You are on page 1of 5

SOALAN 1

Terdapat TIGA (3) organisasi perniagaan yang terdapat di Malaysia iaitu perniagaan
tunggal,perkongsian dan syarikat.
a) Terangkan definisi syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.

Syarikat adalah merupakan satu perbadanan yang menjalankan perniagaan untuk tujuan
perdagangan dan perindustrian. Menurut Seksyen 4, Akta Syarikat 1956 atau mana-
mana enakmen sebelumnya yang berkaitan. Ertinya sesebuah syarikat itu hanya
tertubuh apabila ianya didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat di bawah Akta
Syarikat 1965.

Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, bererti ia mempunyai entity undang-undang


yang khusus dan berasingan daripada personality ahli-ahlinya serta mempunyai hak-
hak dan tanggungjawab tertentu, contohnya syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas
namanya sendiri, mempunyai hak untuk memiliki harta dan sebagainya.

Menurut Oxford English Dictionary pula, syarikat didefinisikan sebagai penyatuan


beberapa individu-individu yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan satu
objektif yang sama atau serupa. Maksudnya, perkara-perkara yang perlu wujud pada
sesebuah syarikat itu ialah :-

I. Penyatuan individu-individu iaitu keahliannya adalah melebihi daripada


seorang ahli.
II. Mempunyai objektif yang sama di kalangan ahli-ahli perbadanan yang lazimnya
bersatu untuk tujuan perbadanan.

b) Huraikan LIMA (5) perbezaan di antara perniagaan tunggal perkongsian dan


syarikat.

Aspek Perniagaan tunggal perkongsian Syarikat


Bilangan keahlian Seorang sahaja Biasa- 2 hingga 20 orang
Professional-boleh melebihi 20 orang 2 hingga 50 orang
Keupayaan untuk memiliki @memegang harta Kepunyaan tunggal Kepunyaan ahli-ahli
kongsi Kepunyaan syarikat bukan ahli-ahlinya
Tanggungan ahli terhadap hutang Secara peribadi Ahli-ahli kongsi secara
peribadi sehingga selesai Syarikat itu sendiri dan ahli tidak akan
bertanggungan secara peribadi
Tindakan bagi prosidind undang-undang Di atas nama peribadi Ahli-ahli itu
sendiri Atas nama syarikat itu sendiri dan boleh juga mendakwa mana-mana pihak
atas namanya sendiri
Jangkamasa hayat dan pembubaran Bergantung kepada diri sendiri Bergantung
kepada perjanjian ahli-ahlinya Berdasarkan peruntukan-peruntukan yang
termaktub di dalam A.Syarikat 1965.

SOALAN 2
a) Menurut seksyen 16 (5) Akta Syarikat 1965, syarikat dikatakan mempunyai
entitinya sendiri di sisi undang-undang sebaik sahaja ia ditubuhkan dengan
berdasarkan kes Salomon lwn A. Salomon & Co. Ltd (1897), huraikan definisi prinsip
entity berasingan tersebut.

Apabila sesebuah syarikat itu diperbadankan, ia mempunyai sifat entiti berasingan


dari orang-orang yang menubuhkannya. Prinsip entiti ini dinyatakan jelas dalam kes
Salomon A. Salomon & Co. Ltd (1897),
Contoh kes :

Salomon menjalankan perniagaan kasut. Salomon telah menubuhkan syarikat berhad


iaitu Salomon Co. Ltd. Salomon merupakan pemegang saham utama syarikat. Selepas
beberapa lama syarikat menjalankan perniagaan, syarikat mengalami kerugian dan
diperintahkan oleh mahkamah untuk digulungkan. Kreditor yang tidak bercagar pula
tidak mendapat bayaran kerana syarikat tidak mampu bayar hutang. Oleh itu,tuntutan
secara peribadi dibuat ke mahkamah.
Persoalannya adalah, adakah Salomon bertanggungan terhadap hutang-hutang Salomon &
Co. Ltd secara peribadi?
Walaupun Salomon bertanggungan terhadap pengurusan syarikat tidak bererti beliau
mesti bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat. Hutang syarikat
merupakan hutangnya sendiri dan bukan hutang ahli-ahlinya. Perbezaan ini merupakan
entity berasingan dalam syarikat.

b) Huraikan LIMA (5) kesan prinsip entity berasingan bagi syarikat yang telah
diperbadankan. Sokong jawapan anda bersama dengan contoh kes yang bersesuaian.

