You are on page 1of 11

INTEGRASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

MAKSUD INTEGRASI
Integrasi penggabungan, dua atau beberapa kaum
(unsur, hubungan,dll) menjadi satu kesatuan

Integrasi dalam Pendidikan Jasmani bagaimana PJ itu dapat menggabungkan unsur


beberapa kaum menjadi satu

INTEGRASI DI MALAYSIA
Menghormati kepelbagaian dan meraikan ciri-ciri budaya kaum masingmasing Pada masa yang sama, memupuk dan mengambangkan budaya nasional Hal ini akan membentuk konsensus (persetujuan bersama terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya secara pentadbiran dan paksaan Asal kepada integrasi kaum ialah rakyat itu sendiri(bermula daripada pelajar / murid di sekolah)

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


PENYATA RAZAK (1956) Antara tumpuan utama dalah memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara

Antara tujuan :
melahirkan perpaduan antara kaum sebagai suatu rumpun bahasa Tanah Melayu

mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (1991) Antara matlamat Meyatukan sistem pelajaran bagi memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan

UNSUR NILAI-NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN Komponen bersepadu yang penting dan perlu diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran selain mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

INTEGRASI DALAM KURIKULUM PJ


Pembentukan sahsiah dan disiplin pelajar boleh dilakukan melalui pendidikan jasmani di sekolah-sekolah Pendidikan jasmani juga mampu merapatkan hubungan antara pelajar sama ada sesama kaum ataupun daripada kaum-kaum lain Struktur serta perjalanan kelas pendidikan jasmani berbeza dengan kelaskelas akademik kerana dalam kelas jasmani para pelajar lebih bebas bergerak dan bertindak

Hanya dalam kelas jasmani integrasi kaum bukan hanya melibatkan perbualan malah memperlihatkan aksi dan reaksi terhadap sesuatu situasi yang tidak dirancang

INTEGRASI DALAM KURIKULUM PJ


Pendidikan jasmani menjurus kepada pembentukan sahsiah dan disiplin serta integrasi maka pendidikan kewarganegaraan disertakan dalam kurikulum Kurikulum pendidikan jasmani hari ini boleh dikategorikan kepada bidang pendidikan perkembangan, pendidikan pergerakan, pendidikan humanistik, pendidikan sukan, pembelajaran kinesiologikal dan pendidikan kesihatan Mengutamakan objektif pendidikan kewarganegaraan sewaktu mengajar pendidikan jasmani

INTEGRASI DALAM KURIKULUM PJ


Pendidikan jasmani terbukti mampu membentuk sahsiah pelajar sekiranya dilakukan secara teratur sebagaimana seorang guru mengajar pelajar membaca dan menulis Aktiviti-aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani mempunyai nilai etika dan estetika yang perlu dipupuk dengan betul kepada generasi muda Kelas pendidikan jasmani selain dari menyediakan peluang melakukan kemahiran sukan, ia merupakan satu-satunya kurikulum yang menyediakan pengalaman-pengalaman secara langsung sama ada secara teori atau amali

INTEGRASI DALAM KURIKULUM PJ


Isi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan kooperatif dengan menekankan kepada empat konsep Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan, penglibatan aktiviti pelajar secara langsung dan mewujudkan keseronokan Namun begitu pendidikan jasmani perlu didefinisikan semula berdasarkan objektif utama pengajaran kelas pendidikan jasmani iaitu kompetitif, kooperatif dan individu

INTEGRASI DALAM KURIKULUM PJ


Objektif kompetitif memfokus kepada keputusan satu-satu permainan atau pertandingan manakala objektif ko-operatif memfokuskan tanggungjawab antara satu sama lain Objektif individu pula memberi fokus kepada diri individu sebagai yang terbaik Menurut mereka, membentuk isi pengajaran pendidikan jasmani berasaskan nilai koperatif membolehkan pelajar memahami, menggunakan serta menyebatikan perlakuan-perlakuan beretika dalam kelas pendidikan jasmani

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi ke-4, DBP, 2005 Negara Bangsa, Proses dan Perbahasan, Edisi ke-2, Abd Rahman Embong, 2006, UKM Kenegaraan Malaysia, Isu-Isu Dalam Pembinaan Negara, Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani, 2003, PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Pahang http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=40&t=187 http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2003&dt=0915&pub=Dunia Pendidikan&sec=Kaunseling&pg=ka_01.htm

You might also like