You are on page 1of 34

By

Uthaya Chanthira Kumar. M MEdu.PE University Malaya

DAYA TAHAN OTOT

Johnson dan Nelson (1986), menyatakan bahawa daya tahan otot ialah keupayaan otot mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa.

Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Menurut Fox, Bowers dan Foss(1988),daya tahan otot sebagai keupayaan otot mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalakan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa. Powers, Dodd & Noland (2006) menyatakan dayatahan otot adalah kebolehanotot menghasilkan daya berulang-ulang kali. Thygerson & thygerson (2009) pula memaksud kan daya tahan otot sebag kebolehan otot melakukan kerja tanpa lesu.

Menurut Corbin dan Linsey (1985), daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Daya tahan otot statik Kebolehan otot menampung beban kerja padakedudukan yang tepat pada satu jangka masa. Contohnya gaya siku bengkok.

Daya tahan otot dinamik Kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. Contohnya tekan tubi.

boleh disimpulkan
Daya tahan otot merujuk kepada kemampuan sesuatu otot atau kumpulan otot melakukan kerja berulang kali atau berterusan dalam tempoh masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu.

Bateri Ujian Pengukuran Daya Tahan Otot.


Mendagu (Chin up) Tujuannya mengukur daya tahan otot bagian lengan dengan gelang bahu dengan gerakan mengangkat badan ke atas. Gaya Siku Bengkok (Fixed arm hang ) Tujuannya mengukur daya tahan lengan dan gelang bahu dalam posisi kedua lengan flexi menggantung. Ujian Bangun tubi (Sit up) American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance (AAHPERD, 1980) Tujuannya mengukur daya tahan otot abdomen, bagi lelaki dan perempuan Ujian Wall Sit Tujuan ujian ini untuk menilai ketahanan otot bahagian bawah tubuh terutamanya otot kuadrisep. Tekan Tubi (Push up) Tujuannya mengukur daya tahan lengan-lengan dan gelang bahu.

a) Ujian Bangkit Tubi Satu Minit


Tujuan ujian: Ujian ini menilai daya tahan otot abdomen dan dijalankan selama satu minit. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, tilam latihan, pembantu. Kesahan Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini Kebolehpercayaan A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini.Johnson dan Nelson (1986), melaporkan hungkait .71 di antara masa bagun tubi dan tiada had untuk ujian bangun tubi.

Prosedur : i) Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 90 darjah. ii) Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan. Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. iii) Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. iv) Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. v) Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal.

b) Ujian Tekan Tubi Tanpa Henti


Tujuan Ujian Ujian ini menilai daya tahan otot trisep dan otot deltoid dan ujian ini memerlukan peserta melakukan tekan tubi sehingga peserta tersebut sendiri berhenti. Peralatan dan kemudahan : Kawasan lapang. Kesahan dan kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan

Prosedur : i) Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. ii) Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada hampir mencecah lantai. iii) Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula ke kedudukan asal. iv) Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika. v)Ulangan tidak dikira jika peserta tidak turun sehingga dada mencecah lantai.

c) Ujian Wall Sit


Tujuan Ujian Ujian ini menilai ketahanan otot bahagian bawah tubuh terutamanya otot kuadrisep. Peralatan dan kemudahan : Dinding, jam randik. Kelebihan : Ujian yang kurang menggunakan peralatan, mudah dijalankan dan boleh dijalankan dalam bilangan peserta yang banyak.

Prosedur : i) Berdiri dalam keadaan yang selesa dengan kaki dibuka seluas bahu dan berdiri membelakangkan dinding. ii) Secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah dengan keadaan lutut dibengkokkan dan berada dalam sudut 90 darjah. iii) Masa dimulakan apabila salah satu kaki diangkat naik sedikit dan bertahan selama yang boleh. iv) Masa akan dihentikan apabila peserta tidak dapat kekal dalam posisinya dan kaki telah dijatuhkan ke atas lantai. v) Peserta diberi rehat seketika dan diuji dengan kaki yang sebelah lagi. vi) Dua kali percubaan diberikan dan catatan masa terbaik akan diambil.

Masa Tindak Balas

Mengikut Singer (1975), masa reaksi merujuk kepada kepantasan membuat keputusan dan memulakan aksi dimana keupayaan antisipai yang tinggi boleh mempercepatkan masa reaksi. Magill (1993), mendefinasikan masa reaksi sebagai tempoh daripada mula menerima stimulus sehingga bermulanya gerak balas Johnson & Nelson (1986) menyatakan masa reaksi ialah jeda di anatara penyampaian sesuatu rangsangan dan permulaan sesuatu gerakbalas. Sage (1984) pula menyatakan bahawa masa reaksi ialah masa yang berlaku diantara penyampaian sesuatu stimulus dan permulaan sesuatu gerakbalas. Menurut Schmidt(1988), masa reaksi juga dikenali sebagai julat masa diantara penyampaian isyarat, amaran atau rangsangan yang tidak menetukan secara mendadak dan permulaan perlakuan motor.

boleh disimpulkan
Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga tindak balas dilakukan dengan pantas. Masa antara kemunculan stimulus atau rangsangan dengan tindak balas otot terhadap stimulus itu dikatakan masa reaksi.
Contohnya, pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.

