You are on page 1of 2

REFLEKSI Jong Woan In Sepanjang semester ini, kami telah mempelajari tentang sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani,

konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum, kepentingan Pendidikan Jasmani, huraian dan tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR, kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani,

persediaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, pentaksiran dalam Pendidikan Jasmani dan pengajaran mikro. Selepas mengakhiri pengajaran dan pembelajaran semester ini, saya lebih memahami Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan cara-cara

menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Melalui pengajaran mikro yang dijalankan selama lebih kurang 6 minggu, kami dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari pada minggu-minggu yang sebelumnya iaitu berkaitan dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani, persediaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan yang paling penting strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui pengajaran mikro, kami berpeluang untuk mengalami dengan sendiri bagaimana untuk melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah. Selepas menjalankan pengajaran mikro, sesi refleksi telah dijalankan dan guru serta penilai telah memberikan pandangan dan cadangan mereka supaya kita dapat menambahbaikkan pengajaran kami pada masa akan datang. Sesi refleksi ini sangat bermakna kerana membantu kita untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta cara untuk memperbaiki kelemahan diri. Melalui pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh rakan sebaya sebagai penilai atau pelakon murid-murid pula membolehkan kami mempelajari dan mencontohi kekuatan rakan sebaya serta mengenali kelemahan yang wujud pada sesi pengajaran orang lain yang mungkin juga diulangi kesalahan tersebut oleh diri kami. Pengajaran mikro tersebut juga telah memberi peluang kepada diri saya yang sudah lama tidak bersenam untuk bersenam, selain itu, kami berpeluang untuk

mengulang kaji cara-cara menjalankan beberapa kemahiran dan aktiviti-aktiviti kecergasan dalam Pendidikan Jasmani. Melalui 24 sesi pengajaran mikro yang telah dijalankan, kami telah mendapat gambaran yang lebih jelas tentang cara-cara untuk menjalankan beberapa pengajaran dan pembelajaran tentang kemahiran dan aktiviti Pendidikan Jasmani yang berbeza. Ini dapat menyediakan diri kami untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani semasa praktikum. Saya mendapati bahawa terdapat ramai orang yang sangat gementar semasa pertama kali menjalankan pengajaran mikro Pendidikan Jasmani termasuk diri saya tetapi pada akhirnya semua menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berjaya. Saya percaya bahawa sekiranya pengajaran mikro dijalankan untuk beberapa kali lagi pada masa akan datang, sudah tentu kami dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dengan lebih lancar. Kesukaran-kesukaran umum yang dihadapi semasa menjalankan pengajaran mikro ialah pengawalan masa, suara guru dan kesinambungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Agak sukar bagi diri saya untuk menjangkakan masa yang digunakan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan saya terpaksa bergantung kepada jam randik untuk melihat masa yang telah digunakan. Selain itu, saya mendapati bahawa suara saya agak kecil dan perlu dipertingkatkan lagi kerana kebanyakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dijalankan di dewan sekolah yang tidak tertutup dan juga padang yang terbuka, ini memerlukan guru bercakap dengan suara yang jelas dan besar. Saya juga menghadapi kesukaran untuk mengingatkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran semasa menjalankan pengajaran mikro. Saya terpaksa menyalinkan langkah-langkah tersebut di atas kertas kecil untuk dirujuk supaya tidak meninggalkan apa-apa langkah atau tersilap langkah. Oleh itu, latihan yang banyak amat diperlukan untuk memperbaiki kesukaran yang dihadapi di atas. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kelas kami berjalan dengan sangat lancar pada semester ini. Melalui kuliah yang disampaikan oleh pensyarah dengan jelas dan terang serta pembentangan tutorial dan amali yang dijalankan oleh diri kami dan dibimbing oleh pensyarah kami, kami telah dapat menguasai ilmu-ilmu yang sepatutnya dikuasai mengikut rancangan semester dan mingguan kami. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami.

You might also like