You are on page 1of 6

PROSES PENYEDIAAN PELAN TATATUR

MAKLUMAT
1. Pelan Pembangunan hendaklah mengandungi pelan susunatur, pelan kunci petunjuk dan
pelan lokasi.
2. Mengemukakan 20 (dua puluh) salinan pelan susunatur di atas skala 1:500 hingga 1:1000
(saiz minimum 841mm x 574mm) dengan pelan kunci pada skala 1:25000 (tapak
hendaklah ditandakan merah) dan pelan lokasi skala 1:2500.
3. Pelan Lokasi hendaklah menunjukkan kedudukan cadangan lot / tapak dan hubungannya
dengan jalan sediada dan lot-lot disekelilingnya iaitu dalam lengkongan 1:0 km supaya ia
mudah dikenalpasti. Nama jalan dan lain-lain mercu tanda hendaklah dinyatakan dengan
jelas.
4. Pelan-pelan tersebut hendaklah menunjukkan:-

➢ Skala yang betul;


➢ Arah utara (north direction heading) yang sama bagi ketiga jenis pelan di atas.
➢ Bagi Pelan Susunatur, hendaklah mengandungi:-
➢ Tajuk pembangunan (termasuk menyatakan tujuan pembangunan dengan jelas)
➢ Nombor lot yang tepat (sama seperti grant / hakmilik)
➢ Keluasan tanah (dalam ekar / hektar)
➢ Tandatangan, alamat dan no. telefon:-
• Pemohon
• Pemilik
(Nama pemilik hendaklah sama dengan pemilik berdaftar)
➢ No. Rujukan Syit Piawaian.
➢ Certified lot boundaries.
➢ Nama jalan dan existing features dengan kedudukan yang tepat.
➢ Komponen-komponen cadangan pembangunan mengikut unit, keluasan dan peratus
➢ Sistem dan hirarki jalan / traffik.
➢ Senarai dan lokasi kemudahan awam dan utliti yang cadangkan.
➢ Infrastruktur dan kemudahan awam sediada pada lot berkenaan dan lot-lot berdekatan.
➢ No. Lot dan Pembangunan semasa tanah bersebelahan dan disekelilingnya.
➢ Finish level pada pembangunan yang dicadangkan dan lot-lot bersebelahan.
➢ Sub lot di dalam pembangunan tersebut hendaklah bernombor.
➢ Kedudukan pelan-pelan di atas hendaklah bersesuaian antara satu sama lain.

5. salinan pelan topografi (hanya untuk tapak yang curam dan tidak rata)
menunjukkankontor dan jarak tinggi setiap 2 meter. Pelan berasingan menunjukkan cut
and fill juga hendaklah dikemukakan jika perlu.
6. Pelan-pelan yang dikemukakan hendaklah dilipat dan dikepilkan seperti yang diperlukan.
7. Pelan-pelan juga perlu dikemukakan bersama dokumen-dokumen berikut:-

➢ Borang DP1 dan borang DP2 yang diisi dengan lengkap dan betul.
➢ 2 (dua) salinan suratan hakmilik (grant) atau memorandum of transfer / power of
attorney.
➢ 2 (dua) salinan Sijl Carian Rasmi.
➢ 1 (satu) salinan perjanjian usahasama (bagi projek-projek usahasama)
➢ Jika acess diperlukan dari lot bersebelahan written permission for right of way
diperlukan.
➢ Jika surface water dialirkan ke tapak bersebelahan written permission of right of way
diperlukan.
➢ 10 (sepuluh) salinan Form 49A, Companies Act, 1965 yang lengkap dan terkini.

PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH


definisi
Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, samada hakmilik
Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada dua bahagian atau
lebih. Tiap-tiap satunya akan dipegang oleh pemilik tanah yang sama atau oleh pemilik-pemilik
tanah bersama yang sama di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan adalah dicantumkan
menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.

PROSEDUR
➢ Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah.
➢ Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
➢ Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

DOKUMEN
1. Mengisi 3 salinan Borang 9C yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa
Wakil (P.A) atau syarikat.
2. Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya
permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
3. 'Memorandum and Article' sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
4. Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan
dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
5. Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak
Berkuasa Perancang;
6. Sijil Carian Resmi yang asal (Borang 4 C);
7. Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
8. Salinan hakmilik tanah; dan
9. Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

PERMOHONAN UBAHSYARAT

Definisi
Mengenakan / mengubah jenis kegunaan tanah, mengenakan / meminda syarat nyata /sekatan
kepentingan dengan mengenakan yang baru untuk membolehkan tanah tersebut dimajukan bagi
maksud lain daripada kategori asal.

Jenis-Jenis ubahsyarat

1. Mengena / mengubah jenis kegunaan tanah dan mengena / meminda syarat nyata tanah di
bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), Kanun Tanah Negara.
2. Secara serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124A, Kanun
Tanah Negara.
3. Serah dan beri milik semula di bawah seksyen 204D, Kanun Tanah Negara.
4. Serah di bawah seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan berimilik di bawah seksyen 76,
Kanun Tanah Negara.

Bagaimana Untuk Memohon

➢ Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.


➢ Dipohon oleh pemilik tanah sendiri.

PROSEDUR

➢ Mengisi 2 salinan borang 44C(Jadual XVI) - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a)


dan (c), atau
➢ Mengisi 3 salinan borang 7D - permohonan di bawah seksyen 124A, atau
➢ Mengisi 3 salinan borang 12D - permohonan di bawah seksyen 204D, atau
➢ Mengisi 3 salinan borang 12A dan 2 salinan borang jadual 1 - permohonan di bawah
seksyen 197 dan 76.
➢ Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya
permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;

Permohonan hendaklah disertakan:

➢ 7 salinan pelan tatatur dan pelan pra hitungan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Perancang - permohonan di bawah seksyen 124A, 204D dan 197 & 76. (Tanah-tanah
yang termasuk di dalan kawasan Simpanan melayu - pelan tersebut tidak perlu disahkan
oleh Jururancang Bandar Bersekutu); atau
➢ 15 salinan pelan yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang
disediakan oleh Jururancang Bersekutu - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan
(c);
➢ 1 salinan Laporan Cadangan pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar
dan Desa - permohonan di bawah seksyen 124A, 204D dan 197 & 76; atau
➢ 3 salinan Laporan Cadangan pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar
dan Desa - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c) (Tambah 1 salinan lagi jika
untuk tujuan industri)
➢ Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang Jadual 4C - RM50.00 bagi satu hakmilik).
➢ Resit bayaran cukai tanah tahun semasa;
➢ 1 salinan hakmilik tanah
➢ Surat persetujuan bertulis daripada pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas
tanah sama ada pemegang gadaian, kaveat atau tuntutan faedah di bawah mana-mana
undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.
➢ Permohonan oleh syarikat, hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut;
➢ 1 salinan Buku Undang-Undang Tubuh syarikat (Memorandum And Articles Of
Association)
➢ 1 salinan terkini Ahli Lembaga Pengarah Syarikat - Borang 49.
➢ 1 salinan terkini Pemegang Saham Syarikat - Borang 24

You might also like