar di Sekolah Rendah iaitu

Bahasa Malaysia

iii) Melalui KBSR pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan

nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan Rukun Negara

dapat dipupuk dikalangan murid.

iv) Murid dapat bergaul antara satu sama lain, dapat menghargai hak-hak

dan kebolehan orang lain serta dapat menunjukkan semangat kerjasama

dan juga bertoleransi dengan individu yang lain.

12
v) Murid dapat menunjukkan minat, kefahaman, dapat menambahkan ilmu

pengetahuan serta peka terhadap alam dan individu disekitarnya.

(sumber daripada www.Scirbd. Com)

KBSR telah dibahagikan kepada tiga bidang asas yang utama iaitu bidang

komunikasi, bidang kemanusian dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri

individu.

a) Bidang Komunikasi

Pada dasarnya bidang komunikasi terdiri daripada komponen kemahiran

asas yang terkandung dalam matapelajaran Bahasa antaranya ialah Bahasa

Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris serta Matematik.

b) Bidang Kemanusiaan Dengan Persekitaran

Didalam bidang ini, ia terbahagi kepada dua komponenan yang utama iaitu

komponen kerohanian, nilai dan sikap. Komponen yang kedua ialah

kemanusian dan alam. Semua komponen ini diwakili oleh matapelajaran

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

c) Bidang Perkembangan Diri Individu

Bidang ini juga turut di pecahkan kepada beberapa komponen iaitu kesenian

dan rekreasi. Bagi komponen ini ia diwakili oleh matapelajaran Muzik,

Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

13
Berdasarkan tiga bidang yang dinyatakan diatas, maka kita dapat lihat dengan jelas

tujuan pendidikan KBSR ini. Tujuannya adalah agar murid-murid dapat berkembang

secara menyeluruh dari aspek rohani, emosi, intelek, jasmani dan akhlak serta nilai

–nilai estetika. Seiring dengan falsafah dan dasar pendidikan negara dimana untuk

membina negara dan menanam semangat perpaduan kaum yang kukuh serta

berintegrasi nasional melalui sistem pendidikan yang bersistematik dan tersusun

3.3 Latar Belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang

mahir dan berpengetahuan bagi mencapai perpaduan serta keharmonian rakyat

yang berbilang kaum. Selain itu pendidikan juga menjadikan pelajar mempunyai

perkembangan individu yang menyeluruh. Bagi menyambung kesinambungan

pembelajaran dan mewujudkan keseimbangan diantara sekolah rendah dan sekolah

menengah, kurikulum sekolah menengah telah mengalami beberapa perubahan.

Kurikulun Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibentuk dari syor-syor

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan ia telah dilaksanakan pada tahun 1988

secara berperingkat-peringkat. Tujuan utama pembentukan KBSM ini adalah untuk

membantu pelajar mengilap potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek yang akan diseimbangkan kepada masyarakat dan juga negara. Selain itu

KBSM juga dirancang untuk mencerminkan Falsafah Pendidikan Negara.

14
Gambarajah Model Operasi Pendidikan KBSM berlandaskan Falsafah dan

Matlamat Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat pendidikan

Objektif-objektif sukatan pelajaran

Kognitif, Afektif, Psikomotor

Mata pelajaran Insan Mata pelajaran


yang
(teras & elektif) (teras & eleftif)
baik

Isi Bahasa Bahasa Isi


Kandungan Kandungan
Nilai Nilai

(Mok Soon Sang. (2006). Nota, Panduan dan Latihan MTeST INSAK dan Isu-Isu

Pendidikan Dalam Temuduga (Edisi 2). Selangor: Multimedia-ES Resources Sdn.

Bhd.)

15
KBSM digubal berlandaskan konsep pendidikan umum yang memberikan

penekanan kepada pendidikan yang seimbang. Ini adalah usaha bagi memupuk

nilai-nilai dan kemahiran dalam diri pelajar agar menjadi seorang warganegara yang

mempunyai semangat patriotik serta bertanggungjawab pada ibubapa, masyarakat

dan negara. Penumpuan khusus diberikan kepada nilai-nilai dan semangat

kewarganegaraan bagi menyemai perasaan bangga terhadap bangsa dan negara.

3.4 Objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

I. Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk komunikasi dengan

berkesan.

