You are on page 1of 35

j2kk

SULIT 1249/1

1249/1
Sejarah PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
Kertas 1 SEKOLAH MENENGAH
Sept. KEDAH DARUL AMAN
2009
1 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

SEJARAH
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

1249/1
SULIT
j2kk
SULIT 2 1249/1

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang
sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Apakah bukti yang menunjukkan tamadun Mesir Purba maju dalam bidang
perubatan?

A Pembinaan hospital
B Memumiakan mayat
C Ubat-ubatan daripada herba
D Memperkenalkan teknik berbekam

2 Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah


dan perintah diraja.

Rakyat pada zaman tersebut dapat membaca segala titah dan perintah melalui

A ukiran di kayu
B tugu peringatan
C ukiran di tiang batu
D kitab Dharma Sastra

3 Bagaimanakah Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat


patriotik yang tinggi?

A Melatih anak lelaki dari awal menjadi askar


B Memberi pendidikan di peringkat awal
C Menubuhkan maktab tentera
D Menekankan semangat patriotik di sekolah

4 Konsep Yang dan Yin adalah berkaitan dengan

A persamaan antara kaum


B keseimbangan antara dua kuasa
C pertentangan di antara dua unsur alam
D keseimbangan di antara bulan dan matahari

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 3 1249/1

5 Apakah peranan petempatan-petempatan awal dalam kerajaan maritim di Asia


Tenggara?

I Pembekal bahan mentah


II Pusat kebudayaan
III Kawasan pertanian
IV Pelabuhan pembekal

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Gendang gangsa Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara,


turut ditemui di Batu Buruk, Besut, (Terangganu), Sungai Tembeling
(Pahang), Thailand, Indonesia dan Myanmar.

6 Berdasarkan maklumat di atas, apakah rumusan yang boleh dibuat hasil daripada
penemuan artifak-artifak tersebut di Asia Tenggara?

A Terjalin hubungan perdagangan


B Wujud pertukaran budaya
C Terjalin hubungan persahabatan
D Kemajuan dalam kesenian

Dalam Peperangan Badar,tawanan kanak-kanak dan wanita dibebaskan


sementara tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka.

7 Apakah syarat yang dikenakan untuk membebaskan tawanan lelaki dalam


peperangan di atas?

A Membayar wang tebusan


B Menyerahkan kembali harta rampasan perang
C Berjaya mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis
D Boleh mengajar orang-orang yang buta huruf sehingga pandai

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 4 1249/1

Tokoh Bidang
Hasan al-Basri
X
Wasil ibn Ata

8 Berdasarkan rajah di atas, X ialah

A hadis
B usuludin
C filologi Arab
D tafsir al-Quran

Hikayat Amir Hamzah


Hikayat Ali Hanafiah

9 Apakah kepentingan hikayat-hikayat tersebut kepada orang Islam?

A Memberi panduan beribadat


B Memberi semangat menentang musuh
C Menerangkan tentang kemusykilan agama
D Menerangkan tentang riwayat hidup ulama

10 Setelah kemangkatan Abu Talib dan Khadijah, tentangan terhadap Islam semakin
meningkat.

Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w untuk mengurangkan tekanan tersebut?

A Menyerah diri
B Meminta umat Islam bersembunyi
C Membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah
D Meminta bantuan ketenteraan daripada Raja Habsyah

11 Apakah kesan perkahwinan siasah di kalangan kerabat diraja?

A Politik stabil
B Islam tersebar luas
C Ekonomi semakin berkembang
D Jumlah penduduk semakin meningkat

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 5 1249/1

12 Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah melantik


gabenor sebagai ketua di setiap wilayah.

Manakah antara berikut merupakan peranan gabenor ?

I Pentadbir awam
II Pemungut cukai
III Panglima tentera
IV Pentadbir awam

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13 Rabi’ah al-Adawiah merupakan seorang pemuisi dan wali Allah wanita yang
terkemuka.

Apakah tema puisi-puisi yang dihasilkan oleh beliau?

I Ketuhanan
II Kepahlawanan
III Unsur-unsur percintaan
IV Hubungan antara manusia dengan Tuhan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Seikat seperti sireh, serumpun seperti


serai, dan sedencing seperti besi.

14 Peribahasa di atas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mementingkan

A kerajinan
B keikhlasan
C perpaduan
D perniagaan

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 6 1249/1

15 Sejak abad ke-17, negeri Kedah juga mengeluarkan mata wang timahnya sendiri.

Apakah bentuk wang timah tersebut?

A Ayam jantan
B Bintang
C Kijang
D Bulan

16 Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai.

Cukai diraja sebanyak tiga peratus dikenakan oleh Melaka terhadap orang asing
dari

A Kepulauan Melayu
B IndoChina
C Jepun
D Pegu

17 Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-
wilayah juga musnah.

Keadaan yang tidak menentu ini telah membawa kepada kemunculan

A pemerintahan monarki
B tuan tanah
C diktator
D hamba

Galileo telah memanjangkan idea yang dibawa oleh Nicollas Copernicus


(1473 – 1543) bahawa matahari merupakan pusat alam sedangkan gereja
menyatakan bumi ialah pusat alam.

