You are on page 1of 16

Politik dan Pentadbiran

BAB 7 IDEOLOGI POLITIK


OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami apa itu ideologi. 2. Mengenal pasti jenis-jenis ideologi yang wujud. 3. Menjelaskan bagaimana ideologi boleh berperanan dalam masyarakat 4. Memahami pengaruh ideologi dalam pembentukan dunia politik. 7.1 PENGENALAN

Ideologi pertama kali diperkenalkan oleh Antoine Destutt de Tracy (1754-1836) yang hidup pada masa revolusi Perancis. Secara etimologis, ideologi berasal dari kata idea (ide,gagasan) dan ology (logos,ilmu). Beliau telah mendefinisikan ideologi sebagai gagasan atau ilmu tentang idea-idea, iaitu idea yang sehat dan sesuai dengan realiti serta seiring dengan akal budi bukan khayalan atau gagasan palsu. Ideologi dikaitkan dengan corak sistem politik, penggunaan kuasa, peranan individu, corak sistem ekonomi dan sosial serta objektif masyarakat. Menurut Lowenstein ideologi adalah satu penyelarasan dan penggabungan pola pemikiran dan kepercayaan, atau pemikiran bertukar menjadi kepercayaan, menerangkan sikap manusia tentang kepimpinan dan kehadirannya dalam masyarakat dan mengusulkan suatu kepimpinan serta memperseimbangkan berdasarkan pemikiran dan kepercayaan itu. Terdapat pelbagai definisi boleh menperjelaskan mengenai ideologi. Bagi Nicollo Machiavelli, ideologi adalah pengetahuan mengenai cara menyembunyikan kepentingan, mendapatkan serta mempertahankan kekuasaan dengan memanfaatkan konsep-konsep keagamaan dan tipu daya. Manakala Karl Marx mendefinisikan ideologi adalah kesedaran palsu, sebab Ideologi merupakan hasil pemikiran tertentu yang diciptakan oleh para pemikir sesuai kepentingannya. Sementara Louis Althusser, ideologi adalah pedoman hidup, sebab setiap orang memerlukan pedoman hidup baik sebagai individu maupun sebagai warga masyarakat. Sehubungan itu, ideologi boleh dirumuskan sebagai satu cara berfikir yang menjelaskan suatu sistem yang simbolik yang membolehkan manusia mengaturkan cara hidupnya serta memainkan peranan dalam struktur sosial yang menentukan bagaimana masyarakat itu berubah kelak. Mengikut Destut de Tracy ideologi boleh dikenali dengan ciri-ciri berikut: a) la mengandungi teori penerangan yang luas tentang pengalaman manusia dan dunia luar 105

Politik dan Pentadbiran

b) c) d) e)

Ia membentangkan program secara am dan abstrak tentang organisasi sosial dan politik. la membayangkan kebenaran program ini sebagai keperluan sesuatu pergelutan. la bukan sebenamya untuk mempengaruhi tetapi mengambil atau mendapatkan peryokong-penyokong yang memerlukan penglibatan. la ditujukan kepada orang ramai tetapi mungkin cenderung untuk memberi tugas-tugas khas kepimpinan kepada intelek.

Dengan menggunakan kelima-lima ciri ini seseorang boleh mengenali sistem ideologi seperti komuisme, sosialisme, fasisme, Nazisme, liberalisme, konservatfisme, dan lain-lain ideologi. Perkataan "isme" yang terdapat di tiap-tiap penghujung perkataan ideologi mula timbul pada abad ke-19. la timbul apabila unsur-unsur sekular mula menggantikan unsur-unsur tradisi keagamaan. Cuba anda fikirkan berdasarkan ciri-ciri ideologi yang dinyatakan, apakah jenis ideologi yang wujud di Malaysia.

SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan definisi ideologi? 2. Berikan dua ciri ideologi? Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.2

KLASIFIKASI IDEOLOGI POLITIK

Ideologi politik seperti kominisme, fasisme, nazisme, anarkisme, sosialisme, leberalisme, konsecatisme dan marxisme serta demokrasi adalah ideologi yang penting dalam pembentukan sesebuah negara. 7.2.1 Liberal Klasik

Pada abad ke 18 kaum Borjuis Perancis telah berusaha mengakhiri penguasaan ekonomi yang telah ketinggalan zaman dalam perdagangan. Mereka berusaha untuk mengikikis peranan Gereja Katolik sebagai pemilik harta kekayaan monarki. Selain itu, mereka juga mendesak penghapusan hak-hak istimewa dan status sosial yang membezakan kaum bangsawan dengan kaum-kaum lain. Mereka juga mahukan sistem ekonomi tertutup digantikan dengan sistem ekonomi perdagangan bebas yang berdasarkan kapitalisme dan asas-asas laissez faire. Mereka juga inginkan agar semua orang mendapat kesempatan yang sama untuk mengembangkan diri, sekurang106