II. Mempertingkatkan dan meluaskan penguasaan dan penggunaan Bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah

mencapai perpaduan negara.

III. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta mengamalkannya

dalam kehidupan seharian.

IV. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta

mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

V. Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-

kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu

pengetahuan dan sumber teknologi.

VI. Memiliki ketrampilan untuk kegunaan dan manfaat diri serta masyarakat.

16
VII. Memiliki keyakinan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran-

cabaran hidup.

VIII. Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang

sosiobudaya negara.

IX. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk

memeliharanya.

X. Peka, prihatin dan menghargai alam serta nilai-nilai estitika.

XI. Memiliki dan menghayati nilai-nilai murni.

XII. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk

menambahkan dan mengembangkannya

XIII. Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti

kepada agama, bangsa dan negara.

(Sumber ini dipetik daripada Pusat Pemkembangan Kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia. (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka)

Unsur-unsur penting yang terdapat dalam KBSM ialah ilmu dan kemahiran, nilai-nilai

murni, bahasa, kokurikulum dan budaya sekolah. Didalam unsur ilmu dan kemahiran

ianya memperkembangkan kemahiran belajar, psikomotor dan sosial, membina

intelek, kreativiti dan pemikiran agar dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Nilai-nilai murni adalah unsur yang terpenting kerana pelajar akan diberi penerapan

dari segi kerohanian, kemanusiaan dan kewargenegaraan. Contoh nilai-nilai murni

17
tersebut seperti baik hati, berdikari, berhemah tinggi, semangat bermasyarakat dan

sebagainya.

Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar yang digunakan disekolah-sekolah dan

juga bahasa perhubungan diantara kaum di negara ini. Selain itu ia adalah lambang

dan identiti bangsa Malaysia. Didalam KBSM, Bahasa Melayu diberi tumpuan dalam

semua mata pelajaran dan penekanan diberikan kepada penggunaan aspek-aspek

bahasa yang betul yang merangkumi sebutan, struktur ayat, tatabahasa istilah dan

laras bahasa mengikut setiap mata pelajaran. Selain itu penggunaan Bahasa

Melayu dipertingkatkan dengan ketepatan berkomunikasi, kecekapan berbahasa,

kemampuan berfikir dan menggunakan Bahasa Melayu secara kreatif.

Aktiviti kokurikulum yang terkandung didalam KBSM meliputi aktiviti persatuan, unit

beruniform dan permaianan. Melalui aktiviti kokurikulum ini pelajar dapat berinteraksi

dengan pelbagai kaum, mendisplinkan diri dan mengamalkan sikap tolenrasi serta

kerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Gerak kerja kokurikulum juga berfungsi

untuk mengeratkan hubungan diantara murid, sekolah dan masyarakat selain itu

mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan berfaedah

untuk memelihara kesihatan fizikal dan mental. Ia juga untuk mengamalkan dan

mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dan membantu

pelajar tentang pemilihan kerjaya.

18
Seterusnya unsur budaya sekolah, ia membawa maksud seluruh persekitaran diri

pelajar di sekolah. Aktiviti budaya sekolah termasuklah aktiviti seperti menyanyikan

lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik yang dinyanyikan secara bersama

didalam perhimpunan sekolah. Selain itu acara membaca ikrar dalam upacara rasmi

seperti hari sukan, mengibarkan bendra kebangsaan pada pagi hari persekolahan

dan perlaksanaan Program Minggu Bahasa Melayu juga antara aktiviti budaya

sekolah. Dengan adanya aktiviti berkenaan pembentukan akhlak dan sahsiah

pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Penggubalan KBSM adalah untuk mencapai tujuan dan matlamat FPK dalam usaha

untuk melahirkan warganegara Malaysia yang sempurna dan mempunyai

keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, setia kepada negara dan memberi sumbangan kepada

kemajuan serta memupuk integrasi nasional. Sesungguhnya integrasi nasional

antara kaum adalah aspek penting dalam masyarakat Malaysia. Tanpa semangat

perpaduan dan setia kawan pembangunan negara pasti akan terjejas dan konflik

pasti akan belaku dan menyebabkan perpecahan kaum. Sebagai rakyat Malaysia

kita perlu berusaha merapatkan jurang perbezaan kaum dan mewujudkan

masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu, saling menghormati, harmonis dan

sejahtera.

