You are on page 1of 6

SENARAI TUGAS AJK HEM

Bidang Tugas Jawatankuasa HEM


1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas Melantik Pengawas Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar Menasihatkan dan membimbing pengawas Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Pengawas b) Jawatankuasa Disiplin Murid

mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah 2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah

a) Bangunan dan kelas Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan

Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi untuk setiap penggal Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas. Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam b) kawasan sekolah

Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah c) Kantin Sekolah

Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran

Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah

Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan

Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir tahun Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabotperabot berada dalam keadaan terkawal f) Jawatankuasa Tandas

Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3 kali sehari Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan kebersihan dalam tandas. Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas di sekolah Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas sentiasa dijaga

g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan murid sekolah dan melaporkan ke JPWP Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat takungan air dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu

Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah jika perlu

3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahunMemproses semua borang SPBT Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada akhir penggal Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan SPBT Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua guru dan pelajar Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang rosak

4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari Jabatan Pelajaran Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar sekolah Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG 5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling

Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru bimbingan dan kaunseling Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan yang diperlukan

Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar Merancang dan menyelaras program PRS Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka Menjalankan program motivasi untuk pelajar Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang dirujuk kepadanya Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid 6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid

Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek 7.Jawatankuasa Majalah Sekolah

Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah Mendapatkan iklan majalah sekolah Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain 8. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng

Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu tidak hadir dan ponteng

Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiaptiap akhir bulan Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang dikehendaki Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa pulang Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan dicatat pada papan kenyataan dalam pejabat 9. Jawatankuasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan

Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan Menasihatkan dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan ketua tingkatan dan penolong tingkatan 10. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)

Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan guru tingkatan

You might also like