18 Pertentangan tersebut telah menyebabkan Galileo Galilei dikenakan hukuman

A gantung sampai mati


B penjara seumur hidup
C tahanan dalam rumah
D buang negeri

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 7 1249/1

19 Mengapakah pihak British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917?

A Mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani


B Memberi perlindungan kepada tanah orang Melayu
C Melarang orang Melayu menanam kelapa sawit
D Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah milik

Kuala Lumpur
Taiping
Seremban

20 Bandar-bandar tersebut wujud kerana

A kegiatan pertanian
B kegiatan perdagangan
C kegiatan perlombongan
D kegiatan perusahaan kilang

Pertubuhan Negara
Sarekat Islam Indonesia
Parti Dobama Asiayone Burma

21 Apakah persamaan pertubuhan tersebut di atas.

A Gerakan dakyah
B Menuntut kemerdekaan
C Berjuang secara sederhana
D Menyokong pungutan suara

Perjuangan Tokoh
Bersikap sederhana
Strategi enggan bekerjasama dengan X
penjajah dan mogok lapar

22 Berdasarkan rajah di atas,tokoh X ialah

A Jose Rizal
B Mahatma Ghandi
C Ishak Hj Mohamad
D Emilio Aguinaldo

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 8 1249/1

Siri Penentangan Dato’ Bahaman


1890 – Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua.
1891 – Menyerang British kerana menangkap anak buahnya.

23 Mengapakah Dato’ Bahaman menentang British?

A Beliau dituduh sebagai lanun


B British menduduki Sungai Ujong
C Tindakan British membakar perkampungannya
D Undang-undang British bertentangan dengan adat tempatan

1945 – Penguasaan Parti


Komunis Malaya  Menguasai balai polis
(PKM) selama 14 hari  Memerintah dengan kejam

24 Apakah kesan daripada tindakan PKM tersebut?

A Ideologi komunis semakin tersebar


B Mengukuhkan kedudukan PKM
C Penubuhan negara komunis
D Muncul konflik perkauman

 Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)


 Dato’ Onn Ja’afar
 Abdul Rahim Kajai

25 Apakah yang diperjuangkan oleh penulis-penulis akhbar di atas?

A Mengkritik dasar British yang menekan orang Melayu


B Menentang sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu
C Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
D Melarang orang Melayu menjual tanah kepada pelabur-pelabur asing

26 Pada akhir 1940-an, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah bekerjasama dengan
Jepun.
Apakah tujuan KMM bekerjasama dengan Jepun?

A Menggalakkan perpaduan pemuda-pemuda Melayu


B Menamatkan penjajahan British di Tanah Melayu
C Menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar
D Mengamalkan nilai budaya Jepun

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 9 1249/1

Tugas Jawatan
Mengendalikan harta benda dan
X
hasil mahsul

27 Berdasarkan rajah di atas, jawatan X ialah

A Jemaah Penasihat Raja


B Jemaah Menteri Istana
C Jemaah Menteri Peperangan
D Jemaah Menteri Perbendaharaan

Demonstrasi orang  Di Kota Bharu seramai 10 000 orang


Melayu 1945  Di Kedah seramai 50 000 orang

28 Mengapakah mereka mengadakan demonstrasi secara besar-besaran?

A Bimbang pengaruh komunis


B Bimbang hilang warisan tamadun
C Inginkan British menyatukan negeri-negeri Melayu
D Ingin menghalau keluar penjajah dari Tanah Melayu

 AMCJA dan PUTERA ditubuhkan pada tahun 1947 untuk mementang


British dan UMNO
 Mengadakan ceramah politik, demontrasi dan mogok
 Mencadangkan sebuah perlembagaan

29 Namakan perlembagaan tersebut?

A Perlembagaan Malaysia
B Perlembagaan Madinah
C Perlembagaan Rakyat
D Perlembagaan 1941

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 10 1249/1

Pakatan Murni Menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik


melalui rundingan

30 Apakah rumusan yang sesuai hasil daripada pakatan tersebut?

A Penggubalan undang-undang baru


B Keberkesanan pentadbiran
C Ekonomi berkembang
D Perpaduan kaum

Parti X : Kami bimbang Sarawak akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah


Melayu. Oleh sebab itu kami menentang penubuhan Malaysia.

31 Namakan parti X.

A Parti Rakyat Jati Sarawak


B Parti Bersatu Rakyat Sarawak
C Parti Pesaka anak Sarawak
D Sarawak Chinese Association

Suruhanjaya Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan


X Sabah tentang gagasan Malaysia

32 Berdasarkan rajah di atas, suruhanjaya X ialah

A Suruhanjaya Bebas Selatan


B Suruhanjaya Cobbold
C Suruhanjaya Diraja
D Suruhanjaya Reid

33 Manakah antara berikut merujuk kepada Senarai Bersama.

I Undang-undang Islam
II Kebajikan sosial
III Taman negara
IV Kerajaan tempatan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 11 1249/1

34 Apakah fungsi bendera kebangsaan?

A Membangkitkan semangat perjuangan


B Membangkitkan semangat setia kawan
C Melambangkan negara berdaulat
D Melambangkan semangat kesukanan

Matlamat Dasar
Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
X
melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan.

35 Berdasarkan rajah di atas, X ialah

A Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara


B Dasar Pertanian Negara
C Dasar Persyarikatan Malaysia
D Dasar Perindustrian Malaysia

36 Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan.