Politik dan Pentadbiran

kurangnya ketika lahir tidak dibebani oleh perbezaan gelaran dan darjat sebagai pengganti hak istimewa dan status sosial yang diwarisinya. Di sini lah lahir serta berkembangannya ideologi liberal yang mempunyai perkaitan rapat dengan pemikiran-pemikiran yang lahir pada masa Revolusi Perancis pada akhir abad ke 18. Ideologi liberalisme secara prinsipnya menekankan dua elemen teras sebagai entiti penting dalam perjuangannya ialah persoalan kesamaan dan kepentingan sosial peribadi. Perdebatan mengenai erti persamaan dalam ideologi liberal hingga kini masih belum selesai. Banyak perdebatan telah wujud yang membicarakan bagaimana sewajarnya konsep persamaan perlu diaplikasikan. Dalam konteks ini, Deklarasi Hak-hak Manusia di Perancis juga bersetuju bahawa seseorang insan yang dilahirkan itu tidak semestinya bahawa semua manusia dicipta sama. Dalam erti kata lain, ketidaksamaan adalah merupakan suatu situasi yang akan sentiasa wujud di dalam masyarakat. Ini didorong oleh situasi sejak awal munculnya liberalisme di Perancis, sistem kehidupan Amerika Syarikat dan England telah pun memperlihatkan suatu corak kehidupan social yang mempunyai starata di dalam masyarakat atau kehidupan sosial yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu, untuk menekankan dan melaksanakan semua manusia dicipta sama adalah suatu langkah yang sukar. "Kepentingan sosial peribadi" dalam pemikiran liberal klasik awal lagi menunjukkan akan perlunya keselarasan yang dihasilkan oleh tiap-tiap individu untuk mengajar kepentingan peribadinya. Dalam hubungan inilah liberal klasik melihat bahawa negara sebagai elemen yang diperlukan dan masyarakat yang baik ini terletak fungsi utama negara dan dalam hubungan ini perilaku manusia yang mempunyai kepentingan peribadi akan bekerja ke arah pembahagian kekayaan, status dan kekuasaan yang paling adil. Jelaslah liberal klasik lebih menekankan pendekataan kesamaan dan keadilan sosial dari perpektif manusia daripada perspketif masyarakat keseluruhan. Bagi liberal klasik sesuatu tindakan yang diambil oleh pemerintah sudah tentu akan membahayakan individu. Meskipun begitu, mereka menganggap bahawa pemerintah sangat penting bagi keamanan masyarakat, baik dalam negara mahupun masyarakat luar negara. Tidak diragukan lagi dalam ideologi liberal klasik adalah ideologi yang paling berkait rapat dengan kapitalisme laize fair yang menegaskan kebajikan dan kemampuan individu dalam merangka pengurusan. 7.2.2 Konservatif

Para sarjana berpandapat bahawa ideologi konservatif ini berhubung rapat dengan amalan tradisi dan perasaan kolot tentang sesuatu pendirian lama. Perkara yang penting dalam fahaman konservatif adalah perhormanian tentang perkara atau pengalaman yang lepas dan masih kabur terhadap apa yang akan berlaku pada masa akan datang serta mereka menolak pembaharuan. Pada abad ke 18 golongan konservatif telah menyokong tindakan kerajaan dalam mengawal ekonomi dan aktiviti sosial. Dalam zaman moden ini hanya konservatif 107

Politik dan Pentadbiran

yang terdapat di Amerika Syarikat yang telah membantah campur tangan kerajaan dalam bidang ekonomi dan sosial serta sebaliknya. Konservatif juga menganggap manusia tidak dilahirkan baik dan bebas dan sebaliknya lebih cenderung kepada kerusuhan, kerajaan dan kemusnahan. Terdapat dua sifat konservatif iaitu rasa tidakpercaya terhadap tabiat manusia dan sesuatu yang tidak berteras serta perkara baru yang belum teruji. Konservatif mempunyai kepercayaan yang selari terhadap sejarah dan stuktur tradisi yang boleh menjadi pedoman kepada manusia sama ada berbentuk keagamaan atau kebudayaan. Konservatif selalu dikaitkan dengan pembentukan tradisi agama dan memandang masyarakat sebagai satu organisasi serta menentang kemajuan yang merancang kemajuan masyarakat. Sebaliknya, ia berpendapat masyarakat haruslah dibiarkan berubah dengan sendirinya, tanpa kesedaran manusia. Terdapat beberapa jenis konservatif, antaranya yang biasa di dengar dan terkenal ialah Burkean Foundations, di mana pemikiran Burke mengatakan bahawa konservatif merupakan ketakutan terhadap sesuatu yang tidak berteras serta mengatakan bahawa tidak berupaya memperbaiki dirinya sendirinya dan hanya boleh dijinakkan dengan mengikut jejak elit-elit yang terlatih serta sikap-sikap ahli keluarga, agama dan orang bangsawan. Mengikut Coleridge dan Wordworth, mereka mengatakan masyarakat membahagikan diri mereka mengikut kelas dan setiap kelas bekerjsama dalam membentuk suatu suasana yang harmoni. Coleridge berpendapat bahawa ahli-ahli perniagaan bersifat subvertif dan bukan konservatif kerana mereka lebih mementingkan keuntungan dari agama. Konservatif Tsarist dan Dostoyevskyan berpendapat bahawa konsep konservatif di Eropah lahir daripada rasa tindakbalas bahawa konsep konservatif di Eropah lahir daripada rasa tindak balas terhadap Revolusi Perancis tetapi konsep konservatif di Rusia timbul disebabkan amalan Tatar Khans dan Teori Byzantine Dostoyevksyen adalah lebih bersifat keagamaan dan kepada kausa yang bekerajaan. Mereka menentang sosialisme, liberalisme, materialisme dan ateisma dan mereka lebih menyeru kepada corak pemerintahan Tsar Greel Kuno, tradisi perhambaan dan Holly Rusia. Menurut pendapat Clinton Roossiter terdapat empat bentuk konservatif iaitu konservatif berdasarkan sifat pembawa atau perasaan (temperamental) di mana ia merujuk kepada sifat-sifat tersendiri seseorang individu terutama dalam membantah dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan sendiri, konservatif keupayaan (possessive) bermaksud menumpukan perhatian dan melibatkan diri dalam mempertahankan kepentingan diri sendiri, sementara konservatif praktis (practical) pula mengambil berat tentang perjalanan isntitusi-institusi dan masyarakat serta tidak mementingkan diri sendiri, dan dalam konservatif berdasarkan falsafah menerangkan sesuatu prinsip melalui cara intelektual dan bermoral. Namun, pengelasan bentuk konservatif ini adalah sukar kerana konsep fahaman konservatif adalah hampir sama dan tujuan mereka pun juga sama, contoh yang dapat kita lihat di Amerika Syariakat walaupun terdapat tiga kategori konservatif iaitu konservatif tradisi, konservatif moden dan konservatif pseudo tetapi tujuan asal mereka tetap sama. Melalui penjelasan ini dapat disimpulkan bahawa konservatif

