You are on page 1of 3

NABI IBRAHIM A.

S DENGAN RAJA NAMRUD

Assalammulaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Ahlan wasahlan wa marhaban bikum.Yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru pembimbing dan rakan-rakan sekalian.Saya Mohamad Fuad B. Nordin/ Nur syazwani Bt. Ali dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh , Mampan ingin menyampaikan sebuah cerita yang berkisahkan Nabi Ibrahim A.S dan Raja Namrud. Rakan-rakan,nak tahu tak..nak tahu tak kisah Nabi Ibrahim.Al-kisahnya di kota Babylon terdapat seorang raja bernama Raja Namrud.Dia seorang raja yang amat zalim dan suka menyembah berhala.Dia juga menganggap berhala itu adalah tuhannya.Selain itu,memerintahkan rakyatnya supaya membuat dan menyembah berhala.Rakyat sangat benci kepada Raja Namrud tetapi tidak berani melawannya. Suatu malam,Raja Namrud bermimpi seorang budak lelaki memasuki biliknya.Budak tersebut merampas dan menghempaskan mahkota yang dipakainya ke lantai.Raja Namrud hairan tentang mimpi tersebut lalu memanggil ahli nujumnya.Ahli nujum memberitahu Raja Namrud bahawa seorang bayi akan lahir ke dunia dan menewaskannya.Raja Namrud berasa takut dan marah.Dia memerintahkan setiap bayi di bunuh.Masyaallahkejamnya! Seorang ibu yang sarat mengandung lari ke sebuah gua yang sangat jauh dari perkampungannya.Dia takut bayinya di bunuh oleh askar-askar Raja Namrud.Akhirnya lahirlah Nabi Ibrahim di dalam sebuah gua yang gelap.Ketika kanak-kanak,Nabi Ibrahim berfikir tentang kejadian bulan,bintang dan sebagainya. Apabila dewasa,Nabi Ibrahim mengetahui semua kejadian itu dijadikan oleh Allah S.W.T.Penduduk Babylon tidak berfikir sebegitu tetapi terus menyembah berhala.Beberapa tahun kemudian,Nabi Ibrahim menjdi Rasul.Baginda di beri Mukjizat iaitu menghidupkan hidupan yang telah mati.Selain itu,menyampaikan ajarannya iaitu manusia tidak boleh menyembah berhala tetapi hendaklah menyembah Allah S.W.T. Ketika penduduk bandar tiada,Nabi Ibrahim merosakkan patung-patung kecil dengan kapak.Kemudian kapak itu di gantung pada leher patung yang paling besar.Penduduk bandar sangat terkejut apabila melihat patung-patung mereka dirosakkan.Mereka menangkap Nabi Ibrahim kerana di tuduh melakukan perbuatan tersebut. Nabi Ibrahim berkata, Tanyalah patung besar itu.Mungkin patung itu menghancurkan patung-patung kecil kerana dia ada kapak.Ada sesetengah daripada penduduk sedar patung-patung itu tidak boleh bercakap dan mereka mula percaya dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Seterusnya Raja Namrud memerintahkan rakyatnya supaya mengumpulkan kayu untuk membakar Nabi Ibrahim.Mereka mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar.Baginda di tolak ke dalam timbunan kayu itu.Api dinyalakan dan semakin marak sehingga burung-burung tidak berani terbang diatasnya.Sekiranya terbang juga mereka akan terbakar.Pengikut Raja Namrud bergembira kerana percaya Nabi Ibarahim sudah menjadi abu. Rakan-rakan ,apa yang terjadi dengan Nabi Ibrahim seterusnya?Tibatiba,mereka terkejut besar apabila melihat Nabi Ibrahim berjalan keluar dari timbunan abu itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.Allah S.W.T berfirman Surah Al Anbiyaa ayat 69 Wahai api,jadikanlah kamu dingin dan sejahtera ke atas Nabi Ibrahim.Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyelamatkan Nabi Ibrahim. Raja Namrud memanggil semua tenteranya seramai tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap berkumpul untuk berperang dengan Allah S.W.T .Dia berkata,Hai Ibrahim,panggil Tuhanmu dan tentera-tenteranya mari kita berperang! Sebaik sahaja Raja Namrud berkata demikian sekumpulan awan datang dan keadaan menjadi gelap.Tiba-tiba,turunlah tentera nyamuk sehingga menutupi permukaan bumi dan langit lalu menggigit tentera-tentera Raja Namrud.Ramai tenteranya yang mati. Allah S.W.T memerintahkan kepada nyamuk menunda seksaan terhadap Raja Namrud agar dia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya.Ketika hampir seksaan untuk Raja Namrud,Allah S.W.T memerintahkan seekor nyamuk tempang untuk menjalankan tugas tersebut.Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon pokok selama tiga hari. Setelah tiga hari,maka ia masuk ke dalam kepala Raja Namrud melalui lubang hidungnya.Kemudian memakan otak Raja Namrud selama empat puluh hari.Akhirnya,Raja Namrud tewas di tangan makhluk Allah S.W.T yang paling lemah iaitu nyamuk.Dia mati dalam keadaan yang dahsyat. Rakan-rakan,janganlah kita sombong dan menganggap diri yang paling berkuasa kerana ada yang lebih berkuasa daripada kita.Sesungguhnya yang buruk itu daripada diri saya sendiri dan yang baik itu daripada Allah S.W.T. Pergi ke pekan mendayung sampan, Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Wabillah hitaufik wahidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.Wa sukran jazilan.

You might also like