Untuk membina sistem pendidikan yang berdasarkan kelima-lima prinsip Rukun

Negara seperti yang terdapat dalam FPK. Kurikulum KBSR dan KBSM mempunyai

19
perkaitan kepada Prinsip Rukun Negara. Sekolah adalah agen dalam penyebaran

ilmu dan pembentukan akhlak yang sempurna melalui proses pembelajaran maka

penerapan Prinsip Rukun Negara adalah bersesuaian. Oleh yang demikian, proses

pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan

unsur integrasi nasional iaitu kepatuhan terhadap Prinsip Rukun Negara.

4.0 PRINSIP-PRINSIP KBSM

Menurut Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran :

‘ .....individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan

tujuan pembangunan kemanusiaan.’ (Para 452, hlm. 277)

Daripada kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa pendidikan adalah asas

pembentukkan insan seimbang, sepadu serta menyeluruh. Oleh sebab itu

penggubalan kurikulum peringkat menengah bagi menjayakan matlamat ini. Bagi

memastikan tujuan ini tercapai, proses pendidikan hendaklah berpusat kepada

pelajar. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat menengah pula, guru mesti

berikan tumpuan kepada pelajar-pelajar dengan melibatkan mereka secara aktif.

Apabila dilihat dari segi penggunaan Bahasa Melayu pada masa kini, ia masih

lagi perlu dipertingkatkan dan dimantapkan sebagai bahasa ilmu. Oleh itu, peranan

guru-guru Bahasa Melayu sangat penting dalam mempertingkatkan penggunaan

dan penguasaan bahasa ini. Dengan ini berdasarkan kenyataan diataslah

berlakunya penggubalan KBSM berpandukan prinsip-prinsip berikut.

20
Gambarajah dibawah merujuk kepada Prinsip-Prinsip KBSM

Kesinambungan pendidikan rendah


dengan pendidikan menengah

Pendidikan umum untuk semua pelajar

Penggunaan disiplin ilmu yang ada

PRINSIP
KBSM Kesepaduan antara unsur-unsur intelek,
rohani, emosi dan jasmani

Penekanan nilai-nilai murni

Peningkatan penggunaan Bahasa Melayu

Pendidikan seumur hidup

21
(Pusat Pemkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Buku

Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Percetakan

Dewan Bahasa dan Pustaka)

5.0 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DIDALAM KBSR DAN KBSM

Aspek-aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

adalah lengkap kerana ianya merangkumi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan social (JERIS). Ianya adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang boleh

memberi sumbangan kepada pembangunan dan kesejahteraan negara. Untuk

menterjemahkan aspek-aspek tersebut didalam sistem pendidikan negara ia

diterapkan didalam KBSR dan KBSM. Melalui nilai-nilai murni didalam KBSR dan

KBSM pelajar dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut dalam

kehidupan seharian. Nilai-nilai murni yang utama ialah:-

1. Baik hati - nilai murni ini mengajar pelajar agar mempunyai sifat belas

kasihan, bertimbang rasa, pemurah, saling faham-memahami

dan pemaaf.

2. Berdikari - pelajar boleh bertindak sendiri atau berdaya usaha sendiri,

mempunyai keyakinan diri dan memupuk rasa

bertanggungjawab.

22
3. Hemah tinggi - menjadikan pelajar bertingkah laku mulia, menghargai

maruah sendiri, menyemai sifat kesopanan dan menginsafi

diri sendiri dan mengakui kesalahan diri.

4. Kasih sayang - memupuk rasa sayang pelajar kepada nyawa dan alam

sekitar dan mencintai keamanan dan negara.

5. Keadilan - melahirkan pelajar yang akan mematuhi undang-undang,

peraturan, kebenaran dan keputusan yang adil dan saksama.

6. Kebebasan - pelajar perlu memahami kebebasan adalah tertakluk kepada

peraturan dan undang-undang negara mengamalkan sistem

demokrasi.

7. Keberanian - melalui nilai murni ini keberanian yang ditekankan ialah dari

segi menuntut kebenaran atau keadilan, menentang kesalahan,

mempertahankan pendirian positif, berani bertanggungjawab

dan bertindak secara rasional.

