You are on page 1of 10

Topic : Huraikan dengan jelas apakah yang anda faham dengan proses komunikasi?

D053164 General Forum : Forum 1 Posted On : 13 Sep 2013 06:11:41 AM Subject : Huraikan dengan jelas NURULHU apakah yang anda faham dengan proses komunikasi? DA BINTI MOHAMAD Perkataan komunikasi berasal dari perkataan latin iaitu communicare yang SALIHIN bererti menjadikan sama atau berkongsi. Menurut Theodorson & Replies :4 Views : 46

Theodorson (1969), komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, emosi daripada seseorang individu/kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol. Oleh itu, komunikasi merupakan suatu proses bagaimana proses maklumat antara individu yang ditukarkan melalui sistem simbol, tanda atau tingkah laku yang umum yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, maklumat yang dikomunikasikan dan alat komunikasi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa komunikasi tidak semestinya berlaku secara lisan sahaja malah boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti bukan lisan dan juga boleh berlaku secara individu. Sesuatu komunikasi itu pastilah melibatkan proses, mesej dan makna. Misalnya di sekolah, guru menggunakan komunikasi untuk untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan murid-muridnya dan begitulah sebaliknya. Dalam proses saling bertukar pengalaman dan pengetahuan inilah berlakunya proses (bagaimana komunikasi disampaikan), mesej yang disampaikan dan seterusnya guru dan murid-murid mencipta makna antara satu sama lain. Seterusnya Lasswell dalam bukunya yang bertajukThe Structure and Function of Communication in Society, menyataka n komunikasi sebagai siapa, bicara apa, pada saluran mana, kepada siapa dan dengan pengaruh apa. Hal ini akan menentukan komunikasi yang berkesan dimana komunikasi tersebut dapat difahami mesejnya, mempengaruhi sikap penerima mesej, memberi keseronokan kepada penerima mesej, memperbaiki perhubungan dan berlakunya tindakan susulan seperti murid berminat mengulangkaji matapelajaran yang diminta oleh guru tersebut. Kesimpulannya, proses komunikasi secara asanya berlaku apabila terdapat pihak yang berkomunikasi, maklumat yang dikomunikasikannya dan alat komunikasi yang digunakan.

Topic : Huraikan dengan jelas apakah yang anda faham dengan proses komunikasi? D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :6 Views : 58 General Forum : Forum 1 Posted On : 14 Sep 2013 04:46:47 AM Subject : Re
: Huraikan dengan jelas apakah yang anda faham dengan proses komunikasi?

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu yang menyatakan bahawa proses komunikasi ini tiada pengakhiran kerana dalam kehidupan manusia itu sendiri memerlukan seseorang itu sentiasa berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan dengan seseorang mahupun secara bersendirian tambahan pula informasi sentiasa diperolehi sama ada dari dirinya sendiri ataupun daripada makhluk yang lain. Secara umumnya proses komunikasi merupakan suatu proses bagaimana proses informasi antara individu ditukarkan melalui simbol, tanda atau tingkah laku yang umum dimana melibatkan pihak yang berkomunikasi yang terdiri daripada sumber dan penerima mesej, informasi yang dikomunikasikan dan alat komunikasi iaitu saluran penyampaian mesej. Hal ini dijelaskan dengan

lebih lanjut dalam komponen asas komunikasi yang telah cikgu nyatakan. Justeru, proses komunikasi ini agak kompleks dan sekiranya dapat difahami dengan baik dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan ini sangat penting kerana akan dapat meningkatkan lagi penghargaan kendiri seseorang.

Topic : Huraikan dengan jelas apakah yang anda faham dengan proses komunikasi? D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :4 Views : 46 General Forum : Forum 1 Posted On : 14 Sep 2013 03:52:24 AM Subject : Re
: Re : Huraikan dengan jelas apakah yang anda faham dengan proses komunikasi?