108

Politik dan Pentadbiran

bukan sahaja sebagai satu ideologi, tetapi ia merupakan satu pegangan yang kuat terhadap tradisi. 7.2.3 Marxisme

Ideologi atau fahaman ini muncul pada awal abad ke 19 lahir daripada fahaman Karl Marx dan Friedrich Engles. Timbulnya fahaman ini adalah akibat daripada reaksi situasi ekonomi dan sosial ekoran perkembangan industri kapitalisme barat. Marx telah membahagi masyarakat moden kepada dua kelas iaitu kelas proletar (buruh) dan kelas borjuis (mereka yang ada alat produksi dan menjadi tuan kepada proletar). Beliau percaya buruh hanya akan dapat mencapai kekuasaan dengan menggulingkan kerajaan kapitalis dengan kekerasan dan Marx telah memperkenalkan teknik-teknik untuk mencapai matlamat tersebut. Karl Marx berpendapat bahawa segala alat yang digunakan untuk menghasilkan barang adalah hak masyarakat dan bukan hak perseorangan serta dengan cara ini ia akan dapat mengelakkan penindasan pihak tuan punya dengan kelas buruh. Pendapat Marx ini telah diperkuatkan lagi dengan sokongan Leninisme berteraskan prinsipprinsip sejarah dan revolusi yang dihuraikan oleh tokoh sejarah Rusia pada taun 1917. Lenin, dijadikan asas untuk mendapatkan kekuasaan daripada tangan kaum kapitalis. Beliau berpendapat bahawa sekelompok revolusianer yang mahir dan berdisiplin diperlukan untuk mewakili kelas pekerja untuk maksud merebut kekuasaan itu. Lenin sependapat dengan Marx iaitu komunisme tidak harus didirikan di beberapa buah negara, ini kerana negara-negara bukan komunis akan selalu berusaha menghancurkan pemerintahan bercorak komunis di mana sahaja dan ini akan menyebabkan golongan komunis sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat. Namun begitu, masih lagi terdapat perbezaan antara fahaman Marxime dengan Leninisme. Pertamanya Marxisme menyatakan bahawa sosialisme akan tercapai dengan perebutan kuasa politik oleh kelas pekerja. Leninsime pula mendapati bahawa pekerja hanya akan memperolehi kuasa politik kalau diwakili oleh sekumpulan revolusional yang mahir dan berdisiplin. Keduanya Marxisme mempercayai pemerintahan golongan majoriti memandang kelas proletar itu sebagai wakil golongan majoriti, tetapi Leninisme menyatakan bahawa diktator proletar dalam hal ini harus disokong oleh golongan profesional. Ketiga, Marxisme meyatakan diktator proleter itu hanya untuk sementara, yang segera akan menghilangkan kekuasaan pemerintahan secara beransur-ansur, sementara Leninsisme menyataka bahawa "negara" akan mula menghilang setelah proleter merubut kekarasan, tetapi negara tidak akan lenyap seluruhnya sehingga komunisme ditegakkan. Melalui penjelasan tersebut jelas bahawa semangat kaum komunis yang setia adalah sama dengan semangat keagamaan, tetapi umumnya tidak diakui bahawa Marxisme dan Leninnisme merupakan agama rasmi bagi komunisme. Perang yang terus menerus berlaku terhadap semua agama tidak hanya dipandang sebagai sekata antara gereja dengan negara, tetapi di Soviet Union, seluruh kekuasaan negara dipergunakan untuk melenyapkan semua agama yang ada. 109

Politik dan Pentadbiran

7.2.4

Demokrasi

Perkataan demokrasi berasal dari dua perkataan Greek iaitu Demos yang bermaksud rakyat dan Kratos yang bermaksud pemerintahan. Maka demokrasi dapat dirumuskan sebagai pemerintahan yang dikendalikan oleh rakyat dalam sesebuah niasyarakat atau negara. Golongan Greek Purba seperti Socrates, Plato dan Percies telah memberikan sumbangan kepada perkembangan konsep demokrasi yang mengutamakan rakyat jelata. Namun sistem ini tidak mendapat sambutan kerana sistem ini menyebabkan pemerintahan tidak stabil terutamanya ahli-ahli falsafah politik zaman Pertengahan (1000-1400 TM). Namun, ia telah diterima dan diamalkan setelah tentera Eropah kalah dengan perang salib dengan tentara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi (Khalifah). Walaupun begitu masih ada lagi raja-raja di benua Eropah terutamanya di Perancis, menganggap mereka telah ditauliahkan oleh tuhan untuk memerintah. Tambahan pula mereka berkuasa menghukum sesiapa sahaja yang menyuarakan perlunya kerajaan demokrasi. Walau bagaimanapun, situasi ini berubah akibat daripada revolusi dan gerakan Pembebasan di Amerika Syarikat (1780an) yang akhirnya telah membetuk corak pemerintahan demokrasi. Corak pemerintahan demokrasi moden hanya timbul pada abad ke-19 dan 20 malah penggunaan corak demokrasi dianggap sebagai syarat asas sesbelum sesebuah negara itu dianggap sebagai negara. Ini adalah akibat daripada perubahan ekonomi, perubahan teknologi, perubahan corak sosial, pergerakan agama dan penyalahgunaan kuasa oleh perintah tradisional. Robert A. Dahl mentakrifkan demokrasi pada hari ini sebagai "satu sistem politik yang memberikan peluang kepada rakyat jelata membuat keputusan secara umum", tetapi bagi R.M. Maciver pula menyatakan rakyat tidak memerintah tetapi mengawal pemerintahan dengan cara menunjuk perasaan berterusan melalui pilihan raya. Sementara J.W. Garner berpendapat demokrasi adalah pemerintahan yang mirip kepada perwakilan pegawai serta pemerintah dipilih oleh pengundi secara langusng. Menurut Raymond Gettel demokrasi harus mempunyai syarat-syarat berikut: a) Bentuk pemerintahan harus didukung oleh persetujuan umum. b) Peraturan-peraturan serta dasar-dasar awam dicipta oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. c) Ketua negara dan ketua kerajaan dipilih secara langsung atau tidak langsung melalui proses pemilihan umum. Beliau seharusnya bertanggungjawab kepada badan perundangan yang dikuasai oleh wakilwakil rakyat. d) Hak memilih secara langsung diberikan kepada rakyat jelata atas dasar kesedaran masyarakat e) Jabatan-jabatan serata tugas-tugas pemerintahan dipegang oleh pegawai yang dilantik berdasarkan kelayakan (merit) daripada semua golongan rakyat. Oleh itu, sistem demokrasi yang diamalkan secara pemerintahan perwakilan adalah lebih berkesan pada masa kini kerana urusan dalam sistem pemerintahan dan 110