8. Kejujuran - menyemai sifat amanah, bercakap benar, niat baik dan ikhlas

hati dalam diri dan kehidupan pelajar.

9. Kerajinan - palajar akan menjadi seorang yang berusaha bersungguh-

sungguh, bersemangat ketekunan, berdaya usaha, berdedikasi,

gigih dan bertungkus-lumus.

10. Kesyukuran - pelajar akan mempunyai rasa berterima kasih, mengenang dan

membalas budi dan penghargaan.

11. Kerjasama - pelajar akan bersemangat persaudaraan, muhibah, gotong

23
royong, tolenrasi, perpaduan dan tanggungjawab sama.

12. Rasional - pelajar akan dapat membuat pertimbangan dengan penaakulan

logikal dan terbuka.

13. Patriotisme - nilai murni ini dapat memupuk pelajar untuk mempunyai sifat

patriotik yang untuk mencintai negara, taat setia kepada Raja

dan negara, menghormati lambang-lambang negara, sanggup

berkorban untuk negara dan berbangga dengan negara

Malaysia.

14. Kesederhanaan - pelajar dapat membuat pertimbangan diantara

kepentingan diri dan orang lain. Mereka juga tidak

akan

melakukan sesuatu yang berat sebelah.

15. Hormat-menghormati - pelajar diajar untuk mentaati ibu bapa, pemimpin, Raja

dan negara. Selain itu mempunyai rasa hormat kepada

orang lebih tua, guru, rakan dan orang lain.

16. Semangat bermasyarakat - pelajar dapat mengamal dan mempraktikkan nilai

Ini dalam kehidupan bermasyarakat dengan saling

bermuafakat, mempunyai semangat kejiranan,

bergotong-royong, muhibah dan peka terhadap

isu-isu sosial dalam masyarakat,

17. Kebersihan fizikal dan mental - selain menjaga kebersihan dan kesihatan diri,

24
pelajar juga akan turut menjaga kebersihan

alam sekitar. Pelajar juga akan mementingkan

kelakuan sopan, emosi dan berpemikiran sihat.

Didalam sistem pendidikan di sekolah, nilai-nilai murni ini dapat disemai dan diasah

dengan menerapkannya didalam sukatan mata pelajaran serta proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Moral. Selain itu ianya juga terdapat didalam semua

mata pelajaran lain. Melalui penyertaan pelajar didalam aktiviti kokurikulum dan

budaya sekolah nilai-nilai murni tersebut diamalkan, diajar dan diterapkan kepada

mereka.

Kesimpulannya kesemua nilai-nilai murni diatas telah diterapkan dalam KBSR dan

KBSM kerana nilai-nilai tersebut penting untuk dijadikan panduan dan amalan dalam

kehidupan setiap pelajar. Melalui nilai-nilai murni yang terdapat didalam KBSR dan

KBSM hasrat kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi

nasional dapat direalisasikan pada masa akan datang. Negara juga dapat

melahirkan pewaris bangsa yang bertanggungjawab, berdikari, berdaya saing dan

patriotisme serta mempunyai jati diri yang kukuh dan berperwatakan positif.

25
6.0 IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

• Falsafah Pendidikan Negara mempengaruhi struktur pembentukan kurikulum

dan memberi impak yang besar dalam pendidikan. Melalui FPN, KBSR dan

KBSM digubal bagi mengadaptasikan aspek-aspek dan nilai-nilai murni

dalam FPN. Antaranya ialah;

• Perubahan sukatan pelajaran yang digubal berorientasikan kepada program

bersepadu dan diberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan

keseimbangan. Konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan

kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) diterapkan dalam

pendidikan. Sebagai contoh, pelajar mempelajari teknik-teknik jahitan,

memasak, automotif dan pertukangan yang berlandaskan teori dan praktikal.

• Penekanan diberikan dalam penerapan nilai-nilai murni. Bahan-bahan

pelajaran yang digunakan adalah mengutamakan nilai-nilai murni dan

diserapkan dalam setiap mata pelajaran. Ini bagi melahirkan pelajar yang

26
bertanggungjawab, bersemangat patriotik, berguna kepada masyarakat dan

mengamalkan cara hidup yang harmoni dan bertolak ansur.