Benar, sememangnya komunikasi melibatkan perkara yang lebih kompleks dimana terdapat sembilan komponen yang asas didalamnya seperti berikut: 1. Sumber Sumber merupakan pihak yang memulakan komunikasi dengan menyampaikan mesej dan seterusnya akan bertukar menjadi penerima apabila menerima mesej. 2. Penerima Merupakan orang yang menerima mesej dan penerima juga turut bertukar menjadi sumber apabila ia membalas mesej yang diterima. 3. Mesej Merupakan intipati dalam aktiviti komunikasi yang saling bertukar semasa proses komunikasi. 4. Saluran Merupakan wadah penggerak mesej yang boleh berlaku dalam bentuk gelombang suara, wayar, kabel dan sebagainya. 5. Maklum Balas Merupakan tindak balas terhadap mesej yang disampaikan sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan. 6. Kod Merupakan simbol untuk menghasilkan makna yang terdiri daripada kod lisan dan bukan lisan. 7. Enkod Merupakan pemprosesan idea, fikiran dan perasaan yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk kod oleh sumber. 8. Dekod Merupakan proses dimana penerima memberi makna terhadap kod yang diterima. 9. Gangguan Merupakan perkara yang menjejaskan kefahaman terhadap mesej yang boleh berlaku dalam bentuk fizikal, psikologi dan semantik. 9.1 Gangguan Fizikal gangguan daripada bentuk fizikal persekitaran yang boleh menganggu tumpuan kepada mesej yang disampaikan 9.2 Gangguan Psikologi gangguan yang terbit dari penerima yang dapat menjejaskan kefahaman terhadap mesej seperti marah. 9.3 Gangguan Semantik gangguan penggunaan bahasa akibat perbezaan fahaman terhadap sesuatu perkataan atau ayat.

Topic : FORUM 1 D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD General Forum : Forum 1 Posted On : 15 Sep 2013 02:54:12 AM Subject : Re :
FORUM 1

Saya setuju dengan pandangan yang telah cikgu nyatakan tersebut

SALIHIN Replies :3 Views : 31

terutamanya berkaitan konsep komunikasi tersebut. Manusia merupakan makhluk yang sentiasa berkomunikasi tidak kiralah dalam apa juga bentuknya. Dalam keadaan bukan lisan juga mesej boleh dihantarkan kepada penerima. Komunikasi yang berkesan wujud apabila penerima dapat memahami makna yang disampaikan oleh sumber. Namun, Proses komunikasi sebenarnya lebih teliti lagi apabila melibatkan komponen-komponen asas iaitu: Sumber: orang yang memulakan komunikasi Penerima merupakan orang yang menerima mesej dari sumber. Mesej ialah intipati aktiviti komunikasi. Saluran merupakan wadah pergerakan mesej dari sumber kepada penerima. Maklum balas merupakan tindak balas dari penerima. Kod merupakan simbol yang disusun dan digunakan secara sistematik untuk menghasilkan makna kepada orang lain. Enkod adalah proses dalam diri sumber yang memproses idea, fikiran atau perasaan yang diterjemahkan kepada kod. Dekod merupakan proses yang berlaku dalam diri penerima yang cuba memberi makna kepada kod yang disampaikan oleh sumber. Gangguan merupakan apa sahaja perkara yang menjejaskan kefahaman terhadap mesej seperti gangguan fizikal, psikologi dan semantik.

FORUM 2

Topic : Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu boleh meningkatkan keberkesanan
komunikasinya?

D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :4 Views : 22

General Forum : Tajuk Forum 2 Posted On : 05 Oct 2013 01:04:22 PM Subject : Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu boleh
meningkatkan keberkesanan komunikasinya?

Komunikasi bermaksud satu proses dua hala diantara penyampai dengan penerima, proses perkongsian maklumat, idea, nilai dan perasaan. Ia juga merupakan proses menyampaikan secara jelas dan mendengar secara aktif. Manakala komunikasi berkesan pula adalah satu kemahiran hubungan kemanusiaan yang memainkan peranan dalam perhubungan manusia dengan wujudnya kelancaran dan kejelasan, idea dan objektif. Terdapat pelbagai kaedah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dan lima antaranya adalah:

1) Penggunaan nada suara yang sesuai Berdasarkan kajian komunikasi, sebanyak 45 peratus dari proses

komunikasi adalah dari nada suara dan apa yang kita ucapkan seperti cara kita memanggil seseorang boleh membawa makna yang tersendiri dimana pendengar akan dapat mengenalpasti sama ada kita ikhlas, marah dan sebagainya.

2) Gerak laku Gerak laku yang selalunya menjadi tumpuan ialah wajah muka, cara kita berdiri atau duduk, cara kita menunjukkan sesuatu, jarak antara kita dengan pendengar, pergerakan tangan dan kekemasan pakaian kita. Pendek kata, gerak laku dapat mempamerkan perasaan kita pada ketika itu. Selain itu amat penting untuk memastikan gerak laku kita adalah sehaluan dengan mesej yang disampaikan.