Politik dan Pentadbiran

pentadbiran adalah lebih kompleks berbanding dengan masa dahulu. Demokrasi juga menekankan supaya wakil-wakil rakyat haruslah dipilih secara terbuka berdasarkan kelayakan dan peraturan percalonan serta berpandukan undang-undang pilihan raya yang ketat dan hanya mereka yang cukup syarat dibenarkan mengundi. Pengiktirafan dan kebebasan minoriti penting dalam mewujudkan demokrasi. Ciri-ciri persamaan di kalangan rakyat jelata turut merupakan suatu ciri-ciri yang lebih ideal dan hakiki. 7.2.5 Komunisme

Istilah komuisme yang digunakan adalah menggambarkan satu sistem organisasi sosial yang menjadikan harta benda dalam negara dimiliki oleh masyarakat secara bersama dan semua rakyat menikmati kekayaan umum berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Pengagihan harta (pengeluaran) mestilah berdasarkan kemampuan sebagaimana yang terkandung dalam prinsip Karl Marx "From earch according to his ability, to earch according to his need" (kerja sekuat, upah sekadar perlu). Komunisme yang asal berkembang pesat di bawah satu kepimpinan yang tegas. la telah berkembang dengan pesatnya pada abad ke-20. Hampir satu pertiga daripada penduduk dunia telah dan pernah bernaung di bawah kerajaan komunis, selain itu ia juga bertindak sebagai satu pergerakan yang kuat, perjuangan tentera yang cekap dan pengawalan antarabangsa yang berkhidmat untuk revolusi proleter. Ideologi atau prinsip komunisme lebih kurang sama dengan anarkisme iaitu kedua duanya mempunyai cita-cita persamaan sosioekonomi dan politik kerana bagi mereka persamaan ini difahaminya penting bagi kebebasan individu. Komunisme tidak memandang semua bentuk pemerintahan dan organisasi politik sebagai sesuatu yang paling tidak dikehendaki oleh individu, tetapi dalam masyarakat komunis yang paling sempuma, beberapa bentuk organisasi politik masih tetap diperlukan. Bagi kaum komunis pemilikan peribadi akan membawa kepada kepincangan sistem sosial, ekonomi dan politik. Kesedaran, keyakinan dan disiplin yang tinggi merupakan aspek yang amat diperlukan oleh kaum komunis. Mao Tse Tung, dalam bukunya "Little Red Bad" mengatakan komunis adalah ideologi sistem proleter dan sistem sosial yang baru. Selain dariapada pendapat Moa Tse Tung, Lenin pula menekankan di dalam bukunya "What is to be bone" iaitu komunis memandang lebih jauh berbanding dengan kapitalis yang hanya boleh meningkat keperingkat sosialisme, tetapi sosialisme tetap melalui peringkat komunisme. Karl Marx yang dikenali sebagai "bapa sosialisme" menerbitkan Manifesto Komunis (1848) yang menerangkan sejarah materialistik iaitu penubuhan komunisme yang dipercayai cara pengeluaran dalam kehidupan material, memutuskan ciri-ciri am proses kehidupan sosial politik dan spritual. Komunisme memperjuangkan kebebasan dan keutamaan masyarakat daripada penindasan individu, sebab itulah mereka tidak diberikan sebarang hak, semua hak termasuk sumber-sumber kekayaan dan punca-punca pengeluaran dikumpulkan dalam tangan pemerintah. Pengawasan pemerintah ini menjadikan masyarakat itu terkawal dan barang pengguna pencukupi di pasaran.

111

Politik dan Pentadbiran

Ideologi komunis menmpunyai sifat kepada pembentukan cara hidup yang idea. Menurut fahaman komunis pertentangan kelas dalam masyarakat akan menghasilkan kemenangan kepada golorigan Marhen, dan bererti golongan Barjuis dapat dikalahkan. Dalam sistem komunisme, kelas sosio-ekonomi dan kemuliaan kebudayaan serta perbezaan suasana kehidupan antara bandar dan luar bandar telah dihapuskan. Komunisme berlandaskan falsafah materialisme tulin. la hanya percaya kepada apa yang dapat disaksikan oleh pacaindera manusia sahaja dan yang tidak dapat diterima oleh pancaindera tidak diterima oleh kaum komunis. Soal-soal metafizikal menjadi sebahagian besar dalam cara hidup komunis, namun begitu komunis menolak pengajaran keagamaan dan menganggapnya sebagai candu masyarakat. Komunis juga menafikan Tuhan dan hanya memujuk manusia mempertahankan benda. Oleh itu, pembentarasan agama adalah satu program utama komunis. Manusia mengikut konsep komunisme adalah makhluk pasif yang tidak mempunyai sebarang kehendak dan kuasa dalam menghadapi kekuatan benda dan kekuatan ekonomi. Mark berpendapat dalam produksi ekonomi yang dilakukan oleh manusia mereka terpaksa mewujudkan hubungan tertentu antara mereka, iaitu perhubungan diluar kemahuan mereka. Sistem ekonomi komunisme tidak dapat dipisahkan dengan falsafah sosial yang mana masyaraktlah yang menjadi pokok utama, manakala individu hanya sebagai satu kelompok yang tidak mempunyai kewujudan yang sebenar. Dalam konteks politik, parti komunis merupakan parti yang wujud dan mempunyai pengaruh yang kuat terutama di Rusia, China dan negara-negara yang mengamal sistem pemerintahan komunis. Calon-calon parti ini dipilih melalui sistem demokrasi rakyat. Maka ditunjuk oleh parti komunis dan direstui percalonannya oleh parti tersebut. Sebab itulah dalam sistem komunis pemerintahan tidak wujud pembangkang. Jelas di sini bahawa sistem hidup komunis adalah untuk mencapai suatu bentuk kesamaratan yang hakiki, memahami secara keseluruhan serta menyusun pengeluaran dan pengedaran atas asas kolektif. Misalnya komunis mengajak manusia mengenepikan agama, serta melayani manusia seperti haiwan yang dikurung dalam sangkar tanpa sebarang hak dan mengarah mereka melakukan sesuatu yang dikehendakinya sahaja. Ini telah bertentangan dengan kehendak semua manusia. 7.2.6 Nasionalisme

