You are on page 1of 6

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 1. Berlari 2. Melompat 3. Hantaran bola 4. Menyambut bola 5.

Mengelecek bola dengan tangan 6. Mengadang 7. Menjaring 8. Menjaga gol KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut : a) Hantaran bahu b) Hantaran lantun c) Hantaran aras dada d) Hantaran lompat e) Hantaran sisi HANTARAN BAHU Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya. HANTARAN LANTUN Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

HANTARAN ARAS DADA Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan. HANTARAN LOMPAT Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan. HANTARAN SISI Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar. PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut: a) Suai-masa (timing) bilakah bola patut dilepaskan? b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya? c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif? d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat

dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut: a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi. b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep konsep Penting dalam Sistem Tuas 1. Daya usaha di mana otot menghasilkan daya. 2. Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri. 3. Paksi/fulkrum sendi 4. Lengan daya dan lengan beban. a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat. b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan. Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat. KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya. 2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola. 3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola. 4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat. 5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang. 6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang. 7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. CARA MENANGKAP BOLA 1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik. 2. Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan keduadua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola. 3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk

kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola. 4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas. KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA 1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan. 2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang. 3. Tidak menggunakan pergelangan tangan. 4. Genggaman yang tidak kemas. 5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan. MEMEGANG BOLA Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya. Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Humum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar. Konsep konsep Penting dalam Inersia 1. Otot otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot otot kecil. 2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum) Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asasbola.html

You might also like