Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengertian Isra' Mi'Raj

Pengertian Isra' Mi'Raj

Ratings: (0)|Views: 2,371 |Likes:
Published by Zamzam

More info:

Published by: Zamzam on Sep 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
PENGERTIAN ISRAMIKRAJ
 
Sidang Jumaat yang berbahagia
 
Pada kesempatan yang mulia dan di hari yang penuh berkatini, saya menyeru pada diri saya sendiri dan kepada tuan sidang Jumaat sekalian agar beriman dan bertaqwa kepada AllahAzzawajalla dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan mengikutsegala suruhan dan ajaranNya di samping meninggal segalalaranganNya.Inilah tanda-tanda bahawa seseorang itu benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.
 
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah
 
 Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabianRasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabis.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwayang sangant penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra'dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran,kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala.Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah
al-Isra'
yangbermaksud :
Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatumalam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkatisekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi MahaMelihat. 
Sidang Jumaat yang dihormati
 
Isra'membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.wpada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
 
ManakalaMikrajmembawa maksud naiknya nabi s.a.w kelangit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
 
Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secaraumum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di manakedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaanbaginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruhnabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripadafirman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "
asra bi'abdihi lailan
" yang bermaksud memperjalankan hambaNya
 
pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di siniiaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuhdan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlakupada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "
asra bi ruhi 'abdihi
 
lailan
" yang bermaksud memperjalankan ruhhambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya dimana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telahmemperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaantubuh dan ruhnya serentak.
 
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman ataumereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawaperistiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun merekaberbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau punsebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepadaAllah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuhkeimanan kepada peristiwa ini.
 
Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadipadanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafirbertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w.Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai jugadi kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telahpun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitumembenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuhsebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakarapabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apayang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegasmenyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkaumerupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawabaginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka akutetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinanyang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalammempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
 
Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satuujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benarberiman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadapAllah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum inimenyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengarpenjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj,mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtadnamun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atasmereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa
 
itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlakuselepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di MadinahMunawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskanbahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorangyang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannyalalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagiagar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kakikanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakanbahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinyasecara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itumaka orang itu terus mengatakan bagaimana kita bolehmempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkanuntuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidakmampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu bagindas.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab.Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasandengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk kerumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar darirumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpabanyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya SayyidinaUmar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orangitu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa diabukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalammasalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itukepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannyauntuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihatbagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapatmengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapanAllah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahamibahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilahbertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hariini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuatkebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasasedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan,membasmi placuran, menghadkan penjualan arak dansebagainya tidak dilaksanakan.
 Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau puntidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ada liked this
sokmo liked this
Indra Gunawan liked this
lanrahim liked this
Mas Hafezee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->