You are on page 1of 23

Buku Elektronik

20 Resipi Aneka Gulai


Sajian berbeza masakan bergulai

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


Penggunaan
Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web
www.sajionline.com.my sahaja.

Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda
menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!

Pemilikan
Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta
bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula,
disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa
bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio
Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Penafian
Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (“kami”) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang
kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi
daripada ebook ini.

Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu
pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk
menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun
ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan
kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara
langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian
berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:


Perfisio Solutions Sdn. Bhd
14, Ground Floor, The Right Angle
Jalan 14/22 , Petaling Jaya

No. Tel: 603-7955 5577


No. Faks: 603-7957 2777

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI KUPANG BERLADA

BAHAN-BAHAN:

300 gm isi kupang


200 gm nanas (hiris nipis)
250 ml santan
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (titik)
10 tangkai cili padi (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
10 gm serbuk lada hitam
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur
dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung (potong 12)
2 biji ubi keledek (potong dadu)
1 tangkai cili merah (tumbuk)
5 tangkai cili padi (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (titik)
4 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur
250 ml santan pekat
2 helai daun limau purut (hiris)
Garam dan minyak secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah
empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan
serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air.
Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam
gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


KURMA CAMPURAN

BAHAN-BAHAN:

200 gm daging (potong dadu)


10 biji telur puyuh (rebus)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong
dadu)
2 labu bawang besar (belah
empat)
4 ulas bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
50 ml air asam jawa
2 cm halia (mayang)
2 kuntum bunga lawang
250 ml santan
1 peket kecil rempah kurma
250 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:
Di dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan bahan-bahan yang
dimayang hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan air asam jawa.Tumis lagi.
Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Bila daging sudah separuh empuk,
masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Kemudian masukkan santan,
telur puyuh dan garam secukup rasa. Biarkan kesemuanya empuk.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


PARI RAMPAI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan pari
10 tangkai cili padi (tumbuk)
5 tangkai cili merah (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 batang serai (titik)
1 kuntum bunga kantan (hiris)
2 helai daun limau purut (hiris)
1 helai daun kunyit (mayang)
250 ml santan pekat
1 biji limau kasturi (ambil airnya)
2 cm cekur (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1/2 biji kelapa (sangai hingga
kekuningan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:

Gaulkan separuh bahan-bahan tumbuk, kelapa goreng dan sedikit garam dengan ikan
yang telah dibersihkan dan panggang. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lalu
tumiskan separuh lagi bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan
bahan-bahan yang dihiris dan mayang halus serta santan pekat. Bubuhkan garam dan
gula. Didihkan hingga kuah agak pekat. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas ikan pari
bakar.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI BETIK IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda (warna isinya agak kekuningan)
100 gm ikan masin
500 ml santan kelapa
10 tangkai cili padi (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (titik)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
Sehelai daun kunyit (siat)
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Betik dicincang dan dihiris halus dan dicelur. Masukkan bahan tumbuk, serai, santan
dan ikan masin ke dalam periuk. Didihkan seketika. Masukkan betik dan daun kunyit
serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga masak.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


KARI SARDIN KENTANG

BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin
2 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (titik)
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 sudu kecil halba campur
50 ml air asam jawa
50 gm yogurt
125 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak di periuk. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, halba campur dan serai
hingga naik bau. Masukkan rempah kari, air asam jawa dan air. Didihkan hingga pecah
minyak. Masukkan ubi kentang dan bawang besar, masak hingga empuk. Akhir sekali,
masukkan sardin (ambil ikan sahaja), yogurt dan garam secukup rasa. Didihkan dengan
api perlahan untuk beberapa minit.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI ASAM TETEL DAN REBUNG