I Ancaman komunis
II Kekurangan peralatan
III Kekurangan tenaga pengajar
IV Tentangan masyarakat Cina dan India

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

X Berlaku disebabkan ideologi dan


fahaman politik yang berbeza

37 Berdasarkan rajah di atas, X ialah

A Perang Dunia Pertama


B Perang Dunia Kedua
C Perang Dingin
D Perang Pasifik

1249/1 SULIT
j2kk
SULIT 12 1249/1

38 Manakah antara berikut merupakan tujuan utama penubuhan MAPHILINDO.

I Menyelesaikan masalah sempadan Indonesia-Papua New Guinea


II Menyelesaikan masalah sempadan Malaysia-China
III Menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Indonesia
IV Menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Filipina

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Kawasan perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di


Singapura pada tahun 1992

39 Apakah tujuannya?

A Menghapuskan sekatan dagangan


B Mengelakkan campurtangan kuasa besar
C Mengekalkan kestabilan politik serantau
D Mewujudkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

En. Tan : Apakah tujuan kerajaan melaksanakan projek X?


En. Ali : Kerajaan berhasrat teknologi maklumat dan multimedia
global dimanfaatkan sepenuhnya serta melahirkan
masyarakat bermaklumat.

40 Berdasarkan maklumat di atas, apakah projek X?

A Wilayah Ekonomi Koridor Utara


B Wilayah Pembangunan Iskandar
C Program Rukun Tetangga
D Koridor Raya Multimedia

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/1 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2

1249/2 NO. KAD PENGENALAN


Sejarah - -
Kertas 2
Sept. ANGKA GILIRAN
2009
2 ½ jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH


MENENGAH MALAYSIA
KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

SEJARAH
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka
Markah Markah
giliran anda pada petak yang disediakan. Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
2. Kertas soalan ini mengandungi dua 1 10
bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2 10
3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A A
dan tiga soalan dalam Bahagian B. 3 10
4. Jawapan Bahagian A hendaklah ditulis di 4 10
dalam ruang yang disediakan dalam kertas
soalan. 5 20

5. Jawapan Bahagian B hendaklah ditulis 6 20


pada kertas jawapan berasingan yang
B 7 20
disediakan.
6. Kertas soalan ini hendaklah diikat dan 8 20
dihantar bersama dengan kertas jawapan 9 20
Bahagian B.
Jumlah

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

1249/2 [Lihat sebelah


SULIT
j2kk
SULIT 2 1249/2

Bahagian A

[40 markah]

Jawab semua soalan

1 Secara umum sejarawan telah mengemukakan tiga teori tentang kedatangan Islam ke Asia
Tenggara, iaitu dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India.

(a) Namakan tokoh yang mengemukakan teori Islam datang dari Semenanjung Tanah
Arab.

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Senaraikan bukti yang digunakan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
untuk menyokong teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab.

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pedagang Arab membina


perkampungan di Asia Tenggara?

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(d) Pada pandangan anda, mengapakah golongan pedagang memainkan peranan utama
dalam penyebaran Islam?

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

1249/2 SULIT
j2kk
SULIT 3 1249/2

2 Jadual berikut menerangkan tentang bilangan kemasukan imigran ke Tanah Melayu.

Negeri Melayu
Tahun Negeri Selat
Bersekutu
1891 163 000 228 000
1901 300 000 282 000

(a) Berikan dua faktor yang mempengaruhi kemasukan imigran China dan India ke
Tanah Melayu .

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………............
[2 markah]

(b) Apakah kesan daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu ?

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(d) Pada pandangan anda, apakah faktor yang mempengaruhi kedatangan pekerja asing ke
negara kita ?

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………............

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

[Lihat sebelah
1249/2 SULIT
j2kk
SULIT 4 1249/2

3 Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan
daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

(a) Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap pertama.

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………............

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(b) Nyatakan isu yang diberikan tumpuan oleh Raden Adjeng Kartini dalam
perjuangannya di Indonesia.

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(c) Namakan sebuah parti politik radikal dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(d) Jelaskan peranan Sukarno dalam gerakan nasionalisme di Indonesia.

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah ciri-ciri perkembangan nasionalisme di Asia


Tenggara bertukar menjadi lebih radikal ?

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………............

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

1249/2 SULIT
j2kk
SULIT 5 1249/2

4 Pakatan murni telah membuka jalan kepada pembentukan Parti Perikatan dan menjayakan
tuntutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

(a) Apakah maksud pakatan murni ?

……………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Senaraikan hasil rundingan UMNO-CLC.

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Nyatakan kejayaan yang telah dicapai oleh Parti Perikatan sehingga tahun 1955.

(i) ………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………............

(iii) ………………………………………………………………………………………
[3 markah]

(d) Berikan dua manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955.

(i) ....................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................
[2 markah]

(e) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh menerapkan unsur-unsur pakatan murni
dalam kehidupan seharian?

(i) ....................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................
[2 markah]

[Lihat sebelah
1249/2 SULIT
j2kk
SULIT 6 1249/2

Bahagian B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

5 Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan agraria yang
kuat ialah kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.

(a) Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor. [6 markah]

(b) Terangkan aktiviti ekonomi masyarakat agraria. [8 markah]

(c) Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda boleh membantu meningkatkan hasil
pertanian negara? [6 markah]

6 Kemunculan kerajaan Islam yang bermula dengan kerajaan Islam di Madinah telah memberi
kesan yang amat mendalam kepada perkembangan ketamadunan dunia secara
keseluruhannya.

(a) Huraikan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan bidang ilmu
pengetahuan. [8 markah]

(b) Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dalam
bidang perundangan dan pendidikan? [7 markah]

(c) Mengikut pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam memajukan bidang
pendidikan di negara kita? [5 markah]

7 Gerakan nasionalisme sejak abad ke-19 hingga abad ke-20 merupakan usaha masyarakat
tempatan menentang apa sahaja bentuk penentangan atau penjajahan terhadap mereka oleh
kuasa luar.