Nasionalisme adalah ideologi yang mempertahankan kedaulatan sebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekelompok manusia. Para nasionalis menganggap negara adalah nadi utama berdasarkan beberapa kebenaran politik (political legitimacy). Mengikut Leon Baradat, nasionalisme adalah satu idea politik yang paling berpengaruh. Nasionalisme merupakan satu semangat atau bertanggunghawab kepada negara yang melibatkan ketaatan dan pengorbanan. Nasionalisme wujud sejak abad ke-2 yang lalu di Eropah di mana pada dahulu rakyat terpaksa bertarung 112

Politik dan Pentadbiran

menghadapi kesempitan ekonomi dan kepadatan penduduk serta keadaan geografi yang bergunung-gangng menyebabkan tidak tertubuh negara besar. Karl Marx berpendapat nasionalisme wujud apabila dua golongan yang bertentangan iaitu satu golongan penindas dan satu golongan ditindas maka ini lambat laun akan berlakunya antitises atau hukuman pertenatngan yang mengakibatkan perjuangan antara kedua-dua golongan ini. Mengikut Stanley Benn, nasionalisme merupakan perasaan kesetiaan kepada sesuatu bangsa, kecenderungan untuk menyelaraskan dasar menuju imbangan kepentingan sesuatu bangsa, terutama bila menghadapi saingan dengan bangsa yang lain, sikap mementingkan karektor sesuatu bangsa, doktrin sesuatu kebudayaan nasional mesti diperlihara dan suatu teori politik. Menurut Hans Khan, salah seorang pemikir serta pakar nasionalisme masa kini "nasionalisme merupakan gerakan untuk menciptakan masyarakat yang lebih terbuka dan untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan untuk menjamin kemerdekaan warganegara serta membebaskan akal dan fikiran". Pada peringkat awal, kebudayaan memainkan peranan yang penting, sikap benci pada bangsa asing boleh timbul sehingga di setengah-setengah negara sikap taksub terhadap bangsa ini lebih berkuasa. Nasionalisme sebagai manifesto kesedaran nasional mengandungi beberapa kepentingan, di antaranya perjuangan untuk mewujudkan persatuan nasional seperti ekonomi, politik sosial, agama dan kebudayaan. Keduanya, perjuangan untuk mewujudkan kebebasan nasional iaitu bebas dari penguasaan asing dan campurtangan dunia luar, serta perjuangan untuk mewujudkan perbezaan di antara bangsa-bangsa yang meliputi perjuangan untuk memperolehi kehormatan. Terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam nasionalisme yang mempengaruhi masa depan perkembangannya. Misalnya dalam hal ekonomi. Penggunaan fahaman nasionalisme yang keterlaluan boleh menggugat ekonomi negara dalam erti kata "hendak merdeka dari segala sesuatu yang asing walaupun dari jiwanya". Ini merugikan perdagangan, menyekat penggunaan sumber-sumber serta perkembangan teknologi tidak akan berkembang. Dalam sistem politik pula dia akan menyebabkan pertumpahan darah, biarpun boleh diselesaikan melalui diplomasi. Oleh itu, ia nasionalisme yang terlalu fanatik membawa tindakan mewujudkan gambaran dramatik dan keadaan agrasrif dan situasi tidak rasional. Nasionalisme dalam hal ini tidak menjadi pilihan utama terutamanya bagi bangsa yang mencintai keamanan. 7.2.7 Fasisme

Fahaman fasisme mula berkembang di Eropah dan negara yang pertamanya ialah Itali pada 1922, negara Jerman 1930 serta diikuti oleh negara-negara Asia seperti Jepun pada tahun 1930an berdasarkan kepada unsur-unsur kebudayaan tempatan. "Satu Negara! Satu Rakyat! Satu Pemimpin!" merupakan slogan yang digunakan oleh Parti Nasional Sosialis (NAZI) Jerman untuk mengukuhkan pegangan fasis. la merupakan satu gerakan totaliter dalam hal-hal pemerintahan dan kemasyarakatan. Berkembangnya ideologi fasisme ini adalah lantaran daripada keberhasilan 113