I. Syarikat adalah merupakan satu badan korporat yang mempunyai kuasa sebagai
sebuah perbadanan.

• Sesebuah syarikat merupakan ‘legal person’ yang dibentuk dan diiktiraf oleh
undang-undang. Dalam hal ini syarikat dikenali sebagai ‘artifical legal person’
di mana ia berbeza dari seseorang individu yang dikenali sebagai manusia biasa.
• Syarikat diiktiraf oleh undang-undang sebagai mempunyai kuasa dan liability
sebagai seseorang individu.
II. Syarikat boleh memiliki hartanya sendiri
• Selsyen 16 (5) Akta Syarikat 1965 , hanya menyebut tanah sahaja, tetapi
dalam erti kata sebenarnya, syarikat juga boleh memiliki harta benda yang lain.
Walaupun seseorang ahli mungkin merupakan pemegang saham terbesar atau memiliki
kesemua saham syarikat, ini bukanlah bererti harta syarikat adalah milik peribadi
beliau.
III. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa dengan menggunakan nama syarikat itu
sendiri.
• Apabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan atau didakwa oleh pihak
lain yang berurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama
syarikat sendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli,
di mana mereka tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk membuat dakwaan bagi
pihak syarikat.
IV. Syarikat mempunyai kesinambungan hayat iaitu ia berkekalan secara turub
temurun
• Sesebuah syarikat tidak akan mengalami pembubaran akibat dari kematian salah
seorang atau kesemua ahli-ahlinya. Syarikat akan sampai ke pengakhiran hayatnya
apabila syarikat tersebut mengalami penggulungan ataupun pendaftar syarikat
memberikan perintah pergulungan.
V. Tanggungan/liability ahli-ahli syarikat adalah terhad
• Tanggungan atau liability ahli-ahli syarikat terhadap hutang syarikat adalah
ditanggung oleh syarikat itu sendiri.
SOALAN 3
Jawapan
Isu/Persoalan
1. Adakah Baba berhak menggunakan syarikat demi kepentingan dirinya dan
bersubahat dengan syarikat milik keluarganya?
2. Adakah Baba akan dikenakan tindakan kerana menggunakan komponen-komponen
computer Smart It & Services secara rahsia?
3. Adakah Ali dan Bujang patut meneruskan pendakwaan mereka atas kesalahan-
kesalahan Baba sebagai salah satu pengarah di syarikat itu?

Undang-undang yang berkaitan


• Seksyen 132 (1)
Seorang pengarah hendaklah pada semua waktu bertindak jujur dan menggunakan
ketekunan yang munasabah dalam melaksanakan kewajipan jawatannya.

• Seksyen 132 (2)


Seorang pegawai atau ejen syarikat atau pegawai Pasar Saham tidak boleh
menyalahkan mana-mana maklumat yang diperolehi dengan kehendak kedudukannya
sebagai seorang pegawai atau ejen syarikat itu atau pegawai Pasar saham untuk
mendapat peluang bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain atau menyebabkan
kerugian pada syarikat itu secara langsung atau tidak langsung.

• Seksyen 132 (3)


Seorang pegawai atau ejen pegawai Pasar Saham yang melanggar kehendak seksyen ini
hendaklah :
a) Berhak kepada syarikat itu bagi mana-mana keuntungan yang dibuat olehnya
atau bagi mana-mana kerosakan yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran
itu dan
b) Bersalah melakukan kesalahan terhadap akta ini.

Penalti : hukuman penjara selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgit.

• Prinsip entiti berasingan


Syarikat boleh mendakwa dan didakwa dengan menggunakan nama syarikat itu sendiri.
Apabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan atau didakwa oleh pihak lain
yang berurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama syarikat
sendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli, di mana
mereka tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk membuat dakwaan bagi pihak
syarikat.