3) Pandangan mata (eye contact) Kita seharusnya memandang ke muka orang yang kita sedang bercakap kerana ianya menunjukkan kejujuran, keyakinan dan juga tanda hormat.

4) Berkomunikasi dengan jelas dan lancar Komunikasi yang jelas dan lancar dapat memudahkan pemahaman pendengar justeru menggambarkan kebijaksanaan dan kedewasaan orang yang sedang bercakap.

5) Senyuman Senyuman seharusnya mendahului komunikasi, nada suara yang lembut dan air muka yang manis akan menghasilkan komunikasi positif yang berpengaruh kerana akan menggalakkan orang lain mudah mesra dan dapat berkomunikasi dengan lebih positif lagi. Kesimpulannya, komunikasi yang berkesan tidak hanya tertakluk kepada mesej yang disampaikan tetapi bahasa badan yang ditunjukkan semasa berkomunikasi juga penting untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan dan memberi makna

Topic : Forum 2 : Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu boleh meningkatkan
keberkesanan komunikasinya?

D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :7 Views : 87

General Forum : Tajuk Forum 2 Posted On : 07 Oct 2013 06:04:03 AM Subject : Re : Forum 2 : Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu
boleh meningkatkan keberkesanan komunikasinya?

Saya bersetuju dengan pandangan saudari tersebut. Kemahiran komunikasi yang berkesan ini mesti dimiliki oleh setiap guru. Hashim (2000) menyatakan guru adalah seorang individu yang tidak boleh lari daripada komunikasi kerana komunikasi penting dalam menyampaikan maksud. Justeru itu, komunikasi ini dapat menentukan kejayaan seseorang guru tersebut dalam menyampaikan pengajaran kepada muridnya yang seterusnya dapat menentukan keberhasilan muridnya dalam pembelajaran. Sebaliknya komunikasi yang kurang berkesan boleh menjadi punca kepada masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah. Maka kesemua ciri komunikasi berkesan yang telah saudari nyatakan sememangnya perlu ada pada seorang guru berikutan kerjaya seorang guru yang tidak boleh lari dari berinteraksi dengan pelbagai pihak.

Topic : Forum 2 : Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu boleh meningkatkan
keberkesanan komunikasinya?

D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :5 Views : 36

General Forum : Tajuk Forum 2 Posted On : 07 Oct 2013 05:38:02 AM Subject : Re : Forum 2 : Bincangkan lima (5) kaedah bagaimanakah seseorang itu
boleh meningkatkan keberkesanan komunikasinya?

Saya setuju dengan pandangan saudari tersebut antaranya yang berkaitan dengan senyuman. Senyuman mempunyai pengaruh yang kuat kerana walaupun tanpa berkata-kata, senyuman turut dapat menunjukkan sama ada seseorang itu ikhlas atau sebaliknya disamping memberi manfaat kepada kesihatan dan ia merupakan senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kita. Senyuman akan menjadikan diri kita disenangi ketika berbicara, ia juga akan menjadi satu daya tarikan kepada orang ramai untuk terus bergaul mesra bersama kita. Disamping itu, senyuman juga dapat mengubah perasaan kita yang hambar kepada satu rasa ketenangan yang membolehkan rasa tekanan yang kita hadapi beransur-ansur hilang. Kita juga akan kelihatan menarik jika selalu tersenyum dan senyuman itu jugalah akan membawa kepada keberkesanan dalam komunikasi dan perhubungan kita dengan orang lain. Lowndes (2003), dalam karyanya yang berjudul How to talk to anyone, menyatakan bahawa, sebaik-baik senyuman, adalah senyuman yang tidak terlalu besar dan tidak terburu-buru. Dalam istilah inggerisnya ialah slower smile.Senyuman yang dihasilkan ini dihasilkan secara perlahan-lahan ketika komunikasi berlaku, mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi. Senyuman slower smile ini akan menjadikan personaliti kita tampak hebat, lebih mendalam dan akan kelihatan sangat ikhlas. Justeru, lemparkanlah sebuah senyuman yang lembut tetapi bertali arus supaya ia