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging tetel (rebus empuk)
200 gm rebung
10 gm ketumbar (tumbuk)
10 tangkai cili kering (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm lengkuas (ketuk)
1 cm belacan (tumbuk)
5 keping asam gelugur
2 batang serai (titik)
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:
Di dalam periuk, panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar, tumbuk, serai dan
lengkuas hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan
pula rebung, daging tetel, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi
selama sepuluh minit.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI MASAM IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:
1 ketul ubi kayu (potong bulat dan belah 2)
4-5 keping tulang ikan masin kurau
1 liter air
6 ulas bawang merah (tumbuk
lumat)
1 tangkai cili merah (tumbuk
lumat)
Sedikit belacan (tumbuk lumat)
3 sudu besar cili merah kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai (titik)
2 keping asam gelugur (hiris)
Garam dan gula secukup rasa
Daun kesum secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan ubi ke dalam air bersama bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam periuk, rebus
hingga ubi kayu separuh empuk. Kemudian masukkan pula serai, serbuk kunyit, asam
gelugur, daun kesum, ikan masin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan
hingga ubi kayu empuk dan kuah agak pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


PINDANG SOTONG

BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong sederhana besar
2 batang serai (titik)
2 cm halia (titik)
7 tangkai cili siam (titik)
2 helai daun salam
4 biji tomato hijau (potong dua)
2 biji tomato merah besar
(potong empat)
6 biji belimbing buluh (belah dua)
5 gm daun kemangi/selasih
2 keping asam gelugur
650 ml air sejuk
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:
Rebus bahan-bahan kisar bersama air, serai, halia, daun salam, tomato hijau dan
merah, belimbing, cili siam, asam gelugur dan daun kemangi hingga mendidih. Setelah
mendidih, masukkan sotong, belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia
mendidih sekali lagi.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


TUMIS ASAM PEDAS NYONYA

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan keli (potong tiga)
Minyak untuk menumis
6 batang bendi kecil
500 ml air asam jawa
(sederhana pekat)
1 kuntum bunga kantan
(hiris kasar)

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
3 tangkai cili merah
2 batang serai
2.5 cm lengkuas
2.5 cm kunyit hidup
10 tangkai cili kering
(kisar berasingan)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak dan
naik bau. Masukkan air asam jawa, ikan, gula dan garam secukup rasa, tunggu hingga
mendidih. Akhir sekali, masukkan pula bunga kantan. Apabila kuah mula mendidih
sekali lagi masukkan kacang bendi dan kacau. Biarkan hingga lima minit. Tutup periuk
dan padamkan api.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


KARI TELUR ITIK

BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik (rebus)
Minyak secukupnya
1 labu bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 cm halia (tumbuk lumat)
4 biji tomato (potong kecil)
150 ml air
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN REMPAH:
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam masala

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia
hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan bahan-bahan rempah dan tumis hingga
tiga minit. Masukkan tomato dan goreng hingga tomato layu. Masukkan air, kacau dan
biarkan kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur rebus, garam dan gula secukup
rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI LEMAK TAUGE BERTAUHU

BAHAN-BAHAN:
350 gm tauge kasar (buang
ekor)
3 keping tauhu (potong empat)
1/2 labu bawang besar (hiris -
memanjang)
1 tangkai cili merah hiris kasar
250 gm udang sederhana besar
300 ml santan pekat
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan separuh daripada santan, bawang besar dan tauge ke dalam periuk, dan
masak hingga kuah mendidih. Apabila kuah mendidih masukkan pula sebahagian
daripada santan tadi, udang, tauhu, cili merah serta garam secukup rasa. Kacau dan
biarkan sehingga tiga minit atau sehingga kuah mendidih semula

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


SUP TAUHU TELUR DENGAN SURIMI

BAHAN-BAHAN:
250 gm minyak kacang
4 batang tauhu telur (potong ikut
suka dan goreng)
4 kuntum cendawan shitake
kering (rendam dan hiris nipis)
50 gm leek (hiris nipis)
50 gm lobak (hiris nipis)
120 gm surimi/isi ketam
2 sudu besar air halia
1 liter air sejuk
1 1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya
1 biji telur ayam

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali. Goreng lobak, leek dan cendawan
hingga naik bau. Masukkan air halia, air, lada sulah dan kiub pati ayam dan tunggu
hingga mendidih. Masukkan pula surimi dan tepung jagung yang telah dibancuh
bersama air. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan
menggunakan garpu. Angkat dan ketepikan. Hidangkan dengan masukkan empat
hingga lima ketul tauhu telur ke dalam mangkuk sup, curahkan kuah ke atasnya dan
taburkan dengan daun bawang.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