Kes yang berkaitan


1. Boardaman lwn Phipps (1967)
“seorang pemegang amanah tidak boleh meletakkan dirinya di dalam keadaan di mana
berlaku percanggahan kepentingan di antara tugasnya dan kepentingan dirinya.”
2. Foss lwn Harbottle (1843)
Dua orang pemegang saham di Victoria Park Company telah mengambil tindakan undang-
undang terhadap pengarah syarikat dan beberapa orang yang lain. Mereka mendakwa
bahawa set/harta syarikat itu telah disalahgunakan. Isu yang timbul ialah samada
dua orang pemegang saham itu layak membuat dakwaan bagi pihak syarikat?
Mahkamah telah memutuskan bahawa penyalahgunaan harta tersebut adalah merupakan
satu kerugian kepada syarikat, bukannya kepada ahli-ahli syarikat tersebut. Ahli
syarikat dan syarikat mempunyai entiti yang berbeza. Justeru itu,mereka tidak
layak untuk membuat dakwaan tersebut. Sepatutnya syarikat itu sendiri mendakwa
pihak-pihak yang terlibat.

Aplikasi
1. Baba seharusnya jujur dalam memegang tanggunjawag salah satu pengarah
syarikat kerana mengiktu seksyen 132(1) hendaklah melakukan kerja dengan jujur dan
tekun.
2. Baba tidak seharusnya mengambil harta syarikat,mengambil keuntungan peribadi
dan didapati bersalah di bawah jenayah pecah amanah mengikut seksyen 132(2) Akta
syarikat 1965.
3. Baba juga boleh dikenakan penalti atas kesalahan yang dibuat mengikut
seksyen 132(3)
4. Mengikut prinsip entiti berasingan,Ali dan Bujang tidak ada hak menuntut
peribadi dengan Baba kerana dakwaan sepatutnya dibuat atas nama syarikat.

Kesimpulan
1. Baba tidak mempunyai hak menggunakan harta syarikat demi kepentingan
peribadi kerana akan melanggar akta syarikat 1965.
2. Baba akan dikenakan tindakan penalti mengikut keputusan mahkamah dan akta
syarikat 1965.
3. Ali dan Bujang sepatutnya menggunakan nama syarikat untuk mendakwa Baba
kerana Baba telah mengambil harta syarikat kerana mengikut entity berasingan Akta
syarikat 1965.

Soalan 4
a) Huraikan dengan terperinci perkara-perkara berikut :

I. Notis Panggil Mesyuarat

Seksyen 148(1) Akta syarikat 1965, setiap ahli berhak menghadiri, bersuara dan
mengundi di dalam mana-mana revolusi mesyuarat.

Walau bagaimanapun, sebelum mesyuarat dipanggil, notis hendaklah diberi kepada


setiap ahli. Notis ini hendaklah diberi sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
diadakan mesyuarat-s.145(2) Akta Syarikat, 1965. Tetapi artikel persatuan boleh
memperuntukkan tempoh yang lebih lama dari seksyen ini.

Jika mesyuarat dipanggil untuk meluluskan revolusi khas, maka notis hendaklah
diberi sekurang-kurangnya 21 hari sebelum mesyuarat diadakan-s.152(1) Akta
Syarikat.

II. Korum

Biasanya artikel persatuan akan memperuntukkan korum bagi sesebuah syarikat


tersebut. Jika artikel persatuan menyepi mengenai hal ini s.147(1) (a) Akta
Syarikat memperuntukkan 2 orang ahli syarikat boleh membentuk korum di dalam
mesyuarat. Korum ini hanya perlu hadir pada permulaan sesuatu mesyuarat tersebut
saja dan bukan sepanjang mesyuarat. Korum yang tidak cukup tidak akan member kesan
kepada mesyuarat melainkan mahkamah berpendapat perkara tersebut akan menyebabkan
ketidakadilan berlaku.

III. Pengudian
SOALAN 5
a) Terangkan keadan-keadan yang boleh menyebabkan sesebuah syarikat digulung
secara sukarela.

Apabila tempoh, jika ada, ditetapkan untuk jangka masa tertentu bagi syarikat
sengan memorandum atau artikel-artikel telah tamat, atau kejadian jika ada,
berlaku, dengan mana memorandum atau perkara-perkara syarikat memperuntukkan
bahawa syarikat adalah dibubarkan dan syarikat dalam mesyuarat agungnya meluluskan
satu resolusi yang menghendaki syarikat digulung secara sukarela.

b) Huraikan EMPAT (4) kesan penggulungan sukarela syarikat menurut Akta


Syarikat 1965.

You might also like