KEMAHIRAN BERFIKIR
Definisi Kemahiran Berfikir
Pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam mindaatau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah, [
Mayer
].Pemikiran dilihat sebagai aktiviti psikologikal yang membolehkan manusia melihat prosesyang dialami dari pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang sukar,[
Dewey (1933,) Edward de Bono (1976)
]. Dari pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akalyang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.Bolehlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir sebagai kecekapan menggunakanakal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggupdan cekap dalam menyusun maklumat, konsep, atau idea secara teratur dan membuatkesimpulan atau keputusan yang tepat dalam tindakannya tanpa dipengaruhi oleh emosi.Proses pemikiran berlaku ketika penumpuan daya usaha untuk mencapai sesuatu ataumenyelesaikan masalah berkenaan perkara-perkara tertentu untuk mendapat kesimpulan,tanpa dipengaruhi oleh emosi. Terdapat tiga jenis kemahiran berfikir yang perlu dikuasai olehsemua kaum guru dan pendidik dalam membentuk guru yang unggul iaitu Kemahiran berfikir secara kritis, Kemahiran berfikir secara kreatif, dan Kemahiran berfikir secara analisis.