Bateri Ujian Masa Tindak Balas (Masa Reaksi)


Ujian Nelson untuk Tangan (Ruler Drop Test) Tujuan ujian ini untuk mengukur masa reaksi tangan. Ujian Nelson untuk Kaki Tujuan ujian ini untuk mengukur keupayaan reaksi kaki dan bergerak dengan cepat dan ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. Ujian Crazy Reaction Ball (Ball Drop) Tujuan ujian ini untuk menguji konsentrasi serta menjana masa reaksi yang pantas untuk seseorang individu.

a) Ujian Nelson untuk Tangan (Ruler Drop Test)


Tujuan Ujian Ujian ini mengukur masa reaksi tangan. Peralatan dan kemudahan : Pembaris, penguji. Kesahan r=0.98 (Ahmad Hashim, 2003) Kebolehpercayaan r= 0.89 (Johnson & Nelson, 1986) r=0.86 (Ahmad Hashim, 2003)

Prosedur : i) Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan kerusi. ii) Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5cm) bersedia untuk menangkap pembaris. iii) Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuan yang ditandakan pada hujung pembaris. Pembaris itu digantung pada jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk peserta. iv) Isyarat sedia diberi oleh penguji sebelum melepaskan pembaris untuk ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk. v) Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji untuk mengelakkan peserta meramal dan bertindak balas terhadap jatuhan pembaris itu. vi) 20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masa terlambat disingkirkan. 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagi dengan 10 untuk mendapat purata masa.

Ruler Drop Test- Nelson

b) Ujian Nelson untuk Kaki


Tujuan Ujian Ujian ini mengukur keupayaan reaksi kaki dan bergerak dengan cepat dan ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, pita pengukur, pita penanda, penguji. Kesahan r=0.98 (Ahmad Hashim, 2003) Kebolehpercayaan r= 0.89 (Ahmad Hashim, 2003)

Prosedur : i) Dua garisan berjarak 14 meter dengan satu garisan tengah dilukis. ii) Peserta berdiri dalam keadaan sedia atas garisan tengah menghadap penguji. iii) Penguji menunjukkan tangan ke satu arah (kiri atau kanan) dengan cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik. Peserta bertindak balas kepada rangsangan penguji dan berlari dengan pantas ke arah yang ditunjuk oleh rangsangan itu. iv) Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang ditunjukkan oleh penguji. v) 10 percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah yang bertentangan. Hala rangsangan hendaklah diberi secara rawak. vi) Masa rehat selama 20 saat diberi kepada peserta antara percubaan.

c) Ujian Crazy Reaction Ball (Ball Drop)


Tujuan Ujian Ujian ini menguji konsentrasi serta menjana masa reaksi yang pantas untuk seseorang individu. Peralatan : Reaction ball Kesahan dan kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan

Prosedur : i) Ujian ini dijalankan secara berpasangan di mana peserta-peserta akan berdiri dalam jarak lebih kurang 4-5 langkah jauh antara satu sama lain. ii) Peserta pertama akan ambil bola tersebut dan jatuhkannya dari ketinggian atas kepalanya di mana peserta kedua yang berada di garisan permulaan akan berlari pecut ke arah bola dijatuhkan dan menangkap bola itu pada lantunan yang pertama. iii) Selepas menangkap bola tersebut, peserta kedua perlu berlari kembali ke garisan permulaan dan proses tadi akan berulang sehingga sepuluh kali. Peserta pertama yang menjatuhkan bola perlu menunggu sehingga peserta kedua kembali ke garisan permulaan baru dibenarkan menjatuhkan bola berkenaan. iv) 1 mata akan diberikan kepada tangkapan yang berjaya dilakukan. Jumlah mata akan dikumpulkan daripada 10 kali percubaan yang dilakukan. v) Setelah 10 kali percubaan dilakukan, kedua-dua peserta akan bertukar peranan.

Hoki

Ilustrasi lama orang Peranchis pada SM 1486 Sumber : Buku Kejurulatihan Hoki Tahap 1 PHM (2008)

Latar Belakang Hoki


Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Pertandingan liga yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri yang pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun 1927. Malaysia sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik tersebut. Kini sukan hoki menjadi sukan tumpuan utama disekolah yang dimain oleh lealaki dan perempuan.