(a) Terangkan faktor-faktor pemangkin kepada nasionalisme di Tanah Melayu. [8 markah]

(b) Jelaskan isu-isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan Melayu pada awal abad
ke-20. [7 markah]

(c) Sebagai seorang warganegara berikan bukti bahawa anda cintakan negara Malaysia.
[5 markah]

1249/2 SULIT
j2kk
SULIT 7 1249/2

8 Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan yang dinamakan
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

(a) Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri


Johor. [10 markah]

(b) Berdasarkan slogan beban orang putih, mengapakah British menjajah juga negeri Johor
yang telah mempunyai sistem pentadbiran yang mantap?
[5 markah]

(c) Sebagai generasi muda, mengapakah anda perlu menghormati perlembagaan negara?
[5 markah]

9 Melahirkan k-masyarakat atau k-society adalah satu keperluan dalam menghadapi persaingan
globalisasi.

(a) Apakah keburukan globalisasi kepada negara kita? [5 markah]

(b) Jelaskan usaha-usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan


(k-masyarakat). [7 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan k-masyarakat kepada rakyat Malaysia?
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009


ANJURAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH
MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

PERATURAN PEMARKAHAN SEJARAH 1249/2

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 15 halaman bercetak

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
 
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA‐PENGETUA 
SEKOLAH MENENGAH 
KEDAH DARUL AMAN 
 
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 
 
SKEMA PEMARKAHAN SEJARAH  
KERTAS 1 
 
1  B  21  B 
2  C  22  B 
3  A  23  D 
4  B  24  D 
5  D  25  A 
6  A  26  B 
7  C  27  D 
8  B  28  B 
9  B  29  C 
10  C  30  D 
11  B  31  B 
12  C  32  B 
13  D  33  D 
14  C  34  A 
15  A  35  A 
16  A  36  D 
17  B  37  C 
18  C  38  D 
19  A  39  A 
20  C  40  D 
 

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2

PANDUAN PEMERIKSAAN
SEJARAH KERTAS 2
PERCUBAAN SPM 2009
Bahagian A (Soalan Struktur)

1. Setiap soalan diperuntukan 10 markah.

2. Cara penandaan dengan menanda (√) pada setiap isi atau point.
Contoh : Soalan 1a – Mengapakah orang Islam bercadang untuk menziarahi kota
Makkah. (2 markah)

F1 - Terletaknya Kaabah √ 1
F2 - Kaabah menjadi pusat ibadat bagi orang Islam √ 1
F3 - Makkah tempat asal bagi orang Muhajirin √ 1

(MARKAH MAKSIMUM DIPERUNTUKAN 2 MARKAH WALAUPUN PELAJAR


MEMBERIKAN LEBIH DARIPADA 2 ISI )

Bahagian B (Soalan Esei)

1. Calon mesti menjawab dalam bentuk esei (karangan). Jawapan dalam bentuk
nota diberi markah setengah daripada markah yang diperuntukkan.

2. Tanda / dalam skima bermakna pilihan (ambil satu sahaja) dan beri markah.

3. Pastikan setiap fakta (F), atau huraian (H) atau Contoh (C) diberi markah sekali
sahaja.

4. Gunakan simbol-simbol penandaan yang seragam dan selaras seperti tanda √,

(_________ ) untuk isi yang diterima dan diberi markah.

5. Gunakan juga perkataan yang sesuai dengan kesalahan seperti jawapan kabur,
tidak berkaitan,terpesong dan lain-lain yang berkaitan.

6. Markah kecil (bagi pecahan soalan a, b, c) ditulis dibahagian bawah setiap soalan
seperti soalan 5a) 6//

7. Jumlah markah bagi tiap-tiap soalan ditulis di bawah sekali dan digelungkan,
contohnya 16.

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
8. Jumlah markah daripada setiap soalan yang diperiksa hendaklah juga diisi di dalam
borang markah yang dilampirkan.

9. Untuk mengelakkan kesilapan menjumlah markah,buatlah rumusan dibahagian bawah


setiap soalan.
Contoh: soalan 5 a) 5 + 5b) 5 + 5c) 6 = 16

10. Markah penuh ditulis di bahagian atas hadapan dan digelungkan 60.

11. Tuliskan jumlah soalan dijawab kalau soalan kurang daripada empat.Tuliskan
RUBRIC kalau tidak mengikut arahan kertas soalan (Jawab lebih daripada 3 soalan
dalam bahagian B).

12. Perkiraan peratus:

Jumlah markah Kertas 1(40) + Jumlah markah Kertas 2 (100) X 100 = % Markah
140

13. Peratus markah disesuaikan dengan grading yang ditetapkan oleh JPN.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
 
Soalan Butiran Markah
1 (a) F1 John Crawford 1
Maksima [1 m]
1 (b) F1 Wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusateraan 1
di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Tanah Arab
F2 Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil 1
daripada bahasa Arab
F3 Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi 1
oleh budaya Arab
F4 Kebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman 1
raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab
Maksima [ 3 m]
1 (c) F1 Meyediakan tapak untuk berdagang 1
F2 Tempat mengumpul barang jualan 1
F3 Tempat membeli barang mewah dari China dan India 1
F4 Menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia
Tenggara 1
F5 Tempat menetap sebelum meneruskan perjalanan 1
F6 Berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan 1
Maksima [ 3m ]
1 (d) F1 Berdakwah dituntut oleh Islam 1
F2 Sering berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat 1
F3 Terdapat dalam kalangan pedagang itu merupakan ulama 1
F4 Sering berurusan dengan pedagang luar 1
F5 Dilantik menjadi Syahbandar 1
F6 Hubungan baik dengan pihak istana 1
F7 Nilai murni para pedagang 1
F8 Mereka menetap di perkampungan di AT 1
M (mana-mana jawapan yang munasabah)
Maksima [ 3m ]
 