Politik dan Pentadbiran

pendekataan nazi di Jerman. Ini kemudianya tersebar luas di Jepun dan di Eropah seperti di Austria dalam bulan Mei 1933 dan Bulgaria pada awal 1934. Kemunculan fasisme didorong oleh lembaga-lembaga demokrasi yang lemah. Sementara di Sepanyol pada tahun 1930an, fasis di bawah Jenderal Francisco Franco memulai revolusi ketenteraan yang berhasil melawan republik Sepanyol. Sejak tahun 1930 dan Perang Dunia Kedua, nama fasis juga telah diberikan kepada regim-regim militer, nasionalis dan diktator di Asis seperti Jepun, Timur Tengah seperti Mesir, negara sub sahara Afrika seperti Ghana, Afrika Selatan dan Amerika Latin seperti Argentina, Brazil serta Paraguay antara tahun 1967-1974 dan Chile pasca September 1973. Dalam fasisme tidak terdapat satu pun manifesto tertentu mengenai fasis yang boleh dianggap sebagai muktamad, namun terdapat unsur-unsur utama dalam fasis. Pertamanya, tidak percaya kepada alasan adalah fakta yang paling utama dalam fasis. Fasis menolak sifat-sifat rasional dan boleh dikatakan fasis "anti rasional". la menekan pula elemen-elemen tidak rasional, sentimental dan tiada elemen kawalan dalam manusia. Oleh itu, setiap rejim fasis mempunyai isu-isu taksub mengenai kaum, empayar ataupun pemimpin. Kedua, fahaman fasis menolak konsep persamaan Yahudi, Kristian dan Greek yang berlawaman dengan konsep ketidaksamaan itu. Oleh itu, fahaman fasis dalam tatacara ialah, lelaki lebih utama daripada wanita, tentera lebih utama daripada orang awam dan seterusnya. Ketiga, kos tingkah laku fasis menekankan keganasan dan penipuan dalam hubungan manusia dan bangsa. Dalam sebuah kerajaan demokrasi, politik adalah jentera yang dapat mewujudkan keamanan untuk menangan konflik sosial, tetapi dalam fasis politik seperti hubungan manusia dan kawan. Keempat, hanya segolongan kecil sahaja penduduk berkelayakan menjadi golongan pemerintah. Mereka ditentukan oleh beberapa faktor seperti kelahiran, pelajaran, kedudukan sosial serta mempunyai kebolehan untuk memahami kehendak masyarakat seluruhnya. Menurut rejim fasis walaupun kerajaan itu menikmati sokongan ramai pemerintahan juga boleh dijalankan secara bebasnya secara persetujuan umum tanpa pilihan raya bebas. Seseorang pengikut fahaman ini akan membayangkan tekanan yang tidak rasional di dalam politik fasis boleh wujud, ia juga menganggap pemimpin itu sebagai keramat dan dikurniakan berbagai ilmu mistik dan ilmu batin. Kelima, totalitarianisme dalam hubungan manusia mencirikan fasisme sebagai satu cara hidup dan bukan satu sistem kerajaan semata-mata. Sebaliknya, fasisme adalah totalitarian, di mana ia menggunakan kekerasan dan kekuasaan dalam semua aspek perhubungan sosial sarna ada politik atau tidak. Keenam, rasisme dan imperialisme (perkauman dan penjajahan) adalah dua ciri asas fasis iaitu ketidaksamaan dan kekerasan terhadap masyarakat. Bagi fasis elit merupakan golongan yang tertinggi dan mempunyai pengaruh ke atas yang lain. Oleh itu, penentangan terhadap peraturan dan undang-undang antarabangsa atau peperangan adalah satu akibat dari kepercayaan fasis berhubung dengan ketidak samaan, kekerasan, elitisme, perkauman dan imperialisme. Manakala dalam fahaman selain daripada fasis mengangap peperangan sebagai sesuatu yang tragik dan perlu 114

Politik dan Pentadbiran

dielakkan. Negara fasis menghadkan penyertaannya dalam organisasi antarabangsa. Rejim fasis di Itali dan Jerman tidak menggunakan perjanjian yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), malah Parti Nasional Demokrat Jerman menggalakkan kerajaannya keluar daripada NATO dan menyokong tindakan menggunakan kuasa tentera bagi mencapai objektif nasional mereka. 7.3 DEMOKRASI

Demokrasi adalah merupakan salah satu bentuk ideologi politik yang membentuk pemerintahan yang popular yang masa kini. Perkataan demokrasi berasal dari dua perkataan Yunani iaitu Demos yang bermaksud rakyat dan Kratos yang bermaksud kuasa di tangan rakyat. Definisi ini menunjukkan bahawa titik fokus daripada demokrasi ialah terhadap kekuasaan rakyat. Sistem demokrasi telah diamalkan sejak zaman Athens. Pada waktu itu, demokrasi yang diamalkan adalah demokrasi tulen, di mana ianya melibatkan keseluruhan penduduk (hanya golongan lelaki merdeka) untuk membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu pentadbiran negara. Pada zaman ini rakyat akan berkumpul pada bulan April dan Mei bagi menentukan sebarang keputusan yang hendak dilaksanakan. Di sinilah segala perbincangan dan konflik dalam sistem pentadbiran. Sistem ini telah berjalan zaman-berzaman dan akhir sekali dilaksanakan di Ireland pada tahun 1928. lanya tidak dapat dilaksanakan secara berterusan kerana timbulnya masalah masalah yang tidak dapat dielakkan. Pertama, berlakunya pertumbuhan rakyat dari tahun ke tahun dan ini menyebabkan rakyat bertambah ramai serta menyukarkan berlakunya perhimpunan keseluruhan dari mereka. Lagipun tempat untuk menghimpunkan semua rakyat menjadi begitu sukar diperolehi kerana pertambahan rakyat yang mendadak. Peredaran masa yang berlaku juga menyebabkan segala keperluan yang hendak dibuat mestilah dilakukan dengan cepat. Banyak masa yang akan terbuang sekiranya demokrasi tulen ini diamalkan kerana ia terpaksa menunggu orang ramai berhimpun dan berbincang dalam masa dua hari dalam dua bulan sedangkan keputusan yang hendak dibuat mungkin pada setiap hari. Seperkara yang penting juga ialah meningkatnya jumlah rakyat berpendidikan. Ini menyebabkan mereka mempunyai daya pemikiran serta pendekatan yang lebih kehadapan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Oleh sebab inilah wujudnya demokrasi berperwakilan, di mana prosesnya masih lagi sama cuma ianya diubahsuai iaitu hanya wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat sahaja yang akan berbincang dan bukannya keseluruhan rakyat. Hertz dalam buku Political Realism and Political Ideaalism menyatakan demokrasi ialah pemerintahan, di mana tidak ada anggota masyarakat atau kelompok yang mempunyai hak prerogative politik. Maksud hak prerogatif politik di sini ialah hak yang tidak bolah diganggu gugat oleh sesiapa pun juga. Ini menyatakan bahawa tiada sesiapapun yang mempunyai hak yang mutlak terhadap orang lain bahkan ianya dikongsi bersama oleh setiap individu atau setiap kelompok. Jadi, demokrasi merupakan sistem yang menentang keras segala bentuk pemerintahan yang hanya berasaskan kepada kepentingan individu contohnya pemerintahan raja-raja pada 115