KARI IKAN ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:
2 ketul ikan tenggiri (goreng)
2 batang serai (hiris nipis)
2 sudu besar serbuk kari
150 gm air asam jawa (pekat)
200 ml santan pekat
2 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong
panjang)
1 tangkai cili hijau (belah dua)
1 tangkai cili merah (belah dua)
6 biji kacang bendi
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK:
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
5 gm kunyit hidup
5 gm halia
3 biji buah keras

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau dan
terbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukup
rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran
dan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


DAGING SEMUR

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging (potong kiub)
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil rempah campuran
(perap semua bahan di atas
selama 15 minit)
6 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar minyak
1 liter air
4 biji kentang (potong empat)
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk roti

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik
bau. Masukkan daging perap dan goreng selama lima minit, barulah dimasukkan air.
Biarkan hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan kentang, tunggu hingga
kentang empuk. Akhir sekali, campurkan garam, gula secukup rasa serta serbuk roti,
biarkan sebentar hingga kuah pekat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


LEMAK UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU

BAHAN-BAHAN:
350 gm udang sederhana besar
(buang kepala dan kulit)
50 gm isi petai
150 gm tempoyak
125 ml santan cair
250 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRIS HALUS:


2 helai daun kunyit
5 helai daun labu
10 helai pucuk ubi (rebus)
10 helai daun kaduk
10 helai daun buas-buas

BAHAN TUMBUK:
3 batang serai hiris
3 cm kunyit hidup
8 tangkai cili padi

CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan kesemua bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, petai, tempoyak dan santan cair
ke dalam periuk. Masak atas api dan biarkan mendidih. Apabila kuah mula mendidih,
masukkan santan pekat, udang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih
sekali lagi dan barulah angkat.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


AYAM PONGTEH

BAHAN-BAHAN:
600 gm ayam (potong 10)
3 sudu besar minyak
250 ml air
300 gm ubi sengkuang (potong
kiub)
4 helai daun cekur (hiris kasar)

BAHAN-BAHAN TUMBUK:
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
1.5 cm kunyit hidup
4 biji buah keras

BAHAN-BAHAN PERISA:
2 sudu besar taucu kisar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap cair
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan ayam dan ubi sengkuang. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam
dan sengkuang kering. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah
bahan-bahan perisa, kacau dan angkat.

GULAI AYAM SUMATERA

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam (potong sederhana)
5 tangkai cili padi
1 keping asam gelugur
250 ml santan
2 tangkai cili hijau (potong dua)
2 biji tomato (belah empat)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masukkan ayam dan gaulkan hingga
sebati. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan asam gelugur,
garam dan gula. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato. Masak
hingga mendidih dengan api yang sederhana. Hidangkan.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI UDANG REBUNG

BAHAN-BAHAN:
300 gm udang sederhana besar
200 gm rebung (hiris nipis)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 cm kunyit (kisar)
300 ml santan
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
4 tangkai cili padi (titik)
1 batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar bersama santan, air, kunyit
hidup, asam gelugur, cili padi dan serai. Didihkan di atas dapur dengan api yang
perlahan. Kemudian masukkan rebung dan udang. Kacau perlahan-lahan supaya santan
tidak pecah minyak.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


GULAI UDANG LEMAK PADANG

BAHAN-BAHAN:
500 gm udang sederhana
2 batang serai
3 tangkai cili padi (ketuk)
2 tangkai cili merah (belah dua)
250 ml santan pekat

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan santan, serai yang
diketuk, cili padi dan cili merah. Didihkan dengan api yang sederhana selama 20 minit.
Kacau rata supaya tidak pecah santan. Masukkan udang dan masak selama 20 minit.
Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.

© 2009. Hak Cipta Terpelihara


Penggunaan
Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web
www.sajionline.com.my sahaja.

Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda
menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!

Pemilikan
Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta
bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula,
disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa
bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio
Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Penafian
Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (“kami”) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang
kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi
daripada ebook ini.

Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu
pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk
menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun
ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan
kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara
langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian
berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:


Perfisio Solutions Sdn. Bhd
14, Ground Floor, The Right Angle
Jalan 14/22 , Petaling Jaya

No. Tel: 603-7955 5577


No. Faks: 603-7957 2777

© 2009. Hak Cipta Terpelihara

You might also like