You are on page 1of 7

KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH

AHLI KUMPULAN: KHAIRUNNISA MAHAT NORHAZLINA AZMI NOOR FAIQAH OTHMAN NORAIZA AZHAR NAQIAH HANIM NAZARI

PENGERTIAN FALSAFAH
Perkataan falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu

philos yang bermaksud mencintai dan sophia bermaksud kebijaksanaan.


Gabungan kedua-dua perkataan ini membentuk satu

istilah yang memberi makna perihal mencintai kebijaksanaan.

KONSEP FALSAFAH
Terdapat ramai ahli falsafah yang menyatakan pandangan mereka tentang konsep falsafah. Antaranya ialah:
Russell (1946)

Sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, sepeti teologi falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller

Usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting. Contohnya, pendidikan.
Sharifah Alawiah Alsagoff

Pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting.Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem pemikiran.

Thomas Hobbes

Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menerangkan hubungan sebab dengan hasil.
Immanuel Kant (ahli falsafah German)

Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidiki dasar-dasar untuk mengetahui sesuatu dan bertindak.
Plato (427-347 s.m.):

usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialektik dan Usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia.

Socrates (469-399 s.m.)

-usaha melalui penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan. -berpusatkan kepada manusia dan tingkahlakunya
Aristotle (384-322 s.m.) :

Falsafah ialah ilmu tentang kebenaran. Kebenaran mungkin diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizika, logika, retorika, etika, estetika, ekonomi dan politik.
Cicero (106-43 sm.):

falsafah sebagal ibu dari semua seni. falsafah ialah punca dari segala ilmu pengetahuan yang terluhur.

Thomas Aquinas (1225-1274) :

Falsafah ialah alat untuk menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dapat dicapai oleh akal manusia. Tegasnya lagi kebenaran teologi (ketuhanan) yang diterima oleh kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh suatu kebenaran falsafah yang dicapai dengan akal manusia.

You might also like