Politik dan Pentadbiran

zaman lampau, di mana raja-raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan segala keputusan raja-raja tidak boleh di tentang disebabkan oleh pengaruh daulatnya. Malahan ia juga menentang keras kekuasaan yang hanya dipegang oleh sesuatu kelompok sahaja di dalam sesebuah negara yang hanya akan mementingkan kelompok tersebut dan membiarkan kelompok lain menderita. Ini selaras dengan pendapat Hertz yang menyatakan; demokrasi ialah pemerintahan yang dilakukan oleh semua untuk semua sebagai penentangan terhadap kepentingan perseorangan atau kepentingan kelompok yang terpisah (Drs. Sukarna, 1979). Abraham Lincoln bekas Presiden Amerika telah menghuraikan demokrasi sebagai pemerintahan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Maka dengan ini, sebarang bentuk pemerintahan yang berjalan secara demokratis tidak boleh melanggar hak-hak asasi perseorangan atau kelompok atau hak-hak asasi manusia melainkan melindunginya. Joseph Schumpeter pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan satu kaedah memilih pemimpin, menentukan perwakilan, mendapatkan persetujuan politik, membuat undang-undang dan keputusan. Di samping itu, demokrasi juga bertindak menentukan pemerintahan majoriti dan hak minoriti. Dari sini jelas bahawa demokrasi amat mementingkan atau menuntut sikap pertanggung jawaban daripada yang memerintah untuk yang diperintah. Apa yang terjadi jikalau orang yang diperintah tidak merasa apa-apa yang nikmat atau hasil pemerintahan daripada orangorang yang menjalankan kuasa pemerintahan tersebut sedangkan pemerintah adalah dipilih oleh orang yang diperintah. Seseorang pemerintah harus tahu akan tanggungjawabnya untuk mengatasi segala masalah rakyat serta menjadi kepentingan hidup meraka. Pemerintah yang faham akan tanggungjawabnya sudah tentu tidak akan mementingkan diri sendiri malah ianya akan bersikap adil terhadap semua golongan rakyat tanpa mengira kedudukan. Justeru itu, pemerintah dan yang diperintah dalam demokrasi adalah sama, yang membezakannya hanyalah fungsinya, iaitu pemerintah mempunyai fungsi untuk diatur agar supaya aturan yang dibuat dan disetujuinya dapat dijalankan (Sukarna, 1979). 7.3.1 Syarat-syarat Demokrasi

Terdapat sembilan syarat untuk menjayakan sistem demokrasi (K. Ramanathan, 1992) iaitu: a) Persamaan Politik Ini membawa maksud bahawa setiap individu tanpa mengira sama ada ia miskin, kaya atau berkulit sawo matang, putih atau dari aspek bilangannya ramai atau kecil, mereka sewajarnya mempunyai hak persamaan dalam politik. Dalam ertikata lain tiada diskrimasi dalam politik.

116

Politik dan Pentadbiran

b) Kebebasan Politik Kebebasan politik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu kebebasan bercakap, berakhbar, berhimpun dan berpersatuan. Kebebasan yang dimaksudkan ini membawa dua konsep utama iaitu: i) individu adalah bebas dari pengadilan pemerintahan. ii) individu mempunyai hak menyuarakan dan mengawal kerajaannya sendiri. c) Perlembagaan Demokrasi Perlembagaan yang dibentuk mestilah kukuh dan mampu menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi. Keperluan tersebut ialah kebebasan mengundi dan bersuara, badan perundangan, eksekutif dan kehakiman bebas. d) Pelajaran Untuk menjayakan demokrasi, pelajaran amat penting terutama dalam mewujudkan semangat kenegaraan dan kesedaran demokrasi di kalangan masyarakat. e) Penglibatan Dalam Politik Penglibatan oleh seluruh lapisan individu tanpa mengira jantina adalah penting bagi mewujudkan sebuah kerajaan demokrasi. Sekiranya hanya sebahagian kecil sahaja yang mengundi maka ini akan memudahkan sesuatu kumpulan kecil yang di susun rapi untuk menang di dalam pilihan raya tersebut dan memegang tampuk pemerintahan sedangkan ramai lagi rakyat yang tidak turun mengundi. Namun begitu, tidak semua rakyat yang terlibat dalam proses pengundian seperti kanak-kanak yang belum cukup umur untuk mengundi, orang asing, penjenayah dan orang kurang siuman. Syarat yang selalu digunakan oleh negara-negara demokrasi ialah kewarganegaraan, cukup umur iaitu 21 tahun ke atas, bermastautin di sesebuah negara atau bermastautin di daerah mana dia akan mengundi dan telah mendaftar untuk menjadi pengundi. f) Masyarakat yang setara Perpaduan di kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, bahasa, kewarganegaraan dan agama adalah penting untuk menjayakan sistem demokrasi. Tanpa perpaduan ini negara akan berpecah belah seperti mana yang berlaku di India pada tahun 1948, di mana ia telah berpecah kepada dua bahagian iaitu India dan Pakistan akibat dari ketidaksefahaman di antara masyarakat Muslim dan Hindu. Maka dengan itu ada sesetengah negara yang cuba mengwujudkan pendekataan satu bangsa dan satu bahasa seperti di Indonesia dan Amerika Syarikat. g) Persatuan Politik Syarat ini adalah penting bagi mengelakkan ketidakadilan pemerintahan oleh sesuatu kerajaan. Malah ia juga dapat menghalang timbulnya faktor117