menyejukkan mata sesiapa yang memandang. Selain itu, Lowndes (2003) juga memberi tips bagi menghasilkan senyuman yang hebat yang dikenali dengan istilah Flooding smile/ senyuman yang melimpah. Caranya ialah, anda jangan terus tergesa-gesa memberi senyuman ketika bertegur-sapa dengan seseorang. Sebaliknya, pandanglah tepat ke arah wajah mereka selama beberapa saat, berhenti seketika (untuk memberi satu perasaan yang pesona kepada mereka) dan seterusnya muntahkanlah sebuah senyuman yang besar seolah-olah melimpahi keseluruh wajah anda dan mengalir keluar melalui pandangan mata anda. Kelambatan beberapa saat itu akan membuatkan orang yang sedang berkomunikasi dengan kita merasakan senyuman yang dilemparkan kepadanya adalah sangat tulen dan diberikan tulus ikhlas hanya untuk dirinya sahaja. Orang yang berada di puncak kejayaan cukup tahu bahawa senyumanlah merupakan senjata mereka yang paling hebat dan berkuasa. Oleh sebab itulah mereka cuba sedaya upaya utuk menghasilkan kesan yang semaksimun mungkin hanya menerusi sebuah senyuman. Kesimpulannya, keluarkanlah senyuman anda dari lubuk hati yang paling dalam dan gunakanlah ia bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kita.
Topic : forum 2 D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :4 Views : 18 General Forum : Tajuk Forum 2 Posted On : 05 Oct 2013 03:15:25 PM Subject : Re : forum 2 Saya bersetuju dengan pandangan cikgu tersebut. Selain itu terdapat pelbagai kaedah lagi untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi, antaranya adalah: 1. Pastikan idea-idea yang ingin disampaikan adalah jelas sebelum berkomunikasi dengan orang lain. 2. Sesuaikan bahasa, nada suara dan pendekatan anda dengan tujuan sebenar komunikasi. 3. Setiap kali berkomunikasi, ambiil kira keadaan fizikal, iklim sosial dan perkiraan masa. 4. Gunakan perkataan ayng tepat serta mudah difahami oleh orang lain. 5. Pastikan bahasa dan gerak-geri adalah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan. 6. Kekalkan kontak mata semasa bercakap dengan orang lain. 7. Elakkan penggunaan bahasa kasar dan kesat

FORUM 3

Topic : Jelaskan jenis-jenis komunikasi bukan lisan. Mengapakah mahir komunikasi bukan lisan adalah
penting dalam proses berkomunikasi?

D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :6 Views : 20

General Forum : Forum 3 Posted On : 17 Oct 2013 12:41:59 PM Subject : Jelaskan jenis-jenis komunikasi bukan lisan. Mengapakah mahir
komunikasi bukan lisan adalah penting dalam proses berkomunikasi?

Komunikasi bukan lisan dikenali juga sebagai komunikasi non-verbal dan bahasa badan. Komunikasi terdiri daripada gerak-geri, roman muka, gerak mata, sentuhan, suara, kadar kelajuan kita berbicara, perhubungan ruang dari jarak dan orientasi masa. Kesemua ini boleh memberi makna kepada orang yang sedang kita berbicara. Komunikasi bukan lisan ini penting dalam proses komunikasi kerana: 1) Komunikasi bukan lisan memberi penekanan terhadap apa yang kita bicarakan. Contohnya kita bercakap sambil senyum atau mencebik dan sebagainya memberi makna kepada orang yang kita sedang cakap. 2) Menambah maklumat melalui bahasa badan seperti semasa kita menceritakan sesuatu, kita menggelenggelengkan kepala. 3) Menafikan. Berlaku apabila mulut kita berkata sesuatu tetapi kita sendiri tidak setuju dengan apa yang kita ucapkan. Seperti mulut kita berkata ya tetapi kepala kita berkata tidak iaitu sambil berkata ya tetapi pada masa yang sama kepala kita menggelenggeleng. 4) Mengawal. Ada kalanya kita menggunakan bahasa badan untuk mengawal aliran percakapan. Misalnya kita mengangkat tangan untuk memberitahu kita mahu bercakap atau kita mengangkat tangan untuk memberitahu orang itu yang kita belum habis bercakap lagi. 5) Mengulang. Berlaku apabila mulut kita bercakap kemudian bahasa badan kita mengatakan perkara yang serupa juga. Misalnya mulut kita berkata awak faham tak? kemudian kita angkat kening kita. Kesimpulannya, komunikasi bukan lisan ini mengesahkan apa yang diperkatakan oleh mulut dan komunikasi bukan lisan ini menambahkan lagi keberkesanan komunikasi.

