Professional Documents
Culture Documents
SK St Mary Papar
Sejarah
1909 - Torball - Russia 1917 - Handball - Jerman 1926 - dunia - Amsterdam 1936 - olimpik - Berlin 1976 - Malaysia oleh Lim Hock (diperkenalkan) 1979 - peringkat kebangsaan 1985 - Pestarama Maktab 1987 - Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 1994 - komanwel (PBBM) @ tuan rumah
Kemahiran Asas
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Berlari Melompat Hantaran bola Menyambut bola Menjaring gol Mengelecek bola dengan tangan Mengadang Menjaga gol
Hantaran Bahu
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
Hantaran Lantun
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.
Hantaran Lompat
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan
Hantaran Sisi
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.