Politik dan Pentadbiran

faktor pemaksaan dan pemerasan akibat dari perbezaan bahasa, agama dan lain-lain nilai dalam masyarakat. Sekiranya kerajaan menyeleweng dari dasar-dasar yang telah dibuat untuk rakyat maka rakyat boleh menjatuhkan kerajaan tersebut melalui proses pilihan raya. h) Pengagihan Harta Benda Pengagihan harta benda yang sama rata di kalangan rakyat dapat menjamin wujudnya sistem demokrasi yang lebih berkesan. Contohnya seperti di Switzerland, di mana negara ini tidak terdapat orang golongan yang terlalu kaya dan orang miskin yang terlalu miskin. Namun begitu, kerajaan tidak mempunyai hak untuk menghalang rakyat memiliki harta benda dan kekayaan kerana itu adalah hak semulajadi rakyat. Tetapi, kerajaan boleh mengawal hak tersebut bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat yang boleh menimbulkan perpecahan dan perpaduan di negaranya. i) Sikap tolak ansur Syarat ini adalah unsur utama yang harus wujud dalam masyarakat berdemokrasi bagi membolehkan banyak cadangan dan pendapat dibincangkan untuk membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan keputusan tersebut dapat diterima oleh semua pihak. Sikap memberi dan menerima adalah penting kerana demokrasi melibatkan konsep peraturan majoriti dan pihak minoriti pula bersikap menerima segala cdangan majoriti. 7.3.2 Jenis-jenis Demokrasi

Antara jenis-jenis demokrasi yang diamalkan pada masa kini ialah: a) Demokrasi Liberal Demokrasi liberal dikatakan merupakan satu sistem yang menghampiri dengan ciri ciri sistem demokrasi yang sebenar. Ini kerana ia melibatkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Ia juga mengambil kira pendapat kaum minoriti meskipun pendapat golongan majoriti mestilah diterima dalam segala hal. Kerajaan mengikut sistem ini adalah dari rakyat dan untuk rakyat. Maka dengan itulah pilihan raya yang bermusim diadakan. Individu bebas untuk memilih sesiapa sahaja calon yang mereka kehendaki tanpa paksaan serta mereka bebas untuk bersuara, berkumpul dan menerbit. Untuk menjamin kebebasan ini maka kuasa dalam kerajaan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti badan legislatif, eksekutif dan kehakiman yang mana ia dipegang oleh orang yang berlainan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Sistem desentralisasi juga diadakan untuk membahagikan kuasa kepada beberapa peringkat negeri dan daerah seperti mana yang terdapat di Malaysia dan Amerika.

118

Politik dan Pentadbiran

b) Demoraksi Proletar Demokrasi jenis ini dikenali sebagai pemerintah totalitarian atau sistem komunis. Sistem ini wujud melalui dua punca utama: (i) melalui Revolusi seperti di Russi dan China. (ii) selepas Perang Dunia Kedua seperti di Eropah. Di dalam sistem ini, individu tidak mempunyai hak untuk menentukan pemerintah tetapi pemerintah mempunyai hak yang penuh terhadap setiap individu di negara tersebut. Jikalau ada pilihan raya sekalipun, hanya seorang yang bertanding dan calon teresbut dipilih oleh pemerintah. c) Demokrasi Terpimpin Di dalam demokrasi ini, tentera memainkan peranan penting contohya seperti di Pakistan, Myanmar dan Indonesia. Tempoh jawatan seseorang pemimpin adalah tidak tetap dan setiap pemimpin tersebut mengesa rakyat untuk mendapat latihan dan pendidikan terlebih dahulu sebelum demokrasi liberal dijalankan. Malah pihak tentera yang menentukan bila kerajaan demokrasi akan di tubuhkan. Pengundian yang diadakan bukan untuk memilih calon tetapi untuk mengetahui pendapat rakyat. 7.4 KESIMPULAN

Kebanyakan negara di dunia ini mengamalkan demokrasi liberal iaitu salah satu sislem demokrasi yang berada di tahap yang hampir dengan demokrasi tulen. Ini menjelaskan bahawa tiada satu pun negara di dunia yang benar-benar mengamalkan demokrasi yang sebenar-benarnya meskipun ada negara seperti Amerika Syarikat yang mendakwa bahawa ia telah mengamalkan demokrasi yang sebenarnya. Walaupun Amerika Syarikat memberikan kebebasan yang penuh terhadap rakyatnya, tetapi penindasan terhadap kaum kulit hitam rnasih jelas seperti yang berlaku di Los Angeles sedangkan mengikut demokrasi sebenar, perbezaan warna kulit tidak timbul malah setiap individu mempunyai haknya yang tersendiri. Di Malaysia sendiripun, demokrasi sebenar belum dicapai kerana pemerintahan yang diamalkan adalah berdasarkan kepada pemerintahan parti di mana segala keputusan yang hendak dibuat adalah mengambil kira kehendak masyarkat di dalam parti tersebut dan bukan kepada rakyat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, sistem demokrasi yang diamalkan oleh setiap negara akan sampai kepada tahap demokrasi tulen.

119

Politik dan Pentadbiran

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


1. Ideologi politik dikaitkan dengan corak sistem politik, penggunaan kuasa, peranan individu, corak sistem ekonomi dan sosial serta objektif masyarakat. Ideologi adalah satu penyelarasan dan penggabungan pola pemikiran dan kepercayaan, atau pemikiran bertukar menjadi kepercayaan, menerangkan sikap manusia tentang kepimpinan dan kehadirannya dalam masyarakat dan mengusulkan suatu kepimpinan serta memperseimbangkan berdasarkan pemikiran dan kepercayaan itu. Ideologi adalah pengetahuan mengenai cara menyembunyikan kepentingan, mendapatkan serta mempertahankan kekuasaan dengan memanfaatkan konsep-konsep keagamaan dan tipu daya. Ideologi juga merupakan hasil pemikiran tertentu yang diciptakan oleh para pemikir sesuai kepentingannya. 2. Dua ciri ideologi ialah: a. Mengandungi teori penerangan yang luas tentang pengalaman manusia dan dunia luar. b. Ia membentangkan program secara am dan abstrak tentang organisasi sosial dan politik.

120

You might also like