You are on page 1of 10

PERKEMBANGAN MENTAL / KOGNITIF

Kemahiran berfikir

Konstruktivisme

Kepelbagaian kecerdasan

CARA BERFIKIR SECARA KRITIS

Menciri

Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat, ciri dan kualiti.
Membanding dan membaca Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti serta unsur satu peristiwa atau objek Mengumpul dan mengkelas Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Membuat urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri atau sifat.

Menyusun mengikut keutamaan

Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Mengesan pengaruh Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu.

Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Membuat kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

CARA BERFIKIR SECARA KREATIF

Menjana idea Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

Menghubungkaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Membuat inferans Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Meramalkan Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Membuat hipotesis

membuat pernyataan umum mengubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
Mensintesiskan Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak . Mengitlak Membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Membuat gambaran mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa

Mereka cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud.

TUJUAN KEMAHIIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

Mendapatkan latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

Mengatasi kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina keyakinan diri untuk memberi hujah.

You might also like