 
 
 
   
                      
 
 
 
 
 
 
 
 
 
             

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
   
                 
Soalan Butiran Markah
2 (a) F1 kekayaan sumber alam 1
F2 kemakmuran ekonomi 1
F3 Kestabilan politik 1
F4 Galakan penjajah 1
F5 Keperluan sumber tenaga manusia 1
Maksima [ 2m ]
2 (b) F1 Petempatan berbeza mengikut kaum 1
F2 Pekerjaan berbeza mengikut kaum 1
F3 Orang Melayu bertani/tinggal di luar Bandar 1
F4 Orang India menjadi buruh/tinggal diestet 1
F5 Orang China berniaga/sektor perlombongan/tinggal di bandar 1
F6 Bahasa pertuturan berbeza 1
Maksima [ 2m ]
2 (c) F1 Menghayati Rukun Negara 1
F2 Mewujudkan satu sistem sekolah kebangsaan 1
F3 Menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan 1
F4 Mengamalkan konsep kejiranan 1
F5 Meningkatkan peranan Jabatan Perpaduan Negara 1
F6 Memperkasakan Rukun Tetangga 1
F7 Melaksanakan program perpaduan di sekolah/RIMUP 1
M mana-mana jawapan yang munasabah 1

Maksima [ 3m ]
2 (d) F1 Kestabilan politik/keamananan/keharmonian rakyat 1
F2 Kestabilan ekonomi/ekonomi berkembang 1
F3 Peluang pekerjaan pelbagai sektor 1
F4 Kepesatan pembangunan ekonomi 1
F5 Sikap terbuka kerajaan untuk menerima kemasukan pekerja asing 1
M Mana-mana jawapan yang munasabah 1
Maksima [ 3m ]

 
   
 
 
 
 
 
 
 
     

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
Soalan Butiran Markah
3 (a) F1 Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat 1
F2 Penentangan tidak berorganisasi 1
F3 Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus 1
F4 Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia 1
Barat
F5 Menekankan kesedaran politik 1
F6 Menuntut hak-hak dikembalikan 1
F7 Menuntut taraf hidup mereka dibaiki 1
F8 Tidak meminta kemerdekaan dengan segera 1

Maksima [3m]
(b) F1 Memajukan pendidikan untuk kaum wanita 1
F2 Kemunduran rakyat Indonesia 1
F3 Penindasan oleh penjajah Belanda 1

Maksima [1m]
(c) Namakan sebuah parti politik radikal dalam gerakan nasionalisme di
Indonesia
F1 Parti Sarekat Islam (SI) 1
F2 Parti Komunis Indonesia (PKI) 1
F3 Parti Nasional Indonesia (PNI) 1

Maksima [1m]
(d) F1 Menubuhkan Parti Nasional Indonesia 1
F2 Menjadikan PNI sebuah parti yang popular 1
F3 Mempunyai pengaruh terhadap rakyat Indonesia 1
F4 Mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia 1
F4 Pejuang yang radikal 1
Maksima [ 2m ]

(e) F1 Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat 1


F2 Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah 1
F3 Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal 1
F4 Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan 1
F5 Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat 1
F6 Berasakan gerakan yang lebih radikal akan berjaya 1

Maksima [3m]

 
 
 
 
 
 

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
Soalan Butiran Markah
4(a) F1 Usaha semua kaum untuk menghasilkan satu kerjasama antara kaum 1
F2 dan tolak ansur politik 1
F3 melalui rundingan 1
Maksima [1m]
4(b) F1 Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa / Rural Industrial 1
Developement Authority (RIDA)
F2 Menerima Kerakyatan Negeri 1951 bersyarat kepada imigran yang 1
lahir di Persekutuan Tanah Melayu
F3 Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai. 1
Maksima [2m]
4(c) F1 Kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor 1
dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun
1952.
F2 Kerjasama UMNO-MCA membawa kemenangan dalam pilihanraya 1
Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama di Tanah Melayu.
F3 Gabungan UMNO-MCA membawa kemenangan dalam pilihanraya 1
negeri pada tahun 1954
F4 Kerjasama UMNO-MCA asaskan Parti Perikatan disertai MIC pada 1
1955
F5 Parti Perikatan wakili kaum Melayu, Cina dan India. 1
F6 Mengadakan manifesto untuk pilihanraya Majlis Perundangan 1
Persekutuan
F7 Menang pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 51 daripada 52 1
kerusi
Maksima [3m]
4(d) F1 Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun 1
F2 Mewajibkan pendidikan 1
F3 Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan 1
F4 Menjaga hak asasi manusia 1
F5 Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan 1
Maksima [2m]
4(e) F1 Menghasilkan masyarakat bersatu padu / perpaduan kaum 1
F2 Wujudkan kerjasama dikalangan masyarakat pelbagai kaum 1
F3 Wujud permuafakatan politik antara kaum 1
F4 Wujud kerjasama antara parti / UMNO-MCA-MIC 1
F5 Wujud parti berbilang bangsa 1
F6 Menyokong pelaksanaan sekolah wawasan 1
F7 Menggunakan bahasa kebangsaan 1
F8 Mengamalkan budaya kebangsaan 1