Topic : Jelaskan jenis-jenis komunikiasi bukan lisan. Mengapakah mahir komunikasi bukan lisan adalah
penting dalam proses berkomunikasi?

D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD

General Forum : Forum 3 Posted On : 18 Oct 2013 06:53:57 PM Subject : Re :

Jelaskan jenis-jenis komunikiasi bukan lisan. Mengapakah mahir komunikasi bukan lisan adalah penting dalam proses berkomunikasi?

SALIHIN Replies :7 Views : 50

Saya setuju dengan pandangan cikgu tersebut. Saya berpendapat bahawa komunikasi lisan ini sangat penting untuk dipelajari terutamanya bagi wanita. Hal ini kerana wanita selalu terdedah kepada ancaman keselamatan yang kadang-kala hadir dari individu yang dikenalinya sendiri. Penguasaan komunikasi bukan lisan ini dapat memberi gambaran awal berkaitan lelaki yang berhadapan dengannya mempunyai niat baik ataupun buruk. Sekiranya mempunyai niat yang buruk, ini dapat memberi ruang kepada wanita untuk mencari jalan keluar daripada menjadi mangsa diperkosa lelaki misalnya.
General Forum : Forum 3 Posted On : 18 Oct 2013 06:45:39 PM Subject : Re :
forum3

Topic : forum3 D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :4 Views : 18

Saya setuju dengan pendapat saudari terutamanya berkaitan kepentingan bahasa bukan lisan tersebut. Komunikasi bukan lisan

memberi tekanan terhadap apa yang kita sedang katakan. Misalnya seseorang itu meninggikan suara dan menumbuk meja menunjukkan seseorang itu sedang marah. Selain itu, hanya menggunakan komunikasi bukan lisan seperti mimik muka yang bengis dan menumbuk meja juga dapat menggambarkan kepada kita bahawa seseorang itu sedang marah. Kesimpulannya, komunikasi bukan lisan ini dapat memberi kita pelbagai maklumat berkaitan
ini dapat

individu yang sedang berhadapan dengan kita yang seterusnya membantu kita bertindak untuk menjadikan situasi yang tegang misalnya kepada tenang.
Topic : forum 3 D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :5 Views : 23 General Forum : Forum 3 Posted On : 18 Oct 2013 06:16:52 PM Subject : Re :
forum 3

Saya setuju dengan pernyataan saudari tersebut. Komunikasi bukan lisan ini dapat membantu seseorang menyelami hati seseorang yang lain. komunikasi bukan lisan ini seharusnya dikuasai oleh ketua di dalam sesuatu organisasi agar dapat memahami apa yang tersirat di hati dan seterusnya dapat menyelami apa yang difikirkan. Seorang ketua yang dapat menguasai komunikasi bukan lisan dan seterusnya mengambil langkah mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang bawahannya akan menyenangkan hati orang bawahannya yang seterusnya meningkatkan produktiviti organisasinya. Justeru itu, komunikasi bukan lisan ini sangat penting untuk dipelajari kerana banyak manfaat yang diperolehi.
General Forum : Forum 3 Posted On : 18 Oct 2013 06:08:40 PM Subject : Re :

Topic : Jelaskan jenis-jenis komunikiasi bukan lisan. Mengapakah mahir komunikasi bukan lisan adalah
penting dalam proses berkomunikasi?

D053164 NURULHUDA BINTI MOHAMAD SALIHIN Replies :7 Views : 28

Jelaskan jenis-jenis komunikiasi bukan lisan. Mengapakah mahir komunikasi bukan lisan adalah penting dalam proses berkomunikasi?

Saya setuju dengan penerangan berkaitan komunikasi bukan lisan yang saudari nyatakan tersebut. Perawakan fizikal misalnya telah dapat menggambarkan personaliti seseorang. Selain itu, komunikasi badan dengan menggunakan mimik muka sahaja telah memberi maksud yang tertentu tanpa perlu berbicara. Justeru itu, memahami komunikasi bukan lisan ini penting untuk mengetahui apa

yang sedang tersirat di dalam hati dan yang sedang bermain difikirannya.

You might also like