You are on page 1of 2

INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK

4 IKBB -=
a) Syarikat Insurans
b) Bank Simpanan Nasional (BSN)
c) Lembaga Tabung Haji (LTH)
d) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

A) SYARIKAT INSURANS
- tawarkan perkhidmatan perlindungan kewangan akibat kerugian harta benda,
pendapatan, dan nyawa.
- perlindungan adalah atas risiko yang boleh diinsuranskan (risiko/kejadian yang
boleh dijangka secara statistik)
- Contoh risiko kebakaran, kecurian, kerosakan
- 2 jenis syarikat insurans: -
(i) Syarikat Insurans Konvensional
- Didaftarkan dibawah Akta Insurans 1963
- Dibawah kawalan BNM
- Syarikat ini menawarkan 2 jenis insurans iaitu :
(a) Insurans Nyawa
*memberi perlindungan risiko atas kematian dan hilang upaya pemegang polisi
*bayar pampasan kepada pemegang polisi dan memberikan pinjaman kepeda pemegang
polisi dengan mencagarkan polisi
(b) Insurans Am
*memberi perlindungan atas risiko kerugian harta benda akibat kemalangan,
kecurian, kebakaran.

(ii) Syarikat Takaful (insurans secara islam)


- Didaftar dibawah Akta Takaful 1984
- Dibawah kawalan Lembaga Pengawasan Syariah dan Bank Perdagangan Malaysia
- Tujuan untuk sediakan insurans ikut kehendak syariah dan prinsip Islam.
- Beroperasi dibawah prinsip Al -Takaful (tolong menolong), Mudharabah
(perkongsian untung), Al-Tabbaru (derma bertujuan)
- Syarikat ini menawarkan 2 jenis insurans iaitu: -
(a) Takaful Keluarga
*memberi perlindungan kewangan atas risiko kematian, kemalangan diri atau
keilatan yang kekal.
*Jenis pelan takaful keluarga, pendidikan, perubatan
*Tempoh penyertaan jangka panjang
*Sumbangan takaful berdasarkan kemampuan peserta dan jumlah minimum yang
ditetapkan.
(b) Takaful Am
*kontrak jangka pendek(1 tahun)
*memberi perlindungan kewangan atas kerugian/kerosakan harta/aset akibat
malapetaka.
*dijalankan atas prinsip mudharabah dan kerjasama.

B) BANK SIMPANAN NASIONAL


- nama asal Bank Simpanan Pejabat Pos
- adalah bank berkanun, dibawah AKta Parlimen, modal daripada kerajaan, lembaga
pengarah dilantik oleh Menteri Kewangan
- matlamat ditubuhkan menggalak dan menggerakkan tabungan
- simpanan dijamin oleh kerajaan
- faedah simpanan dikecualikan daripada cukai pendapatan
- terima deposit semasa
- Perkhidmatan lain : memberi pinjaman Amanah Saham Nasional, pinjaman perumahan,
pendidikan, perniagaan kecil-kecilan.
C) LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)
- Akta Lembaga Tabung Haji 1995
- Tujuan penubuhan :-
1. membolehkan orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi
perbelanjaan menunaikan fardu haji/ perbelanjaan lain yang bermanfaat
2. memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji dengan
mengadakan pelbagai perkhidmatan.
3. membolehkan orang Islam melabur secara halal dan mengikutlunas-lunas/prinsip-
prinsip Islam
- Sumber pendapatan daripda dividen saham, keuntungan jualan saham, dividen anak
syarikat, sewaan hartanah dan keuntungan daripda instrument kewangan Islam.

D) KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


- Ordinan KWSP 1951
- Matlamat utama: menjamin masa hadapan pekerja selepas bersara
- Pencarum :-
i.) semua oekerja yang berumur 16 ke atas dan terima upah/gaji tetap
ii.) pihak majikan
- Institusi kewangan tabungan terbesar di Malaysia dan wajib melaburkan 70% dana
dalam surat jaminan kerajaan .
- 3 akaun pencarum : -
1. Akaun 1(60%) - untuk persaraan(S)
2. Akaun 2(30%) - untuk membeli atau membina rumah(R)
3. Akaun 3(10%) 0 untuk perbelanjaan perubatan.(P)

You might also like