You are on page 1of 18

GEOGRAFI

Unit 11:Pengaruh
Manusia terhadap cuaca
dan iklim

Nama: Hariprasath A/L Perumal


Kelas: 1 Azam Wawasan
Guru: Pn. Arzia
11.1 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca
dan Iklim.

Manusia telah menjalankan pelbagai kegiatan


untuk memenuhi keperluan hidup. Contohnya,
hutan ditebang untuk dijadikan petempatan,
perkilangan, pembalakan dan pengangkutan.

Kegiatan-kegiatan manusia ini telah membawa


banyak kesan kepada cuaca dan iklim.

11.2 Peningkatan Suhu Bumi.


➢ Ini disebabkan oleh pertambahan bahan-
bahan pencemar seperti karbon
dioksida,karbon monoksida,nitrogen
dioksida,habuk dan debu.
➢ Perindustrian yang pesat,pembakaran
bahan api fosil,pelepasan asap kenderaan
dan pembakaran terbuka yang
menghasilkan bahan pencemar udara.
➢ Bahan-bahan pencemar tersebut akan
menerima dan menyerap sinaran matahari
gelombang pendek dengan banyak ke
bumi.Ini menyebabkan suhu bumi
semakin meningkat.

.Punca yang menyebabkan peningkatan suhu dunia.


➢ Kekurangan tumbuh-tumbuhan akan
menyebabkan proses fotosintesis terganggu dan
ini menyebabkan kandungan karbon dioksida di
dalam udara meningkat.
➢ Gas karbon dioksida bertindak seperti selimut.Ia
membenarkan haba masuk kemudian
memerangkapnya.

➢Antara kesan peningkatan suhu bumi ialah:


a) Pencairan ais dan glasier di kutub Utara dan
Selatan
b)Kenaikan paras laut
c) Kemarau berpanjangan
d)Hasil pertanian terjejas
e) Banjir di kawasan persisiran pantai
f) Ribut tropika yang dahsyat

➢Antara punca yang menyebabkan


peningkatan suhu dunia ialah:
a) Penebangan hutan
b)Perindustrian yang pesat
c) Pembakaran bahan api fosil
d)Pelepasan asap kenderaan
e) Pembkaran secara terbuka

11.3 Kesan Rumah Hijau


➢ Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang
berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah
hijau di dalam sesuatu ruang tertutup
meningkat dan menyekat haba daripada
mudah terbebas.
➢ Antara gas-gas rumah hijau ialah karbon
dioksida, karbon monoksida dan nitrogen
dioksida.
➢ Sejarah kesan rumah hijau bermula pada
zaman Revolusi Perindustrian.
➢ Manusia mula menggunakan bahan api fosil
secara meluas (menyebabkan karbon dioksida
bertambah)
➢ Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut
yang membenarkan haba masuk kemudian
akan memerangkap haba ini.

Punca-punca Kesan Rumah Hijau


➢ Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara
semulajadi atau buatan manusia
Semulajadi
• Letusan gunung berapi yang membebaskan
gas-gas sulfur dan karbon.
• Pembakaran hutan juga melepaskan beberapa
gas yang berbahaya
Buatan Manusia
• Kesan rumah hijau kebanyakan berpunca
daripada pembebasan bahan pencemaran
udara, seperti asap daripada kenderaan dan
kilang
• Penggunaan penyembur aerosol: sesetengah
peti sejuk dan penghawa dingin yang
membebaskan CFC

Kesan Rumah Hijau Mengakibatkan


a)Kenaikan paras laut
-Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan
Antartika yang disebabkan oleh pencairan
ketulan-ketulan ais dan boleh menyebabkan
kejadian banjir di kawasan persisiran pantai.
b)Perubahan Iklim
-Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau
dan banjir berlaku dengan tidak diduga .Ini
mengurangkan penghasilan hutan dan
pertanian.
-Perubahan cuaca yang melampau(taufan,
banjir, tanah runtuh, dll)
c)Kesihatan manusia terganggu
-Perubahan suhu boleh menyebabkan
‘heatwave’ di beberapa tempat dan
penduduk kawasan terutamanya penduduk
tua boleh mengalami ‘heatstroke’.

Heatwave=musim atau kala hawa terlalu panas.


Heatstroke=strok haba; penyakit disebabkan terdedah
lama pada matahari.
11.4 Jerebu
➢ Kejadian jerebu disebabkan oleh debu, asap, abu,
habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang
terapung dalam atmosfera.
➢ Misalnya terjadi di kawasan bandar dan kawasan
perindustrian kerana kawasan-kawasan ini
melepaskan sejumlah besar bahan-bahan
pencemar.
Punca-punca menjadinya jerebu.