Bateri Ujian Hantaran/ Pukulan Semasa Bergerak


Definisi Kebolehan membuat hantaran memukul bola ke sasaran semasa bergerak menggunakan pukulan forehand. Rasional Hantaran memukul bola semasa bergerak merupakan kemahiran penting dalam sukan hoki. Objektif Untuk menguji kebolehan membuat hantaran memukul bola ke sasaran sebelah kiri dengan tepat sambil bergerak menggunakan pukulan forehand. Peralatan Kon 6unit Bola 12 unit Jadual Keputusan Pita Ukur Alat Tulis

Prosedur 1. Tandakan tempat garis permulaan dengan 2 kon selebar 1 meter. Lorong pergerakan sejauh 4 meter ditandakan dengan 2 kon selebar 1 meter di hadapan garis permulaan. 2. Gate sasaran ditandakan selebar 1 meter dengan 2 kon di sebelah kiri garis hantaran dengan jarak 12 meter. (Rujuk Rajah) 3. Untuk memulakan ujian, peserta harus bergerak dari garis permulaan sehingga garis hantaran dan membuat pukulan ke arah gate sasaran. Peserta mesti menghabiskan 12 biji bola yang disediakan. 4. Sudut bagi hantaran memukul bola ke kiri semasa bergerak dari garis hantaran adalah 90 darjah. 5. Hantaran memukul bola ke kiri semasa bergerak harus menggunakan pukulan, bukan tolakan atau sweep. 6. Semasa peserta membawa bola ke arah garis hantaran, peserta perlu cuba mengawal bola seberapa rapat yang boleh. Tap bola dibenarkan.

Kedudukan Semasa Ujian

Pemarkahan Setiap hantaran memukul bola ke sasaran akan diberi 1 mata.(bola mesti melalui gate kon dan tidak mengenai kon) Maksimum 12 mata
SKOR
11-12 8-10 6-7 3-5 1-2 0

MATA
5 4 3 2 1 0

Penilaian Berasaskan Sekolah


Persiapan Persiapan merupakan satu aspek penting yang menentukan perjalanan sesuatu pekara berjalan dengan lancar tanpa sebarang ganguan. Persiapan untuk pelaksanaan PBS terletak kepada pelaksana itu sendiri. Guru adalah agen utama kepada perubahan yang berlaku dalam pendidikan (Fullan dan Stiegelbauer, 1991). Dalam konteks melaksanakan PBS untuk sesuatu bateri ujian, guru atau jurulatih itu sendiri perlu mengetahui tatacara pelaksanaan ujian tersebut. Selain itu faktor infrastruktur dan keadaan peralatan perlu diambil kira. Persiapan awal merupakan petanda baik dalam kelancaran perjalanan PBS.

Keberkesanan PBS Keberkesaan PBS menjadi buah mulut bagi setiap pelaksananya untuk mengetahui keberkesanan ujian yang telah dijalankan kepada sampelnya. Keberkesanan PBS boleh dilakukan melalui 4 tatacara . Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor. Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat. Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

Permasalahan dalam PBS Masalah yang timbul dalam pelaksannan PBS merupakan satu isu yang sering diperkatakan oleh setiap pelaksananya. Antara masalahnya adalah kekurangan masa untuk melaksanakan sesuatu ujian. Selain itu, ketiadadaan peralatan merupakan satu faktor lagi yang menimbulkan permasalahan dalam pelaksanaan PBS dimana jumlah murid yang ramai terpaksa menggunakan peralatan secara bergilir-gilir atau berkongsi. Selain itu, ketidakhadiran pelajar ke sekolah bukanlah satu masalah yang agak asing lagi. Pelajar-pelajar ini tidak dapat menerusi pemanatauan PBS kerana PBS merupakan satu proses jangka panjang untuk mendapat hasilnya.

Kesimpulannya
Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.

Rujukan
Borhan Yusuf, Mohamed@mohd Sidek Mustafa, Hasbullah Ismail (2007). Ujian, Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn.Bhd Corbin, C. B., & Lindsey, R. (1985). Concepts Of Physical Fitness With Laboratories. (6th Ed). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers. Modul Latihan Hoki 1 Murid 1sukan Modul Latihan Hoki Bagi Sekolah SPTS Program Mengenal Pasti Bakat Sukan (TID) Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia-jian Spesifik Sukan (Bateri Ujian Hoki) Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986), Practical Measurement For Evaluation In Physical Education, (4th Ed.). Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishers Co. Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:peringkat Menengah Dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications.

You might also like