• Program pendidikan yang digubal dan disusun agar dapat melahirkan insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan

kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

• Perubahan sistem pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum dan

bersifat lebih terbuka. Ini bagi menangani masalah-masalah sosial yang

berlaku dikalangan pelajar.

• Pendidikan teknik dan vokasional diberi penekanan dan lebih banyak kursus-

kursus ditawarkan. Pelajar boleh memilih bidang pilihan mereka dan

mengikut kecenderungan masiang-masing. Antara bidang yang ditawarkan

ialah Ekonomi Rumah Tangga, Automotif, Pertanian, Elektrik dan sebagainya.

• Penerapan budaya sains dan teknologi ke dalam pendidikan dan

membekalan kemudahan-kemudahan computer, LCD dan sebagainya ke

sekolah-sekolah.

• Memupuk semangat keusahawanan dikalangan pelajar dan menggalakan

pelajar mempelajari selok belok tentang perniagaan. Ini diterapkan melalui

penubuhan Kelab Usahawan di sekolah-sekolah.

• Bahasa Melayu diberi pengukuhan dan perluasan dalam pendidikan sebagai

satu cabang ilmu pengetahuan.

• Bahasa Inggeris diberi penekanan dalam pendidikan bagi memastikan pelajar

menguasainya dengan baik.

27
• Penekanan dalam pendidikan bagi melahirkan individu yang berkeyakinan

tinggi dan berdikari. Pengajaran dan pembelajaran didalam kelas digalakan

berkomunikasi secara dua hala pelajar dan guru. Ini bagi menggalakan

pelajar memberikan pendapat mereka sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran.

PENUTUP

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting dalam institusi

pendidikan dalam sesebuah negara termasuklah Negara Malaysia. Dengan adanya

FPK, sistem pendidikan akan lebih teratur, sistematik dan menjadi aspirasi kepada

semua usaha dan rancangan yang berlandaskan kepada aspek-aspek yang sejajar

dengan matlamat pendidikan negara. Dengan penerapan FPK dalam KBSR dan

KBSM ia menjadi landasan atau teras kepada sistem pendidikan kebangsaan.

Malah ia merupakan gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan

perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Pemantapan nilai-nilai murni

dalam KBSR dan KBSM yang berlandaskan FPK mengukuhkan lagi kurikulum

didalam sistem pendidikan. Ia diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

memastikan pendidikan negara menuju kearah kecemerlangan seterusnya mampu

mengangkat taraf pendidikan negara. Penerapan FPK dalam KBSR dan KBSM juga

merupakan tonggak dalam melahirkan insan yang bersahsiah tinggi,

bertanggungjawab, bersemangat patriotik, mahir dalam teknologi, mengamalkan

nilai-nilai murni dan sebagainya. Ia sejajar dengan matlamat pendidikan, bertujuan

melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri

28
berikut; iaitu percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Selain

daripada itu juga ia dapat melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima

serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan,

melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan meningkatkan rasa cinta kepada

Negara, melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip

Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan rakyat

berbilang kaum, mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan

membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang

kurang berada.

Kesimpulanya, FPK yang diterapkan dalam KBSR dan KBSM didalam kurikulum

pendidikan, kokurikulum, penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan

pembelajaran, penerapan dan peningkatan bahasa dan pembentukan budaya

sekolah yang cemerlang dan mempunyai persekitaran yang menggalakan, mampu

melahirkan individu yang seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran yang

sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh sekaligus sejajar dengan

matlamat pendidikan negara.

29
BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum ( Edisi kedua ). Tanjong Malim Perak Malaysia: Quantum Books

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1992),


Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Cetakan
Pertama) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Artikel Pkesihatan – Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah.


www.Scribd.com

Artikel KBSM dan KBSR. www.Authostream.com

Jurnal Life As It Is. Pts Publication & Distributors Sbn. Bhd. www.Pts.com.my

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet


Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Soon Sang. (2008) Bimbingan dan Latihan INSAK & Temuduga
(Terbitan Pertama) Selangor: Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2006) Nota, Panduan dan Latihan (Terbitan Ketiga).
Selangor: Multimedia-Es Recources Sdn. Bhd.

30

You might also like