➢ Kegiatan perindustrian
➢ Pembakaran terbuka
➢ Pembakaran bahan api
➢ Pelepasan asap dari kenderaan
➢ Kebakaran hutan

Kesan-kesan jerebu.

➢ Mengurangkan jarak penglihatan


➢ Menjejaskan kesihatan
• Kesukaran bernafas
• Asma
• Sakit mata
• Radang paru-paru

11.5 Hujan Asid


➢ Hujan asid ialah hujan yang mengandungi asid
lemah, iaitu nilai pHnya kurang daripada 5.6
➢ Hujan asid berlaku apabila udara tercemar oleh
gas-gas oksida seperti sulphur dioksida, nitrogen
dioksida, dan karbon dioksida.
➢ Gas-gas ini akan larut dalam wap air di udara
untuk menghasilkan asid nitric dan asid sulfurik
lemah.

Punca-punca hujan asid.


➢ Pembakaran secara terbuka
➢ Pelepasan asap oleh kenderaan
➢ Pembakaran api fosil
➢ Kilang perindustrian
➢ Loji peleburan logam

Kesan-kesan hujan asid.

➢ Mencemar air minuman


➢ Mengancam kesihatan manusia seperti
menjejaskan pernafasan dan menyebabkan
penyakit kulit.
➢ Merosakkan tanaman dan menyebabkan hasil
tanaman merosot.
➢ Merosakkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan
semulajadi
➢ Menjadikan barang besi dan logam-logam lain
berkarat
➢ Memusnahkan hidupan akuatik

11.6 Pulau Haba Bandar


➢ Pulau haba bandar ditakrifkan sebagai
peningkatan suhu yang tinggi di dalam Bandar
berbanding suhu di luar bandar.

Punca-punca pulau haba bandar.

➢ Bangunan konkrit dan jalan-jalan berturap di


bandar dapat menyerap dan memerangkap haba
dengan lebih cepat
➢ Bahan pencemar yang dibebaskan oleh kenderaan
dan kilang di bandar akan menyerap bahang
matahari dan menghalang pembalikan bahang
keluar ke atmosfera
➢ Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar
➢ Ketiadaan daun dan litupan pokok di bandar
menyebabkan proses perpeluhan

Kesan-kesan pulau haba bandar


➢ Kelesesaan penduduk terjejas
➢ Penduduk bandar mengalami sakit kepala
➢ Pembebasan gas rumah hijau seperti
klorofluorokarbon semakin bertambah kerana
pendingin hawa banyak menggunakannya.
11.7 Penipisan Lapisan Ozon
➢ Lapisan ozon ialah satu lapisan gas dalam atmosfera
yang mengililingi bumi. Lapisan ini berada pada paras
20 kilometer – 25 kilometer dari permukaan bumi.
➢ Lapisan ozon penting kepada kita kerana ia bertindak
untuk menyerap dan memantulkan balik sinaran
ultraungu yang berlebihan ke angkasa.
Punca-punca penipisan lapisan ozon.
➢ Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) dalam
system penyaman udara dan peti sejuk.
➢ Penggunaan bahan aerosol dalam penyembur racun
serangga dan minyak wangi.
➢ Penggunaan baja nitrogen dalam pertanian
membebaskan nitrus dioksida.
➢ Kapal terbang supersonik yang membebaskan nitrogen
dioksida
➢ Ujian senjata nuklear dan penggunaan bahan nuklear
membebaskan gas nitrogen dan nitrogen dioksida
Kesan-kesan penipisan lapisan ozon.

➢ Menyebabkan penyakit barah kulit dan katarak


mata
➢ Melemahkan sistem pelalian badan
➢ Menyebabkan mutasi dan kecacatan kelahiran
➢ Peningkatan suhu, kemarau berpanjangan dan
keadaan cuaca yang tidak menentu
➢ Mengurangkan proses fotosistensis
11.8 Kemarau

➢ Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang


berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau
tiada hujan langsung.
➢ Kemarau berpunca daripada kegiatan manusia
seperti pembalakan dan aktiviti pertanian pindah
yang melibatkan penebangan kawasan hutan.

Kesan-kesan kemarau.
➢ Masalah krisis air
➢ Tiada litupan tumbuh-tumbuhan –
mengurangkan proses perpeluhan dan
menyebabkan udara menjadi kurang lembap
➢ Udara kurang lembap-tidak akan membawa
hujan
Nama : Hariprasath A/L Perumal

Umur : 13 Tahun

Tarikh Lahir : 15 Julai 1996

Tempat Lahir : Klang

No. K/P : 960715-10-6377

E-mel : p.hariprasath@yahoo.com /
hari_15_07@live.com.my

You might also like