M (Mana-mana jawapan munasabah)

Maksima [2m]
 
 

1249/2 SULIT
j2kk

SULIT 1249/2
Soalan Butiran Markah
5(a) F1 Mengawal banjir 1
H1a Menampung limpahan air banjir Sungai Mekong 1
F2 Tanah yang subur 1
H2a mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau 1
F3 Menampung keperluan makanan penduduk yang ramai 1
H3a Membekalkan sumber protein / ikan air tawar 1
F4 Punca bekalan air 1
H4a Membekal sumber air minuman 1
H4b Membekalkan air untuk terusan / sistem pengairan 1
H4c Punca air untuk mengairi sawah / kawasan pertanian 1
F5 Iklim panas dan lembab / suhu yang sederhana 1
Mana-mana 6 x 1m [ 6m ]
5(b) F1 Pemungutan hasil hutan 1
C1a Kayu gaharu / kapur barus / tanduk / gading / damar / kayu cendana / 1
buah-buahan
C1b Sarang burung dari gua 1
F2 Pemungutan hasil sungai / paya 1
C2a Menangkap ikan 1
C2b Mendapatkan kulit kura-kura 1
F3 Menghasilkan pelbagai jenis rempah 1
C3a Cengkih / lada hitam 1
F3 Tanaman padi 1
C3a Padi sawah / padi huma 1
F4 Menanam tanaman sampingan 1
C4a Tanaman jagung / pisang / keledek / sayur-sayuran 1
F5 Penternakan 1
C5a Lembu / kerbau / kambing / ayam 1
F6 Pemasaran lebihan hasil pertanian 1
C6a Jual kepada masyarakat bandar / penduduk maritim 1
Mana-mana 8 x 1m [ 8m ]
5(c) F1 Meningkatkan ilmu di bidang pertanian 1
F2 Banyakkan bacaan berkaitan pertanian 1
F3 Memilih subjek berkaitan pertanian sejak di sekolah / Sains Pertanian 1
F4 Minat memilih jurusan berkaitan teknologi pertanian di pusat 1
pengajian tinggi / jurusan untuk manfaat pertanian
F5 Membeli hasil produk berasaskan hasil pertanian tempatan 1
F6 Persepsi tentang pertanian adalah perniagaan 1
F6 Positif terhadap hasil pertanian tempatan 1
F7 Menggalakkan rakan-rakan membeli barangan keluaran tempatan 1
M (Mana-mana jawapan munasabah)

Mana-mana 6 x 1m [ 6m ]

 
 

1249/2 SULIT
j2kk
10 
SULIT 1249/2
Soalan Butiran Markah
6 (a) F1 Penubuhan baitulhikmah 1
H1a sebuah institusi keilmuan 1
H1b diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid 1
H1c berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al- 1
Makmum
H1d kegiatan utama ialah penterjemahan karya falsafah dan sains 1
H1e terutama dari bahasa Yunani 1
F2 Kegiatan penulisan 1
H2a dilakukan mengikut tiga tahap 1
H2b pertama, mencatat segala idea atau percakapan 1
H2c kedua,mengumpul idea yang serupa 1
H2d mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w kedalam sebuah buku 1
H2e ketiga, mengarang 1
H2f usaha terakhir lebih teliti / segala yang dicatat itu diatur ke dalam 1
bahagian dan bab tertentu / serta berbeza antara satu sama lain 1
F3 Penglibatan golongan ulama dalam penulisan 1
H3a menyusun hadis 1
H3b menghasilkan tukisan dalam bidang fikah, tafsir, dan sejarah 1
C3a Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’) 1
C3b Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w) 1
C3c Abu Hanifah (penyusun fikah dan pendapat ijtihad) 1
C3d Imam Syafi’i 1
C3e Imam Ahmad bin Hanbal 1
H3c Pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah ( sejarah hidup Nabi 1
Muhammad s.a.w ) dan ilmu hadis
F4 Usaha penterjemahan 1
H4a daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani 1
H4b mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang 1
diterjemah kan ke dalam bahasa Arab
H4c menghurai dan membuat penambahbaikan terhadap karya 1
Tersebut
H4d memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar 1
ertinya
F5 Berbakti kepada kebudayaan dunia 1
H5a memelihara warisan ilmu daripada lenyap atau terkubur 1
H5b menerima hasil penulisan pada masa Eropah dilanda Zaman 1
Gelap
F6 Penubuhan pusat pengajian tinggi 1
H6a mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan 1
H6b terdapat hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah 1
H6c sejumlah kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing 1
H6d bermula arus yang membawa kepada kebangkitan Eropah 1
Mana-mana 8 x 1 = 8 m [ 8m ]

1249/2 SULIT
j2kk
11 
SULIT 1249/2
6 (b) Perundangan
F1 Sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa/ 1
Harta/ kehormatan setiap individu
F2 tanpa mengenal bangsa dan negara 1
F3 Undang-undang dikenali sebagai Kanun Suleiman 1
F4 diperkenalkan oleh Suleiman 1 1
F5 Mewujudkan sistem organisasi/ pentadbiran perundangan Islam 1
F6 Memperkenalkan jawatan Kadi dan Mufti 1
F7 Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam / Ketua Ulama 1
F8 untuk mengeluarkan fatwa 1
Pendidikan
F8 Sistem madrasah 1
F9 Sekolah pengetahuan akademik 1
F10 Sekolah sastera 1
F11 Maktab tentera 1
F12 Maktab teknik 1
F13 Kolej perubatan 1
F14 Penulisan ensiklopedia 1
F15 Penubuhan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah 1
F16 Ilmu senibina / senibina masjid 1
Mana-mana 7 x 1 = 8 m [ 7m ]

6 (c) F1 Memberi galakan berbentuk ganjaran 1


F2 Membina lebih banyak sekolah 1
F3 Membina prasarana pembelajaran disekolah dan diluar 1
F4 Membina perpustakaan yang lengkap 1
F5 Mewajibkan pendidikan 1
F6 Mengadakan pertandingan rekacipta 1
F7 Membina lebih banyak pusat pengajian tinggi 1
F8 Menghantar pelajar cemerlang menuntut di luar negara 1
M (mana-mana jawapan yang munasabah) 1
Mana-mana 7 x 1 = 7 m [ 5m ] 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1249/2 SULIT
j2kk
12 
SULIT 1249/2
 
Soalan Butiran Markah
7 (a) F1 Pengenalan sistem politik barat 1
H1a Memusnahkan sistem politik tempatan 1
H1b Residen mengambilalih peranan pembesar tempatan 1
H1c Pembesar dipencenkan 1
H1d Perubahan ini mencabar sistem tradisi mereka 1
H1e Menjatuhkan maruah 1
H1f Melahirkan kebencian penduduk tempatan 1
F2 Sistem pendidikan Inggeris 1
H2a Sekolah vernakular Melayu melahirkan intelektual Melayu yang 1
mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
H2b Idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajah 1
F3 Dasar British 1
H3a Menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur / berniaga / berdagang/ 1
menetap di Tanah Melayu
H3b Kemasukan orang asing meningkatkan jumlah imigran 1
H3c Menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan/menguasai 1
ekonomi
H3d Orang Melayu kekal/tidak dimajukan oleh Inggeris 1
H3e British buka bandar lengkap kemudahan prasarana/orang Melayu di 1
kampung serba kekurangan
H3f Ini menjarakkan jurang taraf hidup antara orang tempatan dan imigran 1
H3g Hal ini disedari golongan intelek Melayu 1
F4 Pendudukan Jepun diTanah Melayu 1
H4a Konsep kesemakmuran Asia menekankan kebebasan Negara Asia 1
H4b Menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun dengan 1
janji Kemerdekaan
H4c Kesengsaraan semasa Jepun menyebabkan penduduk tempatan 1
membenci Jepun/mana-mana penjajah
H4d Menyebabkan pengenalan Malayan Union oleh British ditentang 1
orang Melayu
F5 Penguasaan PKM 1
H5a PKM menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam 1
H5b Menangkap/membunuh dengan kejam sesiapa yang dianggap 1
penyokong Jepun
H5c Mencetuskan konflik perkauman 1
F6 Kemunculan mesin cetak 1
H6a Menyebarkan ilmu pengetahuan yang mendorong penentangan 1
terhadap penjajah
F7 Gerakan Pan Islam 1
H7a Gerakan intelektual Islam seluruh dunia 1
H7b Membangkitkan pemahaman lebih progresif terhadap Islam untuk 1
menentang penjajahan barat ke atas Negara Islam
H7c Didokong pelajar Islam seluruh dunia 1
H7d Gerakan wahabi di Arab Saudi turut mempengaruhi 1

1249/2 SULIT
j2kk
13 
SULIT 1249/2
F8 kesedaran politik disekitar Asia Tenggara 1
H8a Mempengaruhi nasionalisme di Tanah melayu 1
H8b Karya nasionalis di Indonesia menekankan kebebasan 1
politik/penentangan terhadap penjajah Tanah Melayu
H8c Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan 1
penerimaan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu
Mana-mana 8 x 1 = 8 m [ 8m ]

7 (b) F1 KMS/Kesatuan Melayu Singapura


H1a Menjaga sosiaoekonomi penduduk Melayu Singapura 1
H1b Mendesak kebajikan orang Melayu diberi perhatian oleh British 1
H1c Berkenalan/bertukar pendapat 1
H2b Memajukan diri/bangsa 1
H2c Menggalakkan persaudaraan/perpaduan orang Melayu/seluruh 1
Semenanjung Tanah Melayu
F3 Persatuan Negeri Perak/Selangor/Pahang/negeri sembilan 1
H3a Menggabungkan tenaga intelektual melayu 1
H3b Membincangkan nasib orang Melayu dalam Ekonomi / pendidikan 1
/perkhidmatan kerajaan
F4 Persatuan Melayu Miri/Persatuan Melayu Sarawak 1
H4a Mengeratkan perpaduan 1
H4b Menggalakkan perpaduan 1
H4c Menjaga budaya/maruah bangsa 1
F5 Cawangan Sahabat Pena Sabah 1
H5a Mirip persatuan di Semenajung 1
F6 KMM / Kesatuan Melayu Muda 1
H6a Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu 1
H6b Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu 1
Mana-mana 7 x 1 = 7 m [ 7m ]

7 (c) F1 Mengibarkan bendera 1


F2 Menghormati lagu kebangsaan/lambang-lambang Negara 1
F3 Mengamalkan prinsip Rukun Negara 1
F4 Berdisiplin/menghormati undang-undang 1
F5 Menghormati perlembagaan 1
M Mana-mana jawapan yang munasabah 1

Mana-mana 5 x 1 = 5 m [ 5m ]

   
   
 
 
 
 
 
 

1249/2 SULIT
j2kk
14 
SULIT 1249/2
Soalan Butiran Markah

8 (a) F1 - Keturunan sultan sebagai pewaris takhta 1


F2 - Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor 1
F3 - Agama Islam sebagai agama negeri 1
F3 - Syarat menjadi raja 1
H3a - Raja hendaklah berbangsa Melayu 1
H3b - Lelaki 1
H3c - Beragama Islam 1
H3d - Waris pemerintah Johor 1
F4 - Raja/Menteri/Jemaah Pangkuan Negeri dilarang 1
menyerahkan negeri kepada kuasa/kerajaan lain
F5 - Raja berhak memilih Menteri Besar 1
F6 - Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri 1
dengan perkenan Raja
F7 - Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua 1
F8 - Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan 1
F9 - Jemaah Negeri yang mempunyai kuasa pelaksanaan 1
F10 - Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar 1
F11 - Menteri Besar sebagai Yang Dipertua 1
F12 - Berfungsi membantu Raja/Jemaah Menteri 1
F13 - Dalam mentadbir negeri/rakyat 1
F14 - Jemaah Menteri terdiri daripada 8 hingga 12 orang pegawai 1
kanan kerajaan 1
F15 - Pegawai kanan kerajaan menjadi ahli Majlis Negeri 1
F16 - Ahli Majlis negeri berbangsa Melayu 1
F17 - Beragama Islam 1
F18 - Rakyat negeri Johor 1
F19 - Setiap pegawai kerajaan mesti mengangkat sumpah 1
F20 - Dan memberikan taat setia kepada Raja/ Kerajaan Johor 1
F21 - Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali 1
F22 - Dan pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh Raja 1
F23 - Atau diminta oleh Menteri Besar/Naib Menteri Besar/ tiga
orang ahli Jemaah Menteri
Mana-mana 10 x 1m [10m ]

1249/2 SULIT
j2kk
15 
SULIT 1249/2

Soalan Butiran Markah

8 (b) F1 - Slogan beban orang putih hanyalah suatu alasan untuk 1


menjajah 1
F2 - Pemodenan pentadbiran negeri tidak menjamin 1
kedaulatan/tidak dijajah 1
F3 - Mendedahkan niat sebenar British sebagai negara penjajah 1
F4 - Bertujuan untuk menguasai seluruh Tanah Melayu 1
F5 - Penjajahan bukan bertujuan untuk memajukan negeri-negeri 1
Melayu 1
F6 - Kedudukan negeri Johor yang strategik 1
F7 - Berhampiran dengan negeri Singapura
F8 - British ingin menguasai bahan mentah
F9 - British ingin meluaskan pasaran barang-barangnya
M - ( Mana-mana jawapan munasabah )

Mana-mana 5 x 1m [ 5m ]

Soalan Butiran Markah

F1 - Undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan 1


kerajaan 1
F2 - Perlembagaan menjamin kestabilan negara 1
F3 - Perlembagaan memenuhi aspirasi rakyat 1
F4 - Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat 1
F5 - Dapat mengelak perbalahan antara kaum 1
F6 - Dapat mengelak perbalahan antara agama 1
F7 - Menjamin taat setia rakyat kepada negara 1
F8 - Menjamin kecekapan/kejujuran/keadilan/ketelusan/kelicinan 1
pentadbiran 1
F9 - Perlembagaan menjadi panduan dalam pemerintahan
F10 - Dapat mengelakkan berlakunya kacau bilau dalam negara
( Mana-mana jawapan munasabah )
Mana-mana 5 x 1m [ 5m ]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1249/2 SULIT
j2kk
16 
SULIT 1249/2
 
Soalan Butiran Markah
9 (a) F1 Meningkatkan jurang perbezaan di dalam negara 1
antara bandar dengan luar bandar dan
F2 Antara negara di dunia iaitu negara maju dengan 1
membangun
F3 Menyekat peluang pekerjaan 1
F4 Merendahkan taraf hidup 1
F5 Menghindarkan perkembangan sosial 1
M Mana-mana jawapan yang munasabah 1
Mana-mana 5 x 1m [ 5m ]

Soalan Butiran Markah


9 (b) F1 Membangun / menyusun semula sitem pendidikan di Malaysia 1
F2 Membina Sekolah Wawasan untuk memupuk perpaduan 1
F3 Interaksi murid pelbagai kaum untuk meningkatkan daya saing 1
F4 Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan prasarana teknologi 1
maklumat
F5 Memupuk rasa cinta pada IT 1
F6 Mengubahsuai kurikulum untuk melahirkan pelajar yang kreatif / 1
analitis
M Mana-mana jawapan yang munasabah 1
Mana-mana 8 x 1m [ 7m ]

Soalan Butiran Markah


9 (c) F1 Mampu bersaing di peringkat antarabangsa 1
F2 Mampu menguasai ilmu terkini 1
F3 Menjadi masyarakat yang kreatif 1
F4 Menguasai teknologi baru 1
F5 Mencipta teknologi baru 1
F6 Menguasai bahasa asing 1
F7 Melahirkan masyarakat yang bermaklumat 1
F8 Negara akan mencapai taraf negara maju 1
M Mana-mana jawapan yang munasabah 1
Mana-mana 8 x 1 = 8 m [ 8m ]

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

1249/2 SULIT

You might also like